Monday, December 31, 2012
Friday, December 28, 2012
Tahun 2012 Tahun Pengajaran
Assalamualaikum semua…dan salam jumaat…
IQ nak buat post dari semalam lagi tapi memandangkan IQ agak sibuk, terpaksa postpone…kerja da siap sket baru boleh nak huhahuha sana sini… *ok, behave IQ…
Tahun 2012, banyak kisahnya…tak tertulis IQ di sini….IQ nak buat review awal untuk 2012 ni sebab mungkin hari-hari mendatang, IQ tak dapat nak post entry plak…yer la, sibuk lagi kan…ada satu projek lagi tak siap…dan PSM pun tak hantar pada Supervisor lagi…sory Dr…need some more time…huhu..~
dari hari ke hari…dari bulan ke bulan..yeah..macam-macam perkara berlaku…IQ tak nafikan…dan dari semua tu IQ belajar, belajar untuk diri sendiri, belajar untuk orang lain…in case apa jua yang berlaku, memang akan mematangkan kita…betul kata orang, pengalaman mengajar kita…dan dialah cikgu yang terbaik…terima kasih pengalaman!
untuk azam 2012 yang IQ cipta masa awal tahun tu? hermmm…terpaksa di’postpone’ ke tahun depan jugak…HAHA! tapi ada satu azam tu agaknya da tercapai….rasanyalah…azam yang satu lagi, kena hold dulu la gamaknya…XD apa azam IQ tahun 2012 tu? klik di sini…
untuk azam IQ tahun 2013? tunggu la entry 2013 plak…tak kan nak tulis sekarang kan…tak kena lak dengan date nya…XD…apa-apa pun…usia mematangkan kita, bertambah usia, so, jadilah matang sket, tak banyak…sket pun jadilah…ianya gambarkan diri kita…kang tak semena-mena orang cakap perangai tak kena dengan umur…kan? so, behave izyan… you’re almost….hek3…shhhhhh!…XD
last skali, selamat meniti tahun yang baru…selamat tahun baru kalian…
rindu pantai.sangat-sangat
asyraf! saya amat kacak dengan jaket, nampak kan? XD
******************************
sementara tu…
best number ever…5025…
5555, sebab ada banyak nombor 5, dan IQ giler nombor 5.skian.
note : da lama print screen tapi baru nak post…opss~ heee~ *tapi nak post jugak!
***selamat bernikah buat sepupuku yang tersayang, mohd zulhilmi b. hayattudin, ada kelapangan, mungkin akan buat entry pasal pernikahan beliau, tapi IQ tak pergi pun… *sedih la plak… =(
Monday, December 24, 2012
Jadual Final Exam Semester 7
note : kalendar dibuat dua hari lepas, jadual kerja sebelum ini tidak disertakan sekali…XD
submission PAP ditunda kepada 31hb plak…malas nak edit dah…
IQ tak ada study week yer sebab semua dipenuhi dengan projek, study last minute la jawabnya…*very bad~
paper Fundanmental Civil Engineering paling tak sangka ada, sebab paper tu start dibuat bermula semester ni, dan meliputi semua subjek tahun 1, tahun 2 dan tahun 3….tak lepas paper ni alamatnya tak dapat grad la kami…. =.=…ingatkan dorang nak mulakan paper ni bermula semester depan tapi alamatnya mimpi tinggal mimpi…
