Thursday, December 13, 2018

Tahun Baru, Kerja Baru?

December 13, 2018 5
Bulan lepas, masa IQ nak siap-siap nak balik, boss IQ dekat meja sebelah ni macam nak katakan sesuatu. Seperti kebiasaan, kitaorang selalu borak-borak tentang topik luar dari bidang kerja bila da sampai waktu nak balik macam tu. Tetiba dia berkata..

"I think we might not get new project, so...you might need to find other job by the end of this year"

Ayat boss tu agak leisure tapi memang buatkan IQ blur kejap. Tak sangka tiba jua giliran IQ akhirnya setelah beberapa orang officemate IQ sebelum ni dah berhenti kerja. Macam mimpi buruk tiba-tiba menjelma. Hasrat untuk stay sampai projek semasa tamat bulan 2 tahun hadapan macam berkecai tiba-tiba.

Termenung sekejap. Fikirkan ekonomi Malaysia tak berapa stabil sekarang, apatah lagi selepas pilihanraya yang lalu. Banyak projek On Hold untuk dikaji balik kos pembinaannya semua. Ada yang terpaksa bertukar kontraktor disebabkan kos pembinaan yang tinggi dan diberi peluang kepada kontraktor yang menawarkan perbelanjaan kos yang lebih rendah.

Yer. Semua tu mempengaruhi. IQ juga terkesan. Ramai lagi terkesan. huhu. Bila tengok iklan kerja pun dah tak meriah macam dulu. Boleh kira dengan jari jer offer kerja sekarang.

Jalan yang IQ ambil? Cari kerja baru. IQ search di Jobstreet. Laman cari kerja yang tak pernah IQ jemu buka dari dulu. Niat dibetulkan. Mungkin ini rezeki tahun baru untuk IQ dan kehidupan baru IQ dengan Qa'id nanti. Alhamdulillah, lepas update resume. Klik beberapa tawaran kerja di Jobstreet, IQ dapat panggilan temuduga keesokan harinya.

Dua interview pergi dalam hari yang sama. Memang ambil cuti dan semestinya boss tak kisah kalau IQ nak cuti berapa banyak pun, sebab IQ memang nak cari kerja baru. Dia faham. Lepas settle dua interview, tiba-tiba dapat satu lagi interview. Alhamdulillah.

Selesai ketiga-tiga interview. Akhirnya IQ diterima untuk bekerja dekat satu syarikat pembinaan. Bakal masuk awal bulan Januari nanti. Alhamdulillah Alhamdulillah. Rezeki Allah sentiasa ada untuk semua. Tinggal usaha dan tawakal.

IQ lately memang agak busy. Busy menguruskan kerja lama, nak handover. Lepas tu nak cari rumah yang berdekatan dengan tempat kerja baru. So, tahun 2019 ni memang berikan sesuatu yang baru dalam hidup IQ. InsyaAllah. Banyak lagi akan menyusul di blog ni. Akan IQ ceritakan satu-satu kalau IQ kelapangan. Doakan yang terbaik untuk IQ dan Qa'id yer.

Sekian.

Tuesday, December 4, 2018

Pastikan PONS Extra Virgin Olive Oil, Baru Beli!

December 04, 2018 2
Ramai menyangka menggunakan sebarang jenis minyak zaitun adalah ELOK. Namun, tahukah korang tak semua minyak zaitun yang dijual di pasaran itu elok untuk digunakan? IQ sendiri baru tahu fakta ni tau dan semestinya sebelum ni IQ dah makan minyak zaitun yang rendah kualitinya. Oh tidak!

Minyak zaitun adalah minyak yang terhasil daripada buah pokok zaitun. Sejak beribu tahun dahulu, ramai yang telah makan minyak zaitun dan sekarang minyak zaitun lebih popular kerana terbukti khasiatnya dan kelebihan menggunakannya dalam masakan.
Pastikan PONS Extra Virgin Olive Oil, Baru Beli!
Sumber Gambar
Banyak jenama minyak zaitun yang boleh kita dapatkan di pasaraya, namun sebahagian daripada minyak zaitun yang dijual boleh dikatakan minyak zaitun yang rendah kualitinya disebabkan beberapa faktor yang tak pernah kita sedar ianya jadi penyebab minyak zaitun itu hilang khasiatnya.

