Thursday, December 31, 2015
2015 Tahun Suka Duka
Saturday, December 19, 2015
Kejutan Buat Yang Tersayang Gituuuuu
Tuesday, December 15, 2015
Shopping Dan Wanita
Monday, November 16, 2015
Mohon Doakan Ummi IQ

Assalamualaikum.
Ummi IQ diserang strok yang teruk buat kali kedua pada 13 November petang yang lepas.
Sudah berkampung di Hospital Temerloh selama 3 hari.
Mohon sesiapa yang singgah di blog ini dapat mendoakan ummi IQ.
Terima kasih banyak2.
Wednesday, November 11, 2015
Hampir 2 Bulan Usia Anak
Salam semua,
Hampir sebulan IQ tak mengarang. Sibuk usah cerita la kalau dah ada anak ni. Bangun tidur pun sebab anak. Tidur pun sebab anak. Pengalaman seorang yang baru bergelar ibu kan?
IQ masih lagi bercuti. Pantang dah habis tapi cuti berpantang sampai hujung bulan 11 ni. Awal bulan 12 baru masuk kerja balik. 2 bulan cuti. Setengah bulan unpaid leave. Huhu.
Ni la anak IQ. Namanya Muhammad Qa'id Aqhar. Kebetulan plak pilihan nama pun ada huruf Q. Kakak IQ cakap nak mewarisi pilihan nama anak wajib ada huruf Q daripada family IQ lagi ke? IQ cakap tak der la. Memang kebetulan. Maksud nama tersebut, ketua yang gagah dan terpuji. Since Qa'id sulung, maksud nama pun haruslah sepadan dengan status dia.
Monday, October 19, 2015
40 Kereta Pancit - Kereta IQ Turut Terlibat
Friday, October 2, 2015
Demam Kuning Si Anak

fiuhhh...da masuk bulan Oktober dah...IQ tak update sejak 20 September lepas...nak buat macam mana, ada anak ni lain sikit feel dia. Nak mengadap anak je manjang kan...si ayah pun dah kembali bekerja...tinggallah IQ dan anak di rumah mak mertuaku..heeee...
Anak IQ masih demam kuning. Dah masuk kategori Prolong Jaundice dah. Kena ambik sample darah dengan air kencing sebab kuning lama sangat. Sedih tu sedih la, sapa yang tak sedih kan? masa mula-mula dia kena demam kuning pun, IQ tengok dia duduk bawah lampu biru, berderai air mata...sedih dia Allah je tahu....dah ler baru 4 hari usia dia masa tu...dah kena masuk Special Care Nursery (SCN)...
Sekarang pun kuning asyik naik turun naik turun...nak try makan pape untuk rawatan kuning dia jadi risau plak....doktor suruh bagi susu ibu jer....so, secara tak langsung, IQ pun tak boleh nak makan jamu jamu lagi sampai sekarang....dah hari ke 16 hari ni....memang tak sentuh apa apa jamu langsung...
Banyak petua yang orang bagi. Tak kira dengan susu kambing, anggur hitam, air zamzam, kurma, macam macam lah, ada certain IQ try dan ada jugak IQ tak try...risau lebih menguasai diri mungkin....huhu...IQ dapat bagi susu ibu sepenuhnya jer sampai sekarang...huhu..
Doakan anak IQ cepat sembuh yer. Nak sangat tengok dia sihat tersenyum kat ibu dan ayah dia ni....
Sekian. Bai~
Sunday, September 20, 2015
IQ Selamat Bersalin. Alhamdulillah.
Salam semua...
Hamek, seminggu tak berupdate. Banyak benda dah berlaku sepanjang minggu ni. Memang tak sedar, rasa sekejap je dah seminggu semua ni berlalu...