so, apa-apa pun all the best kepada kawan-kawan semua…buat yang terbaik, sehabes baik….yang baik-baik….untuk ummi, abah, family dan masa depan… XD…
ok, till then…
bai.
all the best *yakin pada diri sendiri
edit pakai photoshop, baru rasa macam ok sket…XD *gambar lama…
***nak pergi sarap pagi nih…bestnye!!
Saturday, December 22, 2012
Blog Baru : Di Sebalik Nama Asyraf
Assalamualaikum semua….
hamboi hamboi hamboi…mentang-mentang la cuti yer, semua melingkar atas katil…bangun cepat! XD…eceli, IQ sendiri pun masih ada kerja yang perlu dibereskan….tapi nak jugak tulis blog hari ni…plan nak start buat kerja menjelang tengahari nanti….harap-harap kerja berjalan la nanti yer…hehe…
hari ni IQ bercadang nak promote satu blog yang baru je nak naik….blog ni blog kawan IQ….tak sangka dia ada blog pada awalnya….dan IQ ni plak dikatakan cikgu dia…cikgu untuk membuat blog….XD hehe..~
seperti nama blognya…Tuan blog ni bernama Asyraf….IQ nak cerita banyak-banyak pun IQ tak tahu sangat….tapi yang IQ tahu, si Asyraf ni banyak beri kata-kata semangat…macam uztaz? tak ada la sangat but he’s good pada pandangan IQ…dan nak tahu lebih lanjut pasal Asyraf nih? klik nama blog nya di bawah nih…XD
IQ bercadang nak buat header blog untuk blog Asyraf ni tapi kena tunggu masa terluang jugak la nampaknnya….disebabkan sekarang ni banyak sangat kerja yang menggunung…*kalah gunung yang IQ naik…XD…nanti la yer…IQ buat header hensem-hensem untuk blog Asyraf…yer?
ok la, till then…
k bai…
kata-kata daripadanya..
tak pernah putus beri semangat.terima kasih kawan.
*** melambak IQ print screen, tapi satu pun tak terpost kat blog ni…achaner tu?
Friday, December 21, 2012
Wednesday, December 19, 2012
Wordless Wednesday #30 Wad Kecemasan
sebelum test…
wanie : aku nak pergi klinik lepas test, nak check mata nih…
farah : aah, aku pun same…
IQ : yeah! aku suka bila kawan-kawan aku pergi klinik nih…XD
masa test…
badly girl pain + Gastrik…memang haru…muka pucat…test tak jawab habis…tahan sakit sorang-sorang dan panggil farah….naseb farah duduk depan IQ jer…tak tahan sakit…tahu nangis je masa tu…teramat sakit…
habis test…di pusat kesihatan universiti…
farah : ada orang tu cakap suka sangat kawan-kawan dia pergi klinik kan? sekarang sapa yang dalam wad kecemasan sekarang..?
wanie : ntah…sape ntah…
IQ : hee….*menyengih*
the end…
moral of story…jaga mulut…XD
*** second tyme kena gastrik melampau macam ni….=( by the way, this is my wordless wednesday…finally!
*** ni gambar lepas kena inject…jemm..kena inject jugak…gambar first farah da masuk awal2 dalam FB…malu la gambar tu dekat sangat…gambar ni jaoh sket~ XD
Saya Memang Jeles!

