Wednesday, September 22, 2021

Pencuci Muka Tanah Liat Azyma Care, Bersihkan Kulit Secara Semulajadi

September 22, 2021 0

Rutin harian kita semestinya sibuk kan? Walaupun dalam keadaan pandemik dan berada di rumah, kita tak seharusnya mengabaikan penjagaan diri kita. Haruslah kekal bersih dan rapi serta cantik walaupun hanya berada di rumah. 

Tapi IQ nak tanya kat sini, siapa ada masalah kulit muka sensitif? Muka senang untuk timbul jerawat apabila pakai produk yang tidak sesuai dengan jenis muka memang boleh buatkan hari terasa kelam kelabu kan? Timbul sebiji jerawat pun terasa nak meraung sepenuh hati.huhu.

Kulit muka IQ bukanlah dikatergorikan sebagai terlampau sensitif dengan barang mekap. Mungkin IQ pun jarang apply muka dengan mekap yang tebal, dan hanya memakai mekap yang nipis-nipis dan simple sahaja. Jadi, IQ kurang mengalami masalah kulit muka IQ yang bermasalah. TAPI kalau IQ tidak bersih muka dengan betul pun, jerawat halus seakan berpesta tumbuh di muka IQ. Masa tu mestilah baru IQ nak menyesal bila lupa nak bersihkan muka dengan step yang betul.

Pencuci Muka Tanah Liat Azyma Care, Bersihkan Kulit Secara Semulajadi

Namun bila IQ diperkenalkan dengan Pencuci Muka Azyma Care ni, IQ tak perlu nak risau sangat kalau IQ lupa nak basuh muka ikut step yang IQ selalu guna tu sebab pakai pencuci muka Azyma Care ni semestinya mudah sangat. Tak perlu ada banyak step pun, pakai dan muka terus bersih dan segar! Tak percaya? Mari IQ tunjuk khasiatnya.

Sebelum tu IQ nak bagitahu yang Pencuci Muka Azyma Care ni adalah produk keluaran terbaru oleh Azyma Group Sdn Bhd. Semua produk yang dikeluarkan oleh Azyma Group mempunyai bahan utama iaitu tanah liat Kaolin serta 4 bahan utama yang lain seperti Lavender, Aloe Vera, Cucumber dan Chamomile.


Pencuci Muka Tanah Liat Azyma Care, Bersihkan Kulit Secara Semulajadi

Pencuci Muka Tanah Liat Azyma Care, Bersihkan Kulit Secara Semulajadi

Selain itu, terdapat juga 2 bahan aktif semulajadi yang digunapakai di dalam Pencuci Muka Azyma Care ini iaitu, Royal Jelly dan Bee Propolis. Dua bahan ni ada banyak khasiat tersembunyi tau. Antaranya:

Khasiat dan kebaikan Royal Jelly dan Bee Propolis:

  • Sumber semulajadi awet muda untuk kulit
  • Penjana Sel Semulajadi
  • Kaya dengan enzim, vitamin, mineral, kolagen dan asid amino
  • Anti Penuaan
  • Antibakteria
  • Anti Radang
  • Menyembuhkan Keadaan Kulit
  • Pembaikan Kulit
  • Menremajakan kulit
  • Menyuburkan Kulit
  • Menampakkan kulit sihat yang cantik

Penggunaan Pencuci Muka Tanah Liat Azyma Care Yang Mudah


Cara nak guna Pencuci Muka Tanah Liat Azyma Care ni sama macam pencuci muka yang lain. CUMA penggunaannya lebih mudah disebabkan teksturnya lembut dan Soap-Free. Buihnya kurang dan mudah untuk dibasuh selepas mencuci muka.

Pencuci Muka Tanah Liat Azyma Care, Bersihkan Kulit Secara Semulajadi

Pendapat Personal IQ tentang Pencuci Muka Tanah Liat Azyma Care


Selama beberapa minggu IQ Pencuci Muka Azyma Care ni, memang ternyata kulit IQ lebih lembut. IQ kan ada masalah kulit sensitif, kadang-kadang jerawat halus mudah jer nak muncul. Tapi bila pakai pencuci muka Azyma Care ni, jerawat-jerawat halus pun segan nak tumbuh.

Kalau korang berminat nak cuba Pencuci Muka Tanah Liat Azyma Care ni, korang boleh dapatkan melalui:


Atau terus dengan pembelian produk Azyma Care di:

Thursday, August 26, 2021

Lindungi Mata Anak Ketika Belajar Online Dengan OPTOM EYECARE

August 26, 2021 0
Zaman sekarang bila sebut tentang gadjet dan anak-anak mesti ramai ibu bapa yang tak nafikan penggunaaannya yang kerap setiap hari. Tambahan pula, di musim pandemik yang sejak berlaku tahun lepas, sesi persekolahan anak-anak bertukar kepada pembelajaran secara atas talian, berbanding hadir ke sekolah setiap hari. Hari-hari anak sarat dengan jadual kelas yang memerlukan permerhatian yang penuh kepada gadjet.

Ini menjadikan anak-anak terdedah dengan sinaran biru yang boleh merosakkan sel-sel dalam mata anak-anak yang sensitif dengan cahaya. Mata anak-anak juga terpaksa bekerja dengan lebih kuat apabila mengadap skrin gadjet. Bila mata anak-anak terpaksa bekerja dengan lebih, mata mereka akan cepat letih berbanding biasa dan menghilangkan tumpuan anak dalam kelas ketika belajar secara atas talian.
Lindungi Mata Anak Ketika Belajar Online Dengan OPTOM EYECARE


OPTOM EYECARE PILIHAN TEPAT UNTUK ANAK-ANAK


Disebabkan risau dengan keadaan mata anak, IQ terus cari cermin mata anti sinar biru untuk kegunaan Qa'id, anak sulung IQ. Walaupun pembelajaran untuk sekolah tadika tidaklah sepadat jadual sekolah rendah mahupun menengah, hati ibu mana tak risau bila mata anak berisiko untuk rosak bila lihat handphone dan laptop dalam satu-satu tempoh untuk belajar.