13 September 2015
Masa IQ last post entry blog, tu scheduled post. IQ post lebih awal dengan scheduled date. Padahal masa tu IQ dah ada kat Hospital Sungai Buloh, malam sebelum tu IQ sakit perut (tak tahu tu rupenya contraction). Esoknya ada keluar tanda darah. Terus bersiap ke hospital pagi tu. Cek2 dah 2cm...uihhh...risau...tapi mintak kebenaran doktor nak balik, sebab nak bersalin kat melaka. Then, balik melaka.....
14 September 2015
Malam sebelum tu pun ada sakit, tapi hold dulu..tak nak pergi hospital...pagi 14hb, masa mandi, makin banyak lendir darah keluar...terus pergi hospital jasin tapi hospital tu tak terima kalau kes anak pertama, kena pergi hospital besar melaka. Kena admit wad sebab jalan still 2cm...
15 September 2015
Contraction makin berkurang. Lendir darah pun makin kurang...mintak kebenaran doktor nak balik sebab tetiba contraction dah hilang. So, balik rumah kat jasin...huhu
16 September 2015
Lepas buang air besar pukul 6 pagi, contraction tiba tiba datang. Rekod contraction timer semua dah beza 5 minit sekali. Fuhhh...memang berdebar...tapi buat rilek dulu, tunggu lepas sarapan baru gerak ke hospital besar melaka. Admit wad bersalin. Baru 3cm. Pukul 4 lebih petang sakit makin kuat terus masuk labour room. Buka 4cm. Tempoh sakit nak bersalin sehingga melahirkan memang ambil masa lama biarpun air ketuban doktor tolong pecahkan. 10.45 malam baru lah lahir si kecil. Pukul 3 pagi baru admit wad. Huhu. Penuh..
17 September 2015
Segalanya normal. Baby dah berak dan kencing awal. IQ pun dah setel semua...tak ada demam...tapi still kena tunggu sebab first baby kena tunggu 24jam. Alahai. Tunggu je la.
18 September 2015.
Pagi yang mengharapkan keputusan balik dengan cepat, tapi doktor dah nampak baby start menguning. Ambik darah pukul 11pagi, malam baru dapat result. Yang ni IQ paling tak puas hati. Result dah cntik. Tapi dapat lambat. Rasa geraaammmm jer. Dah tak dapat discharge lagi.
19 September 2015.
Kuning si anak makin teruk. Kena repeat ambik darah lagi. Tapi tak ambik ambik. Last last keputusan bagi balik TAPI bila dah bayar bil semua, nurse cek baby, tadaaaa...baby macam kena sapu kunyit...kuning habis, da sampai kaki. Hurmm...IQ pun tak sangka la makin teruk jadinya...padahal pada awal doktor bagi balik kan...baby admit nurseri, dan IQ balik rumah....
Dan sekarang IQ berada di nurseri. Untung nurseri ni ibu boleh masuk untuk bagi susu kat baby. Senang sikit hati. Huhu. Doakan baby IQ dapat keluar wad awal...yer...terima kasih.
Bai.
Sunday, September 13, 2015
Musim Baby Lahir!
Hamboi IQ, bukan ke ko banyak kerja nak diselesaikan? kemain rajin update blog yer...*yelah, sepanjang minggu busy dengan kerja jugak, bila masanya nak update blog...hujung minggu la jawabnya kan? heeee~~
IQ eksaited sangat! sebab bila scroll kat facebook tu, ramai kawan-kawan IQ dah selamat melahirkan baby baby diaorang! Bermula dengan Cidot masa 27 Ogos hari tu...lepas tu Mimie 9 September...lepas tu Irfan 11 September...Ya Allah...seronok bila tengok semua kongsikan kegembiraan diaorang mendapat cahaya mata pertama masing masing....