Antara ciri-ciri minyak zaitun yang rendah kualiti:
  • Menggunakan Botol Kaca Yang Berwarna Cerah;
    Kandungan khasiat di dalam minyak zaitun akan hilang disebabkan oleh proses Photo Oxidation kerana terdedah dengan cahaya Ultraviolet (UV)
  • Menggunakan Botol Plastik;
    Kandungan bahan kimia di dalam plastik akan mempengaruhi dengan bertindakbalas dengan minyak zaitun
  • Minyak zaitun dalam bentuk Softgel & Kapsul;
    Hilang khasiat disebabkan oleh Oxidation semasa proses memasukkan minyak ke dalam softgel atau kapsul
  • Minyak Zaitun Yang Tidak Bertapis;
    Minyak zaitun yang tidak ditapis hanya boleh digunakan dalam tempoh 6 bulan selepas buah zaitun diperah.
Semestinya IQ pun baru tahu yang minyak zaitun tak boleh menggunakan botol yang berwarna cerah. Rupanya ia mempengaruhi kandungan minyak masak di dalamnya. Mesti korang pun baru tahu kan? Sama lah kita.

Ciri-ciri Minyak Zaitun Yang Bagus Dan Disyorkan;
  • Dibotolkan menggunakan botol kaca dan gelap
  • Pembotolan menggunakan Nitrogen Injection
  • Mempunyai Pensijilan Organic & Fair Trade
  • Mempunyai Sijil ISO 22000
  • Minyak yang dikeluarkan oleh pengeluar asal - tidak diproses semula oleh pihak ketiga
  • Jenis EVOO - Extra Virgin Olive Oil
Pastikan PONS Extra Virgin Olive Oil, Baru Beli!
PONS Jenama Extra Virgin Olive Oil Keluaran Sepanyol

PONS yang menghasilkan minyak zaitun daripada jenis Arbequina dibawa masuk ke Malaysia oleh Encik Nazran selaku pengedar rasmi bagi dua produk minyak zaitun daripada luar Malaysia. 

PONS TRADITIONAL EXTRA VIRGIN OLIVE OIL
Pastikan PONS Extra Virgin Olive Oil, Baru Beli!
Datang dengan dua saiz
PONS Traditional ni ada aroma yang segar dan tidak kuat. Sangat sesuai untuk buat salad dressing dan juga untuk masakan. Dicadangkan ambil setiap hari dalam sebarang jenis masakan. Tinggi vitamin E dan kadar asid di dalamnya hanya 0.5%

IQ dah cuba PONS Traditional ni dekat Qa'id. IQ cuba letak pada muka Qa'id yang ada eczema. IQ apply setiap kali lepas Qa'id mandi dan juga sebelum masuk tidur. Makin lama, luka eczemanya cepat kering memandangkan eczema Qa'id jenis basah. 
Pastikan PONS Extra Virgin Olive Oil, Baru Beli!
Apply untuk eczema Qaid
Pastikan PONS Extra Virgin Olive Oil, Baru Beli!
Hasil dia? Kering pada sebelah petangnya
Mudah kena jangkitan tapi bila apply PONS Traditional ni, lukanya cepat kering. Alhamdulillah. Tapi selalu kena sapu juga sebab Qa'id ni jenis suka menggaru. Kalau dibiarkan lama, tangannya laju jer nak garu dan berdarah balik. huhu.

PONS Untuk Kanak-kanak dan Bayi Pun Ada!

PONS juga mengeluarkan produk untuk golongan kanak-kanak dan bayi. Haa....seawal bayi berumur 7 bulan pun boleh start makan olive oil ni. Kenapa PONS mengeluarkan produk khas untuk kanak-kanak dan bayi?
Pastikan PONS Extra Virgin Olive Oil, Baru Beli!
PONS EVOO Untuk Bayi dan Kanak-kanak
Antara kelebihan PONS EVOO untuk bayi dan kanak-kanak;
  • Kaya dengan Vitamin E
  • Ia membantu untuk tumbesaran tulang
  • Membantu pertumbuhan neura-cerebral
  • Mengelakkan radang bagi mencegah gastrik
  • Mengelakkan kadar obesiti pada kanak-kanak
Untuk bayi, PONS EVOO for babies boleh dimakan atau digunakan seawal umur bayi dari 7 tahun tau! Kadar asid dalam EVOO pun hanya 0.25% sahaja dan mempunyai aroma yang sangat lembut. serta tiada bahan pengawet. Boleh dicampurkan dengan makanan bayi seperti bubur.