telefon berbunyi…(lagu? pikir sendiri…)
tengok skrin. ALONG. dalam hati ‘ada apa along call nih, ummi sakit lagi?’ ishhh…pikir positif IQ…positif!!
IQ : hello…haa along…kenapa?
Along : Achik balik tak minggu nih?
IQ : tak…kerja banyak la long… *nada raih simpati*
Along : Ateh cakap achik balik minggu ni?
IQ : owh…hari tu chat dengan dia, achik cakap mungkin balik, tapi kalau kerja banyak…tak balik la…
Along : owh…yeke…tak per lah…bye!
IQ : bye… *dalam hati, along call sebab tu je ke? mood sedih*
Family merancang untuk ber’vacation’ la kononnya hujung minggu ni memandangkan skali dengan cuti krismas…dan diaorang memang suka sangat plan time IQ sibuk kan…dan memang IQ selalu kena tinggal dan hanya dapat menatap gambar diaorang di sana… =.=”
As conclusion, habiskan belajar dulu! lepas tu kita enjoy~
k bai…
*** kerja dalam proses….banyak pulak dateline postpone minggu depan…=.=”
*** baru perasan, hari ni tak buat wordless wednesday….bior ler…tak der gambau ler… XD
Monday, December 17, 2012
Seorang Jurutera Tak Akan Dipilih Jadi Isteri??
memang nasib kami macam ini kah?
sungguh tidak adil…
dalam senarai panduan mencari suami ada la kot~ XD
every single person will deserve to get someone for themselves..
just no worry about that…
Allah get surprise for us…
keep smiling.. ^____^
k bai
*** buat kerja la izyan! lalalalalalaaaa~~
Sunday, December 16, 2012
Rindu!
budak tecit yang mengade
makin besar makin ngade!
tapi sangat rindu budak tecit ngade ni..
ummi juga.adik asyraf juga.ateh.along..ahhh..semua la!
nak join bercuti pergi genting dan cameron tak dapat pulak..
sangat sardis….
bila boleh balik nih???
=________= !!
k bai…
***ternampak gambar budak tecit ni sampai tersangkut kerja
Friday, December 14, 2012
Semester Yang Bakal Berakhir
Assalamualaikum…dan selamat hari jumaat!
hari ni IQ daftar subjek elektif untuk semester akhir IQ pada semester depan…pejam celik pejam celik da nak sampai ke penghujung sem, rasa macam baru semalam balik dari cuti semester yang panjang…sangat pantas tuntas masa berlalu kan?
awal bulan satu nanti akan bermula final exam, dan semester ni IQ hanya ada empat paper yang perlu hadap masa final nanti…jam kredit yang IQ ambik banyak tapi semester ni lebih banyak projek….paper examnya kurang…perkara tu akan terbalik menjelang semester depan…semester depan IQ akan menghadapi paper exam yang berderet….=.=…naseb ler..it’s better la, daripada hadap projek yang melambak dalam tempoh masa presentation final projek nanti….
planning all the things well, kalau tak manage masa, tak manage kerja betul-betul…boleh jadi haru biru jadinya, so….kepada adik-adik semua, tahun akhir ni bukanlah tahun yang boleh dibuat main-main lagi, kena jadi matang dan fokus pada matlamat sebenar kiter di kampus….tapi bila korang da masuk tahun akhir, mesti korang sedar punyer, sebab masing-masing akan jadi nebes nak hadapi tahun akhir kan? IQ pun rasa perkara yang sama…normal la tu…XD
sangat excited nak habes belajar, tapi dalam masa yang sama rasa sedih nak tinggalkan kawan-kawan yang super happening nih….kan? tinggal lagi satu semester, akan dimanfaatkan sepenuhnya bersama 3stooges dan rakan-rakan kelab yang lain….
lama tak menulis macam ni, eceli nak ambik mood buat kerja….okeh, da ada…jom buat kerja pulaks!
till then….bai..
*** entry panjang, rindu nak tulis dalam blog nih, eh…blog nampak lain kan? cari mood baru…sebab nak lupakan yang lama….I wish~
*** nak promote blog seorang kawan, tunggu masa je nih XD
Wednesday, December 12, 2012
Wordless Wednesday #29 12.12.12

