Saturday, August 1, 2020

Apotec Produk Bahan Semulajadi Bawa Pulang Kebaikan

August 01, 2020 0

Apotec Produk Bahan Semulajadi Bawa Pulang Kebaikan

Raya Aidiladha menjelang tiba. Kali ni, IQ dan keluarga akan pulang ke kampung untuk meraikan perayaan bersama keluarga. Teringat pula tempoh hari ketika call keluarga di kampung, mama bercerita tentang masalah sendi dan otot yang dialaminya. Abah pula kesihatannya naik turun. Umur yang menjangkaui lebih separuh abad memang tak tentu kesihatannya. Kekuatan zahirnya tak seperti dulu.

Jadinya, IQ terbaca tentang satu jenama produk yang diberi nama Apotec. Jenama produk yang berasaskan bahan alam semula jadi yang bagus digunapakai menjadi bahan utama. Bahan semula jadi semestinya menjadi pilihan ramai ketika ini berbanding dulu kerana munculnya kesedaran tentang penjagaan kesihatan pada peringkat awal.

IQ terus ke Farmasi Constant yang terletak di Meru, Klang. Tak jauh dari rumah IQ dan farmasi ini juga ada banyak cawangannya di serata Malaysia. Di sana, ada banyak produk Apotec. Dan IQ memilih Apotec Apple Cider with Honey untuk family kecil IQ dan Apotec Curmax Turmeric serta Apotec Omega 3 Fish Oil untuk abah dan mama di kampung.



APA KEISTIMEWAAN PRODUK-PRODUK APOTEC YANG IQ PILIH NI?

Banyak kelebihan yang terdapat dalam setiap produk yang IQ pilih kali ni. Untuk yang tersayang haruslah pilih yang terbaik kan? Kelebihan yang ada di dalam setiap produk semestinya memberikan manfaat untuk kehidupan seharian kita semua.

Apotec Apple Cider Vinegar with Honey

Terus terang IQ katakan, IQ tak pernah cuba minum ACV sebelum ni. Ramai yang mengatakan khasiat dan kebaikan yang terdapat dalam ACV ni. Makanya, IQ beli untuk IQ cuba sendiri. Khasiatnya, ianya membantu melawaskan proses pencernaan di samping memberikan tenaga dan mengawal kandungan gula di dalam darah kita. Kandungan yang terdapat dalam ACV ni adalah seperti Puri Epal, Madu, Cuka dan juga air.

Kebaikan lain yang juga terdapat di dalam ACV ni adalah:
  • 100% original dan selamat
  • Mengurangkan berat badan
  • Mengurangkan masalah sembelit
  • Penyerapan zat besi yang tinggi
  • Mengawal tahap glukosa darah
  • Pemakanan diet seharian
Cara pengambilan yang disarankan adalah dengan mencampurkan 2 sudu besar ACV dengan 180 ml air. First time IQ minum, IQ bancuh dengan air sejuk. Lagi nikmat orang kata. Amalkan 2 kali sehari, dan bagus kalau minum sebelum tidur. Bangun tidur terus berkejar ke tandas. Lawas habis!

Apotec Curmax Turmeric

Bila meningkat usia, sakit otot dan sendi paling kerap dialami bagi setiap orang. Bahkan IQ sendiri mengalami masalah sakit lutut ketika umur IQ lewat 20-an beberapa tahun lepas. Apotec Curmax Turmeric ni pula boleh membantu mengurangkan masalah tersebut di samping meningkatkan daya ketahanan badan masing-masing.

Kandungan Rhizoma Curcuma Ionga yang juga dikenali dalam bahasa Melayunya iaitu Kunyit ini mempunyai komponen bioaktif seperti curcumin, fat soluble polyphenol, non-toxic dan highly promising antioxidant compond.

Kebaikan kesihatan yang terdapat dalam Apotec Curmax Turmeric ni seperti:
  • Mengurangkan sakit disebabkan keradangan
  • Mempunyai antioksidan yang kuat bagi menyokong dan mengekalkan kesihatan sel dengan melawan kerosakan oksidatif
  • Kesan anti-radang
  • Memperbaiki segala jenis masalah artritis
  • Meningkatkan kadar kesihatan sendi
  • Meningkatkan aliran darah dan mencegah penyakit Kardiovaskular
Cara pengambilannya dengan makan 2 kapsul setiap hari selepas makan atau 1 kapsul 2 kali sehari selepas makan. 

Apotec Omega-3 Fish Oil

Bila berbicara tentang khasiat Fish Oil, ianya banyak membantu kesihatan menjadi lebih baik terutama untuk warga emas. Masalah tekanan darah dan kolestrol yang tinggi boleh memudaratkan kadar kesihatan sedia ada dan perlu mencari alternatif bagi menyelesaikan masalah tersebut.

Apotec Omega-3 Fish Oil ini mengandungi 1300mg sebanyak 60 biji enteric coated softgels yang mempunyai EPA 650mg dan DHA 260mg dalam setiap softgel nya. Khasiatnya diambil daripada jenis ikan sardin dan ikan bilis. Apotec Omega-3 Fish Oil ini membekalkan asid lemak yang penting seperti EPA dan DHA kerana ianya tidak boleh dihasilkan oleh badan manusia itu sendiri.
Kebaikan dan kelebihan lain dalam Apotec Omega-3 Fish Oil
  • Merendahkan tekanan darah dan merehatkan kadar denyutan jantung
  • Meningkatkan tahap lipid darad dengan menurunkan tahap LDL dan trgliserida
  • Meningkatkan kesihatan kardiovaskular
  • Meningkatkan kesihatan kognitif melalui peningkatan penggunaan glukosa otak
  • Menyokong kesihatan sendi
  • Membantu meningkatkan penglihatan
Cara pengambilannya pula dengan makan 1 atau 2 softgels setiap hari selepas makan atau mengikut arahan doktor atau ahli farmasi.


IQ tak sabar nak balik kampung ni. Tak sabar nak berikan kebaikan kesihatan untuk abah dan mama IQ. Mereka pasti gembira dengan kepulangan anak cucu dan menantu ni ditambah pula menitik beratkan kesihatan mereka sentiasa. Tunggu apa lagi? Jom balik kampung!


BERITA BAIK UNTUK PEMBACA DUNIA BLOG IQ!


PROMOSI HEBAT 3 BARANG 1 HARGA! 

Bukan 1 bukan 2 tapi 3 barang dengan satu harga yang menakjubkan! Berbaloi-baloi bila dapat grab 3 barang ni dengan harga hanya RM200! Korang boleh dapatkan 3 produk Apotec iaitu Apotec Apple Cider Vinegar with Honey, Apotec Curmax Turmeric dan Apotec Omega-3 Fish Oil dengan harga RM200 tau! Berbaloi sangat!

Tunggu apa lagi? Dapatkan 3 barang dengan harga istimewa ini di pautan ini.

Constant Farmasi 
WhatsApp : 6012-2484018 
Facebook Link : Apotec Malaysia 
Instagram Link : apotecnushine 

Thursday, July 23, 2020

Resipi Ayam Bakar Simple Dengan Sos Perapan Yang Mudah Disediakan

July 23, 2020 9

CARA NAK MASAK AYAM BAKAR SIMPLE DENGAN SOS PERAPAN YANG MUDAH DISEDIAKAN

Salam dan hai korang!

