Advertisement

Responsive Advertisement

PKPB Sambung Lagi, WFH Bukan Semudah Yang Disangka!

 Salam korang!

Selamat menjadi junior kepada negeri-negeri yang baru sahaja diisytiharkan PKPB beberapa hari lepas. haha! Selangor dah jadi senior dah, sejak beberapa minggu yang lalu. Sejak beberapa minggu ni juga lah IQ work from home sejurus selepas IQ touch down dari Terengganu. Balik Selangor terus kena WFH. Rasa macam kembali tak bekerja plak bila dah duduk rumah balik ni.

TAPI!!!


WFH ni bukanlah semudah yang disangka! Apatah lagi IQ ada anak kecik yang baru nak masuk 9 bulan ni. Lagi-lagi si Luqman tengah melasak sangat sekarang! Tengah nak belajar meniti, berpaut pada kerusi tapi silap hari bulan boleh terlentang jatuh ke belakang kalau tak pantau betul-betul. Walaupun Luqman ada menggunakan walker, namun ada waktu-waktu yang IQ akan lepaskan dia untuk main bersama abang dia, Qa'id. 


So, nak dijadikan ceritanya, IQ gagal untuk WFH di rumah! haha! Bertahan pada minggu pertama jer, Masuk minggu kedua, boss dah mula tanya itu ini, mintak report itu ini, mula rasa macam makin sibuk. Banyak perlu diselesaikan tapi dengan anak kecik memang susah nak settle sebab anak kecik perlukan perhatian sepenuhnya. Anak kecik memang nak ibu dia di samping ayah dia. Jadi macam mana agaknya tu?


Dengan kerja yang penting perlu IQ selesaikan, IQ buat keputusan untuk masuk office jua akhirnya. Anak-anak? IQ hantar pada pengasuh. Ayahnya ada kerja, so...tak dapat jagakan anak-anak. Kadang-kadang jer dapat. Tapi IQ tak hantar awal, IQ hantar dalam pukul 10 sebab pukul 10 baru office IQ buka sampai la petang. Nak balik awal pun boleh. Jadi tak ada masalah dekat situ. Bilangan pekerja pun tak lebih daripada requirement SOP benarkan.


Credit Galeri Sentuhan Arifsan


Mungkin ramai yang fikir ianya tak ikut SOP. Dengan keadaan keperluan kerja IQ, IQ tak punya banyak pilihan sekarang. Kepada yang masih boleh mengikuti SOP, tahniah IQ ucapkan. IQ terpaksa berkorban demi mencari sesuap nasi untuk keluarga IQ. Yang penting jaga SOP masing-masing, pakai facemask, hand sanitiser dan juga jaga jarak. Moga Allah SWT lindungi kita semua.


Tahun 2020 ni semestinya tahun mencabar buat semua. IQ sendiri berpengalaman dibuang kerja, menganggur dalam tempoh paling lama bagi IQ, 5 bulan tanpa income namun Alhamdulillah, ada skim mencari pekerjaan daripada PEKERSO benar-benar membantu IQ. Dan kini IQ kembali kerja. Alhamdulillah...namun harapan semua agar gelombang ke3 pandemic Covid-19 segera berakhir. Kalau kita tengok statistik seperti tiada penyelesaian. Moga ianya cepat berakhir. Amiin.


Till then korang. bai!

Post a Comment

2 Comments

  1. Semoga dipermudahkan urusan selalu..semoga pandemik ni cepat berakhir.

    ReplyDelete
  2. Betul tu IQ..sisyat pun x boleh WFH sangat. Banyak betul tugas2 tambahan yg tak relate dengan work..haha

    ReplyDelete

Kata ibarat pedang yang tajamnya bisa membunuh lawan..
Kata-kata yang berhikmah menyedarkan kita...
- Bicara Kata, Inteam

(Nyanyi Ke Tu?)