Friday, December 19, 2014

Sekitar Majlis Akad Nikah, Persandingan dan Sambut Menantu Muhammad Asyraf & Izyan Balqis

December 19, 2014 0
aii...yeah, seperti dijanjikan, jika tiada kerja yang perlu dibuat di waktu kerja, jadi manfaatkanlah waktu dengan meng'update' blog yang agak2 nak bersawang ni. heeee *menyengih*. IQ pun da janji nak update pasal majlis IQ yang lepas. So, sila la lihat...gambar tak banyak...official gambar minggu depan baru dapat...so, tak dapat nak attach kat sini....
 
 
Majlis akad nikah diadakan selepas asar hari jumaat, 5 Disember 2014 bertempat di Masjid Karak, Karak...Alhamdulillah, family dan sahabat terdekat hadir bersama-sama meraikan majlis akad nikah IQ dan suami. Syukur Alhamdulillah. Planning asal nak buat majlis nikah pada hari yang sama dengan hari persandingan, tapi yelah, kita merancang, Allah yang tentukan. Allah da takdirkan kami nikah pada hari jumaat yang berkat. Alhamdulillah.

 
Besties + adik beradik bestie + junior yang hadir pada majlis nikah. Farah tu tak cukup tidur, tu sebab tidur jer merata sambil berdiri pulak tu...kan? HAHA! Da lame kan tak nampak IQ, dan jangan tanya kenapa IQ membesar dengan jayanya....efek baju pun mungkin, sebab baju nikah ni beli siap...beli saiz besar sikit sebab tak der available saiz. heeee..ok la kan...huuu..
 
 
Family En Abdul Wahab akhirnya bertambah lagi sorang, tapi cucu sulung tak der plak dalam gambar ni. biasa la budak mana reti duduk diam...kan? Rayyan. Si Ammar pulak tak berpaling. Malu nak show off muka agaknya. Anyway, bukan senang nak ada gambar macam ni...serius IQ cakap, bukan senang....Alhamdulillah....kami bersatu walaupun sekejap dalam majlis akad nikah ni.
 
 

 



Majlis persandingan diadakan keesokan harinya. Pengapitnya adik IQ sendiri dengan buah hati pengarang jantung dia kononnya. Alhamdulillah, majlis berjalan lancar. Terima kasih sangat kepada yang hadir dari jauh, family dan kawan-kawan dari Terengganu, Pahang...dari seluruh pelusuk ler senang cakap...meh tengok gambar sikit2...tak banyak...sikit jer...
 


 
 
 
Sepupu kesayangan tak dapat hadirkan diri, tapi dia rajin spam gambar kahwin IQ pulak hari tu, so....paling menarik minat dia adalah pelamin IQ ni...pelamin yang IQ buat sendiri. yup! dari kayu backdrop, pentas, semua kelengkapan pelamin IQ cari dan buat sendiri, sebab untuk dapatkan pelamin macam ni kat luar,memang susah. kawasan IQ masih belum ada yang buat...nak ambik luar kawasan pulak mesti la kosnya tinggi, jadi....tadaaa....IQ DIY kan sendiri pelamin IQ. Dream come true jugak la...even simple tapi IQ amat sukakannya. SERIUS!!
 
Sesi outdoor sebenarnya tak expect ada, sebab planning asal ambik Official Photographer (OP) cuma untuk pakej shoot and burn, tak der untuk outdoor...lepas tu, macam mana ntah, tambah tolak sebab tetiba tukar hari nikah, jadi terada pulak sesi outdoornya....lepas tu,  mula pening..tak tahu nak shoot outdoor kat mana....at last....
 

 
buat kat taman rekreasi bentong...hasilnya tak tahu la macam mana nanti....redha je la...nak buat kat hutan lipur lentang, cuaca pulak nak hujan...last sesi outdoor pun sebab hujan...nasib baik sempat shoot sampai pueh hati.... gambar atas ni adik ambik candid...agak2 nak jalan masa nak cari port lain...port gambar plak tak banyak...nasib la..
 
Habis majlis di karak, IQ dan suami terus balik KL, IQ kerja senin tuuuu...huaaaa..terpakse la, untuk dapatkan cuti sebelum dan selepas kedua2 majlis memang susah nak dapatkan, apatah lagi newbie macam IQ ni, IQ kan baru tukar kerja...so, kalau nak cuti jugak, jadilah unpaid leave. Bulan depan gaji kena potong jadinyeeeee...sobs...
 

 
Majlis sambut menantu diadakan pada 14 Disember 2014. Tema belah lelaki adalah hijau. Alhamdulillah, majlis di Jasin, Melaka ni pun berjalan dengan lancar. Family IQ ada yang ikut walaupun dari  Terengganu mahupun Pahang.
 
Pelamin belah lelaki pun buat sendiri. Ayah mertua IQ punya idea. pentas sampai dua lapis. memang surprise bila da sampai. Cuma gambar dengan family mertua tak ada pulak untuk diletakkan di blog ni, next time la IQ letak. =)

Bestfriend IQ dari zaman sekolah folo IQ dari awal majlis sampai la sudah majlis....Muazatul Adawiyyah.. still single...kerja chef...haaaa....kalau mahu kenal, meh pm IQ...=P
 


 Haaaaa...itu-lah kisah perjalanan majlis IQ yang tak sebest mana pada korang tapi pada IQ, IQ rasa best dan syukur sangat sebab kesemua majlis berjalan dengan lancar dan meriah. Alhamdulillah. =)...
Bulan ni ramai kawan IQ yang kahwin...ada yang bertindan majlisnya....macam majlis perkahwinan shedot dan satai, dan juga rajab dan isteri. Majlis semua bertindan, even plan dari awal lagi.
 
Selamat pengantin baru pada yang baru berkahwin. Selamat menempuhi alam perkahwinan. *macam wish kat diri sendiri pulak* hek3.
 
Sekian entry panjang IQ pada kali ni, next nak post pasal wedding kawan-kawan pulak...ada bran nak tengok? nak tengok, tunggguuuu~~~
 
See ya!
 