Korang suka makan ayam tak? Mesti la suka kan? Ayam kan sumber protein yang paling senang nak cari dan ngap! haha! So, hari ni IQ rasa macam nak ajar korang macam mana nak masak ayam bakar dengan sos perapan yang paling simple di alam semesta!! Kemain kan kau IQ, mentang-mentang masak jadi...kalau tak jadi, tak ada la IQ pos dekat sini kaannn?

Hari tu IQ dah booooosannnn sangat nak masak ayam goreng kunyit. Yelah, husband IQ ni jenis nak makan ayam pun memilih jugak. Tak suka sangat makan ayam yang masak dalam lauk-lauk berkuah tu. Makan tu makan, tapi kureeeng sikit. Kalau suami dah kureng makan kan, jadi slow down la sikit feel nak masak ni kan? So, caranya cari la masakan yang si suami suka. Buat apa lagi kalau dah tak suka tu terus nak masak benda tu jugak kan? So, cari la resipi yang lainnnn..

So, IQ tahu husband IQ ni suka yang bakar-bakar jugak. Memandangkan IQ baru jer beli satu gadjet masak ni, IQ pun nak try la masak dalam benda tu. TAPI sebelum nak bakar, kena sediakan sosnya dulu. Haaa..macam mana buat sos nya? Jom kita buat!

RESIPI AYAM BAKAR SIMPLE DENGAN SOS PERAPAN YANG MUDAH DISEDIAKAN

Bahan-bahan:

  1. Ayam - 250 gram
  2. Bawang putih - 3 - 4 ulas ditumbuk halus
  3. Sos tomato - 5 sudu besar
  4. Sos Cili - 5 sudu besar
  5. 2 Sudu Besar Serbuk Lada Hitam
  6. 4 Sudu Besar Serbuk Paprika Ground (lagi banyak lagi sedap)
  7. 2 Sudu Besar Mentega 
  8. Gula 
  9. Garam
RESIPI AYAM BAKAR SIMPLE DENGAN SOS PERAPAN YANG MUDAH DISEDIAKAN
IQ suka Paprika Smoked Ground ni. Rasa macam asap-asap sikit.

Cara Nak Masak:

  • Panas kuali, dan masukkan mentega
  • Masukkan bawang putih, biarkan naik bau.
  • Seterusnya masukkan sos cili dan sos tomato, diikuti dengan serbuk lada hitam dan juga serbuk paprika. (MASAK DENGAN API YANG PERLAHAN YER!)
  • Masukkan garam dan gula secukup rasa dan setelah masak, tutup api.
RESIPI AYAM BAKAR SIMPLE DENGAN SOS PERAPAN YANG MUDAH DISEDIAKAN
Sos Perapan Yang Siap Dimasak
  • Ketepikan sos perapan yang dimasak
  • Basuh ayam dan toskan.
  • Gaulkan ayam yang ditoskan dengan sos perapan yang dimasak tadi.
RESIPI AYAM BAKAR SIMPLE DENGAN SOS PERAPAN YANG MUDAH DISEDIAKAN
Siap digaul dan untuk diperap di dalam peti
  • Perapkan semalaman atau beberapa jam sebelum dibakar dengan plastik dan letakkan dalam peti sejuk
  • Apabila nak bakar ayam tersebut, pastikan suhu 180-200 darjah celcius selama 15-20 minit.
  • Ayam siap untuk dihidang
RESIPI AYAM BAKAR SIMPLE DENGAN SOS PERAPAN YANG MUDAH DISEDIAKAN
Sedang dibakar di dalam Turbo Roaster
RESIPI AYAM BAKAR SIMPLE DENGAN SOS PERAPAN YANG MUDAH DISEDIAKAN
IQ lak teringat-ingat rasa dia. haihhh
Amacam? Senang tak masak ayam bakar ni? Hari tu IQ buat juga masa birthday husband IQ yang lepas. Tapi IQ rasa kalau nak lebih best, pastikan masa nak bakar tu guna bekas aluminium, supaya sos perapan tu dimasak dan boleh dicicah sekali. IQ tak sempat lagi nak beli bekas tu. Nanti la IQ beli. IQ cakap ni sebab IQ rasa rugi bila sos perapan tu jatuh masa tengah bakar ayamnya. Sebab sos tu sedap sangat..haha!

IQ bakar ayam ni menggunakan La Gourmet Turbo Roaster. Haaa...nak tahu apa dia Turbo Roaster ni dan apa keistimewaan dia, tunggu IQ share kan dekat korang dalam next entry nanti. Okay? Selamat mencuba! Byeeeee..

Friday, July 17, 2020

Review Pelembap Muka Yang Tidak Berminyak Dan Mudah Diserap | Hansaegee Nature

July 17, 2020 2

Aqua Whitening Cream Hansaegee Nature Mudah Diserap Dan Tidak Berminyak

Pemilihan pelembap yang baik akan membuatkan mood korang sentiasa elok sepanjang hari. Betul tak statement yang IQ katakan ni? Kalau pakai pelembap yang menyebabkan kulit terasa melekit, mestilah korang rasa moody je kan? Rasa tak yakin berhadapan dengan sesiapa bila terasa kulit muka  berminyak teruk! Rasa macam urghhh...kenapa hari ini jadi serba tak kena?

Mungkin IQ boleh redakan kegusaran korang dengan penggunaan satu produk pelembap kulit yang seakan tidak memakainya langsung! Tak percaya? Mari IQ cerita kenapa produk pelembap ni paling best bagi IQ.
Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream, ianya pelembap yang membantu kulit muka IQ daripada kesan sinaran matahari, dan juga merawat kulit muka kemerahan yang rosak. Ianya bersifat seperti air dengan penyerapan yang pantas dengan water drop. Boleh juga mengawal kulit berminyak dan sebum.

Kesan pemutihan dan pelembapan yang dirumus khas dengan ekstrak herba memberikan penyerapan ke dalam kulit muka, menormalkan tahap kelembapan kulit agar nampak lebih cerah dan tegang.

Jika korang lihat tekstur Aqua Whitening Cream ni, sememangnya tidak sama seperti pelembap lain. Teksturnya lebih halus dan ringan membuatkan korang tak terasa pakai pelembap pun. Selalunya kalau apply pelembap pun rasa macam dah heavy dekat muka kan? Untuk Aqua Whitening Cream ni, korang hanya perlukan secalit dan ratakan serata muka sambil tepuk-tepuk muka bagi penyerapan yang maksimum.
Lihat teksturnya milky gel, dan watery based

Aqua Whitening Cream ni boleh mengawal kulit berminyak. Ianya mengawal sebum yang berlebihan (sebum punca kulit berminyak) di dalam kulit muka kita. Dan yer! Aqua Whitening Cream ni sesuai juga untuk kulit yang berminyak. Kulit berminyak akan menyebabkan jerawat mudah lekat. So, beware dengan jerawat tu semua yer.

