Advertisement

Responsive Advertisement

Gamers Dan Remaja Berisiko Mengalami Computer Vision Syndrome (CVS) ??

Penggunaan komputer dan skrin berlebihan pada masa kini dilihat berada pada tahap membimbangkan. Untuk IQ, IQ memang seorang yang sangat tegas bab penggunaan gadjet untuk anak-anak IQ. Ada masa dan had yang perlu dipatuh. Dekat rumah tak ada komputer untuk main games, dalam tablet pun game pun limited. Ada had masa dan selalunya jarang la anak-anak dapat main.

Tapi masalah ni IQ nampak dekat family terdekat. Ada yang selalu bagi anak handphone dan ada anak-anak remaja yang langsung tak berenggang dengan handphone sebab main game jer. Kesan dia? Memang mereka cepat letih. Mana tak nya, penggunaan komputer dan skrin dilihat melebihi keperluan harian yang dianggarkan lebih dari 8 jam sehari. Malah, penggunaan skrin dalam jangka masa yang lama tanpa henti jugak boleh menyebabkan keadaan postur badan tidak normal. Betul ke?

Optom, Gamers Remaja Berisiko Ada CVS, computer vision syndrome, cermin mata khas,

Kesan pengunaan gadjet atau skrin secara berlebihan kepada remaja dan juga gamers boleh menyebabkan beberapa kesan buruk, seperti:

Mata cepat letih - Penumpuan mata yang melampau terhadap skrin boleh menyebabkan mata akan cepat letih. Mata akan jadi cepat kering kerana tidak berkelip dalam beberapa tempoh saat, maka mata akan jadi letih

Sakit Kepala - Apabila mengadap skrin terlampau lama, kepala akan mudah terasa sakit disebabkan sinar bluelight yang memberi kesan yang tidak langsung kepada mata seterusnya memberi kesan kepada otak pengguna

Mata boleh kabur sementara - Penggunaaan skrin yang berlebihan dan berada dalam keadaan bilik yang gelap tanpa pencahayaan yang cukup boleh menyebabkan mata kabur sementara. Malah, jika keadaan berterusan tanpa dibendung, kabur sementara boleh menjadi kabur kekal.

Masalah Visual Jangka Panjang (Computer Vision Syndrome) - Segala kesan yang dialami dalam tempoh jangka panjang, akan menyebabkan CVS.


Pernah terfikir kenapa mata gamers cepat letih? Ini adalah antara faktor utama kenapa mata jadi cepat letih.

1. Mata fokus secara berterusan – Untuk gamers, mata memaksa otot fokus bekerja tanpa rehat. Fokus yang berlebihan ketika bermain game terutamanya game lawan-lawan.

2. Mata kurang berkedip sebab 50-60% – Mata gamers akan dipaksa fokus dan dilarang untuk berkedip dengan kerap bagi mengelakkan terlepas point/hint ketika game, seterusnya menyebabkan mata cepat kering

3. Kontras cahaya skrin tinggi – Kebanyakan gamers suka bermain game dalam keadaan gelap yang menyebabkan cahaya skrin lebih daripada kebiasaan. Ini secara tidak langsung menambahkan tekanan visual terhadap mata.

4. Postur & jarak skrin tidak ergonomik – Ada yang bermain game dengan jarak skrin yang terlampau dekat yang membebankan leher, bahu, dan mata. 


Kesemua faktor-faktor ini akan menyebabkan keletihan visual, gangguan fokus dan risiko jangka panjang seperti rabun progresif


Optom, Gamers Remaja Berisiko Ada CVS, computer vision syndrome, cermin mata khas,

Apa Itu Computer Vision Syndrome (CVS)?


Computer Vision Syndrome (CVS)  ialah sekumpulan simptom visual akibat penggunaan skrin digital berlebihan, seperti:


1- Mata jadi cepat letih dan terasa berat

2- Mata jadi kering, pedih, berair

3- Penglihatan kabur untuk sementara

4- Sakit kepala, leher & bahu

5- Kurang fokus & produktiviti


Kesan CVS jika dibiarkan boleh menjejaskan prestasi akademik dan permainan serta kesihatan mental remaja berkenaan. Malah terdapat risiko visual ergonomik untuk gamers dan juga remaja yang kerap mengadap skrin seperti:


  1.  Posisi Skrin Tidak Sesuai

 Skrin komputer atau handphone yang terlalu dekat atau rendah mahupun tinggi akan menyebabkan mata bekerja lebih keras daripada kebiasaan. Daya penumpuan tidak normal dan menyebabkan mata jadi cepat letih.

       2.    Cahaya Skrin & Persekitaran

Silau dari tingkap atau lampu skrin akan menambahkan tekanan visual. Penumpuan akan jadi terganggu.

        3.     Masa Skrin Berlebihan

 Sesi bermain game berjam-jam tanpa henti akan menyebabkan otot mata jadi letih, dan jika berterusan fokus akan terganggu.