Lindungi Mata Anak Ketika Belajar Online Dengan OPTOM EYECARE

Jadi, IQ pilih OPTOM EYECARE untuk pilihan cermin mata untuk Qa'id. Kenapa OPTOM EYECARE?

Ciri-ciri unik cermin mata OPTOM EYECARE untuk anak-anak


  • Material khas yang mudah lentur dan tahan
Bila sebut material yang mudah lentur ni terbayangkan anak kecil IQ si Luqman, suka sangat main cermin mata ayah dan ibunya. Risau dengan cermin mata abangnya pula bakal jadi mangsa, jadi IQ cari yang mudah lentur dan tahan lasak. Lagi-lagi budak kan. Harus la cari yang material yang bagus. Kalau tak, sekejap jer la cermin mata anak bertahan. Silap-silap sehari pakai, esok perlu tukar baru. Tapi dengan OPTOM EYECARE, IQ rasa IQ tak perlu risau tentang hal tu lagi.
Lindungi Mata Anak Ketika Belajar Online Dengan OPTOM EYECARE

  • Direka khas untuk lebih ringan dan sesuai dengan aktiviti kanak-kanak.
Anak-anak lasak? Semestinya! Lagi-lagi anak lelaki. Tengah kelas pun sempat nak buat aktiviti sampingan. Kalau teacher suruh buat senaman ketika kelas online, mesti risau bila anak pakai cermin mata kan? Tapi bila Qa'id pakai cermin mata OPTOM EYECARE, IQ tak risau dah. sebab cermin matanya ringan jer. Nak buat apa jua aktiviti pun senang. 
Lindungi Mata Anak Ketika Belajar Online Dengan OPTOM EYECARE

  • Fitting frame-face direka tak mudah tertanggal.
Keistimewaan khas di OPTOM EYECARE yang paling IQ suka adalah bingkai cermin matanya direka khas mengikut bentuk muka. Best kan? Bila dah reka khas ikut bentuk muka, mestilah lebih sesuai dan tak mudah tertanggal. Jadi ibu ayah tak perlu risau nak pakaikan tali cermin mata pada cermin mata anak-anak sebab cermin mata OPTOM EYECARE tidak mudah tertanggal walaupun tengah melakukan aktiviti yang lasak.
Lindungi Mata Anak Ketika Belajar Online Dengan OPTOM EYECARE

  • Mengurangkan keletihan pada mata anak-anak.
Ini adalah point utama IQ bila IQ cari cermin mata anti sinar biru untuk anak IQ. Cermin mata OPTOM EYECARE mempunyai cermin mata anti sinar biru yang membantu mengurangkan keletihan pada mata anak IQ. Pembelajaran secara online yang panjang tempohnya menyebabkan tumpuan anak IQ dalam kelas agak susah. Matanya jadi cepat letih dan bila anak IQ pakai cermin mata OPTOM EYECARE, masalah tersebut terus hilang. Qa'id lebih mudah untuk fokus di dalam kelas. Alhamdulillah.
Lindungi Mata Anak Ketika Belajar Online Dengan OPTOM EYECARE

Kat mana nak cari cermin mata OPTOM EYECARE ni sebenarnya?

Lindungi Mata Anak Ketika Belajar Online Dengan OPTOM EYECARE
Korang boleh dapatkan cermin mata comel daripada OPTOM EYECARE ni di

OPTOM Eyecare Bangi
Alamat : No. 37 Jalan 8/1, Seksyen 8, 
Bandar Baru Bangi,
43650 Bangi, Selangor 
(Berdekatan Marrybrown)
Waktu Operasi : 9.00 am - 8.00pm (Setiap Hari)

Thursday, July 8, 2021

NASI DAGANG GRANNIES PREMIUM, ORIGINAL TERENGGANU, TERLARIS DI KLCC

July 08, 2021 2

 RINDU LA NAK MAKAN NASI DAGANG!

Sebagai anak jati Terengganu yang tinggal di perantauan, semestinya IQ sangat merindui rasa nasi dagang apabila berada jauh dari kampung halaman. Mencari nasi dagang yang rasanya pior di negeri lain semestinya susah. Yang ada semestinya agak mengecewakan, rasa tak cukup, rempah kurang, baunya juga kurang menaikkan rasa nak makan.

 NASI DAGANG ORIGINAL TERENGGANU DI LEMBAH KLANG?

Berbeza bila IQ diperkenalkan dengan Nasi Dagang Grannies ni. Bila dapat peluang merasai Nasi Dagang Grannies, IQ dapat merasai dari awal lagi keenakan rasanya walaupun hanya menatap gambar semasa nak order. Haha! Over betul! Biasa la kan? Mak mak mengandung memang feel lain macam. Rasa nak cuba tu tak boleh nak sabar langsung!