Dengan gabungan bahan di dalam Aqua Whitening Cream yang mengandungi Niacinamide, ianya turut membantu mengawal kulit berminyak. Dengan sifatnya water-based cream, ianya tidak berminyak dan sesuai untuk kulit yang mudah berminyak seperti IQ. Kulit muka IQ memang mudah untuk berminyak pada T-Zone, namun selepas pakai Aqua Whitening Cream ni, ternyata muka IQ kurang berminyak dan lebih selesa apabila berada di bawah cahaya matahari.

A: Sapukan pada permukaan kulit bagi melembapkan permukaannya
B: Tap-tap kan dan water drop akan segera muncul

Bahan-bahan yang terdapat dalam Aqua Whitening Cream;
  • Niacinamide (Vitamin B3) - Membantu membaiki tona kulit muka supaya kelihatan lebih sekata. Juga membantu mencerah, membersih dan juga menegangkan kulit muka. Selain itu, mengembalikan dan menstabilkan kelembapan di dalam kulit supata kulit lebih kekal berseri.
  • Camellia Japonica Seed Oil - Menghalang liang pori muka daripada tersumbat dan mengurangkan pertumbuhan jerawat. Membantu kulit putih selepas terkena sunburn dan kemerahan.
  • Bahan lain: Water, Cyclopentasiloxane, Cyclohexasiloxane, Glycerin, Pinus densiflora leaf extract, Sodium chloride, Angelica acutiloba root extract, Cnidium officinale root extract, Paeonia albiflora root extract, Rehmannia chinensis root extract, Prunus armeniaca (Apricot) kernel oil, Betaine, Cetyl PEG/PPG-10/1 Dimethicone, DMDM Hydantoin, Perfume, Gardenia florida fruit extract.


Cara Penggunaan Aqua Whitening Cream

Dinasihatkan agar mencuci muka terlebih dahulu sebelum menggunakan Aqua Whitening Cream. Seterusnya, ambil secalit dan sapu pada dahi, pipi, dagu, dan juga hidung. Sapukan rata dan tap-tapkan pada muka agar water drop muncul untuk proses penyerapan yang pantas. Kulit akan segera terasa segar sebaik sahaja Aqua Whitening Cream ni disapu rata dan diserap penuh.

Pendapat IQ tentang Aqua Whitening Cream?

Semestinya IQ suka sangat dengan pelembap yang dikeluarkan oleh Hansaegee Nature ini lebih-lebih lagi apabila teksturnya ringan dan mudah untuk diserap seperti air! IQ seorang yang sangat simple semestinya suka pada produk kosmetik yang mudah dan simple tapi memberikan kesan yang terbaik untuk kulit muka.

Produk ni menjadi pilihan IQ apabila ianya merangkumi pelbagai kegunaan terutamanya merawat kulit muka apabila terkena sinaran matahari dan mencerahkan kulit muka. Siapa tak suka kan kulit putih berseri dan sekata? Suami pandang mesti tak berkelip punya. 


Lihat Video untuk Review Lanjut Tentang Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream ini




Okay, kalau korang nak tahu dengan lebih lanjut tentang Aqua Whitening Cream ni boleh klik link ni


Cara Pakai & Fungsi CC Cream Yang Ada SPF Dari Hansaegee Nature



Saturday, July 11, 2020

Produk Koolit Malaysia Bagus Atasi Kulit Kering Bermasalah

July 11, 2020 9

Produk Koolit Atasi Kulit Kering Bermasalah

Sejarah Masalah Kulit Kering Yang Dialami Oleh Qa'id

Bila bercerita tentang kulit kering yang bermasalah, memang IQ akan fokus pada anak IQ yang sulung iaitu Qa'id. Kenapa IQ perlu fokus pada dia? Sebab Qa'id ni daripada umurnya setahun, dia mengalami masalah kulit iaitu ekzema. Mungkin ada yang tahu kesan produk yang digunapakai setiap hari akan menyebabkan masalah kulit seperti ekzema bertambah teruk. Qa'id juga tak terkecuali.

Walaupun asalnya bermula daripada faktor pemakanan, jika ianya dah mula merah, penggunaan produk mandian dan krim yang salah akan menambahkan lagi kesan yang teruk pada masalah kulit ekzema tersebut. Jadi, IQ sendiri amat menitik beratkan soal penggunaan produk mandian dan krim untuk Qa'id sejak dia berumur satu tahun lagi.

Pelbagai produk kulit yang IQ dah cuba pada Qa'id. Ada yang okay, ada yang tak okay. Ada yang beri kesan cepat namun sekejap je eloknya. Ada yang beri kesan lambat tapi untuk ekzema muncul balik pun lambat. Bila hilang sepenuhnya walaupun sementara, pemakaian produk mandian akan IQ jaga untuk mengelakkan kulitnya kering dan mudah untuk gatal. Bila dah gatal, memang senang la tangannya nak menggaru sampai la berdarah.

Keadaan itu semua berlarutan sehingga sekarang. Cuma dah berkurang dan kulit kering yang dialami Qa'id hanya pada bahagian betis kakinya sahaja. Ada kalanya dia sedap menggaru sampai tak sedar ada bahagian dah mula melecet dan berdarah. Kulitnya kering dan mudah terasa gatal. Krim yang IQ biasa pakaikan pada Qa'id sekarang pun seakan dah imun dengan keadaan kulitnya dan tak mampu untuk melembapkan dengan baik.

Diperkenalkan Dengan Produk Koolit daripada Koolit Malaysia

Produk Koolit Malaysia Bagus Atasi Kulit Kering Bermasalah

Baru-baru ni IQ diperkenalkan dengan satu produk penjagaan kulit daripada Koolit Malaysia. Dikatakan produk ni mampu melegakan masalah kulit kering yang gatal. So, IQ teringin nak cuba pada anak IQ ni. Sebab IQ dah tak sanggup nak tengok dia menggaru-garu kakinya sampai berdarah lagi. huhu. IQ grab satu set penjagaan kulit daripada Koolit Malaysia ni daripada Apps Shopee. Mudah sangat nak cari produk ni rupanya. Dekat Lazada dan Watson pun ada yer dan juga farmasi yang terpilih.


Produk Koolit ni mengandungi kandungan aktif seperti Estrak Akar Manis yang berfungsi sebagai anti-radang, mempunyai 40x antioksidan dan ianya membantu mencerahkan kulit. Produk Koolit ni sesuai digunakan oleh semua lapisan umur termasuklah bayi. So, bila dah sampai memang IQ tak sabar nak cuba untuk Qa'id.

Set penjagaan Koolit Malaysia ni ada 3 produk utama iaitu:
  • Koolit Gentle Body Wash
  • Koolit Calming Cream
  • Koolit Soothing Lotion

Produk Koolit Malaysia Bagus Atasi Kulit Kering Bermasalah

Setiap produk mempunyai fungsinya yang tersendiri. Dan bagi IQ, IQ dah terbiasa dengan penggunaan produk seperti ni, dan setiapnya mesti ada turutan penggunaanya yang tersendiri. Bermula dengan mandian, krim dan akhir sekali lotion. So, meh IQ tunjuk produknya mengikut turutan penggunaan.