        4.    Kekurangan Rehat Visual

 Remaja jarang mengambil “break screen” akan menyebabkan risiko CVS & mata kering meningkat. 


Strategi Pencegahan & Rawatan Mata Remaja

Untuk ibu bapa, boleh mengambil langkah awal bagi mengurangkan mata remaja iaitu anak-anak daripada cepat letih. Ambil langkah ini:


1. Visual Ergonomik Setup

Meletakkan Jarak skrin laptop/komputer sejauh 50–70 cm dan sedikit di bawah paras mata. Gunakan monitor tambahan jika menggunakan laptop. Keperluan kerusi yang boleh laras juga boleh diguna pakai untuk menyelaraskan ketinggian mata dan skrin

2. Rehat Visual Berkala

Memastikan tempoh rehat secara berkara pada setiap 20–30 minit dengan melihat objek jauh ±6–8 meter ke hadapan selama 1–2 minit.

3. Cahaya & Kontras

Memastikan pencahayaan bilik seimbang, terdapat lampu extra di sudut bilik untuk tidak menjadikan bilik terlalu gelap. Mengurangkan kontras skrin yang terlalu tinggi untuk elakkan mata cepat letih.

4. Latihan Mata & Senaman

Membuat senaman mata dengan memfokus dari dekat kepada jauh secara bergilir untuk melatih otot mata.

5. Pemeriksaan Mata Berkala

Membuat rawatan mata remaja membantu mengenal pasti rabun, mata malas, atau tanda awal CVS


Peranan Optometris Untuk Gamers & Remaja


Ibu bapa boleh mengambil langkah membawa anak-anak terutama remaja yang suka bermain game membuat pemeriksaan dan rawatan mata bagi mengenal pasti masalah mata yang mungkin mereka hadapi. Berjumpa dengan Optometris dapat membantu remaja:

  • Menilai fungsi visual, fokus & koordinasi mata
  • Memberi cadangan visual ergonomik khusus gaming & belajar
  • Menentukan rawatan mata remaja jika perlu: cermin mata korektif, latihan mata, atau rujukan pakar


http://optom.com.my

Oleh itu, OPTOM EYECARE menyediakan perkhidmatan untuk ibu bapa yang risaukan anak remaja mereka yang kerap bermain game. Di OPTOM, terdapat pelbagai pakej yang melibatkan pelbagai masalah mata yang boleh ibu bapa pilih untuk diperiksa. Daripada peringkat umur kanak-kanak sehingga dewasa, pemeriksaan mata di OPTOM bukan sahaja boleh mengesan masalah rabun, malah masalah penglihatan lain juga boleh dikesan mengikut pakej yang ditawarkan. Antaranya:

PAKEJ ASAS

http://optom.com.my


PAKEJ FOKUS

http://optom.com.my


PAKEJ KOMPREHENSIF

http://optom.com.my


Tip profesional: Rawatan awal CVS dan setup ergonomik yang betul boleh mencegah kerosakan penglihatan jangka panjang dan meningkatkan prestasi.


GIVEAWAY OPTOM EYECARE

Sempena Kempen Kesedaran Risiko Buta Tanpa Sedar Kanak-kanak, OPTOM EYECARE sedang menganjurkan Giveaway tau! 

Cara-cara nak sertai Giveaway ni.

1.  Sediakan content ringkas mengenai Giveaway kanak-kanak yang mempunyai masalah penglihatan seperti juling.

2. Kanak-kanak yang terpilih selepas tamat tempoh Giveway akan dihadiahkan cermin mata khas.

3. Manakala peserta giveaway pula bakal mendapat sepasang Kanta Premium untuk sebuah Cermin Mata Preskripsi.

4. Jangan lupa tag link ke 5 blog dan TikTok rakan-rakan anda bagi melengkapkan syarat penyertaan.

Hadiah Giveaway.

1. Sepasang Kanta Premium, sebuah Cermin Mata Preskripsi bernilai satu ribu ringgit untuk seorang peserta dan

2. Sepasang Kanta Khas, sebuah Cermin Mata untuk seorang kanak-kanak terpilih yang anda sponsor menerusi giveaway kali ini.

KLIK LINK INI UNTUK INFO LANJUT

Jangan lepaskan peluang ini! Mudah-mudahan dengan giveaway ini akan membantu untuk mewar-warkan lagi tentang kesedaran Risiko Rabun Tanpa Sedar Kanak-kanak ini.

http://optom.com.my

JADI, Mata cepat letih pada remaja & gamers bukan perkara biasa yang boleh diabaikan. Walaupun Gamers, mereka perlu menjaga mata bagi melindungi penglihatan & prestasi mereka untuk masa depan.


Untuk info lanjut boleh hubungi:

FACEBOOK:
https://www.facebook.com/profile.php?id=100060081394488

INSTAGRAM:
https://www.instagram.com/optomeyecarebangi/profilecard/?igsh=MTVrNTE0anFxeDBlbA==

LINKS:
https://tr.ee/I70ZIxBo14

Post a Comment

0 Comments