IQ pun tumpang gembira dan IQ sendiri plak berdebar....hari yang dinanti semakin dekat....IQ dijangka due 23 September nanti...sehari sebelum Aidiladha....tak tahu la kalau baby nak lahir awal atau lewat....si ayahnya da bisik awal-awal kat baby...keluar ikut due date...sebab ayahnya banyak perkara perlu diselesaikan....kemain ayahnya pesan....kalau budak tu nak keluar awal, awal juga nantinya...hihi~
IQ pun masih bekerja. IQ mungkin start cuti 19hb September....seminggu sebelum due...tak der la seminggu betul, dalam 4 hari sebelum. Pergi kerja pun dah sendiri sendiri sebab IQ dah tukar ke pejabat HQ kan? Suami plak kat KL...suami pun risau jugak tapi tak perlah...selagi termampu....Insya-Allah tak der apa apa...mujur jugak minggu depan ada cuti sehari....heee...kurang sikit hari bekerja...
Cuti bersalin mungkin dua bulan setengah, dua bulan berbayar dan setengah bulan plak unpaid leave...masuk balik bulan 12...boleh tak camtu? IQ baru pertama kali nak apply cuti bersalin ni...korang ada pengalaman tak berapa lama nak apply cuti bersalin? nak tahu jugak ni...
OK la, till then.
Bai!
Saturday, September 12, 2015
Jodoh Yang Kita Tak Akan Tahu
Pagi yang menyuramkan kita, berita dari tanah suci yang mewarnai media sosial kian tersebar. Al-Fatihah kepada sekalian manusia yang terlibat. Moga dipermudahkan urusan mereka di sana. IQ sendiri tak dibenarkan lihat gambar-gambar kejadian di Facebook, suami dah tegur...jangan tengok...nanti ngeri sorang-sorang....IQ pun stop tengok biarpun timeline Facebook da berjela dengan gambar kejadian...sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah kepada mangsa kejadian....
Dah dua minggu IQ berada di pejabat HQ di Kelana Jaya, dan kat sini ada student praktikal jugak..student praktikal ni pun dah nak habis praktikal minggu depan...dari bulan Jun rupanya dia dah praktikal kat sini....
Dan semestinya, makan tengahari mestilah sama-sama. Tak sweet la kalau tak makan lunch sekali. Hee....Dan ada satu hari tu, IQ makan berdua je dengan student praktikal yang diberi gelaran K. Planner lain dah pergi site sana sinun. IQ tak akan pergi site punya. Mak buyung duduk opis jer menanti hari cuti minggu depan... heee..
Si K ni bertanya....
K: Macam mana akak boleh kenal dengan suami akak?
IQ macam tergamam, apa nak dikata.....jodoh mungkin....*fikiran paling senang dan ringkas kalau nak diucapkan....
IQ pun mula berkata....
IQ: Akak kenal dengan suami kenal dari Facebook jer. Dia yang ushar akak. Dah lama jugak la...since akak kapel dengan orang lain lagi *ok, kantoi di situ...tapi suami akak ni jenis tak putus asa...dia wish befday tapi akak tak layan, yela...kapel dengan orang lain....mana kita nak layan orang lain kan? Dan sampai sekarang jugak la dia ingatkan akak pasal wish befday tak layan tu...haha!
K: yeke kak? waaa..kenal dari Facebook je....tapi macam mana akak tahu he's the one?
IQ: Jodoh ni kita tak akan tahu siapa biarpun sebenarnya dia berada di kalangan kita-kita jer. Akak dah friend dengan suami akak dekat Facebook dah lama tapi hujung tahun 2012 baru bertegur sapa....dan kita akan rasa senang dengan dia...senang bukan bererti kaya dan banyak duit....tapi senang maknanya senang hati dan gembira bila dengan dia....perasaan yang luar biasa la senang cerita...akak tak fikir harta boleh bawa kebahagiaan, cukup dia pandai uruskan kewangan...pandai jaga diri dan keluarga dan juga terima keluarga akak sepenuhnya....tu dah cukup bagi akak....