  1. Koolit Gentle Body Wash | RM45.00
Produk Koolit Malaysia Bagus Atasi Kulit Kering Bermasalah
Koolit Gentle Body Wash ni fungsinya membersihkan kulit kita yang paling sensitif tanpa menghilangkan minyak semulajadi yang ada pada kulit kita. Antara kelebihan Koolit Gentle Body Wash ni;
  • Ianya menghidratkan kulit kita semasa kita membersihkan kulit
  • Tak perlu bilas dengan air
  • Wangian selamat yang diperakui IFRA
  • Mengandungi Vitamin E & C
  • Paraben Free
  • Boleh dijadikan Basic Make up remover juga!
So, cara-cara nak pakai Koolit Gentle Body Wash ni, korang just sapukan pada kulit dan ratakan. Akhir sekali boleh lapkan sahaja menggunakan tuala yang lembut.

Untuk IQ, IQ gunakan semasa Qa'id mandi. Boleh digunakan seperti mandian biasa juga cuma tak perlu bilas air sangat. Yang paling penting perlu ratakan sepenuhnya agar kulit kering yang bermasalah mendapat kesan yang optimum.
Produk Koolit Malaysia Bagus Atasi Kulit Kering Bermasalah
Picit sikit Koolit Gentle Body Wash
Produk Koolit Malaysia Bagus Atasi Kulit Kering Bermasalah
Qa'id seronok mandi dengan Koolit Gentle Body Wash

       2.  Koolit Calming Cream | RM48.00

Produk Koolit Malaysia Bagus Atasi Kulit Kering Bermasalah
Koolit Calming Cream ni pulak membaiki dan memberikan kelembapan kulit yang berpanjangan. Krim ni boleh mengawal kulit sensitif dan menghentikan kulit retak dan kesan calar pada kulit. Paling sesuai digunakan untuk jenis kulit kering sehingga jenis kulit yang teramat kering.

Antara yang menarik tentang Koolit Calming Cream ni, ianya;
  • Menyerap Dengan Cepat!
  • Mempunyai 40x antioksidan yang lebih tinggi
  • Mengandungi Vitamin E semulajadi
  • Bebas wangian, bau natural sahaja
  • Diperkaya dengan Minyak Buah Zaitun untuk kelembutan kulit

Cara nak pakai Koolit Calming Cream ni? Just sapukan pada kulit kering yang bermasalah dan gatal-gatal tu. IQ akan pakaikan krim Koolit ni pada Qa'id sejurus selepas mandi. Semasa kulitnya lembap-lembap, IQ sapukan pada kawasan kulit yang Qa'id selalu gatal-gatal iaitu pada bahagian betis kakinya. Sapu bagi rata untuk elakkan dia tak selesa bila dah pakai krim ni. Tapi jangan risau, sebab krim ni cepat serap ke dalam kulit. So, tak ada la rasa tak selesa tu sangat.

Produk Koolit Malaysia Bagus Atasi Kulit Kering Bermasalah
Sapu pada betis, kawasan kulit yang sering gatal-gatal dan kering

      3. Koolit Soothing Lotion | RM35.00

Produk Koolit Malaysia Bagus Atasi Kulit Kering Bermasalah

Last sekali, Koolit Soothing Lotion ni berfungsi untuk menghidratkan kulit kering, normal dan sensitif dengan cepat. Ianya sangat sesuai untuk rehidrasi kulit yang cepat sepanjang hari tanpa berminyak setelah melakukan aktiviti seharian. Ianya sesuai untuk jenis kulit yang normal sehingga kulit kering.

Antara kelebihan Koolit Soothing Lotion ni adalah;
  • 10 saat penyerapan pantas!
  • Mempunyai 40x antioksidan yang lebih tinggi
  • Mengandungi Vitamin E semulajadi
  • Diperkaya dengan Jojoba Seed Oil untuk pembaikan kulit
  • Tidak melekit, selesa dipakai sepanjang hari
Untuk Koolit Soothing Lotion ni, IQ sapu pada betis kaki Qa'id selepas seharian dia bermain. IQ akan panggil dia sementara dia rehat atau lepas makan, dan IQ akan sapu Koolit Soothing Lotion ni untuk kulitnya kekal lembap dan tidak gatal. Ingat kan bila IQ cakap kakinya akan gatal bila kulitnya kering. So, sebelum kulitnya kering, sapu cepat-cepat dengan Koolit Soothing Lotion ni. Memang Qa'id akan selesa untuk terus bermain sepanjang hari kerana ianya tidak melekit.
Produk Koolit Malaysia Bagus Atasi Kulit Kering Bermasalah
Teksturnya lembut dan mudah diserap

Kesan Penggunaan Kesemua Produk Koolit Malaysia?

Hasilnya sangat memuaskan hati IQ. Ibu mana tak happy kan bila tengok keadaan kaki anaknya makin pulih. Kaki Qa'id tidak lagi kering, dan Qa'id pun dah tak garu-garu lagi pada betis kakinya. Tempoh penyembuhan tertakluk kepada kekerapan kita guna produk Koolit ni. Dan untuk IQ, kesannya cepat bila setiap hari IQ apply pada Qa'id ni. Alhamdulillah sesuai untuk kulitnya.

Produk Koolit Malaysia Bagus Atasi Kulit Kering Bermasalah
Nampak kan bezanya? Sebelum kulitnya jelas sangat nampak kering berbanding selepas pakai nampak lebih lembap.


Produk Koolit Malaysia Bagus Atasi Kulit Kering Bermasalah
Grab di Shopee pun berbaloi untuk 3 produk ni

So, kalau korang pun berminat nak cuba produk ni korang boleh lawati web dan juga online shopping kat bawah. Direct link lagi IQ bagi ni. Just klik jer kalau korang nak beli. Insya-Allah, walau apa pun kita cuba ikhtiar yang terbaik kan?

Facebook : Koolit MY
Instagram : @koolitmy
Shopee : naturaloptions.os
Lazada : mynaturaloptions
Watsons : https://www.watsons.com.my

Friday, July 10, 2020

Shopping Online Murah Di PG Mall

July 10, 2020 6

Shopping Online Murah Dan Berbaloi di PG Mall


Kaching! Kaching! Terasa macam kedengaran duit masuk tabung atau keluar tabung tu? Haaa...Nak berbelanja kan? Mestilah duit keluar tabung. Tapi kalau korang pandai berbelanja, silap-silap dapat duit masuk tabung tu balik. Betul tak? Ehem..mesti lagi seronok nak berbelanja.

Siapa jer tak suka shopping kan? Nak shopping mestilah ada tempat shopping. Selalu korang shopping kat mana? Dekat mall atau dekat online? IQ sekarang lebih suka shopping online SEBAB IQ kan ada anak kecik. Susah la kalau nak bergerak dengan baby lagi kan, lagi-lagi musim Covid ni..so...sekarang IQ lebih prefer shopping online jer sebab semuanya di hujung jari jer. Klik itu ini, esok lusa sampai la barang depan mata.

Lagi satu kelebihan nak shopping online ni, IQ boleh banding harga barang dengan banyak kedai yang IQ suka. Bandingkan harga dan review yang terbaik untuk setiap barang yang hendak dibeli supaya barang yang kita beli dapat memuaskan hati kita bila dah sampai kat tangan. Barulah kita tak kecewa dengan barang yang dibeli tanpa perlu ke kedai.