Bagi kanak-kanak pula, PONS EVOO for kids sesuai dimakan untuk kanak-kanak berumur 3 tahun sehingga 7 tahun. Kadar asid yang terkandung dalam PONS EVOO untuk kanak-kanak juga sama iaitu 0.25%. Boleh terus dimakan satu sudu kecil setiap pagi atau dicampurkan dalam makanan harian kanak-kanak.
Pastikan PONS Extra Virgin Olive Oil, Baru Beli!
IQ consume PONS EVOO ni untuk makanan harian Qa'id. Alhamdulillah. Qa'id suka dengan rasanya yang tidak kuat. Seolah-olah tak ada minyak zaitun pun dalam makanannya. 
Pastikan PONS Extra Virgin Olive Oil, Baru Beli!
Pembelian yang lebih banyak, harga boleh dapat lagi murah!
Kalau korang nak dapatkan PONS Extra Virgin Olive Oil ini, korang boleh dapatkan di 

Al Masoud Trading
No. G33A, Block 5, Laman Seri Business Park,
Persiaran Sukan, Seksyen 13, 40100 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.
+603-55246570
WhatsApp: 019-4095570

Info lanjut mengenai PONS Extra Virgin Olive Oil boleh didapati daripada laman Facebook

Wednesday, November 14, 2018

Khasiat Sayur Di Dalam Surya Chlorophyll Yang Sangat Sedap Untuk Diminum

November 14, 2018 8
Sebut tentang SAYUR mesti anak-anak kecut perut. Kecut perut bila mengenangkan pahitnya sayur tu untuk ditelan. Zaman kanak-kanak IQ dulu pun macam tu, liat nak makan sayur hanya fikirkan sayur tu pahit! Sekarang anak IQ si Qa'id pun dah berjangkit. Bila disuapkan sayur, mula la diluahkan balik. Haihh...macam mana nak dapat khasiat sayur macam ni?

PRODUK MINUMAN KHASIAT SAYUR?
Tapi baru-baru ni IQ try satu produk. Produk ni sangat bagus kerana ianya dikatakan sesuai diminum untuk sesiapa yang kurang makan sayur. Haaa...macam kena je untuk kes Qa'id ni. IQ pun nak try beri untuk si Qa'id tu. Mana tahu dia suka kan?
Khasiat Sayur Di Dalam Surya Chlorophyll Yang Sangat Sedap Untuk Diminum
Apa ni ibu?
Surya Chlorophyll merupakan satu Superfood yang kaya dengan multivitamin dan juga mineral. Ianya mengandungi Chlorophyll yang diekstrak daripada daun Mulberry yang dikenali bebas daripada racun perosak. 
Khasiat Sayur Di Dalam Surya Chlorophyll Yang Sangat Sedap Untuk Diminum
IQ beli perisa Laici
BANTU CERAHKAN DAN MELICINKAN KULIT
Kalau korang nak tahu, Chlorophyll merupakan Alkali semulajadi dan ianya sesuai untuk pembersihan dalaman bagi membantu mencerah kulit dan membuat kulit bebas daripada jerawat. Pembersihan secara dari dalam ni juga bagus bagi mengurangkan bau badan dan juga bau nafas kita. Tak ada la orang pening bila bercakap dengan kita kan? hehehe.
Khasiat Sayur Di Dalam Surya Chlorophyll Yang Sangat Sedap Untuk Diminum
Kandung Surya Chlorophyll
Surya Chlorophyll ni terdapat dalam dua perisa iaitu perisa Laici dan juga Pic. Ianya bebas bahan pengawet dan mempunyai sijil HALAL, GMP, HACCP dan juga BioNexus Certified. Surya Chlorophyll ni mudah dibancuh dan diminum kerana ianya seperti air kordial yang hanya perlu dibancuh dengan air kosong. Mudah sangat kan? IQ pun suka sangat minum Surya Chlorophyll ni sebab mudah nak bancuh jer sebenarnya. hehe.
Khasiat Sayur Di Dalam Surya Chlorophyll Yang Sangat Sedap Untuk Diminum

MUDAH UNTUK DIBELI
Mana nak cari Surya Chlorophyll ni? Haaa..hari tu IQ beli Surya Chlorophyll ni dekat outlet Watson dekat Aeon Bandaraya Melaka. Kebetulan IQ balik Melaka, IQ terus cari dekat sana. Kalau korang nak cuba Surya Chlorophyll ni, korang boleh cari di mana-mana outlet Watson yang terpilih dan berdekatan dengan korang. Di Watson, harga Surya Chlorophyll 500mL ni hanyalah RM45.90
Khasiat Sayur Di Dalam Surya Chlorophyll Yang Sangat Sedap Untuk Diminum
Mudah ajer nak cari dekat Watson ni. 
Atau pun korang boleh beli secara online di www.mynaturaloption.com . Kalau malas nak menapak keluar rumah, haaa..boleh ajer tekan-tekan dekat handphone korang. Tak perlu nak start enjin kereta pun. 

Nak tahu Qa'id suka ke tak minum Surya Chlorophyll perisa Laici yang IQ beli ni? Tengok video kat bawah ni. Korang tahu macam mana reaksi dia setelah mencuba Surya Chlorophyll ni.