K: waahh...untung akak kan? kenal pun senang jer. Tapi betul la tu...kadang kita tak perasan jodoh kita sebenarnya kawan kita jer, yang dengar masalah kita dengan ex kita...macam saya lah, punya dulu saya cerita, ngadu macam macam kat dia, last last saya dah kapel dengan dia....
IQ: owh....dah ada buah hati la ni? kemain hari tu cakap tak der. pandai ngelat ni!
K: Bukan apa kak, malu la kalau orang tahu. Pakwe saya bukannya hensem pun.
IQ: Hensem ke tak, tak jamin apa-apa...yang penting bertolak ansur....
K: *menyengih....
IQ bukan nak cerita sangat kisah IQ kat sini. Meski ramai bertanya sebelum ni, IQ still just jawab dan tak post kat mana-mana media sosial...yelah, kisah kita....kenapa perlu dicerita....tapi kali ni IQ cerita untuk menegaskan bahawa *ecececeh~ .....yang Jodoh tu ada untuk kita....cepat atau lambat sahaja....memang kadang kita tak akan pernah tahu sebenarnya jodoh kita adalah sahabat kita dari kecil, kawan gila-gila kita, mahupun orang luar yang baru 2-3 hari kenal di media sosial.....
tapi nasihat IQ, untuk media sosial ni, haruslah berkenalan sehabis-habisnya....IQ dulu pun, first time jumpa pun kat rumah IQ....jumpa pertama kali dah kena jumpa dengan family IQ terus....sebab IQ dah jadi takut nak kenal lelaki, apatah lagi lelaki yang tak pernah kenal asal usul dia...just kenal daripada Facebook...masa tu pun still berkawan....dalam 3-4 bulan berkawan baru declare dan terus plan untuk peringkat seterusnya...
Jodoh ni perlu usaha sikit...tapi tak perlulah war-warkan kat Facebook, share artikel pasal jodoh bagai...macam desperate sangat tu...dun do that.....dun dun....heee~
Bai!
Thursday, September 3, 2015
Memilih Nama Untuk Bakal Anak
Tuesday, September 1, 2015
Alhamdulillah Terpilih Sebagai Pemenang
Dah beberapa hari IQ tak online. Sibuk balik kampung. Family mertua berpindah rumah. Tak jauh pun, taman yang sama cuma rezeki dah dapat pindah rumah sendiri, tak menyewa lagi. Alhamdulillah..
Dan dalam tempoh tiga hari jugak la IQ tak buka blog. Tak blogwalking blog kawan-kawan. Mungkin akan start blogwalking esok pagi memandang hari sudah petang. IQ pun sibuk dengan kenalan baru di pejabat asal IQ ni. Bila jumpa orang baru, mula la berceloteh panjang...huihuihui~
IQ teringat IQ ada masuk satu contest giveaway. Ada IQ post di sini. Dan Alhamdulillah....IQ terpilih sebagai salah seorang pemenangnya. Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah.... penganjur sangat bermurah hati sebab menambah jumlah pemenang ketika ingin mengumumkan pemenang. Heee~ Seronok!..
Friday, August 28, 2015
Perbuatan Khianat Orang
![]() |
Tak pasal wayar yang tak bersalah tu kena potong. Punya la sifat dengki tu kuasai diri. |
Wednesday, August 26, 2015
Tuesday, August 25, 2015
Painting Potret Giveaway by Azhafizah

1. Buat entry bertajuk " Painting Potret Giveaway by Azhafizah"
2. Letakkan banner di atas dan linkkan ke entry ini.
3. Letakkan link blog www.azhafizah.com ke dalam bloglist blog *jika ada bloglist untuk follow up giveaway
4. Follow blog : www.azhafizah.com | instagram : azhafizahmdnor * Jika tiada instagram boleh join juga :)
5. Like fanpage : www.facebook.com/blogazhafizah
6. Letakkan gambar [single, close up, jelas, high pixel, gambar asal tanpa edit 360]
7. Publish entry dan letakkan link blog penyertaan dalam ruangan kotak komen di bawah.

Monday, August 24, 2015
Kasut Baru Lagi Untuk Encik Kereta
![]() |
Sunday, August 23, 2015
Movie Review Inside Out dan Apps Game
Friday, August 21, 2015
TCE Baby Expo di Shah Alam Convention Centre (SACC)
Wednesday, August 19, 2015
Background Blog Mak Mak Sangat!