By the way, korang pernah dengar tempat shopping online yang diberi nama PG Mall? Pernah? Tak pernah? Kalau tak pernah dengar, meh IQ cerita serba sedikit tentang PG Mall ni. Jangan lupa siap-siap tabung yer. Kot-kot tak sabar nak shopping lepas ni. 

PG Mall? Apa Tu?

Shopping Online Murah Di PG Mall
Kalau korang nak tahu, PG Mall ni adalah platform E-Commerce No.1 di Malaysia yang telah ditubuhkan sejak 2017. PG Mall kini berada di tangga Top 3 dalam E-Commerce Site di Iprice Insight Report dan menjadi pesaing hebat di antara E-Commerce Site dari luar negara. PG Mall ni juga adalah satu-satunya platform E-Commerce tempatan di Malaysia yang berkonsepkan Consumerchant. 

Consumerchant? Apa pula tu kan? Consumerchant ni adalah satu konsep bisnes yang diamalkan oleh PG Mall bagi menggalakkan pembeli menjadi usahawan. Dengan ganjaran cashback yang berterusan apabila membeli belah di PG Mall, para pembeli akan menikmati 'Forever Cash Back' sehingga 3.5% apabila membuat referral PG Mall lengkap dengan pembelian di mana-mana media sosial ataupun platform media yang lain.

Shopping Online Murah Di PG Mall
Lebih banyak referral, lebih banyak cashback pembeli akan dapat. Kempen Shop-Share-Earn ini, pasti membuatkan ramai pembeli berkejar-kejar untuk kumpul cashback. Banyak untung kalau ini macam. 

Shopping Online Murah Di PG Mall



PG Mall kelihatan seperti platform shopping online yang lain, namun ia juga menggalakkan pembeli yang shopping di PG Mall untuk menjadi usahawan bagi menggalakkan pembukaan perniagaan di PG Mall ini.

Wow Store PG Mall Barangan Ori Diskaun Sehingga 15%!

Ini IQ macam tak percaya sangat tapi nak tak nak kena percaya jugak. Barangan ori ada diskaun sehingga 15% di Wow Store PG Mall?? Menarik sangat tu! Setiap store yang terlibat akan berikan diskaun sehingga 15% untuk barangan yang terpilih dan juga pada setiap pembelian minima. Lagi banyak pembelian, lagi banyak diskaun yang korang akan dapat! Wow! Memang patut namanya Wow!

Shopping Online Murah Di PG Mall

Setiap bulan store yang terlibat akan bertukar dan tawaran diskaun yang diberikan kekal sehingga 15% jugak. So, kena rajin-rajinlah jenguk PG Mall ni, kot-kot ada hari baik bulan baik muncul, store favourite korang akan ada diskaun kaw-kaw punya. Rugi la kan kalau tak grab? Penghantaran percuma juga ditawarkan pada store yang terpilih. Jimat postage dah kat situ kan? 
Shopping Online Murah Di PG Mall
Sale dekat Wow Store ni jugak bertambah Wow apabila menjelang hujung minggu. Alaahh, hujung minggu santai-santai mengadap handphone apa salahnya cuci mata sambil cuci poket dekat PG Mall kan? Kot-kot tetiba baru teringat vakum habuk dah rosak, boleh la terus order dekat PG Mall ni. Harga yang ditawarkan pada hujung minggu pun berbaloi-baloi. Rugilah sapa tak grab.

HotDay Sale Tawaran Menarik Dengan Harga Hebat!

Shopping Online Murah Di PG Mall

Setiap hari ada Sale di PG Mall yer semua. Haihh..makin kempis la poket suami IQ macam ni. Eh eh eh, lupa ke PG Mall ada cashback? Jadi, lagi untung kalau shopping banyak-banyak dekat PG Mall ni sebab lebih banyak kita berbelanja, lagi banyak cashback yang ditawarkan. 

So, bila muncul je pukul 10 pagi, 4 petang dan 9 malam, silalah mengadap PG Mall sebab harga yang terendah ditawarkan bermula dengan harga 39sen !! Murah sangat la kan? Tisu poket pun dah cecah seringgit sekarang. So, apa yang menarik dengan HotDay Sale ni, korang kena la tunggu tiga waktu penting dalam PG Mall ni. Pastikan terpacak depan handphone atau laptop yer. Jaminan diskaun sehingga 80% setiap hari yer. Ya Allah, dugaan betul kalau masuk PG Mall ni lama-lama.
Shopping Online Murah Di PG Mall

Kempen Love You 3000 

Shopping Online Murah Di PG Mall

PG Mall sekarang sedang mengadakan kempen Love You 3000 di mana dengan setiap pembelian minimum RM30 dan ke atas, korang semua berpeluang untuk memenangi hadiah berupa C-Wallet sebanyak RM3000. Banyak tu RM3000, kalau IQ dah lost nak beli apa kat PG Mall ni. 

Pemenang akan diumumkan setiap dua minggu iaitu pada setiap 15hb dan 30hb dalam setiap bulan dengan mengambil kira pembelian pada sepanjang 2 minggu tersebut melalui cabutan bertuah. Mana tahu kan? Tuah ayam di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Kalau terlebih tuah, share-share la dengan IQ juga yer.

APA YANG KORANG TUNGGU LAGI? DOWNLOAD LA APPS PG MALL SEKARANG!

Macam mana nak download? Korang ambik phone korang, pergi dengan Apps Store ataupun Play Store, download PG Mall. Dan kalau korang first time nak daftar, pastikan korang dapat code referral untuk korang beri pada kenalan dan kaum keluarga korang untuk dapatkan cashback. Pastikan dorang klik link referral korang untuk mulakan shopping dengan PG Mall tau!

Jom shopping dengan selamat di PG Mall, hanya perlu klik dan bayar, barang akan sampai terus ke rumah korang. Lagi banyak shopping, lagi banyak cashback korang dapat nanti!

Klik link untuk terus shopping dengan PG Mall: https://pgmall.my/home

Lawati media sosial PG Mall untuk info terkini.



#PGMall #onlineshopping #shopping #MalaysiaNo1ecommerceplatform #ecommerceplatform #Shopnow #Shoponline #Wowstore #Loveyou3k

Saturday, July 4, 2020

Perginya Ibu Mertua Yang Disayangi

July 04, 2020 7
Salam semua.

Lama IQ tak menulis. Memang banyak yang dah berlaku sejak beberapa minggu yang lepas. Semuanya berlaku dengan sangat pantas. Sekelip mata. Tak diduga kami semua sekeluarga.

Hari Malaysia dibenarkan rentas negeri, IQ, suami dan anak-anak terus berangkat pulang ke kampung. Pada awalnya suami berat hati nak balik, namun disebabkan suami dapat MC beberapa hari, IQ minta untuk balik ke kampungnya. Keluarganya pun juga meminta kami untuk balik disebabkan ada urusan keluarga. Dan kami sampai di kampung sebelah awal petangnya.