Haaaa....nampak tak macam mana gedik dan sukanya si Qa'id dengan Surya Chlorophyll ni kan? Masa mula-mula nak bagi, kemain tak nak. Macam nak makan ubat! Tapi bila da cuba, NAK LAGI! NAK LAGI! Fuhhh...lega hati kau ni nak, lepas ni ibu tak risau dah kalau Qa'id tak nak makan sayur sangat.
Khasiat Sayur Di Dalam Surya Chlorophyll Yang Sangat Sedap Untuk Diminum
Terima kasih Surya sebab menyelesaikan masalah IQ. 
Maklumat lanjut boleh layari:
Facebook : Surya Malaysia
Instagram : surya.malaysia 

Friday, November 9, 2018

Sumber Ayu 3X Whitening Pearly White Kembalikan Keyakinan Setiap Wanita

November 09, 2018 2
Kalau bercerita tentang hormon wanita, mesti ramai yang tahu bagaimana ianya memberi satu kesan kepada setiap wanita. Salah satunya menjadikan kulit gelap daripada kulit biasa. Apatah lagi di kawasan yang sensitif seperti kawasan intim. Sudah pasti menjadi mimpi ngeri untuk seorang wanita kan apatah lagi jika sudah punyai suami. Keyakinan diri mesti menurun melihatkan diri sudah tidak seperti dahulu lagi.
Sumber Ayu 3X Whitening Pearly White Kembalikan Keyakinan Setiap Wanita
Kini korang tak perlu rasa kurang keyakinan diri lagi, kerana Sumber Ayu telah mengeluarkan satu produk terbaru yang dapat mencerahkan kawasan intim korang. Dengan estrak licorice, bengkoang dan susu, Sumber Ayu 3X Whitening Pearly White bakal membuat korang tersenyum lebar selepas menggunakannya.

3 estrak pemutih yang digunakan membantu meringankan dan mencerahkan tona warna kulit. Estrak licorice sudah digunakan bukan sahaja oleh masyarakat Asia malah digunakan oleh masyarakat Yunani dan Mesir kerana berkesannya ia untuk mendapatkan tona kulit yang cerah. Bengkoang yang mengandungi vitamin B1 dan C memperlahankan proses penuaan dan memberikan kulit yang lebih sihat dan cerah bersinar. Susu pula bermanfaat bagi mengurangkan perubahan warna, memperbaiki tona kulit yang tidak sekata sekaligus mencerahkan kulit.

pH Normal Yang Memberikan Keselesaan Kepada Pengguna
Bercerita tentang pencuci feminin ni, semestinya ianya harus mempunyai tahap keseimbangan kandungan pH di antara 3.5 hingga 4.5 bagi memberi tahap keselesaan yang lebih kepada golongan wanita pada zaman kini. Sumber Ayu 3X Whitening Pearly White pula mengandungi tahap pH 3.5 yang berada di tahap normal lingkungan pH normal pencuci feminin. Ia mengandungi bahan antiseptik semulajadi bagi mengelakkan bakteria jahat, bau yang kurang menyenangkan dan juga kegatalan di bahagian intim.

Kalau korang nak tahu, selain kayu rapet dan estrak manjakani yang menjadi ramuan tradisional, Sumber Ayu 3X Whitening Pearly White kini digandakan kuantitinya bagi memberikan faedah yang lebih kepada pengguna Sumber Ayu 3X Whitening Pearly White. Kayu rapet dan estrak manjakani dapat membantu mengetatkan kawasan feminin dan memberikan keyakinan kepada setiap wanita.
Sumber Ayu 3X Whitening Pearly White Kembalikan Keyakinan Setiap Wanita

Halal Digunakan?
Selain itu, Sumber Ayu 3X Whitening Pearly White juga bebas alergen dengan mempunyai wangian yang sederhana serta memberikan kesegaran sepanjang hari bagi pengguna yang berkulit sensitif. Sumber Ayu 3X Whitening Pearly White juga diiktiraf halal bagi pengguna beragama Islam yang ingin menggunakannnya.

Secara keseluruhan gabungan ramuan yang digunakan, Sumber Ayu 3X Whitening Pearly White  dapat mengurangkan kegelapan kulit dengan cara mengurangkan pembentukan melamin dan seterusnya dapat membantu pertumbuhan semula kulit baru. Selain itu, dapat mengetatkan kawasan feminin dan juga mengawal tahap pH di sekitarnya.
Sumber Ayu 3X Whitening Pearly White Kembalikan Keyakinan Setiap Wanita
Harganya Pula?
Kalau korang teringin mencuba, korang boleh dapatkannya di pasaraya besar, pasar raya dan juga farmasi dengan harga yang sangat berbaloi. Sumber Ayu 3X Whitening Pearly White didatangi dengan dua saiz iaitu 90ml dengan harga RM9.20 dan 200ml dengan harga RM15.50. Murah kan? Botol besar mungkin boleh digunakan di rumah dan botol bersaiz kecil boleh dibawa untuk travel. Mudah!