Assalamualaikum…
May Allah bless us in this special dated day…
***Hari-hari yang semakin kuat….Alhamdulillah…
Monday, December 10, 2012
Jangan Terlalu Mencari Kesempurnaan

Jika kamu memancing ikan. Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu. Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja. Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.
Begitulah juga setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang. Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya. Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja. Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu.
Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh. Cukuplah sekadar keperluanmu. Apabila sekali ia retak, tentu sukar untuk kamu menampalnya semula. Akhirnya ia dibuang. Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi.
Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya. Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa. Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya. Akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya. Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya.
Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi, yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain. Terlalu ingin mengejar kelazatan. Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal.
Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu. MENYAYANGIMU. MENGASIHIMU. Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain. Terlalu mengejar kesempurnaan. Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain. Kamu juga yang akan MENYESAL.
Sesungguhnya keadaan kekuasaanNya apabila Ia menghendaki adanya sesuatu, hanyalah Ia berfirman kepada (hakikat) benda itu:
"Jadilah engkau!". Maka ia terus menjadi.
sumber : Halaqah.Net
hidup ini mestilah saling melengkapi…Insya-Allah..
***entry ini dicopy paste dari sumber yang dinyatakan…buat peringatan diri dan kawan-kawan… Insya-Allah….
Sunday, December 9, 2012
Jom Join Contest : Fotografi–Ceriakan Hidupmu!
lama tak join contest…
dan semestinye sebelum-sebelum ni tak pernah bernasib baik…
mana la tahu kan…ada rezeki kali ni…
Insya-Allah…
^_____^
ini banner contest? mahu join? sila klik banner yer~
tak pun klik sini…
dan setelah bertanya kepada kawan, dan jugak penelitian sendiri….gambar yang IQ pilih adalah gambar ini…….
TADAAAAA!!!
caption : sahabat adalah yang terbaik…ceria kami bersama…tangis kami turut bersama…gambar semasa perasmian pesta konvo UTM kali ke-49….bunga api adalah side effect yang terbaik…=)
#gambar ni nampak macam tampal tapi ianya original… harap pihak penganjur menerima penyertaan ini…
sekian.terima kasih
***entry kedua untuk hari ini….apa nak jadi nih… =.=..kerja tak siap lagi~~
4242…Nombor Rasmi Suatu Ketika Dulu
salam semua…
amboi cik kak, PSM konon-konon da siap, boleh la nak update blog bagai kan……*biasa…kerja lain tak siapkan lagi *pengsan*…
4242 tu nombor rasmi plate kereta family IQ suatu ketika dulu….kereta abah, kereta ummi…berganti-ganti kereta pun still pakai nombor yang sama…sampai nombor telepon pejabat abah sampai sekarang pun masih ada 4242 di belakangnya…09-6**4242…nice…