 NASI DAGANG GRANNIES PREMIUM, ORIGINAL TERENGGANU, TERLARIS DI KLCC

Tiba hari penghantaran, seawal jam 8 pagi dapat call dah. Awal betul penghantarannya. Kata delivery man, sarapan pagi kak! Betul juga tu, nasi dagang paling best nak makan waktu pagi. Dapat je Nasi Dagang Grannies di tangan, dah dapat bau harumnya. Dah rasa tak sabar nak makan. Dan rezeki suami IQ awal pagi tu, dapat la bekal dia Nasi Dagang Grannies ni untuk pergi kerja. Bungkusannya pun mudah nak bawak ke mana, so…senang, tak perlu nak letak dalam bekas makanan lain dulu.


PILIHAN YANG TEPAT UNTUK SEISI SEKELUARGA, SET KENYIR

 NASI DAGANG GRANNIES PREMIUM, ORIGINAL TERENGGANU, TERLARIS DI KLCC

IQ order set Kenyir. Set Kenyir ni ada banyak pilihan lauk yang ada. Selalu kalau makan nasi dagang mesti lauk ikan tongkol je kan? Bukan pada Nasi Dagang Grannies Set Kenyir ni sebab set kenyir ni ada banyak sangat pilihan lauk yang ada. Siap ada lauk percuma lagi! Bertuah IQ pada hari tu! Dapat rasa macam-macam jenis lauk seperti Lauk Gulai Ikan Tongkol, Gulai Ayam, Gulai Udang, dan juga Gulai Telur. Meriah kan? Puas hati dapat makan dan rasa semua pilihan lauk yang ada dengan set kenyir ni.

NASI DAGANG GRANNIES PREMIUM, ORIGINAL TERENGGANU, TERLARIS DI KLCC

IQ pernah baca review Nasi Dagang Grannies ni di Instagram dan jugak Facebook Grannies, rata-rata sesiapa je yang makan Nasi Dagang Grannies ni pasti puas hati. Mana taknya, rasa rempah gulainya cukup, nasinya pulak lembut, pakai beras basmathi pusa king kan? Mesti la teksturnya lembut, makan pun tersenyum-senyum. Sebab rasa sedap sangat, rasa rindu pada nasi dagang terengganu ni 100% terubat. 

Oh ya, kalau korang ni bujang, tak perlu risau. Nasi Dagang Grannies ni pun ada value pack. Just pilih jer nak lauk apa sebab harga berdasarkan lauk yang nak dipilih. Harganya pasti berbaloi dengan rasa. Jangan risau yer!



NASI DAGANG GRANNIES PREMIUM, ORIGINAL TERENGGANU, TERLARIS DI KLCC

Kalau nak order untuk sarapan esok hari, pastikan order awal sehari tau? Kalau ada rezeki korang, selalu la cek instagram Grannies sebab kalau dorang ada lebih, dorang akan bagitahu di Instagram. Food delivery available untuk kawasan Lembah Klang. 

NASI DAGANG GRANNIES PREMIUM, ORIGINAL TERENGGANU, TERLARIS DI KLCC

Aduh, dah teringat-ingat plak keenakan rasa Nasi Dagang Grannies ni, nak order la untuk esok. Jom kita order sama-sama! Boleh order menerusi maklumat di bawah. 

NASI DAGANG GRANNIES PREMIUM, ORIGINAL TERENGGANU, TERLARIS DI KLCC

Whatsapp / Call : 013 907 5199

Thursday, June 3, 2021

Raya PKP 2021

June 03, 2021 1

 Hari ni dah masuk 22 Syawal dah, baru IQ berkesempatan nak coretkan cerita raya yang agak-agak hampir nak basi dah tu. Nak buat macam mana, walaupun kita ni kejap PKP, kejap PKPB, kejap-kejap LOCKDOWN terus ni, urusan kerja pun jadi carca marba. Musim raya pun langsung tak terasa sebab sibukkan diri dengan kerja. Tahun ni lagi la hilang rasa kemeriahannya bila kita langsung tak boleh buat ziarah raya. Naya kan? Disebabkan kes jangkitan Covid di Malaysia ni pada tahap membimbangkan, terus la kerajaan melarang aktiviti ziarah dilakukan walaupun berada di daerah yang sama, bangunan yang sama.huhu..


Cerita raya IQ pun kira sedih jugak la tahun ni. Walaupun ada gambar raya, kalau siapa perasan, IQ upload gambar tu pun masa raya kedua. Sebab raya pertama memang IQ sekeluarga tak pakai baju raya langsung! Kesahnya disebabkan pipi IQ kena bisul. Dan nanah keluar pagi raya tu sampai berlubang haa pipi IQ ni. Bisul tu dah muncul 2 3 hari sebelum raya lagi. Sehari sebelum raya, IQ pergi klinik dan doktor pun terkejut tengok bisul dah bengkak teruk macam tu. Doktor kat klinik terus masukkan antibiotik dalam badan IQ. Dan kena consume antibiotik untuk beberapa hari. 


Jadinya, bila da makan antibiotik, nanah akan keluar. Dan dia keluar plak pagi raya. Suami IQ pun cakap kena pergi klinik sebab risau lubang tu terdedah sangat. Nama pun pagi raya kan? Memang semua klinik tutup la jawabnya, pergi Hospital Shah Alam pun nampak macam ramai. Last2 pergi Hospital Umra tu haa...Naseb doktor cakap tak perlu buat apa-apa sebab dah on antibiotik.


Balik dari Hospital Umra terus hilang mood nak pakai baju raya. Suami cakap pakai esok raya kedua. IQ iyakan aje. Walaupun dalam hati sedih la jugak sebab raya tak maam raya. huhu. Walaupun tak pakai baju raya, IQ tetap masak lauk raya. Petang raya sebelumnya, IQ beli lemang. Sebelum tu dah merendangkan siap-siap selama 2 jam. Pagi raya pun suami request nk makan nasi lemak. So, IQ pun buatlah nasi lemak. Makan dengan rendang masa pagi raya.