IQ dah ada dua saiz produk Sumber Ayu 3X Whitening Pearly White . Baunya sangat soft dan sangat selesa ketika menggunakannya. Tak rugi kalau korang juga mencuba Sumber Ayu 3X Whitening Pearly White ni. Pasti berpuas hati.

SUMBER AYU adalah rangkaian produk penjagaan diri yang berkualiti tinggi dibawakan kepada korang oleh WIPRO UNZA.

Thursday, October 18, 2018

"Bila Qa'id Dah Besar Nanti Kan..."

October 18, 2018 10
Pagi ni masa tengah siap-siapkan si Qa'id sebelum hantar ke rumah pengasuh, IQ bercakap dengan si Qa'id ni. Kebiasaan pagi-pagi memang akan tukar pampers dia, basuh badan dia sikit, nak mandikan pengasuh tak bagi. Konon nak bagi erat hubungan pengasuh dan anak asuhan katanya biarlah pengasuh mandikan...kalau ikutkan dulu2 memang IQ mandikan siap-siap.

Ibu: Qa'id, nanti Qa'id dah besar....dah pandai pilih makanan yang Qa'id suka, Qa'id cakap nak makan apa tau? Nanti ibu masak.

Qa'id: Nasi! Nasi!

Ibu: Nasi? Suka makan nasi? Macam Arwah Ayah sangat awak ni. Haha!

Dialog pendek tapi cukup buat IQ tergelak. Qa'id sekarang makin petah bercakap even tak banyak lagi perkataan yang dia fasih. Bila dengar dia sebut nasi tadi, tahu sangat la dia memang suka nasi. Sengaja IQ bertanya dekat Qa'id sebab kadang-kadang IQ pun buntu nak bekalkan makanan apa dekat pengasuh untuk Qa'id makan.

Setiap hari bekalkan makanan?

Yup! Sebab dulu Qa'id ada masalah alah dengan makanan seperti ayam, seafood, telur apa semua tu disebabkan masalah eczema dia. Tapi sejak dia dah genap dua tahun pada tahun lepas, Qa'id dah boleh makan ayam dan telur. Seafood masih dalam pemantauan. Kadang-kadang eczema dia memang akan naik kalau makan seafood ni.

So, kena la bekalkan nasi dekat dia hari-hari! haha! Suka nasi betul budak ni. Jenuh ibu pikir lauk apa yang sesuai untuk dia makan. Kadang-kadang selang seminggu mesti ada lauk yang sama. Nak jugak try lauk lain kan? Dua hari lepas masak Kurma Ayam, semalam masak Kuey Teow Goreng, Qa'id macam kurang sikit dan hari ni IQ masakkan Sup Ayam. Harap-harap banyak la dia makan.

Ok done celoteh ibu Qa'id pagi ni. Till then, bai!
Qa'id dan Pak Su (Adik Arwah Suami yang paaaaling bongsu) Muka macam Arwah. 

Wednesday, October 17, 2018

Bila Eczema Qa'id Muncul Balik...Apa Puncanya??

October 17, 2018 5
Lately cuaca memang tak menentu kan? Kejap hujan, kejap panas. Kejap hujan lebatnya ya ampun. Kejap renyai je haa hujannya. Bila cuaca macam ni la senang nak dapat penyakit demam selsema batuk dan seangkatan dengannya. Tapi Alhamdulillah, untuk IQ...mungkin disebabkan IQ aktif bersukan sebelum ni, cuaca macam ni tak efek pada diri IQ sangat...

TAPI

Efek pada si kecik Qa'id tu! huhu. Kadang rasa macam cuaca panas sangat, terpaksa la on aircond kejap. Tapi kadang terlupa, terpasang sampai la ke subuh. Ketor kejung budak tu even Ibu dia selimutkan pun mesti nak tepis ke tepi, tak nak berselimut. Alahai anak.

Bila dah pagi, mula la srooot srooot hidungnya! Haaa..selsema! Haaachoom! Ah sudahhhh...tu la, ibu selimutkan elok dikuis-kuis selimut ke tepi. Kan dah kena selsema. Risau lahai bila budak kecik ni dah kena selsema. Harapannya tak melarat. Selalunya tak melarat TAPI disebabkan cuaca tak menentu, kejap sejuk kejap panas, selsema susah nak hilang.