Segalanya seperti dirancang, kepulangan kami sepatutnya hanya 2 hari, namun berlanjutan sehingga hampir seminggu disebabkan ibu tiba-tiba strok sebelah badan pagi 11 Jun. Ibu memang sakit kepala pada awalnya, namun keadaannya makin merosot apabila tak mampu respon dengan baik.

Ibu dibawa ke hospital dengan ambulans. Doktor sahkan ada bleeding dalam otaknya disebabkan darah terlampau cair. Disebabkan itu juga ibu kena strok. Tiada apa yang boleh doktor lakukan. Ibu juga pesakit buah pinggang, dan memerlukan dialisis air sepanjang hidupnya sejak beberapa bulan lepas. Disebabkan strok, ibu tak dapat lakukan dialisis air yang menyebabkan keadaan dia makin tidak stabil.

Kami bawa ibu pulang ke rumah setelah hampir 4 hari warded di hospital. Bawa ibu pulang untuk kami semua berbakti pada ibu selagi ada waktu.

Sehinggalah genap dua minggu, hari khamis, 25 Jun 2020 jam 6.00 petang, ibu menghembuskan nafasnya yang terakhir di hadapan adik ipar IQ yang bongsu. Pada waktu itu, IQ dan keluarga berada di Shah Alam disebabkan suami IQ bekerja. Perkhabaran yang dijangka dan kami semua telah bersedia dengan terpaksa. 

Perjalanan pulang ke Perak malam tu terasa lama. Sampai sahaja di rumah, kelihatan ramai yang datang. Rupanya dah diadakan tahlil dan bacaan yasin pada waktu maghribnya. 

Ibu terbaring kaku. Sejuk sangat. Macam ais pipi ibu IQ rasa. Qir mata tumpah buat sekian kalinya. Melihat suami IQ juga tak dapat tahan air matanya lagi. Daripada pulang kerja dia nampak tenang namun, melihat jasad ibu di depan matanya, gugur juga air matanya.

Ibu dimandikan dan dikafankan pada pagi Jumaat 12 Jun. Cepat prosesnya. Ramai yang datang membantu dan berziarah. Alhamdulillah, ramai yang sayangkan ibu. Ramai yang mendoakan ibu.

 Ibu dibawa ke masjid untuk solat jenazah dan terus dibawa ke tanah perkuburan untuk disemadikan. Perginya seorang ibu kepada suami. Rasanya sama seperti IQ rasa dulu di waktu IQ kehilangan ummi IQ 4 tahun lalu.

Namun, kami semua redha dengan pemergian ibu. Ibu dah tak sakit lagi. Ibu tak perlu rasa sakit dia lagi. Ibu dah lepasi bahagiannya iaitu saat2 menghadapi sakratulmaut. Kita semua masih belum tahu nasib kita bagaimana. Mudah atau susah nanti. Semuanya rahsia Allah SWT. 

Semoga Arwah ibu sentiasa dicucuri rahmat oleh Allah SWT, diampunkan segala dosanya, diangkat darjatnya di akhirat kelak. AMIIN YARABBALALAMIN.....

InsyaAllah, IQ akan kongsikan resipi yang IQ belajar daripada Arwah ibu di blog IQ ni supaya ilmu yang diberi berpanjangan dan berikan saham akhirat untuk Arwah ibu di sana. InsyaAllah

Sekian.

Al-Fatihah (dibaca)

Wednesday, June 3, 2020

Menjadi Suri Rumah Sepenuh Masa Yang Mencabar

June 03, 2020 25

Suri Rumah Sepenuh Masa Ni Mencabar

Disebabkan dah kena pecat kerja bulan lepas, IQ sekarang secara tak langsung jadi suri rumah sepenuh masa. Kalau ikutkan, ianya menjadi idaman IQ selama ni bila IQ sendiri teringin nak jaga dan besarkan anak-anak IQ depan mata IQ sendiri tanpa harapkan pengasuh dan juga taska. Impian jadi kenyataan bila dibuang kerja tanggal 8 Mei yang lepas, namun menjadi suri rumah dalam keadaan yang tak dijangka ni semestinya mencabar.
Menjadi Suri Rumah Sepenuh Masa Yang Mencabar
Seorang Ibu beranak Dua

Sesi Persekolahan Yang Ditangguhkan

Persekolahan anak-anak semuanya ditangguhkan disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan. Si Qa'id sepatutnya memulakan sekolahnya pada bulan April yang lepas pun terpaksa ikut arahan yang sama. Jadinya, sekolah bertangguh, pembelajaran pun sama bertangguh. Ada kelas online diadakan tapi bagi Qa'id yang pertama kali nak join bersama-sama gurunya dan rakan-rakan baru dia semestinya agak susah apatah lagi silibusnya seakan dah advanced untuk Qa'id ikut.

Nak tak nak, Qa'id terpaksa berada di rumah dan ibu pula terpaksa curi-curi masa nak ajar dia. Namun, nak mulakan sesi pembelajarannya pun agak memeningkan sebab IQ sendiri tak tahu nak mulakan dari mana. Cabaran seorang ibu nak ajar anak di rumah. Lagi-lagi Qa'id ni kalau nak dengar cakap ibu dia punyalah susah. Perlu tinggi tone suara baru pandang, itu baru pandang. Kalau nak kena buat, maunya kena pakai speaker.
Menjadi Suri Rumah Sepenuh Masa Yang Mencabar
Si Abang Macam-macam Ragam

Urusan Kerja Rumah Dan Si Kecil

Tugasan suri rumah macam biasa, basuh baju, memasak, kemas rumah. Itu yang jadi kebiasaan tiap hari. Namun, dengan adanya si kecil Luqman, memang tugasan itu lebih mencabar. Kena sesuaikan masa dengan keadaan. Bila si Luqman tidur, baru kerja rumah laju dibuat. Bila dia dah bangun, agak terbantut kerja-kerja tu, sebab Luqman sekarang pantang kalau ibu dia tak ada depan mata. Mesti merengek sepanjang masa. Harapkan si abangnya Qa'id tengokkan adiknya, mata tengok tv, lepas tu disuruhnya diam adiknya. Pening ibu tengok dari jauh nak..*nangis hujung bucu katil.

Kadang-kadang tugasan macam ni yang nampaknya macam simple pun boleh memenatkan badan. Basuh baju, masak, kemas rumah nampak macam straight forward kan? Namun lelahnya bukan boleh dibawa bincang. Lagi-lagi kalau anak kecil macam Luqman tak mahu tidur, tak mahu beri kerjasama bila ibunya nak masak. Jangan terkejut bila suami balik kerja, rambut isteri kusut masai macam baru lepas bergaduh. Bergaduh dengan anak pun yer jugak tu. huhu.

Mungkin sebelum ni IQ tak perlu nak fikir tentang mengasuh anak, kerana waktu siang pergi bekerja. Lainnya keadaan bila anak-anak depan mata, semua kena uruskan sendiri. Betul tak apa yang IQ katakan? Masa yang panjang sepanjang bekerja tak perlu fikirkan seratus peratus tentang anak kecil yang perlukan tidur secukupnya, yang kanak-kanak pula perlu ada sesi pembelajarannya. Semua tu tak perlu difikirkan sebelum ni kerana pengasuh dan taska yang uruskan. Bila dah uruskan sendiri, tahu betapa payahnya uruskan semuanya dengan kudrat sendiri. 
Menjadi Suri Rumah Sepenuh Masa Yang Mencabar
Si Adik Perlukan Perhatian

Seorang Suri Rumah Itu Memang Seorang Superwoman!