*** hari ni Wak dan Khaleda nikah. Mabruk kalian!! 19/12/2014. Akhirnya KOIH bersatuuuuuu!!

Wednesday, December 17, 2014

Updating...Dunia Blog IQ

December 17, 2014 0
hye korang.
pe habaq sumaaa....hihi. (IQ, plis behave...da jadik bini orang dah kan....) ok2....
HAAAA? dah jadi bini orang dah? Ya Allah, begitu pantas masa berlalu, agak2 macam baru semalam baru update entry yang lepas, rupanya da dua bulan tak update. Kesian sangat DBIQ ni, terbiar, bersawang....
 
IQ akan cuba update jika IQ ada kelapangan, macam sekarang. Pada waktu pejabat, yang agak2 kerja-kerja da settle, boleh lah buka blogger.com ni dan update. Even boss ada di sebelah ni, tapi kalau dah nampak mengadap komputer memanjang, mesti orang pikir buat kerja kan kan kan...hek3...jahat!
 
Banyak update yang nak diupdate, pasal tukar kerja, pindah rumah baru, pengalaman langgar kereta orang, tragedi darah manis dan yang paling terkini, menukar status kepada Puan. Segalanya berlaku dalam sekelip mata. Dalam tempoh yang pendek. Dua bulan. Pling! Berubah semuanya.
 
IQ tukar kerja dari Bentong, Pahang ke Kelana Jaya, sebagai Planner dalam bahasa mudahnya. Planner ni kebanyakannya ngadap komputer la. Mengadap jadual projek. Tak macam dulu yang kena pantau site dan jugak pekerja. Sekarang duduk dalam opis, boleh pakai baju ayu2...tak payah pakai seluar sepanjang minggu dah. =P
 
5 Disember 2014 menjadi tarikh bersejarah dalam hidup sebab IQ tukar status pada tarikh berkenaan. Tak sangka, 5 April bertunang dan nikah pada tanggal 5hb jugak. Rezeki jugak nikah pada hari jumaat. Berkat orang kata. Alhamdulillah. Selamat menjadi isteri kepada Muhammad Asyraf. Alhamdulillah, syukur. Update tentang majlis semua, nanti IQ update kemudian. Bila tu tak pasti, kalau boleh nak tunggu gambar daripada official photographer la kan...tunggu..lepas tu baru update sakan. Tak der la nak sakan sangat, berpada-pada. Menjamu mata pada yang sudi melihat. Ye dak?
 
IQ sebenarnya da malas nak berblogging, even ramai jugak blogger yang retired kot. Pernah laa terjenguk satu blog yang agak popular, tapi sudah jarang diupdate. Mungkin popularity blog itu sendiri dah berkurang apabila tibanya era instagram. Kan? IQ harap IQ akan teruskan berblog ni, even dah kahwin, even dah ada anak nanti...Insya-Allah.
 
Till then, see you!
 
*** Musim orang kahwin, ke mana kita hujung minggu nanti yer? KUANTAN~!!!!
 
 

Thursday, October 2, 2014

Wedding Planner atau DIY Wedding, Apa Pilihan Anda?

October 02, 2014 1
Wedding Planner atau DIY Wedding, Apa Pilihan Anda?

Assalamualaikum, hye bloggie dan blogger sekalian maya...punya lama (kot) tak update blog. Lately banyak benda sangat berlaku...dari hal kerja sampai la hal kahwin..macam2...nanti IQ cerita sikit2..

Camne nak cerita ek...well...pasal wedding planner atau DIY wedding...pilihan mana yang menjadi kesukaan individu sekarang... Wedding planner pada IQ sangat bagus, dari A to Z dia akan setelkan untuk kita...dari persalinan, pelamin, mekap, photography bla bla bla...semua macam pling! Bak kata orang macam bawak badan jer...set tarikh dan segalanya setel..tapi bergantung pada bajet masing2...pada IQ paling cikai nak pakai wedding planner ni 15k..atau lebih...up to person la..

DIY wedding...semuanya dia nak buat sendiri...rewang2 kenduri tu semestinya..segala details nak buat sendiri..ada orang kata macam cerewet...tapi apa2 cara pun mesti cerewet...dan yang penting adalah, it save our cost...sebab kita boleh cut bajet mana yang tak perlu atau nak dilebihkan...nama pun DIY...do it yourself...kalau boleh nak mekap sendiri pun ada...hihi

Setakat dalam tempoh setahun ni, rasanya da 3-6kali IQ pergi pameran pengantin...konon nak cari cameraman la, nak cari tempat buat kad la...last2 kelaut...sebab rambang mata...tak boleh nak confirm la tu jugak...huhu..bawak balik pamplet dengan kad bisnes je la lepas tu...

Tapi secara am nya, IQ sekarang buat DIY wedding..sebab majlis tak besar, nak pakai wedding planner apanya la plak kan....baik buat sendiri...biar majlis tak besar tapi IQ tetap ajak kenalan IQ...jemput2..datang disember nanti...nak kad pm kat insta yer...hihi..

Alhamdulillah jugak...rezeki nak kahwin orang kata, dapat kerja di Kuala Lumpur..dekat la dengan bakal hencik suami nanti..hujung bulan ni start..sebulan sebelum kenduri...rezeki..Alhamdulillah..syukur...

Till then..banyak nak kongsi..nanti la kongsi macam mana nak cut cost kahwin ni...ok...bye!

*** rasa kejap sangat September. Masa ogos hari tu rasa macam lama pulak...kenapa ek? Excited nak kahwin punya pasal ke? Choooyyyy!!! Gedik sangat tuuu

Tuesday, September 9, 2014

Persiapan Kahwin?

September 09, 2014 2
Persiapan Kahwin?