Berlarutan la akhirnya sampai jadi batuk. Bila dah sampai batuk ni mesti la tekak berkahak. Masa ni dah nampak Qa'id tak selesa nak tidur. Sampai tak tidur ibu dia tengok kejap2 dia merengek cakap Sakit...sakit...tekaknya perit. Kesan kahak berkumpul dekat tekak. Alahai. Sian anak ibu.

Esoknya pergi klinik. Badannya pun dah dedor. Tanda-tanda demam nak muncul. Check dekat klinik, haaa..memang ada demam sikit. Doktor pun dah pesan jangan bagi tidur dalam aircond. Alahai. Bab aircond ni malas nak panjang cerita. Last2 ibu jugak yang kena hadap. huhu. Balik rumah, makan ubat. Lena. Ubat yang dapat? Ubat selsema, kahak, batuk, demam dan juga antibiotik. Pulun makan ubat, nasib baik ubatnya sedap2.

Alhamdulillah, lepas beberapa hari kuarantin aircond, air sejuk semua...selsema batuk Qa'id bertambah pulih. Alhamdulillah. 

MASALAH ECZEMA QA'ID MUNCUL KEMBALI!

Tapi ada masalah baru plak yang muncul. Eczema si Qa'id ni macam muncul balik. Aishhh..dah terfikir kejap, salah bagi makan ke? Kalau ikutkan Qa'id memang tak boleh makan seafood, tapi rasanya tak ada bagi makan seafood pun. Jenuh fikir, apa la yang buatkan pipi dia merah balik. Pulun jaga makan, letak krim pelembap Cetaphil dengan harapan tak melarat.
Bila Eczema Qa'id Muncul Balik...Apa Puncanya??
Tengok pipi dia. Merah-merah dah.
Tapi biasalah, bila dah naik merah macam tu, bukan senang nak hilangkan. Berminggu ambik masa. Krim yang ada steroid memang awal-awal lagi banned. Tak nak guna. Kesan memang cepat tapi sekejap je boleh jadi balik. Not worth to use it.

Last-last semalam IQ ada terbaca dekat Facebook pasal Eczema dan jugak ubat batuk. Masa ni barulah rasa nak terduduk...

Bila Eczema Qa'id Muncul Balik...Apa Puncanya??
Sumber Facebook
Kesan ubat batuk pada kanak-kanak. Allah...baru tahu. No wonder la lepas Qa'id makan ubat tu Eczema dia dekat pipi kemain naik. IQ selalu fikir Eczema dia naik sebab selsema dia apa semua tu. Tapi lain pulak rupanya.

Selalunya kalau pipi Qa'id naik merah, IQ akan letak satu krim ni untuk redakan kemerahan dia. Dan ternyata pilihan IQ kali ni tepat sebab lepas IQ letak krim tu, merah dia berkurangan dan cepat kering. 

Krim apa yang IQ guna?

IQ guna COSMODERM Advanced Moisture Therapy Cream. Bagus untuk merawat iritasi kulit yang tengah merah. Disebabkan ubat batuk yang disebutkan mengandungi Paraben, krim ni seakan sesuai untuk merawat pipi Qa'id sebab krim ni ZERO Paraben. IQ akan letak dekat pipi Qa'id lepas mandi. Hanya letak pada kawasan kulit yang mengalami kemerahan tu jer. Alhamdulillah. Berkesan. Cuma kena kerap letak terutamanya lepas mandi dalam 2x sehari. Baru dapat hasil yang memuaskan

Bila Eczema Qa'id Muncul Balik...Apa Puncanya??

Bagi IQ krim ni sangat berguna sebab IQ pun gunakan masa IQ mengalami alergik di bahagian belakang peha kiri dan kanan IQ. Alergik yang IQ alami mesti menyebabkan bengkak bintat2 belakang peha tu. Gatal dia Allah, memang gatal sangat! Tapi lepas IQ sapu krim terapi ni. Gatal tu hilang serta merta. Kejap je terus hilang, terus LEGA.

Even packaging tu tulis untuk Chapped Hands dan Cracked Heels, tapi kandungan yang dalam krim terapi ni sangat berguna untuk beberapa masalah kulit yang lain. IQ memang suka krim ni dan selalu bawak ke mana jer IQ pergi. Kebarangkalian nak dapat masalah kulit ni di mana-mana jer kan, so prepare sebelum kena orang tua-tua cakap.

OK la, tu je nak cerita. Till the, bye!

Tuesday, October 16, 2018

Teringin Aktif Berblog Kembali

October 16, 2018 7
Kalau ikutkan ada beberapa entry pending kat draft. Nak sambung menaip bukanlah semudah ABC. Tapi biasalah, kalau mood seakan melayang, maka kupandang sepi sahaja draft itu. haha!

