Advertisement

Responsive Advertisement

Mengenang MH17

Assalamualaikum.

IQ pasti, kita semua bersedih tentang apa yang sedang berlaku kepada negara kita. IQ pun sama. Biarpun tiada seorang pun yang IQ kenal tapi IQ tetap sedih, terbayang jika IQ berada di tempat mereka yang telah pergi. Bagaimana perasaannya...

Sekarang Malaysia dalam proses mendapatkan jenazah dan juga kotak hitam daripada pihak sana. Susah nampak gayanya. Bukan mudah hendak berurusan dengan negara yang besar ini. Susah. Banyak helah, mungkin.

Semalam, berbual dengan kakak dan abang ipar tentang hal ini. Abang ipar bercerita tentang apa yang dibaca dan dilihat dalam internet. Ada pihak berkata, ada yang masih hidup. Menjerit dan terus menjunam jatuh ke atas bumbung rumah penduduk kawasan nahas. Ya Allah. Meninggal kerana terhempas. Bayangkan 10km dari atas langit sana. Kita ni jatuh kerusi baiki lampu pun da terasa sengal. Bayangkan mereka pula. Allah...

Pilu. Nasib mereka pula sekarang bagaimana? Perlukan masa pula, apatah lagi pihak sana tidak mahu bekerjasama sepenuhnya. Beribu alasan diberi. Ngelat. Bagaimana perasaan keluarga mangsa yang mahu lihat mereka buat kali terakhir?
Ini cuma apa yang bermain di fikiran IQ setiap kali IQ tengok satu akaun instagram berkaitan update berita mengenai MH17. Setiap itu lah kalau tengah berbual dengan encik tunang di telefon, jadi kelu. Senyap. Minda celaru. Fikirkan nasib mereka yang tersempit di tengah kemelut pergaduhan pihak sana.

Doakan mereka selamat dikembalikan. Doakan juga rancangan untuk mengelat pihak sana gagal. Sudah muak dengan sifat manusia yang makin menghilang. Makin kejam.

Doa untuk MH17. Doa juga untuk saudara kita di Gaza sana. Mereka juga perlukan doa kita.

Post a Comment

1 Comments

  1. Betul..sedihnya..tak terbayang bila keadaan kita macam itu. Jatuh kerusi sakit, kalau betul mereka jatuh dari atas itu, baru mati..Allahuakbar. Negara 2 ekor itu, tak nak mengaku..dua2 main saling tuduh menuduh.Dah berak tengah jalan, siapa nak mengaku kan. Allah..Moga Allah membantu kita menyelesaikan kemelutkan yang sedang berlaku. #PrayforMalaysia #PrayforGaza #PrayForAll

    ReplyDelete

Kata ibarat pedang yang tajamnya bisa membunuh lawan..
Kata-kata yang berhikmah menyedarkan kita...
- Bicara Kata, Inteam

(Nyanyi Ke Tu?)