tapi tu dulu la…sekarang tak der dah…yang kekal nombor ni pada kereta ummi sahaja…kereta kelisa ummi yang comel lotey…4242…nombor keramat~ konon…nombor 4 bukanlah nombor kesukaan IQ…tapi IQ kan lahir bulan 4…so, sedikit sebanyak…suka la sket-sket….see kat atas tu~ mesti ada nombor 4…nais…tunggu 5025 pulak muncul di twitter….memang confirm printscreen!! XD
till then~ nak sambung buat kerja….*kot…HAHA!
k.bai
*** ada kawan cakap, tulis biar ikhlas….bukan dengan niat mahu seseorang baca sahaja…. #keepinmind
*** nampak tak header baru? edit baru je….XD
Friday, December 7, 2012
Kali Ketiga?
semalam tidur lewat, dalam pukul 2.30++ pagi jugak la…
oleh disebabkan laptop da menggila panas, terpaksa jugak stop buat PSM…
dan lepas tu tarik selimut…
target nak tidur sejam dua je sebab banyak la Sub-topik yang tak buat…
then..tidur…
mimpi tokki, tok dan abah…di kampung…rumah yang lama..
tokki marah sangat kat IQ, sampai tampar IQ!
tok pun sama…macam kecewa sangat dengan sikap IQ…
tak tahu kenapa, penat mintak beritahu kenapa dan sebab mereka marah sakan pada IQ….
IQ nangis dalam mimpi tu…dan nampak abah..
abah berjalan pergi keluar dari rumah…
abah pandang IQ, tapi lepas tu terus pergi…tinggalkan IQ nangis sorang-sorang…
dan IQ menangis sampai la IQ tersedar dari tidur…
bila tersedar, sebak sangat…dan terus menangis…
tengok jam
baru 3.15 pagi
maknanya tak sampai setengah jam tidur dah terjaga balik…
masih bingung sampai sekarang
sebab da tiga kali tidur dan nangis sampai terjaga…
kenapa?
.bingung.
.sangat.bingung.
jangan cakap apa-apa.IQ memang rindu abah IQ sangat!
diaorang jahat! diaorang ambik abah IQ pergi dari kami!
sekian.
Wednesday, December 5, 2012
Wordless Wednesday #28 Do Love Vintage!
beribu kali warna ditukar, tetap hati berkenan dengan warna macam ni…
VINTAGE is my soul…mungkin…
hari tu cakap dapat topi dari Skuad Perodua Era kan?
sayang sangat topi ni, tapi macam tak sesuai nak simpan…
sebab bukan pakai sangat pun…
so?
SO.SO.SO….
till then..bai..
*** sedang kerjakan PSM (Projek Siang Malam)….arghh! tension!
Monday, December 3, 2012
Al-Fatihah…
ayah angkat IQ di Perak baru meninggal dunia hari sabtu lepas…IQ baru tahu…=(
mari kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah buat arwah ayah…
semoga roh Arwah Ayah dicucuri rahmat oleh-Nya…
Amin Ya Allah
Friday, November 30, 2012
Dropbox Pilihan Saya! + Tutorial
eceli kan, sejak dua minggu lepas IQ update entry semua pakai blogger.com tu…dan sekarang baru update pakai software Windows Live Writter…sebabnya sebelum ni IQ pakai laptop adik IQ, dan baru dapat laptop IQ ni semalam…senang sket nak ejas susunan ayat, gambar dan jugak video…kalau tak…haruuu..semua video yang letak kat blog semuanya jadi kecik…pakai software ni semua boleh ejas…
update life? errrr….mungkin minggu ni tak sebusy minggu lepas….kerja masih berjalan…PSM masih berjalan…by the way, nak promote pakai DROPBOX…sebab since sejak dua menjak nih laptop IQ jadi tak betul, asyik rosak jer…laptop adik IQ pun rosak jugak…hardisk plak masalah…kena tukar…jemm~
apa kegunaan DROPBOX? ok, online storage….faham? senang bila laptop korang jemm ke hang ke terbakar ke kan…dan ADVANTAGE pada sesiapa yang masih study sebab boleh ambik package, (amboih, package lagi tu..kelas!) package tu eceli macam bernaung bawah nama Univerisiti masing-masing la…