Walaupun tak pakai baju raya, still nak videocall dengan keluarga semua. Alhamdulillah semua sihat-sihat je walaupun jauh di mata. Adik yang duduk dekat Shah Alam ni pun tak dapat nak jumpa, inikan plak nak jumpa Abah dekat kampung sana. Videocall je la pengubat rindu.

Dah masuk petang, semua dah tukar uniform raya, raya dekat rumah kan, pakai baju raya pun untuk bergambar je. haha!


So, pagi2 raya kedua IQ dah siapkan anak-anak. HAHA! Nak bergambar jugak sebab dah beli baju raya semua kan? Mesti la kena bergambar. Rugi la tak pakai dan bergambar weyh!

Paling awal siap, tengah mood okay tu, baik snap cepat-cepat, lagi2 si kecik tu kadang mood on off

Si abang kalau dah senyum hilang mata, macam nak nyanyi lagu negaraku pun ada

Gambar ni ayah dia snap, memang nampak okay la kan? haishhh...

Gambar Raya PKP 2021.

Kena la ada satu, bukan selalu.

Nampak tak ibunya struggle si kecik tak duduk diam

Ayah pun struggle

Kat sini IQ letak sekali gambar raya keluarga IQ yang berada di kejauhan. Dua family ni tak plan pun tema warna sama, tetiba eh...semua maroon dah! 

Keluarga abah+mama+adik-adik
Keluarga adik perempuan...Yang ni pun kelakor, beli baju raya online kaler lain, sampai warna sama maroon, terpaksa la beli baju suami dia dan anak2 lelakinya maroon. hehe. Ragam hari raya ni macam-macam betul...
Keluarga mertua. Tahun ni sayu sebab first time raya tanpa Arwah ibu yang tercinta. Kakak ipar pun first time beraya tanpa Arwah Suaminya. Dugaan besar buat kami tahun lepas. Semoga ada sinar buat semua lepas ni. InsyaAllah.

Sekian sahaja cerita raya kali ni. Yer, IQ tahu IQ jarang sangat nak update blog. Kesibukan yang amat plus kesihatan sejak dua menjak kurang memuaskan. huhu. Doakan yang baik-baik jer.

Selamat hari raya semua! 0 0 yer! 

till then, bai!

Tuesday, May 11, 2021

Raya PKP Pun Ada Hati Tambah Perabot Rumah

May 11, 2021 3
Panas lagi sebenarnya hati ni bila kerajaan umumkan tak boleh ziarah raya. Mana tak nya, tahun ni dah masuk kali kedua beraya di perantauan, tambah pula langsung tak boleh nak terima tetamu. IQ sendiri dah plan nak ajak adik perempuan dan lelaki IQ untuk beraya bersama tapi nampaknya hampa juga. Dari dilarang rentas negeri, lepas tu larang rentas daerah. Mula-mula boleh terima 15 tetamu satu-satu masa, ini langsung tak dibenarkan terima tetamu. 

Ikut hati boleh jer nak terima tetamu, bukan polis datang check, rumah tinggi kan? Tak kan dapat kira bilangan selipar dekat pintu rumah IQ tu pun. Tapi yerlah, bak kata Hazeman Huzir di twitter dia tadi, Orang Malaysia cakap jer pung pang pung pang. Tak kan beraninya nak langgar peraturan. Yeahh, betul la tu. Sebab tak nak kena kompoun sebab hutang sedia ada pun lahai...jenuh nak settlekan.

Kesedihan Tak Dapat Raya Bersama Keluarga

Dari hari dorang umumkan PKP bagi negeri Selangor lagi hati IQ dah sedih semacam. Rindu sangat dengan kampung halaman. Hari tu masa outstation ke Terengganu, ada niat nak pergi rumah abah, berbuka di sana, tapi terpaksa batalkan niat. Tak nak buat apa yang melanggar undang-undang. Redha jer dengan keadaan sekarang yang sangat genting. Angka positif Covid-19 tak turun bawah 3 angka langsung sejak awal tahun yang lalu. Seolah-olah usaha PKP 2.0 dan arahan dilarang rentas negeri langsung tak berkesan.

Biarpun kita semua beraya dalam tempoh PKP, IQ memang seboleh mungkin tak nak suasana raya tu hilang. Kesian pada si kecil Luqman, sejak dia lahir tahun lepas, dia tak rasa lagi raya yang sebenar. Si Qa'id plak duk tanya raya ni tak der balik kampung ke? Nak balik kampung macam mana nak? Selagi Covid-19 ni tak reda, beraya la kita dekat rumah kecil kita ni.

IQ belikan juga anak-anak baju raya baru. Baju raya IQ dan suami pun ada beli sekali. Ikutkan suami tak nak, tapi beriya sangat IQ suruh suami pilih saiz. Warna tema Qa'id yang tentukan. Memang nak ada feel raya tu jugak walaupun tak semeriah di kampung halaman.

Lepaskan Rindu....


Beberapa hari lepas pun sempat videocall dengan adik2 dan mama. Seronok tengok persiapan raya masing-masing walaupun hakikatnya jauh di lubuk hati rindunya usah cerita. Bayangkanlah, IQ last balik kampung di Terengganu pun raya haji tahun lepas. Terkilan sangat rasa bila tempoh sebelum start dilarang rentas negeri akhir tahun lepas dibuat, IQ tak dapat balik lagi sekali disebabkan keadaan kewangan yang tak stabil. 