IQ dah kering idea nak update blog. Yelah, nak cerita pergi jalan jalan hujung minggu lepas memang tak ada la, sebab encik suami kerja hujung minggu lepas. Nak cerita apa la kan?
Tapi bila fikir punya fikir, IQ terus terasa nak tukar layout blog ni...rasa macam gloomy sangat, nak ambil mood menulis, kita tukar la layout blog ni...di samping ada benda la nak diceritakan...kan kan kan...heee..
Dari dulu IQ suka tukar layout blog ni. Kejap warna pink, kejap warna biru, kejap bunga kejap belang belang...memang suka betul tukar layout blog ni, tak susah mana pun, just cari kat google image, taip background tile blog, bersepah la keluar kat google tu...nak spesific kan lagi, taip la vintage background...haaa..kemain kau...
so, fefeeling nak ada anak ni kan.....IQ pun tukar la layout yang macam cecomel ni...errr...macam je la....kalau orang tengok dari layout blog ni mesti korang cakap nanti dapat anak perempuan...haaa..kemain nak teka teki...malas la IQ nak gitau lelaki ke perempuan...tunggu keluar je baby tu nanti bulan sembilan nanti....heee....
IQ ada jugak try layout lain, tapi biasa la, pilih layout blog ni lebih kurang la macam beli baju kat jalan TAR tu haaa...kemain rambang mata kau nak pilih....jenuh mak nak pilih kaler yang sesuai, sampai mintak pandangan sekian sekian manusia yang IQ agak2 boleh bagi pendapat...huihuihui...
Monday, August 17, 2015
Melarat Habis
Friday, August 14, 2015
Upgrade Windows 10
Thursday, August 13, 2015
Sandwich Sedap daripada Garsa Kitchen
IQ kemain taip sana sini tadi. Alih alih tak save draft. Cess..kemain panjang dah entrynya...kelaut jugak akhirnya. Ok, disebabkan ramai yang bertanya pasal sandwich di entry yang lepas (klik sini), IQ buat entry khas untuk korang yang tertanya-tanya. Heeee...
Bread, Lettuce, Tomato, Mayonnaise, Cheese, Black Pepper, Relish, Onion & Beef slice
L RM45 (24pcs)
M RM25 (12pcs)
EGGSTACY
Bread, Mayonnaise, Egg, Lettuce, Tomato & Black Pepper
L RM35 (24pcs)
M RM22 (12pcs)
TUNA TURNER
Bread, Tuna, Mayonnaise, Shallots, Lettuce, Tomato, Black Pepper & Salt
L RM35 (24pcs)
M RM22 (12pcs)
CHICKSTER
Bread, Chicken slice, Mayonnaise, Cheese, Onion, Lettuce, Tomato, Salt & Black Pepper
L RM45 (24pcs)
M RM25 (12pcs)
EGGXTRA-ORDINARY CHICKEN
Bread, Chicken slice, Egg mayo, Lettuce, Tomato, Cheese, Salt & Black Pepper
L RM45 (24pcs)
M RM25 (12pcs)
FIESTA
Mixed sandwiches
L RM45
TUNA ON FIRE
Tuna chunks, shallots, birds eyes chili in oil, mayonnaise, lettuce & tomato
L RM35 (24pcs)
M RM25 (12pcs)
CHICKEN IN A BIKINI
Grilled chicken, sliced olives, shallots & dressings
L RM45 (24pcs)
M RM25 (12pcs