Assalamualaikum semua

kalau la encik Tunang tahu IQ masih berjaga sekarang, mesti dia buat mata macam ni –>  -_-. hehehe… Sori kesayangan. saya tidur lewat ni pun sebab awak. tolong uploadkan file awak yang tak berkesudahan tuuu..haaa..alang-alang tukar font header blog baru kan…feel la sikit nak update kan?

Persiapan kahwin? Almost 40% kot. Baju setel. Baju buat sendiri dan plan pakai sehelai je nikah + sanding sebab majlis nikah dan sanding pada hari yang sama. Jimat sikit di situ. Kad da setel jugak, bulan 10 or 11 baru edar. Goodies 40% jugak siap…ape lagi….makanan setel….pelamin in progress…in progress?? pelamin IQ plan nak buat sendiri…sebab pelamin yang IQ nak tu tak ramai lagi yang buat…kalau ada yang buat pun luar kawasan…tahu tahu je la kalau yang luar kawasan ni berapa regenye kan?

Kalau nak semua sempurna, memang kena plan dari awal. Sape yang baca post IQ sebelum ni tahu la IQ ni da last minit jugak plan nak buat gerak kerjanya. Kenduri belah lelaki pun plan buat tahun depan pun dah bertukar tarikh seminggu lepas kenduri IQ. So…semua memang bertukar. Last minit punya hal.

Plan asal IQ buat di kuantan, sebab fikir dekat dengan family tapi bila fikirkan pengurusan semua, planning was totally changed! tukar ke rumah family di Karak ni. So, kenduri di Karak yer. bukan di Kuantan seperti yang IQ maklum sebelum ni di insta. heh~Plan tema sebelum ni vintage. SO, the plan is on! Sebab baju pun bukan baju yang berkaler duo, just single kaler and its simple n nice. Hopefully segalanya berjalan dengan lancar. Amin.

Till then. Bai

Tuesday, August 12, 2014

Kurang Empat Bulan Lagi...

August 12, 2014 2
Assalamualaikum...

fuhhh...lama tak menaip blog kan? sebelum tu, IQ nak ucapkan selamat hari raya walaupun hari ini dah hari raya yang ke 16!!! hihi. dah separuh Syawal rupernye yer...

IQ sekarang tengah sibuk serabutkan kepala. Kenapa? Kurang 4 bulan lagi nak jadi bini orang sudah. Insya-Allah. So, sekarang tengah serabut nak plan itu ini...baru setel bab tempat...sekarang duk setel hal makan pula...step by step...kena buat checklist sebaik mungkin.

IQ ada download gerak kerja kahwin di internet. Walaupun e-book tu full edition tapi at least ada la sedikit guideline untuk B2B kan? ni da kurang 4 bulan gelabah kemain. Semua orang cakap IQ main-main nak kahwin. Sebab tak plan dari awal. Lepas raya baru nak kelabut (kelamkabut) buat persiapan. Orang buat gelabah, IQ pun naik gelabah. Haihhh...

Hujung minggu nanti nak pergi pameran pengantin di Ampang Point. Dapat maklumat pasal pameran ni daripada majalah Inspirasi Perkahwinan yang IQ beli 2-3 hari lepas. Haaa...gituuu...baru fefeeeling nak kahwin kan...beli majalah itu ini...tapi lepas tu berangan tak sudah..planning kelaut...jangan la buat macam tu...heeee...

Plan asal nak buat tema vintage, TAPI yang IQ pikirkan just biarlah kami selamat diijabkabulkan sudah. So, temanya asal selamat...kahkahkah...ok...wait n see jer la. Kalau IQ ada masa lepas kahwin tu, IQ update la sikit majlis bajet IQ ni...kenapa majlis bajet? sebab memang bajet habis la kenduri ni...serius! bajet habis below 10k. tu cuma anggaran. kalau betul2 nanti tunggu je la selesai majlis...berapa agaknya habis....

So, lets the time begin...moga dipermudahkan..Amiin...

Till then, bye.

Gambar masa majlis resepsi kawan lama bulan 3 hari tu.
Jangan ditegur IQ yang semakin membelon itu. HAHA!


Sunday, July 20, 2014

Mengenang MH17

July 20, 2014 1
Mengenang MH17

Assalamualaikum.

IQ pasti, kita semua bersedih tentang apa yang sedang berlaku kepada negara kita. IQ pun sama. Biarpun tiada seorang pun yang IQ kenal tapi IQ tetap sedih, terbayang jika IQ berada di tempat mereka yang telah pergi. Bagaimana perasaannya...

Sekarang Malaysia dalam proses mendapatkan jenazah dan juga kotak hitam daripada pihak sana. Susah nampak gayanya. Bukan mudah hendak berurusan dengan negara yang besar ini. Susah. Banyak helah, mungkin.

Semalam, berbual dengan kakak dan abang ipar tentang hal ini. Abang ipar bercerita tentang apa yang dibaca dan dilihat dalam internet. Ada pihak berkata, ada yang masih hidup. Menjerit dan terus menjunam jatuh ke atas bumbung rumah penduduk kawasan nahas. Ya Allah. Meninggal kerana terhempas. Bayangkan 10km dari atas langit sana. Kita ni jatuh kerusi baiki lampu pun da terasa sengal. Bayangkan mereka pula. Allah...

Pilu. Nasib mereka pula sekarang bagaimana? Perlukan masa pula, apatah lagi pihak sana tidak mahu bekerjasama sepenuhnya. Beribu alasan diberi. Ngelat. Bagaimana perasaan keluarga mangsa yang mahu lihat mereka buat kali terakhir?
Ini cuma apa yang bermain di fikiran IQ setiap kali IQ tengok satu akaun instagram berkaitan update berita mengenai MH17. Setiap itu lah kalau tengah berbual dengan encik tunang di telefon, jadi kelu. Senyap. Minda celaru. Fikirkan nasib mereka yang tersempit di tengah kemelut pergaduhan pihak sana.

Doakan mereka selamat dikembalikan. Doakan juga rancangan untuk mengelat pihak sana gagal. Sudah muak dengan sifat manusia yang makin menghilang. Makin kejam.