Betul la orang cakap, kalau ada rasa nak balik, usaha la balik, kalau tak, menyesal tak sudah. Yer, menyesal sangat tak dapat balik masa tu. Dah kena macam sekarang, dari awal tahun dan dah masuk bulan 5 dah pun, 5 bulan tak boleh rentas negeri. Sedihnya tak dapat jumpa family yang dirindui.


Tahun Lepas Sofa, Tahun ni....


Tahun lepas, masa nak raya, suami ada buat surprise beli sofa baru. Tahun ni tak ada surprise2...cuma kali ni sama-sama kongsi untuk beli rak tv kat bawah ni. Rak tv lama bawak masuk bilik memandangkan ada tv lama lagi satu. Tak ada berebut dengan si Qa'id yang asyik nak tengok kartun. Tapi kan, kalau buka Netflix, jenuh la dia pun sama nak pilih kartun kat situ jugak...lahai...

Raya PKP Pun Ada Hati Tambah Perabot Rumah

Rak tv ni panjangnya 6 kaki. Ada dua pintu utk 2 compartment dan dua bahagian tanpa pintu atas dan bawah. Berat jugak rak tv ni, tak boleh angkat sorang. Hari tu angkat berdua dengan husband pun boleh tahan lelahnya. huhu.

Apa menu raya korang? IQ ada menu raya jugak walaupun sebelum ni plan masak untuk tetamu yang nak datang, tak perlah...kira on je la masak untuk raya kiter kiter aje. Moga sama-sama kita meraikan raya kali ni dengan penuh kesederhanaan. Jangan dilupa saudara kita semua di Palestin yang sedang diserang oleh Isra*l laknatullah. Moga mereka dilindungi oleh Allah SWT sentiasa.

Selamat Hari Raya korang, Maaf Zahir Batin jika ada salah silap, terkasar bahasa, terasa hati dengan kata-kata IQ di blog ni. Jumpa lagi!

K.Bai!

Monday, April 26, 2021

Sakit Lutut Dan Sengal Badan Hilang Dengan Garci Pro

April 26, 2021 0

"U, tolong urut belakang ni sikit. Rasa macam salah tidur la, sakit sangat" - Si Suami

"Meh I urutkan dengan Garci Pro ni, I baru dapat produk ni daripada kawan I, katanya bagus" - Si Isteri

"Haa, boleh la cuba" - Si Suami

Selepas beberapa minit...

"Macam mana rasa? Kurang sikit?"- Si Isteri

"Lega sikit rasanya."- Si Suami

"Kalau macam tu, bagus la. Boleh tahan jugak produk Garci Pro ni ek" - Si Isteri


Ini dialog IQ bersama suami beberapa hari lepas. Kisahnya bila suami IQ mengadu sakit bahu kirinya disebabkan salah posisi masa tidur malam sebelumnya. IQ yang pernah rasainya sebelum ni memang dah terbayang-bayang sakitnya macam mana. Memang tak selesa sepanjang hari! Nak toleh kiri kanan, memang rasa nak menangis! Tapi untung suami IQ sebab bila time dia sakit bahu ni, IQ baru dapat produk baru untuk dicuba. Memang kena dengan masanya. Dah suami mengadu sakit kan? Tak kan nak dibiarkan pula.


Menderita Masalah Lutut Sejak Tahun 2010

IQ pula dari dulu ada satu masalah ni. Disebabkan dulu IQ aktif naik gunung, kini IQ menderita sakit lutut disebabkan kesan hentakan pada lutut masa turun dari gunung pada tahun 2010. Kesan jangka masa lama kembali pada tahun 2018 dan berlarutan sehingga kini terutamanya bila berat badan IQ bertambah. Nak kuruskan badan dalam tempoh masa yang singkat pastinya sukar lebih-lebih lagi kesuntukan masa bekerja dan menguruskan rumah tangga. 

Sakit Lutut Dan Sengal Badan Hilang Dengan Garci Pro

Lutut IQ akan mudah terasa kebas apabila bersimpuh ataupun bengkok dalam beberapa minit sahaja. IQ terpaksa mengubah keadaan lutut IQ berulang kali untuk mengelakkan lutut IQ kebas. Adakalanya sakit lutut datang menyerang, memang IQ langsung tak dapat nak tidur malam. Langsung tak selesa. Terpaksa letakkan bantal untuk tinggikan kaki IQ bagi mengurangkan kesakitan pada masa tu. 


Masalah sakit lutut kini memang kerap menyerang disebabkan berat badan IQ yang berlebihan. Tambahan pula, dengan memikul anak kecil setiap hari, pastinya memberi kesan yang lebih teruk. Sebelum ni juga, IQ pernah berurut pada bahagian kaki IQ, memang tukang urut pun geleng kepala dengan keadaan lutut IQ yang sangat bermasalah pada masa tersebut.

Sakit Lutut Dan Sengal Badan Hilang Dengan Garci Pro

Sakit Lutut Beransur Hilang Apabila...

Tapi bila diperkenalkan dengan Garci Pro ni, masalah lutut IQ beransur-ansur hilang. Bukanlah boleh hilang sekelip mata tapi dengan penggunaan secara kerap, akan mengurangkan dan menghilangkan rasa sakit dan sengal pada lutut IQ ni. IQ akan sapu pada lutut IQ setiap 4 jam sekali disebabkan sakit IQ lebih dari tempoh setahun. Kalau sakit yang dialami kurang dari 6 bulan, sapuan gel mesti pada 3 waktu iaitu waktu pagi, tengahari dan malam bagi mendapatkan kesan yang optimum. 


