Advertisement

Responsive Advertisement

Tempat Recycle Derma Baju, Cadar, Permainan Anak di Shah Alam Selangor

Sebelum pindah dari Selangor hari tu, hari-hari IQ pening memikirkan banyak barang yang tak pakai sangat ni. Barang permainan anak pun ada yang masih dalam plastik, tak dibuka sejak berpindah dari KL sebelumnya lagi. Maka, bertambah pening bila dah sorting barang yang dah tak boleh pakai dengan yang masih boleh pakai. 

Sayang kan kalau nak buang barang yang masih boleh dipakai ni. Rasa ada yang boleh guna walaupun kita rasa kita dah tak guna. Jadinya, IQ cubalah cari tempat recycle barang-barang macam ni di kawasan sekitar rumah Shah Alam ni. 

Jenuh juga nak cari sebab tak semua terima barang-barang permainan mahupun beg pakaian atau sebagainya. Sebab ada sesetengah tempat hanya menyediakan tong dan hanya menerima pakaian terpakai sahaja. 

Akhirnya Jumpa Tempat Untuk Recycle Baju!

Tapi akhirnya IQ jumpa satu tempat ni. Memang boleh letak kat situ jer semua barang-barang yang IQ dah tak perlu tapi masih boleh digunapakai. Contoh barang yang IQ nak letak dekat situ seperti:

  • Baju IQ yang masih elok tapi dah jarang pakai
  • Baju suami yang masih elok tapi dah jarang pakai
  • Permainan kanak-kanak
  • Comforter/cadar patch lama
  • Teddy bear/flush toys
  • Beg pakaian yang masih elok digunakan

Barang-barang ni IQ letak satu tempat untuk suami IQ angkat untuk bawak ke tempat tersebut. Sebelum tu, IQ whatsapp dulu no.contact tempat tu untuk pastikan tempat tu betul-betul wujud dan masih beroperasi.

Contact person iaitu En Hamzah reply agak lambat tapi sekali dia bagi info, memang semuanya dia bagi serentak. Alhamdulillah tak jauh dari rumah, seksyen sebelah jer iaitu Seksyen 20, Shah Alam. Lega hati jugak sebab tak der la nak kena pergi jauh-jauh untuk letak barang-barang ni.

 
Pusat pengumpulan baju dan barang terpakai yang diuruskan oleh En Hamzah ni juga berada di beberapa lokasi lain seperti gambar di atas. Siap bagi location lagi untuk lokasi di Shah Alam. 


Yang bagusnya lokasi Shah Alam ni tempatnya merupakan sebuah rumah. Dan pakaian dan barangan terpakai yang diterima untuk didermakan pun boleh banyak jenis seperti Screen shot WhatsApp IQ di atas ni. Pinggan mangkuk kaca yang jarang pakai boleh letak untuk didermakan. Peralatan elektrik yang masih elok dan tak nak guna pun boleh letak. Bagus betul.


Cuma En Hamzah juga berpesan untuk membungkus barang-barang tersebut mengikut caranya agar barang yang diletakkan tak mudah dikoyakkan. Mana la tahu kan ada haiwan yang cuba nak koyak dan rosakkan barang tu lepas kita letak. Kan?

Kalau nampak rumah ni, betul la tu.



Kawasan rumah berpagar tapi tak berkunci. So, boleh letak barang bila-bila masa sahaja. 24 jam.

Boleh letak barang di bahagian ini

Contoh barang yang diletak

Mudah kan? Kepada orang-orang Shah Alam atau sekitarnya yang ada pakaian dan barangan yang dah tak pakai lagi, boleh la letak kat sini. At least rumah akan clear sikit plus mungkin sumbangan kita boleh membantu sesiapa yang memerlukan kan? Boleh contact direct En Hamzah di nombor bawah. 

Post a Comment

7 Comments

  1. WOW! Bagusnya info ni . sangat berguna untuk penduduk Shah ALAM

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan, mudah2an sumbangan yang diberikan dapat membantu yang memerlukan.

      Delete
  2. Semoga sumbangan ni memberikan manfaat..

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. Boleh whatsapp nombor yg berkenaan utk tanya terlebih dahulu yer

      Delete

Kata ibarat pedang yang tajamnya bisa membunuh lawan..
Kata-kata yang berhikmah menyedarkan kita...
- Bicara Kata, Inteam

(Nyanyi Ke Tu?)