Doa untuk MH17. Doa juga untuk saudara kita di Gaza sana. Mereka juga perlukan doa kita.

Sunday, July 6, 2014

Garang Ke?

July 06, 2014 1
Garang Ke?

IQ just terpikir.
Tadi IQ baru jer arahkan adik yang bongsu pergi mandi,
Dan dia senang jer meluru terus pergi mandi,
Padahal sebelum tu ummi IQ dah arahkan dia banyak kali, sampai berbuih mulut bak kata orang tua-tua...
Tapi kemain liat!
Bila IQ suruh, laju pulak?
Ke IQ ni garang sangat?

Anak saudara IQ yang sulung pun agak takut dengan IQ kalau IQ larang dia buat pape yang dia nak buat (selalunya benda yang tak patut dia buat la kan). Bila IQ tinggi suara sikiiiittt jer dia da macam kelu. Garang sangat ke IQ ni?

Ummi pernah cakap, dalam satu family besar patut ada sorang yang boleh buatkan dia gerun, maksud IQ dia tak berani buat kalau kita larang dia. Biar dia tahu erti disiplin. Tapi pada diri IQ sendiri tak der la tegas sangat dengan anak saudara kesayangan IQ tu. Mane boleh! Selalunya IQ akan pujuk dia balik, peluk dia. Bagi dia hilang masam di mukanya. Hihihi. Sape tak sayang budak oiii??

IQ banyak ikut perangai abah, menjadi seorang yang luarannya nampak garang tapi hatinya tetap lembut. Abah dulunya sangat ditakuti oleh anak2 saudaranya. Terutama hanif, sepupu IQ. Nampak jer abah terus nangis tanpa henti! Sebab? Abah suka gomol dia sampai dia ketakutan. Hihihi. Tragis betul.

IQ pun nak usik anak2 saudara IQ akan datang macam abah jugak la. Macam comel jer. Heee.

By the way, GARANG is not problem at all. Melainkan ia digelar tak best pada orang yang fikir hidup ni perlu smooth tanpa cabaran. Kikiki. Ape punya ayat daa. Tak berkait langsung! HEee.

Till then guys!

Sekian.

*aimissyuabah. Raya ni jumpa lagi tau!!

Saturday, July 5, 2014

Hari Ke-7 Puasa Ramadhan

July 05, 2014 1
 
 
Hye kesayangan saya! Kesayangan blog sekalian alam. 
Puasa macam mana? Ok? Alhamdulillah kalau semuanya berjalan dengan lancar kan? Jangan pulak ada pengalaman macam IQ alami macam dua tahun lepas pulak. Alaaa...kisah ke-ef-ci tuuuu...tu pengalaman IQ sebagai peniaga...bukan pembeli di tengahari terik...tau?
IQ kebosanan ni, hari ni kerja. Mengadap kerja itu tak kena, ini tak kena. Tak lama pun kerja hari ni. Tengahari nanti balik ler. Sambil layan-layan taip blog, kalau boss baca blog ni, habis laa...boss IQ tahu pasal blog ni..tapi mohon dia lupa sudah. =P
Seminggu sudah berpuasa. Kejap bukan? Bukan lama pun. Pejam celik pejam celik nanti da eh? Setengah bulan dah puasa. EH? Dah nak raya?? haaa...gitu. Yang penting penghayatan bulan Ramadhan itu sendiri. **remind untuk diri sendiri jugak yer Cik IQ! heee~~

Seminggu berpuasa penuh dengan ragam di rumah IQ. Along IQ datang berpantang di rumah selama seminggu. Seronok tengok keletah anak saudara yang sulung, Rayyan. Budak tiga tahun yang banyak keletah, minta dimanjakan sejak adiknya lahir 11 Jun yang lepas. Keletah Along sendiri pada IQ yang tak dapat nak berpuasa kerana berpantang pun cukup buat IQ gelak.  Kena paksa makan sementara yang lain berpuasa. Si abang ipar pula jeles. HAHA!
Dan IQ rindu sangat kat anak saudara yang kedua tu sekarang. Nama dia? MUHAMMAD FATEH AMMAR BIN MOHD FARID. Ramai yang nak panggil baby dengan panggilan Ammar, tapi IQ dah terbiasa sejak dia lahir lagi panggil Fateh. Bila dah terbiasa kan susah nak hilangkan kan? Ammar atau Fateh? panggil jer la apa-apa nama asalkan punya maksud sebagai doa untuk anak itu. Kan?

Si Captain Hati? Sejak berpuasa belum berjumpa. Walaupun dekat, tak dapat nak jumpa kerap, sibuk. Dapat tatap gambar yang dikirim aje ler. *kelipkelip


milapyu.

till then.

sekian.

*** lambatnya yang berdua tu sampai. Hati2 dari KL yer!

Wednesday, June 25, 2014

Video Konvokesyen Yang Dah Lapuk

June 25, 2014 1
Video Konvokesyen Yang Dah Lapuk

Assalamualaikum.

Haihh…kemain nak buat video sekarang, tak der koje ke? heee~ Malaih nak cakap panjang, this special video untuk 3 stooges + kawan-kawan yang telah sama-sama konvo pada Oktober tahun lepas. TAHUN LEPAS?? mak aihhh..punya la lama….nak setahun dah mak cik oiii! tak per la, tu tandanya IQ ingat kat korang, sebab buat video ni tandanya RINDU tahu tak?

enjoy!

My Youtube Channel is Iz5025, not Izyan_5025. Saya kelupaan ID pulak semalam.

kalau kualiti kureng, please watch at Youtube website ok! =)

Till then, next video is kamingg!!!! Video ape? Tungguuuuuu~~

*** Rindu sama teman-teman. =(

Tuesday, June 17, 2014

Sekali Sebulan Dah?

June 17, 2014 0
Sekali Sebulan Dah?