Begitulah mencabarnya kehidupan IQ sekarang. Bila rasa sendiri kehidupan menjadi seorang suri rumah sepenuh masa barulah tahu seorang suri rumah sangat kuat orangnya! Menggalas tugas seorang ibu, seorang isteri, yang menjadi tanggungjawab sepenuhnya bila suami bekerja mencari rezeki. Rasa nak tepuk tangan buat standing ovation buat para suri rumah seluruh dunia! Suri rumah memang seorang Superwoman!

Sekian sahaja coretan seorang suri rumah IQ hari ni. Tugasan akan bermula sebentar lagi tapi si kecil dah mula bangun. Episod mencabar kali ke berapa ntah sudah bermula! 

Kalau ada yang bertanya, IQ tak nak kerja lagi ke? Yer! IQ nak bekerja lagi, sekarang tengah mencari kerja yang berkaitan dengan bidang IQ. IQ dulu kerja dalam sektor pembinaan, harapnya ada lubang-lubang kerja untuk IQ kerja nanti, Insya-Allah. Doakan IQ yer.

Till then, bai!

Monday, June 1, 2020

Video Cara Tukar Thumbnail Video Youtube Menggunakan Handphone

June 01, 2020 16

Cara Tukar Thumbnail Video Youtube Menggunakan Smartphone

Video Cara Tukar Thumbnail Video Youtube Menggunakan Handphone

Rasa-rasanya ramai tengok seronok nak tukar thumbnail video dekat Youtube sekarang. IQ perasan macam da jadi satu trend sekarang. Ada apa-apa yang IQ tertinggal ke? hehe. Well, IQ jadi tergerak hati nak tukar thumbnail video dekat Youtube jugak sebab terpesona edit thumbnail dari blogger Chaza Xiaojie tempoh hari. IQ try la godek-godek edit sendiri ikut kekreatifan IQ yang tak seberapa ni. Hasilnya? Membanggakan diri IQ sendiri. haha! Diri sendiri bangga dengan pencapaian sendiri ajer ler.

So, lepas tu IQ terfikir, beberapa tahun lepas IQ ada try untuk tukar thumbnail video dekat Youtube ni dengan try godek-godek dekat Youtube channel IQ. Ternyata semuanya hampa. Yang IQ tahu masa tu kalau tak ada subscriber yang ramai kat channel kita, kita tak dibenarkan untuk tukar thumbnail video. Hanya boleh pakai thumbnail yang dicadangkan oleh Youtube tu sendiri. Punya lah sedih kan?

Tukar Thumbnail Video Youtube Pakai Handphone jer?

So, kisahnya bersambung lepas IQ edit-edit thumbnail tu IQ try pulak cari tutorial untuk tukar thumbnail ni. IQ tahu boleh tukar thumbnail ni pakai LAPTOP tapi IQ nak jugak cari cara untuk tukar thumbnail tu guna handphone. So, hasilnya IQ jumpa!!! Dan IQ berjaya tukar thumbnail video Youtube IQ akhirnya! Happy dia lain macam yer, sebab dah pernah try tukar dulu tapi tak berjaya, namun akhirnya berjaya jugak.

Nak tahu caranya? Sila tengok VIDEO CARA TUKAR THUMBNAIL VIDEO YOUTUBE DENGAN MENGGUNAKAN HANDPHONE ni . Tengok sampai habis yer!



So, macam mana? Dapat tak? Mudah ajer kan? Bila dah tahu cara nak tukar thumbnail video ni, IQ jadi semangat nak tukar KESEMUA thumbnail video IQ di Youtube tu, walaupun video tu bertahun lepas IQ upload, tak salah kita update balik thumbnailnya kan?

Video Cara Tukar Thumbnail Video Youtube Menggunakan Handphone
Haa...tak ada thumbnail punya video detected..hehe

Hampir kesemua video IQ di channel IQ dah ditukar thumbnail-nya. Hanya ada beberapa video lagi belum tukar. Tak per, slow-slow. Ini pun da makan masa beberapa hari nak tukar. Lagi-lagi kalau ada anak kecik, memang makan masa la sikit yer.

Ok la korang, jangan lupa subscribe channel IQ juga yer! Klik sini untuk subscribe!

Till then korang, selamat mencuba! Bai!

Saturday, May 30, 2020

Sambutan Raya Sederhana Bersama Keluarga

May 30, 2020 8

Raya Sederhana Bersama Keluarga Kecil

Dah masuk raya ketujuh. Di kesempatan ini IQ nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin kepada semua pembaca Dunia Blog IQ sekalian. Mohon maaf dipinta jika ada kata-kata IQ dalam blog ni mengguris hati kecil korang semua. huhu.

Macam mana raya korang? Korang beraya di mana? Korang ada beraya rumah saudara mara? hihi. Banyak pulak soalan IQ ni. Yer la, IQ teringin nak tahu lagi-lagi raya kali ni sangat berbeza berbanding raya-raya yang lepas kan? Dengan wabak yang melanda dunia selama berbulan-bulan ni menyebabkan perayaan yang dinanti setiap tahun berubah coraknya.

Banyak kisah yang terjadi waktu Hari Raya kali ni kan? Dengan ada yang berdegil balik kampung dengan cubaan merentas negeri, ada yang jumpa ahli keluarga di sempadan negeri. Semua untuk mencatatkan kenangan dan sejarah dalam kehidupan kita secara tak langsung. Pertama kali beraya dengan pakai topeng muka. Kau hado?

Pagi Raya Yang Tak Kecoh Macam Selalu

Selalu pagi raya mesti kecoh kan? Dengan nak gosok baju raya, nak kejutkan anak-anak mandi bersiap, dengan suami cari butang baju melayunya tak jumpa. Memang kemeriahan tu yang selalu kita ingat dan kenangkan. Kali ni? Semua tu tak ada. Pagi raya jadi smooth jer. Tak kecoh-kecoh macam kebiasaan yang berlaku di pagi raya. Selalu pagi raya jadi kecoh sebab ada ahli keluarga lain nak berebut mandi, berebut nak gosok baju sama-sama dengan kita. Kali ni tak. Semua tu hilang. Huhu...sedihnya!

Pagi raya IQ memang steady. Bangun pagi macam biasa. Suami suruh siapkan juadah raya. Lepas tu IQ mandikan Luqman. Lepas mandi, tidurkan dia balik sebab tak nak bagi dia mood tak best bila nak ajak bergambar nanti. Sementara tunggu Luqman tidur, kitaorang menjamu juadah raya bersama.

Luqman dah bangun, barulah ada sesi bergambar. Baru mood dia ON. Haaa..gitu. Memang kena jaga mood para-para bayi sekalian yer. Kalau mood dorang kelaut, memang kirim salam jer la nak bergambar raya ni.