Teringin nak aktif berblog kembali. Apatah lagi aktiviti bersenam pun semakin berkurang. tapi tetap nak kekalkan fitness badan supaya badan tak cepat gemuk kembali. Jaga makan izyan. Jangan main hentam je makan.

Blog ni makin lama makin sunyi. Tapi InsyaAllah lepas satu fasa nanti IQ akan kembali aktif. Banyak perkara yang perlu diselesaikan sampai hujung tahun nanti. Maka mula tahun baru nanti, akan kembali aktif seperti dulu. InsyaAllah, doa-doakan semangat IQ disuntik hormon rajin. heeee....

Qa'id plak semakin membesar. Kalau dengar dia cakap sekarang, kemain. Walaupun dia masih belajar bertutur dengan lancar, Alhamdulillah...semakin banyak celoteh budak yang sorang tu. Kesayangan ramai. InsyaAllah...Moga terus menjadi kesayangan ramai sampai bila-bila. Harta ibu dan Arwah Ayah dunia akhirat.

Tuesday, September 25, 2018

Perginya Seorang Sahabat

September 25, 2018 8
Dah 15 hari berlalu, baru IQ terasa ingin coretkan sesuatu pemergian seorang sahabat IQ. Kalau ikutkan IQ masih tak percaya beliau dah pergi buat selamanya tapi apakan daya IQ melawan takdir. 

Hari selasa 11 September yang lepas, IQ scroll FB IQ macam biasa. Scroll dan scroll baca update terkini daripada kawan-kawan. Masa tu IQ berada di Melaka. Habiskan cuti Awal Muharam dan Birthday Agong dekat rumah family.

Tetiba IQ ternampak satu gambar yang IQ rasa IQ kenal. Tapi kenapa gambar tu dia dihitam putihkan? IQ jadi pelik dan mula baca ayat post tu.
Allahuakbar. Allah. Allah....memang itu jer terkeluar dari mulut IQ. IQ sebak dan tak mampu berkata apa. Berita pemergian kawan IQ yang IQ selalu contact melalui WhatsApp amat-amat memilukan hati IQ masa tu. IQ macam tak percaya Arwah dah tak ada. Terus IQ tengok WhatsApp arwah. Diam. Tak ada last seen. Bayangkan Arwah meninggal sehari sebelum tu dan IQ baru tahu sehari selepas tu. 

Lambat IQ tahu berita pemergian Arwah. Ralat sangat tapi nak buat macam mana, IQ kenal Arwah pun melalui Blog. Memang IQ tak pernah kenal Arwah di luar. Tapi kami rapat, selalu berkongsi rasa dan pendapat. IQ senang berborak dengan Arwah walaupun kitaorang tak kenal dan tak pernah jumpa sebelum ni.

IQ cuba cari sebab kematian Arwah. IQ refresh post di Facebook tu kot2 ada yang reply dan bagitahu kenapa. Dan ternyata betul...ada yang beritahu. Dan IQ cuba cari berita khas tentang Arwah.
Perginya Seorang Sahabat
Arwah pergi disebabkan sesak nafas ketika turun dari mendaki Bukit Tabur. IQ sedih bila mengenangkan Arwah ada bagitahu IQ yang dia nak pergi ke Bukit Tabur sebelumnya tu. Tak sangka, itu adalah asbab pemergiaannya. Allah....ralat sangat kalau diingatkan. IQ pun tak dapat nak ziarah Arwah apatah lagi jenazah dibawa pulang ke Terengganu. 

IQ kenal Arwah melalui blog IQ ni. Arwah ada bertanyakan tentang satu post IQ dekat email dan kitaorang mula berkawan dari saat tu. Hampir setahun IQ berkawan dengan Arwah. Memang hati dia baik. Alhamdulillah. 

Berpeluang Berjumpa 3 Hari Sebelum Pergi Buat Selamanya

IQ sebenarnya berpeluang berjumpa dengan Arwah pada 7 September yang lepas, iaitu 3 hari sebelum Arwah meninggal. Sebelum tu banyak kali plan nak jumpa selalu tak jadi. Akhirnya, 7 September tu kali pertama dan terakhir IQ berjumpa dengan Arwah. Kitaorang berborak panjang, tapi IQ tak sangka itu kali pertama dan terakhir IQ berjumpa dengan Arwah. 

Arwah penuntut Master di UiTM Shah Alam, dan Arwah ambik kos yang IQ nak sangat sambung. Ada ketikanya IQ cemburu dengan Arwah sebab Arwah dapat sambung belajar bidang IQ nak sangat ambik. IQ pernah tanya tentang kos yang dia ambik dan berniat nak jadikan Arwah sebagai rujukan IQ untuk sambung belajar nanti. Tapi tak semua yang kita rancang tu akan jadi, Allah sebaik-baik perancang. Dia yang menentukan.