Garci Pro ni ada enam jenis herba yang terkandung di dalamnya iaitu:

  • Minyak Kayu Putih
  • Epal Hijau
  • Daun Teh
  • Aloe Vera
  • Peppermint
  • Minyak Argan
Sakit Lutut Dan Sengal Badan Hilang Dengan Garci Pro


1 tube Garci Pro ni mempunyai 100ml kandungan gel. Dengan kandungan Garci Pro yang istimewa ni menjadikan ia rasa sejuk dan tidak panas apabila memakainya. Garci Pro ni berbentuk gel dan ia mudah meresap ke dalam kulit dan langsung tak melekit. Tak seperti krim atau gel sapuan yang lain.


Sakit Lutut Dan Sengal Badan Hilang Dengan Garci Pro


Antara kelebihan lain yang ada pada Garci Pro Gel ini juga adalah:

  • Mempunyai kelulusan KKM dan selamat digunakan
  • Merawat saluran darah dan saraf yang rosak; penyebab kebas
  • Bau menyegarkan (aromaterapi)
  • Membantu melancarkan aliran darah di bahagian kebas
  • Membantu elak risiko strok dan serangan jantung mengejut
  • Membantu merawat sakit-sakit badan dan membuang angin dalam badan
  • Membantu melegakan kekejangan otot dan sendi
  • Membantu melegakan selsema dan pening kepala
  • Membantu melegakan perut dan senggugut

Cara menggunakan gel Garci Pro ni mudah sahaja...

1. Letakkan sedikit gel di telapak tangan dan ratakan

2. Sapu di tempat yang terasa kebas dan sengal-sengal

3. Gel ini akan meresap ke dalam kulit lalu membaik pulih sistem saraf dan pengaliran darah sekaligus mengurangka rasa kebas/sesemut pada kulit

4. Rasai kesannya dalam beberapa minit kemudian.

Sakit Lutut Dan Sengal Badan Hilang Dengan Garci Pro

Jom kita ikuti video berkenaan manfaat Garci Pro oleh duta rasmi Garci Pro.



Kalau korang nak tahu penggunaan gel Garci Pro ni sesuai untuk golongan lelaki dan wanita yang mempunyai masalah yang berikut:

  • Selalu kebas dan lenguh anggota badan
  • Ada masalah lutut dan tumit
  • Ada penyakit darah tinggi dan strok
  • Ada masalah saraf
  • Aktif bersukan

Macam IQ, kesan sakit lutut akan melarat sehingga ke tapak kaki IQ terutamanya pada bahagian tumit. Rasa cucuk-cucuk macam tu setiap kali melangkah waktu awal pagi. Tapi bila IQ dah apply gel Garci Pro ni, Alhamdulillah...tiada lagi masalah sakit pada tumit kaki IQ setiap kali bangun dari tidur. Puas hati dengan hasil penggunaan Garci Pro ni. Korang pun patut cuba tau jika korang ada masalah sama atau masalah-masalah yang berkaitan di atas.

Sakit Lutut Dan Sengal Badan Hilang Dengan Garci Pro


1 tube Garci Pro berharga RM90 sahaja. Boleh didapati di laman web rasmi Garci Pro ataupun Instagram dan Facebook Garci Pro di bawah. 

Wednesday, April 21, 2021

Kemudahan Bayaran Zakat Melalui ATM dan Cashless Machine LZS

April 21, 2021 1

"Alamak, baru teringat nak bayar zakat lah"

-Selak beg dompet.

"Adoi, cash money tak ada la plak" 

Tiba-tiba.. 

"Eh...apa ni?"

 *Baca flyers daripada Lembaga Zakat Selangor.

"Eh, boleh bayar guna ATM jer? Mudah sangat ni. Alang-alang kat ATM dah ni, bayar la zakat sekali"

Selepas beberapa minit...

"Alhamdulillah, dapat juga tunaikan zakat tahun ni. Moga diberkati Allah SWT"


Alhamdulillah, lega kan kalau dah bayar zakat ni? Selesai satu tanggungjawab sebagai seorang umat Islam. Meskipun dalam kesibukan dalam menjalankan tanggungjawab di dunia, jangan langsung lupa tanggungjawab kita untuk membantu yang memerlukan.

 

Dengan keadaan pandemik Covid-19 yang melanda dunia kini, agak membataskan kita untuk melakukan urusan harian kita dengan sempurna. Normal baharu yang diperkenalkan sejak mulanya Covid-19 muncul, menjadikan urusan harian kita agak terganggu dan melecehkan. Kalau nak ke mana-mana, wajib daftar nama dan check suhu. 


Bayar Zakat Dengan Mudah dengan Pembayaran Tanpa Tunai

Lembaga Zakat Selangor telah memperkenalkan beberapa cara yang mudah untuk kita menunaikan zakat. Antaranya pembayaran tanpa tunai iaitu:

Kemudahan Bayaran Zakat Melalui ATM dan Cashless Machine LZS

1- Online Banking
2- Online ezakatpay
3- Online channel
4- Online @ Branch
5- Mobile Banking
6- ATM Machine
7- eWallet

Melihatkan situasi dialog di atas, apa yang kita boleh dapat? Yer! Kemudahan bayaran zakat di ATM  dan juga cashless machine! Sebelum ni  IQ tak pernah dengar tentang kemudahan ni tau, ini first time IQ dengar. Nampak sangat IQ suka bayar zakat style old school iaitu melalui kaunter-kaunter pembayaran zakat yang sedia ada. 