sign in atau create an account

klik get started, kat sini boleh dapat space free, cuma follow the step, by the way, kalau korang baru buat akaun pun, korang sedia ada dapat 2GB…

yang ni penting, klik space race…korang nampak column resend email tu..? sepatutnya column tu tulis send emel, kat sini penting untuk pastikan korang dapat kuota space bawah universiti masing masing…letak emel universiti korang dalam column tu…dan send emel….bagi UTM ni mesti familiar la kan dengan email macam tu..setiap student ada k…jangan mengada nak cakap tak ada…

*khas untuk pelajar Universiti Teknologi Malaysia sahajaklik sini untuk sign in…. pakai emel universiti
#pak cik tu menyengih betul ler…XD

tengok emel, dan klik untuk verify your school email to join the Dropbox….dan verify address…DONE!
25GB!!!
hanya untuk pelajar UTM yer….hihihi~~

Alhamdulillah..UTM no.1…Universiti lain pun boleh dapat 25GB jugak….teruskan usaha!!

dan ini IQ punya….28.25GB…XD
selamat menggunakan Dropbox yer kawan-kawan!
Wednesday, November 28, 2012
Wordless Wednesday #27 Fly Away
**********************************************
sementara itu...
daripada kawan kepada kawan
Saturday, November 24, 2012
Final Year Experience (FYP)
Friday, November 23, 2012
Dugaan-Nya
rindu ummi... =(
kini sakitnya mungkin berulang kembali..
Thursday, November 22, 2012
Bicara Hati
sebab tidak punya apa
hanya ingin berkata
terluah kata lega rasa
hati mana mahu diluka
puas sudah madah dikata
tapi apa pula daya tak kena
lerai sudah kasih yang dicipta
semangat terbang entah ke mana
mahu tak mahu tetap harus diteruskan juga
namun ingatan yang kuat tetap ada
nak tak nak...kenangan tetap diingat jua
Wednesday, November 21, 2012
Wordless Wednesday #26 Kawan
STONG.2012
*********************************************
***IQ update tak pakai software yer...paham-paham la kalau entry 'kuca lana' orang terengganu cakap..hik4
Monday, November 19, 2012
Stong.Ayam.Baha.2012
Friday, November 9, 2012
Mood Gunung Kembali...Jyeaahh~
fuuhhhh~~ baru sempat nak berkata-kata di blog, apatah lagi dipinjam laptop untuk 3 hari ini....thanks Wanie, anda memahami diriku sesangat...sangat ketat-ketat! uiksss, semua orang nak hilang! semua da berada di rumah, tak pun dalam perjalanan pulang ke rumah...IQ? errrr.....
al-kisahnya cuti ni IQ berhajat besar nak naik gunung....mungkin terakhir kalinya sebelum grad...mungkin...tak pasti lagi tu..HAHA! da lama tak naik gunung, yup! sejak bila ek...ntah! yang sebelum ni pun program sehari dua...kali nih 5 hari..hamek kau~ tak pernah nak pergi lama lebih dari dua hari....*saya tak kuat...cehhh~
preparation sebelum naik gunung? haram tak dak! pancit pun pancit la nanti...sob2...IQ sibuk sangat-sangat dengan projek projek projek yang berlipat kali ganda....plak tu ditambah dengan masalah laptop yang rasa nak humban masuk sungai jer....GRRRR~~ duit banyak habes...tapi performance laptop makin teruk, nak suruh beli laptop baru la tu...tunggu la habes final nih, lepas tu IQ beli terus dekstop yer muchuk-muchuk laptop...plissss~~~
agak pressure sejak dua menjak nih, tak tahu laa..banyak sangat masalah mungkin...kerja yang melambak...laptop buat hal...rasa nak hentuk kepala kat dinding...biar otak diam terus...tak payah nak fikir panjang...tu kalau tak ada akal....naseb baik waras lagi nih...*Astaghfirullahalazim....istighfar IQ istighfar...
so, progress 4 projek setel sket buat masa ni....setel part 1 baru tu...habes cuti sambung balik...so, seminggu nih rest sambil-sambil siapkan PSM part 1...tengok PSM pun tak siap lagi...nak buat macam mana?? laptop buat hal meyhh~~ hurmmm...*sabar la IQ...dugaan besar Allah nak uji kau sekarang...
so, selamat bercuti kawan-kawan! ari senin nanti IQ akan pergi ke Kelantan...naik gunung Stong, Ayam dan Baha...my dream mountains! da lama aim pergi sana, sejak tahun 1 lagi....*lepas tu gaduh dengan abang, abang IQ nak datang JB minggu depan....sorry bro....your tyme is not OK right now...huhu...
till then! bai~
Thursday, November 8, 2012
Sekilas Kata Buatmu

still single...
Moga terus dipanjang umur dan terus dimurahkan rezeki...
Friday, November 2, 2012
Assalamualaikum Jumaat
salam jumaat buat semua….
bila tiba hari jumaat, mungkin ada yang terfikir… “hari ni hari jumaat, kena buat baik…” tak pun… “hari ni hari jumaat, kena pakai sopan sikit…” macam-macam fikiran dalam kepala…malah IQ sendiri pun kadang-kadang berkelakuan sama…bukan kadang-kadang sebenarnya…tapi selalu….satu tabiat yang kurang baik sebab kita hanya fikir nak buat baik hanya pada hari jumaat….bukan pada hari-hari yang lain…. satu mindset mungkin….dan haruslah segera diubah….yer IQ…
lepas ni kena ingat, setiap hari buat baik, setiap hari kena pakai sopan…setiap hari kena bersikap sederhana…insya-Allah…
selamat hari jumaat kalian…moga sentiasa diberkati oleh-Nya….Aamiinn…
^_______^
harap senyuman ini akan kekal…. insya-Allah…
k bai
*** hari-hari mau pecah kepala dengan kerja yang melambak…tapi masih sempat update entry blog…yeaahh! satu kemajuan!
Wednesday, October 31, 2012
Wordless Wednesday #25 Skuad Perodua ERA