Assalamualaikum.

hye tawan-tawan! huarghhhh!! hampir sebulan tak berblog oiii! errr…ni kes sibuk ke kes malas ke kes simptom nak tutup blog? uishhhh! mana boleh tutup blog! hampir 5 tahun kot berblog ni. rugi kalau nak tutup. tak der hikayat mantera sardis hidup laaa…cess…merapu jer lebih!

IQ nak tulis blog tapi idea ni kemain haih liat nak keluar. tak tahu lah. lagi satu, si captain hati a.k.a encik tunang pun suggest kan atau cadangkan post-post di blog tidak seperti yang sebelum ni, kenapa ntah dengan mamat tu… tak kenan pulak dia dengan cara penulisan IQ lately KATENYE. haha! Dia lebih suka IQ bercerita tentang aktiviti IQ sepanjang masa di blog ni, haihh la pak cik, banyak songeh! eh? heee~~

Bagi IQ la kan, tak der ape nak diceritakan. Sebabnya rutin harian macam biase la, pagi pergi kerja, serabut kepala hotak dengan kerja, pastu balik rumah. kan? ke macam mana? kalau hujung minggu la best sebab mungkin ada aktiviti dengan family OR friends OR encik tunang. kan? haaa….memang betul pun, rasanya da 3 minggu IQ tak lekat kat rumah sangat pada hujung minggu sebab banyak sangat aktiviti seperti balik kampung, kenduri kahwin kawan dan jugak beriadah/bercamping dengan kawan.

Ikut hati memang nak share Log perjalanannya di sini. Tapi yer la kan, konon nya sibuk sangat. Boss pulak tak bagi can kat den ni haa nak nulih blog. eh? Boss tahu pasal blog ni!! heee…maap boss, ngumpat depan2 je nih. heee~~

By the way, nanti la IQ update. Rindu jugak nak bercerita, berkongsi gambar kat blog ni. layout blog pun tak bertukar langsung! nanti ada feel mungkin tukar la kot latar belakang blog ni. da rasa macam boring lak? haaaa…feel berblog da sampai la tuuu~~ heee…

till then, kalau rasa bosan baca blog ni, harap maap, den ni memang suka merapu, dari dulu sampai sekarang, merapu tak habis, membebel pun satu hal. Maap la yer.

Sekian.

*** ada lagi ke makhluk baca blog IQ ni, mujur la blog ni tak macam Instagram yang hari-hari orang buka, dan kalau tak der update terus unfollow. eh…lagi satu, IQ selalu udpate instagram, jenguk2 la yer. ada kat tepi tu. =) @izyanbalqis25

Saturday, May 24, 2014

#38 Kalau Dah Tak Sabar

May 24, 2014 0
#38 Kalau Dah Tak Sabar

Kemain tajuk.
*hempuk dahi*

Bukan dah tak sabar nak kahwin.
Ni perangai tak sabar aku sejak azali.

Aku rasa dah beratus kali
Orang nak buat seprais kat aku
Tapi tak jadi
Sebab aku ni jenis tak sabar
Dengan suka ambil tahu hal itu hal ini

Sesaper yang agak2 dah givap nak buat seprais
Diaorang givap sebab aku jer
Haha! Hurmm.
Tak best gak aku rasa
Tapi aku nak buat macam mana
Otomatik rasa instinct tu datang
Pling! Terus aku tahu.
Kekonon macam dah boleh agak atau
Perasaan perasan tu banyak dalam diri
KOT.

Kes terbaru. Encik tunang nak buat seprais beli instax utk hadiah befday yg sudah kelewatan dua bulan.
Well, cara nak cover tak berjaya,
yang berjaya cuma gaduh sampai masam muka
What the heck!!
Well..memang aku benci sikap aku yang satu ni
Bila nak berambus dari badan ni
Cukup la bagi seksa diri

Seprais habis kelaut.
Nasib la kau.

Mujur encik tunang penyabar orangnya
Tak dapat cara tu guna pulak ini
Maaf awak. Saya memang macam ni
Blur, serabut, kelam kabut.

Maafkan saya.

Monday, May 19, 2014

Balasan Atau Pengajaran?

May 19, 2014 0

Assalamualaikum.

Lately suka pulak rasanya nak berblogging sebab blog ni tak ramai yang kenal kita. In case kalau ada kenalan yang baca pun still ok sebab at least awak2 yang kenal saya ni masih nak tahu pasal saya. Hihi. Kan? Tak nak ngaku la tu.

Ok. Balasan. Balasan ni bukan dari kita. Kita tak ada hak nak balas pada sesiapa walaupun dia buat jahat pada kita. Balasan ini semua daripada-Nya. Yang kita perlu buat, sabar terima dugaan yang kita tempuh.

Cerita ni sambungan dari satu post di instagram. Seorang rakan yang dah bertahun kenal, dari zaman sekolah tapi tak pernah bersua.hanya surat penghubung kitaorg. Tapi sekarang zaman da moden, whatsapp, wechat, kakaotalk, line semua ada jadi penghubung...maka upgred utk bertanya khabar melalui wechat.

Pada asal hanya bertanya khabar, terus bertanya pasal kerjaya. Pada waktu tu IQ masih lagi menganggur. Yelah, tengah praktikal. Dia pula pelik kenapa IQ masih praktikal, bagi dia IQ sudah cukup umur utk habis belajar. Dia dah lupa belajar itu sampai ke liang lahad. Lupa dan mungkin juga alpa. Wallahualam...

Mula-lah dia berkata ''zaman sekarang, susah nak cari kerja, nanti tahu la azab nak cari kerja macam mana" IQ tak pasti adakah IQ terlampau sensitif utk baca chat itu dgn begitu..dan IQ reply dgn biase, " rezeki masing2...kita tak tahu apa yang akan jadi pada masa depan" dan jawapan daripada dia pula lepas tu agak cencored. Maki2 pula. Tak paham plak IQ lepas tu. Akhirnya hubungan kawan terputus di situ.