Kemudahan pembayaran zakat melalui mesin ATM dan cashless machine ini diperkenalkan sejak beberapa tahun yang lepas. Ini bertujuan memudahkan pembayaran zakat berbanding membayar zakat melalui kaunter. Seiring dengan kemajuan teknologi, Lembaga Zakat Selangor (LZS) pun turut menyediakan kemudahan yang menjimatkan masa dan memudahkan pembayaran zakat tanpa mengikut masa yang ditetapkan.


Pembayaran Zakat melalui ATM

Pembayar zakat yang ingin bayar zakat melalui ATM perlu mempunyai Akaun Simpanan atau Semasa di bank-bank yang terpilih ini sahaja iaitu:
  • Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) - Mempunyai Kad Smart ATM
  • Public Bank - Mempunyai PR Card ATM
  • OCBC Bank
  • RHB Bank
  • Bank Simpanan Nasional

Pembayar zakat yang membayar melalui kemudahan mesin ATM dinasihatkan menghubungi Ibu Pejabat, Lembaga Zakat Selangor (MAIS), Unit Proses Kutipan, Bahagian Kutipan (JDK) selepas selesai melakukan transaksi bayaran untuk tujuan kemaskini alamat perhubungan bagi memudahkan proses pengeposan resit rasmi.

Pembayaran Zakat melalui Zakat Cashless Machine di cawangan LZS Terpilih

Pembayaran zakat melalui Zakat Cashless Machine ini amat praktikal dilakukan bagi mengelakkan kesesakan di kaunter-kaunter pembayaran zakat. Ianya memudahkan urusan pembayaran zakat tanpa tunai dan hanya memerlukan kad debit untuk urusan transaksi.


Namun, cashless machine ni hanya berada di beberapa cawangan iaitu di bangunan Lembaga Zakat Selangor Shah Alam, Bangi, Kajang dan juga Seksyen 14 Petaling Jaya.


Cashless Machine ini beroperasi 24 jam untuk semua jenis urusan pembayaran zakat. Pengunaan cashless machine ini tidak dikenakan sebarang caj tambahan.

Kemudahan Bayaran Zakat Melalui ATM dan Cashless Machine LZS

Terlalu banyak cara untuk kita menunaikan zakat pada masa kini. Nak bayar melalui pelbagai medium tanpa tunai memang memudahkan urusan kita. Jadi, tak semestinya tak ada kenderaan nak pergi bayar zakat, kita tak dapat nak bayar zakat. Ingat syarat wajib zakat iaitu:

1. Islam
2. Merdeka
3. Milik Sempurna
4. Cukup Nisab
5. Cukup Haul
6. Berkembang


Kemudahan Bayaran Zakat Melalui ATM dan Cashless Machine LZS


Semoga saham akhirat kita ini dapat memberikan senyuman di bibir mereka yang memerlukan. Sama-sama kita kongsi rezeki yang ada, dan moga dengan zakat yang diberikan, dapat menyucikan rezeki yang kita dapat seterusnya menambah rezeki untuk kita semua. Amin Ya Rabbalalamin.
Kemudahan Bayaran Zakat Melalui ATM dan Cashless Machine LZS

JOM ZAKAT CASHLESS


Kemudahan Bayaran Zakat Melalui ATM dan Cashless Machine LZS

Bayar Zakat pun boleh menang wang tunai??? 

Bermula 13 April sehingga 12 Mei 2021 ini, Lembaga Zakat Selangor mengadakan kempen Jom Zakat Cashless di mana pembayar zakat turut berpeluang memenangi wang tunai yang disediakan sebanyak RM15,000! Jom sertai beramai-ramai dengan mengikut langkah-langkah di atas dan klik link ini untuk menyertai. Syarat-syarat untuk menyertai Jom Zakat Cashless boleh lihat di bawah. 

Kemudahan Bayaran Zakat Melalui ATM dan Cashless Machine LZS


Website: Lembaga Zakat Selangor
Hubungi: 03-8314 2312 (Afzalika)/03-8314 2222(Lembaga Zakat Selangor)
Whatsapp: 011-2075 4557 (Afzalika)

Monday, April 19, 2021

Gold Nano CC Cream Hansaegee Nature, Urusan Harian Jadi Lebih Mudah Dan Cepat!

April 19, 2021 0

Dengan situasi pandemik sekarang ni, kita ni kalau boleh nak cepat kan? Nak bersiap dengan cepat dan mudah sebab tak nak rumitkan dengan hal lain. Kita mesti tahu kan, situasi pandemik sekarang menjadikan rutin harian lebih rumit daripada biasa. Nak kena pakai hand sanitiser, nak kena cuci tangan selalu, nak pakai pelitup muka, jaga jarak...aishhh..memang kalau nak kena ingat semua tu, naik pening juga kan...apatah lagi nak uruskan semua tu dengan anak-anak yang masih kecil.  


Tapi urusan harian IQ sekarang jadi lebih mudah dengan adanya Gold Nano CC Cream daripada Hansaegee Nature. Kenapa IQ cakap mudah? Sebab.... aishhh..sabaq sabaq...kita cerita kejap lagi...


Gold Nano CC Cream Hansaegee Nature, Urusan Harian Jadi Lebih Mudah Dan Cepat!

Pagi-pagi di rumah IQ, mesti kelam kabut! Yelah, ada anak kecik kan. Dah settle anak-anak semua, ada masa secipuuuuttt jer nak bersiap untuk diri sendiri. Mula la resah masa tak cukup, nak bersiap macam mana ni. Sempat ke nak bersiap ni???