Sambutan Raya Sederhana Bersama Keluarga
Selamat Hari Raya!
Sambutan Raya Sederhana Bersama Keluarga
Adik Luqman da start buat muka dahhhh
Sambutan Raya Sederhana Bersama Keluarga
Adik tak fokus, abangnya kemain posing
Sambutan Raya Sederhana Bersama Keluarga
Kemain comel bila ayahnya panggil mesti senyum
Sambutan Raya Sederhana Bersama Keluarga
Sesi bermaafan, haa! Jangan nakal-nakal lagi!
Sambutan Raya Sederhana Bersama Keluarga
Kemain suka dapat duit raya, ibu nak jugak!
Sambutan Raya Sederhana Bersama Keluarga
Mintak maaf dengan ibu cepat! Semalam kencing dalam seluar kan????
Oh yer, baju raya IQ dan suami recycle tahun lepas jer tapi untuk anak-anak beli baru. Budak-budak cepat membesar kan? Si Luqman pun beli jugak sebab first time dia nak beraya. Kena ambik mood sekali walaupun kecik lagi tak tau apa-apa. So, jadilah tema kitaorang pink-biru. comel jugak combinasi warna ni. 

Juadah Raya Yang Simple Tapi Bermakna!

Bila fikir tentang juadah raya ni, memang rasa cuak!! Sebab IQ TAK PERNAH masak juadah raya sendiri yer! Memang tak pernah seumur hidup IQ pun masak sendiri. Yerlah, selalu beraya dekat kampung, ada ibu dan mama yang akan masak lauk utama untuk raya kan? Kita tolong mana yang boleh jer. Sambil-sambil kacau lauk atas dapur, sempat mintak resipi tapi masa tu entah bila la nak masak balik kan? Confirm-confirm raya pun dengan family. hihi. Nak buat rumah terbuka pun memang tak pernah masak lauk raya sebelum ni.

So, jadinya IQ kena kuatkan semangat masak juadah raya tahun ni! Husband pulak awal-awal masa puasa mintak resipi RENDANG TUK dengan ibunya. Maka, secara tak langsung, memang bagi hint nak makan rendang tuk tu masa raya. Konon mintak resipi awal, nak try buat sekali dulu. Last-last tak terbuat pun. Masak untuk raya jer akhirnya.

IQ masak juadah raya sehari sebelum raya. Sehari sebelum raya memang kecah la rumah jadinya. Biasalah dengan anak kecik kan? Suami IQ pulak sibuk nak pasang lampu lip lap kat balkoni rumah tu. Memang mood raya sampai sehari sebelum raya jer. Sebelum tu memang diam sunyi sepi. haha!

IQ mula-mula rasa cuak nak masak ni. Risau tak menjadi jer. IQ confirmkan resipi dengan ibu mertua IQ dan mula masak. haaa...masa ni rasa macam confident sikit. Lama-lama tu fikir, "Eh, macam senang pulak nak masak rendang ni." Haha! Tetiba over pulak confident dia.

Then akhirnya Rendang Tuk IQ siap!!! Bila waktu berbuka dah masuk, suami IQ nak try Rendang Tuk IQ tu. Haishhh!! Nak rasa pulak dah. Sebelum tu IQ tak ada try sebab puasa kan? Ni suami IQ lak yang try dulu. Nervous!!
Sambutan Raya Sederhana Bersama Keluarga
Lighting lebih, warnanya patut gelap sket, even rupa tak ada, rasanya adaaa! haha!
Dan lepas suami IQ try, dia cakap..."macam ada yang kurang, tapi apa ek?" Ishh, benda apa yang kurang tu? Lepas tu, tetiba pulak dia cakap, " Haaa...okay dah ni, sedap!" Masa ni berbunga hatiku ini...hhaahaha!! Adehhh...First time masak yer, mestilah nervous dia lain machiam! Masa makan rendang tuk pagi raya, terus dia cakap, " boleh buat jual ni, untung!" Haahh sudah, nak jual rendang pulak, ape lagi...ONNNN! haha!!

Malam raya, suami IQ pergi ambik lemang dekat pak saudaranya di Keramat, KL. Lemangnya tiap-tiap tahun jual dan tahun lepas pun kitaorang beli juga. Sedap! Lagi sedap dimakan dengan rendang tuk IQ. Haha! Angkat bakul sendiri dah ni. Dah masak sedap, mesti la kena up diri sendiri. hahaha!

Hidangan sampingan ada kuih raya 3 jenis dan kerepek 3 jenis yang suami IQ beli dengan kawan dia. Kek cheese strawberry dan mangga tu serta kek brownies nutella pun dibeli oleh suami IQ dengan kawan dia yang lain. Senang cerita, IQ just masak jer, yang lain suami IQ beli. haha! Kuih raya tak buat sendiri sebab tak ada oven. Plus ada anak kecik ni, nanti-nanti la buat kuih raya tu. hihi.

Sambutan Raya Sederhana Bersama Keluarga
Juadah raya kami 

Beraya di Alam Maya

IQ orang Terengganu, suami IQ orang Perak. Memang dalam negeri Selangor tempat kitaorang tinggal ni, cuma ada adik IQ yang tinggal di Gombak Selangor. Kalau kira saudara mara ramai la kan? Tapi selalunya utamanya yang terdekat. Mak ayah dan juga adik beradik dulu.

So, disebabkan kitaorang tak dapat balik raya kali ni. Hanya mampu bervideo call sahaja. Sedih? Semestinya! Selalunya boleh mintak maaf secara live. Lain feeling dia. Kali ni mampu buat dalam handphone jer. huhu.

Sambutan Raya Sederhana Bersama Keluarga
Raya Bersama Walau Hanya Bervideo Call

Raya Kedua Kembali Normal

Raya kedua kitaorang dah jadi macam biasa balik. Tapi IQ, Luqman dan Qa'id tetap ambik mood raya tu lagi dengan pakai baju raya. haha! Lepas tu bergambar lagi. Yang ni IQ dan Qa'id je join. Klik sana sini. Yang penting kita happy. Alhamdulillah.

IQ tak pergi beraya ataupun menerima kunjungan tetamu raya kali ni. Yerlah, IQ ada anak kecik, risiko tinggi. Nak benarkan orang datang rumah pun, risau takut orang yang datang pun dah banyak kontak rapat bila beraya sana sini. Mohon ampun jika tak dapat nak tunaikan beraya bersama. Doa-doalah virus ni segera hilang dan kita boleh kunjung mengunjung macam dulu-dulu balik. huuu
Sambutan Raya Sederhana Bersama Keluarga
Kita jer la posing Qa'id. Nasib Qa'id layan jer ibu dia.

Raya Sederhana Penuh Kesyukuran

Itulah cerita raya IQ dan keluarga kecik IQ tahun ni. Walaupun simple tapi memang bagi makna besar pada IQ. Pengalaman pertama raya sendiri-sendiri. Sedikit sebanyak beri kita pengalaman baru dalam keadaan yang genting macam ni.  Moga kita semua berpeluang menjenguk ibu bapa di kampung tak lama lagi. Insya-Allah.

Macam mana pulak dengan raya korang? Best? Teringin jugak nak tahu kesah korang. Drop link kat bawah yer, IQ nak baca. TQ~

Oklah, till then, bai!