Terasa tu ada. Yelah. IQ study engineering. Dia study pendidikan. IQ mungkin ada masalah nak cari kerja dan dia mungkin senang nak dapat posting. Apatah kan lagi lelaki. Yer. Dia seorang lelaki. Guru lelaki memang amat diperlukan pada zaman sekarang kan?

Itu cerita hampir setahun yang lepas. 9bulan la kalau secara tepatnya. Sekarang Alhamdulillah. IQ punya kerjaya walau tak setinggi mana. Mula dari bawah agar faham keadaan orang2 di bawahnya.

Kawan IQ itu pula? (Lihat gambar)

Bukan IQ mahu rendahkan mana2 pihak tapi ini pengajaran. Pengajaran buat kita. Rezeki kita berbeza kerana kita bermula dari garisan mula yang berbeza juga.

Aku doakan kau cepat di'posting' kawan.

*** IQ tahu cikgu ni terjamin masa depan, dan walaupun IQ tahu, IQ tak terima tawaran 7tahun lepas untuk jadi cikgu. Sebab sudah jodoh IQ untuk  jadi apa yg IQ jadi sekarang. Untuk abah. Untuk keluarga. Kan?

Sunday, May 18, 2014

Ulat Tiket

May 18, 2014 0
Ulat Tiket

Assalamualaikum semua.

Rasa macam perlu kot IQ tulis mende ni. Sebab bengang gila. Sekarang IQ on the way nak pergi KL dari johor. Naik bas. Dari larkin. Part bengang. Ulat tiket. Kenapa? Meh sini nak habaq.

Part promote kemain tanya nak ke mana dik, kak, mak cik whatsoever..time tu nak elak dari ulat yang tanya lebih2 ni berhasil la. Tapi terjerumus jugak bila kita ni nak cepat, nak cari bas paling awal...in case cakap ada bas sedia ada. Plus tak der stop mana2...straight to the destination...Tapi tetiba da penuh. Dem! Ni da book nak beli dua tiket. Pastu cakap bas ada lagi setengah jam. Ok la setengah jam pun. Terima laa...beli tiket. Ok cun.

Naik bas memang ikut time TAPI TAK CAKAP BAS TAK GERAK TERUS! TUNGGU SAMPAI PENUMPANG PENUH! DEM LAGI. Tetiba ada uncle duduk seat single. Dia tanya kalau pergi KL berapa? Aihh...satu bas pun takkan tak tahu harga tiket? Rupenya dia berenti seremban!! Dem lagi dan lagi!!! CAKAP NONSTOP TAPI STOP JUGAK!

IQ dan wanie dah kepanasan tahan marah + sakit hati. Penipu punya orang. Kitaorg da ler nak cepat. Nanti sampai KL terus ke pahang pulak. Bukan dekat oii!

Da bertolak tapi singgah sri putri. Utk tunggu 3 org penumpang lagi tunggu sampai pukul6petang! Yang janji pukul 4setengah tapi pukul 6 baru gerak. Macam pfftt jugak la. Sampai KL tak tahu pukul brape. Sebab singgah seromban lagi. Penat la camni.

Lepas ni tak der nak layan orang yang duk promote tiket depan kaunter. Tak ley pakai! Dah cari rezeki tapi macam tak halal jer rezeki tu  sebab tipu pelanggan. Pikir la baik2 kalau nak beli tiket lepas ni. Sebab rasa macam hape je nih.

Sekian.

Wednesday, April 30, 2014

#37 Kalaulah Hari Ini

April 30, 2014 0
#37 Kalaulah Hari Ini

Kalau-lah hari ini
Sudah dicanang buruk orang
Tak mustahil hari esok
Berpecah
Berputus hubungan sedia ada

Sungguh aku terasa
Penat diam aku selama ini
Diperkata belakang pula
Mohon hati redha
Redha dengan sikap mereka ini

Thursday, April 17, 2014

#36 Matlamat Sebelum Jadi Bini Orang

April 17, 2014 4
#36 Matlamat Sebelum Jadi Bini Orang

Life aku.
Pergi kerja
Balik kerja
Esoknya pergi balik kerja lagi.

Hujung minggu kadang kerja
Kadang pergi kenduri
Tu pun kalau dekat
Kalau tak, si tunang hati datang rumah
Rutin harian dan mingguan aku.

Shopping? Cuci mata?
Hangout dengan kawan2?
Takde.
Tengok stegrem pun da tahu
"Bapak boring life kau!"

Tu kata hati yang jahat.
Atau mulut jahat sesiapa?

Lantak.
Selagi aku boleh bertahan begini
Aku tahan.

Tak lama lagi nak jadi bini orang
Matlamat sebelum kawen

Henjoy dengan kawan2!!!!
Bermula hujung minggu ini!!
Ok jom!

Monday, April 14, 2014

#35 Rasa Yang Tak Pernah Cukup

April 14, 2014 3

Lumrah alam la aku rasa.
Lumrah manusia bila rasa begini
Rasa tak pernah cukup

Dulu, tak menyabor nak habiskan belajar
Konon nak kerja
Nak cari duit
Nak rasa pegang duit sendiri
Konon.

Padahal.

Bila dah kerja,
Rasa masa belajar dulu paling terbaik
Rasa masa belajar-lah paling henjoy nak mam-***
Yelah.
Ada masa boleh lepak dengan kawan-kawan
Ada masa boleh chill pasal study sama-sama

Tu-lah
Tamak lagi.

Dah dapat, tak reti nak bersyukur lagi.

Dah kerja ni, banyak perkara nak fikir
Dah kerja ni, pikir duit keluar masuk
Dah kerja ni, pikir masa depan pula macam mana
Dah kerja ni, pikir macam-macam-lah

Sesak otak masa kerja sama sekali tak sama
Macam sesak otak masa belajar

Dah,
Sambung belajar-lah macam ni.

Tunggu lagi 5 tahun. Insya-Allah.

IMG-20140320-WA0000
nak feeling masa belajor, buat la gila macam ni, panjat lori konkrit
ini masih dikatakan normal, bagi orang kerja macam aku, buruh kasar.

sekian.