Gold Nano CC Cream Hansaegee Nature, Urusan Harian Jadi Lebih Mudah Dan Cepat!

Tapi bila IQ mula guna Gold Nano CC Cream, segalanya jadi lebih mudah dan cepat! IQ hanya perlu buka dan picit CC Cream pada jari IQ, dan hanya sapu pada muka menggunakan jari IQ sahaja. Guna jari pun boleh laa...senang pun senang bila nak blend pada muka.  Tak perlu berus makeup apa semua tu lah. Membazir je beli semua tu sebelum ni bila dah pakai CC Cream ni. Nak maintenance berus make up pun dah tak perlu dah...

Gold Nano CC Cream Hansaegee Nature, Urusan Harian Jadi Lebih Mudah Dan Cepat!

Gold Nano CC Cream Hansaegee Nature, Urusan Harian Jadi Lebih Mudah Dan Cepat!
Mudah nak blend pada muka ni, pakai jari pun boleh. 

Gold Nano CC Cream Hansaegee Nature, Urusan Harian Jadi Lebih Mudah Dan Cepat!

Gold Nano CC Cream Hansaegee Nature, Urusan Harian Jadi Lebih Mudah Dan Cepat!

Biarpun mudah dan cepat, CC Cream ni tetap mempunyai SPF nya yang tersendiri. Sesetengah CC Cream kat luar sana tak ada SPF tau! Untungnya Gold Nano CC Cream ni ada perlindungan daripada matahari sebanyak SPF50+  PA+++. Dan selalu bila IQ pakai mana-mana sunblock, mestilah kulit muka jadi putih melepak. So, Texture sunblock warna putih macam tu ha, bila pakai naahhh...jadi muka pelik giler wehhhh...tapi bila pakai CC Cream yang ada sunblock ni, CC Cream ni akan match dengan skin tone kita tau, even bawah cahaya matahari pun nampak natural jer dan memang muka tak jadi warna putih pelik tu, sweet je nampak. 

Gold Nano CC Cream Hansaegee Nature, Urusan Harian Jadi Lebih Mudah Dan Cepat!


IQ suka sangat pakai CC Cream ni sebab mudah nak blend kan? CC Cream ni mudah nak blend sebab texture nya light jer. Texture nya light dan tidak menghalang liang pori muka IQ bila IQ sapu pada muka. Liang pori kan sensitif, kalau terhalang dengan habuk sikit pun dan tak cuci muka, mudah jer jerawat nak naik. Begitu juga dengan segala macam produk kita pada muka, jika menyekat liang pori, jerawat memang mudah sangat nak muncul. 

Gold Nano CC Cream Hansaegee Nature, Urusan Harian Jadi Lebih Mudah Dan Cepat!

Gold Nano CC Cream Hansaegee Nature, Urusan Harian Jadi Lebih Mudah Dan Cepat!
Nampak kan teksturnya light jer, nak blend pada muka memang mudah sangat

IQ dulu dah pernah kena muka break out teruk sebab pakai foundation dan juga sunblock yang berbeza produk. Dua jenis produk ni menghalang liang pori muka IQ secara total, dan IQ plak tak cuci muka dengan betul. Jerawat plak makin naik dan naik. Sedih pun ada masa tu.

Gold Nano CC Cream Hansaegee Nature, Urusan Harian Jadi Lebih Mudah Dan Cepat!

Tapi sekarang IQ tak perlu risau langsung bab nak cuci muka balik bila IQ nak solat ke atau nak masuk tidur, Sebabnya Gold Nano CC Cream ni sangat mudah untuk ditanggalkan. Nak cuci pun mudah, tak perlu double cleanse ke apa, cuci muka pakai pencuci muka biasa pun boleh. Bila selesai cuci muka, CC Cream ni tak akan tinggalkan kesan kotor pada muka IQ, so...senang sangat nak tanggal. Jimat step dan masa nak cuci. 

Gold Nano CC Cream Hansaegee Nature, Urusan Harian Jadi Lebih Mudah Dan Cepat!
Keadaan muka bila dah basuh...
Gold Nano CC Cream Hansaegee Nature, Urusan Harian Jadi Lebih Mudah Dan Cepat!
Lap pakai tisu pun, tak tinggalkan kesan, mudah dicuci.

Satu lagi perkara yang IQ suka tentang Gold Nano CC Cream ni adalah penutupnya twist-lock. Tak kan mudah terbuka bila IQ simpan dalam beg. Dulu pernah la foundation IQ tumpah dalam beg, habis beg tangan IQ masa tu. Tapi sekarang bila pakai CC Cream ni, dengan saiznya yang compactible, dan penutup twist-lock, memang mudah nak selit masuk dalam handbag ataupun beg kerja IQ. IQ langsung tak perlu risau CC Cream tumpah ke apa dalam beg, memang tak akan tumpah sebab penutupnya memang secured. Campak dalam beg, beg jatuh atas lantai, memang langsung tak pecah ataupun retak.

Gold Nano CC Cream Hansaegee Nature, Urusan Harian Jadi Lebih Mudah Dan Cepat!


So, sekarang hari-hari IQ berlalu dengan mudah dengan CC Cream ni. Kita kan ada banyak pilihan untuk jalani hidup dengan lebih mudah, so antara pilihan yang kita boleh pilih ialah dengan menggunakan Gold Nano CC Cream daripada Hansaegee Nature ni. Urusan harian kita akan jadi lebih mudah, lebih cepat. 

Gold Nano CC Cream Hansaegee Nature, Urusan Harian Jadi Lebih Mudah Dan Cepat!