Thursday, April 10, 2014

DIY Hari Tunangan

April 10, 2014 3
Salam semua.
heee…mungkin yang dah tahu dari facebook dan juga instagram. IQ agak-agak jer. bukan nak rasa jadi retis kampung macam dulu…tak tak…rasa macam da hilang perasan tu dah….dah umur 25 dah…owh…lupa nak wish diri sendiri kat blog ni masa 1 April yang lepas…hehe…bukan excited untuk majlis kecil ni…sebab entah…dah rasa macam tak ada feeling nak sambut birthday sendiri….mungkin…
back to the topic. Alhamdulillah, majlis berjalan lancar. Family belah abah, belah ummi…my kesayangan 3 stooges + rakan sekerja pun datang…walaupun ada yang kelewatan + hujan pula sebelah petang..semua tu tak mematahkan semangat semua untuk menjayakan majlis. Alhamdulillah sangat-sangat.
dan segala persiapan IQ buat sendiri + keluarga + sahabat. Pelamin + hantaran + makeup + photography….kecuali….haaa..yang tu IQ cerita kemudian….nak cerita bab DIY ni….DO IT YOURSELF gituuu..heee~~
1) Pelamin
PhotoGrid_1397117587406
Ok. Pelamin memang totally buat sendiri, bunga-bungaan + kipas-kipasan buat sendiri. semuanya bersumberkan di hujung cari anda. taip je bunga crepe, kipas windmill…semua TERPAMPANG kat internet tu. IQ banyak cari ilham bila ada di kalangan blogger2 yang buat persiapan perkahwinan mereka dengan men’DIY’ sahaja. best kan? rasa puas hati. Alhamdulillah.
PhotoGrid_1397117658687PhotoGrid_1397117847678
PhotoGrid_1396849084484PhotoGrid_1396845628624
pentas tu bukan pentas sangat, pakai meja jepun (bak kata ummi) untuk dijadikan pentas pelamin. mujurlah meja tu sangat kukuh sebab asalkan meja tu daripada meja makan yang ditransformkan kepada meja jepun oleh abah. =) eh…tu 3 stooges! =P tema pelamin: pink + purple + brown
2) Bunga tangan
PhotoGrid_1396843985114
bunga tangan pakai bunga crepe juga. tapi telah dihiascantik oleh ummi IQ tersayang. setelah 3-4 kali bertukar design, maka siaplah bunga tangan IQ. simple but nice (la kot)…
3) Hantaran
PhotoGrid_1397118972802
Hantaran ni ada banyak tangan yang menggubahnya. IQ selalunya buat last touch up. Sirih junjung mak su + along yang buat, yang lain-lain ada juga sahabat setia yang buatnya…terima kasih bagi yang menolong. =) nanti kahwin nak minta tolong lagi =P tema hantaran: peach + green turqoise.
Yang selainnya…meh sini nak promote sikit… =)
DSC_0978
Make up : Hana Yuri Bara (Profile Facebook). <---Kakak IQ
Photography : FZR Photography (Fan Page) atau Farid A. Rahman ( Profile Facebook).
PhotoGrid_1396709118169
Tunang Attire : Shawlaboutique (Instagram + Facebook)
Shawl : Leyana Shawl (Instagram)
Bubble Talk : Cik Renex (Instagram + Blog)
Da penat nulih da….tu yang tulis pakai shortform dah….maap yer….sekarang ni asyik tidur awal. penat kerja pun tak jugak…antibodi tak kuat? kena makan suppliment banyak camni.
eh…kat atas itu Tunang IQ, Nama dia Asyraf. Nama penuh, Muhammad Asyraf…nak kenal? meh sini jumpa IQ dulu..HAHA!
Doakan perjalanan hubungan ini sampai ke jinjang pelamin dan ke akhirnya yer kawan-kawan.
Terima kasih. =)
Sekian.Bai!

Wednesday, April 9, 2014

#34 Bosan Aihh

April 09, 2014 0
#34 Bosan Aihh

huh!
fedup la macam ni
buat baik bukan orang nampak
buat jahat, mata kau orang macam cctv!

der,
kalau kau fikir kau-lah paling bagus
ajar aku
bukan arah aku

aku tahu aku siapa
tapi kau pun kena sedar kau sebagai apa
tinggi mana pun tahap kau berbanding aku
kau kena hormat juga

hormat.

tu je aku mahu.

ini tidak, kalau aku tak buat seperti yang kau mahu
kau balas?
balas tahi.
setepek kat muka aku, buat aku rasa hina sangat.
hina depan kau, hina depan mata orang lain juga.

siapa-lah aku der.
aku seorang picisan.

picisan. cebisan. tak siapa perasan.

IQ.2014

Tuesday, March 18, 2014

#33 Entah

March 18, 2014 0
#33 Entah

Kau kenapa?

Aku cakap kang salah
Aku bisu kang salah juga
Habis tu?

1001 fakta cakap dengan kau pun
Kau cakap aku salah

Yolah.
Kau kan wikipedia
Kau kan ensiklopedia
Segala macam -dia lah kau punya

Tapi
Aku diam lagi
Kau cari point tarik aku masuk perangkap kau lagi

Bengong.

IQ.2014

Friday, March 7, 2014

#32 Hantu Punya Rasa

March 07, 2014 0
#32 Hantu Punya Rasa

Bukan tak teringin
Tapi apa boleh buat
Aku adalah tulang belakang keluarga

Tak mengapa.
Slow2 izyan.
Bukan kau tak mampu buat
Ini semua sebab kau tak pentingkan diri kau sendiri
Ini semua sebab kau sayangkan keluarga kau

Kalau kau tak hirau
Kau dah angkat kaki awal2
Bolayan apa yang terjadi dalam keluarga kau
Sabar.
Bukan kau tak mampu.
Kau lebih dari yang kau mampu kalau kau mahu
Sabar.
Tolong sabar.

Thursday, March 6, 2014

#31 Sama-sama

March 06, 2014 0
#31 Sama-sama

Bukan mudah
Nak kenal seseorang
Yang terima pucuk pangkal segalanya
Semua perlu masa
Dan akal juga

Senior aku pernah kata
Kalau dari awal berentam bergaduh semata
Hubungan tak ke mana
Ternyata kata dia benar belaka

Jadi untuk hubungan kekal berjaya
Jangan dia buat sahaja
Kita pun kena bertindak sama
Sebab dia bukanTuhan yang tahu segala

Tuesday, March 4, 2014

#30 Andai

March 04, 2014 0
#30 Andai

Andai masa tu ada gear R
Aku pasti dapat baiki segalanya

Andai masa tu ada gear R
Aku akan pujuk ummi untuk kekal di terengganu

Andai masa tu ada gear R
Aku pasti dapat pergi kenduri kawan2 aku

Hurm.
Nasib la kenduri kau nanti
Kerusi meja je jemputannya.

Aku rindu terengganu.
Sungguh!

Tuesday, February 11, 2014

#29 Maaf?

February 11, 2014 1
#29 Maaf?

Maaf
Benda paling susah untuk diungkapkan
Tatkala kau gaduh besar macam perang dunia kedua
Susah kau nak ucap selepas 5 minit kau berperang mulut

Tapi kan--
Hati itu bolak balik sifatnya
Ada orang senang memaafkan pencuri yang curi lembu dia untuk dijual balik
Ada orang terguna dakwat pen eksklusif dia untuk satu tandatangan pun marah sentap berbulan2

Terpulang.

Cuma maaf itu perlu ada ikhlas
Ikhlas dari hati yang sesal dan rendah diri
Tidak pada maaf yang salamnya hanya tersentuh hujung jari hantu
Dengan tidak berpandang anak mata

Maafkan itu juga ada ganjaran
Sungguh pemurah Tuhan kita
Kita buat silap dan kita minta maaf pun--
kita dapat bahagian kita.

Aku cuba ikhlaskan hati memaafkan salah orang lain
Aku cuba untuk minta maaf atas salah aku pada insan yang aku sakiti
Moga ikhlas sentiasa di hati
Ikhlas izyan ikhlas

IQ.2014

#28 Hukum-Nya

February 11, 2014 0
#28 Hukum-Nya

Kenyataan hidup sekarang
Ramai yang buat baik?
Atau buat jahat?

Ingat satu perkara
Yang baik dibalas baik
Yang jahat dibalas jahat
Kita sakitkan hati orang hari ni
Esok lusa orang sakitkan hati kita
Kita tolong mak cik lintas jalan
Esok lusa orang tolong kita betulkan paip rumah free of charge

Kalau tak kena pada kita,
adik beradik, mak ayah, anak2 serta ahli keluarga sanak saudara yang kena

Sesetengah orang panggil itu karma
Sesetengah orang panggil itu adil
Dan
Sebenarnya itu ketentuan-Nya
Janji-Nya untuk umat-Nya

Jadi...buat baik. Sekalipun kau dianiaya. Ada ganjaran menanti.
Insya-Allah.

IQ.2014

Wednesday, February 5, 2014

#27 Cela Aku Dia

February 05, 2014 0
#27 Cela Aku Dia

Bila yang dinampak sempurna belaka,
ada mungkin cela yang secalit dipandang serupa?

Baik orang ditutup mata
Jahat orang dijaja merata

Apa mungkin aku juga?
Astaghfirullahalazim.

IQ.2014

Friday, January 31, 2014

#26 Hari Kita Hari Dia

January 31, 2014 1
#26 Hari Kita Hari Dia

Apa yang ada
Syukur. Syukur. Syukur.
Jangan kita lupa
Waktu kita tersungkur

Hari ini.
Orang nampak kita senang
Hari ini
Orang nampak kita ada wang

Padahal
Sebelum ini
Waktu kita jalan kaki pergi kerja
Siapa yang pandang?
Siapa yang lihat sekilas terus berhenti hulurkan tangan bantuan?

Aku tak pandang orang yang ada semasa aku senang
aku pandang orang yang ada masa aku susah

Moga terus kuat melayani dunia.

Friday, January 10, 2014

#25 Ganjaran Bersabar.

January 10, 2014 0
#25 Ganjaran Bersabar.

Allah itu Maha Kaya
Maha Mengasihani

Tiga hari lepas dapat berita
Boot baru telah dikotorkan

Semalam dapat berita.
Loan sudah diluluskan.
Nombor kegemaran pun sudah dibeli.
Alhamdulillah.

Betul kata din.
"Sabar, mungkin ada hikmah yang datang"

Bukan aku tak percaya sebelum ini,
Cuma aku alpa.
Astaghfirullahalazim.

Besar janji-Mu ya Allah.
Allahuakbar.

Moga aku menjadi seorang yang lebih bersabar. Amin ya Allah.

#kejadian begini tak perlu lihat insan lain untuk kita insaf diri kita, lihat kehidupan kita sendiri. Apa kita sudah lakukan dan apa yang kita dapat. Allah itu sedang menguji dan juga sedang memberi ganjaran pada kita semua. Hanya kita lupa pada kebesaran-Nya.

Friday, January 3, 2014

#24 Usah Sombong

January 03, 2014 2
#24 Usah Sombong

Kerja aku memang tough
Kerja bawah matahari
Kerja jadi runner

Tapi kalau ada masa kena berurusan dengan korang yang bagi kami rezeki
Tak perlu la tinggi diri
Bukan kami mengemis
Bukan kami merayu
Ini-kan satu urusan perniagaan
Professional la..

Tak kan nak tunggu kami pakai kot
Pergi pejabat kerajaan
Dan perkenalkan diri
"Saya Izyan, Jurutera Awam"
Tak kan kot.

Nak pakai slack hari2? Memang tak la.
Mungkin aku bukan kerja kerajaan.
Tapi aku tetap cari rezeki macam korang
Untuk kehidupan seharian macam korang

Jadi, hormat profesion masing2.