Perginya Seorang Sahabat
IQ hilang seorang kawan. Yang rajin tanya khabar IQ, yang rajin tanya IQ ok ke tak setiap kali IQ moody. Yang jadi pendengar tiap kali IQ mengadu kena marah dengan boss. huhu.

Amir, awak pernah cakap kan suruh saya tulis pasal awak dekat blog saya ni? Sekarang saya tulis pasal awak dekat blog saya. Maaf, saya terlambat.

Semoga Allah merahmati ke roh Allahyarham Amir Azhari. Semoga tenang di sana. Al-Fatihah.

Monday, September 24, 2018

Farm In The City Petting Zoo Yang Beri Pengalaman Menarik Untuk Anak-anak

September 24, 2018 6
Farm In The City Petting Zoo Yang Beri Pengalaman Menarik Untuk Anak-anak
Pengalaman yang menyeronokkan! Itu yang mampu IQ cakap selepas berpeluang untuk bersama-sama menerokai Petting Zoo yang berada di tengah-tengah bandar iaitu Farm In The City pada Hari Malaysia yang lepas. IQ bersama-sama Kelab Blogger Ben Ashaari dan juga ahli keluarga masing-masing berpeluang merasai berjinak-jinak dengan pelbagai jenis haiwan dekat sana.

Awal pagi lagi dah kejutkan si Qa'id, excited nak bawak dia ke FITC ni apatah lagi hari tersebut hari ulangtahun kelahirannya. Semestinya nak beri Qa'id rasai pengalaman yang best sempena hari ulangtahunnya. IQ ajak adik IQ dan juga anaknya, Medina untuk join IQ sekali kali ni. Lagi ramai, lagi meriah!
Farm In The City Petting Zoo Yang Beri Pengalaman Menarik Untuk Anak-anak
Tak susah nak ke FITC ni. Lalu Highway MEX, keluar Exit Seri Kembangan kejap jer dah sampai. Mudah sangat. Cari dekat Waze atau Google Maps Farm In The City confirm jumpa. FITC ni buka bermula pukul 9.30 pagi tapi disebabkan excited sangat, pukul 9 pagi dah terpacak depan entrance FITC ni.

Oleh sebab kami terlalu ramai, kami semua dipecahkan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan A dan B. Mudah untuk beri penerangan kepada semua tentang haiwan yang ada dalam FITC. IQ berada dalam Group B. Seronok excited nak masuk ni!
Farm In The City Petting Zoo Yang Beri Pengalaman Menarik Untuk Anak-anak
Sebelum pintu masuk, ada corner yang menjual makanan haiwan. Makanan tu diletakkan dalam bekas kecil. Harganya RM10 satu bekas. IQ beli satu bekas tu kot kot nak ajar si Qa'id bagi makanan dekat haiwan-haiwan dalam FITC tu nanti.
Farm In The City Petting Zoo Yang Beri Pengalaman Menarik Untuk Anak-anak
Dalam bekas tu ada lobak merah, ada rumput, ada daun ape lagi entah dan ada jugak makanan burung. 
Farm In The City Petting Zoo Yang Beri Pengalaman Menarik Untuk Anak-anak
Bahagian pintu masuk FITC pun dah boleh nampak burung unta ni. Jinak! Tapi tetap kena hati-hati kalau nak bagi makanan. Kot tetiba kena patuk dengan burung unta ni. IQ tak berani nak dekat sangat bila nampak lehernya memanjang jer keluar dari pagarnya. huhu
Farm In The City Petting Zoo Yang Beri Pengalaman Menarik Untuk Anak-anak
Redup dan Sejuk 

Ramai yang beranggapan FITC ni panas. Kononnya berada di tengah bandar, mesti tak banyak pokok yang ada untuk berteduh. Memang silap kepada sesiapa yang anggap macam tu. Sebab ternyata FITC ni kawasannya redup dan banyak pokok! Tak perlu risau terkena terik matahari ke apa, banyak pokok yang boleh korang jadikan tempat berteduh di samping station-station yang ada pun kebanyakan berbumbung. So, jangan risau kalau terlupa bawak payung ataupun topi anak. Tak jadi masalah pun.
Farm In The City Petting Zoo Yang Beri Pengalaman Menarik Untuk Anak-anak
Jom Masuk!
 Ada banyak station dalam FITC ni kalau korang nak tahu. 17 station semuanya. Haaa..banyak kan? Kalau korang nak tahu apa lagi station yang ada selain dari apa yang IQ cerita dalam entry IQ ni, korang kena la datang sendiri untuk tahu station apa lagi yang ada dalam FITC ni. Menarik!

Exhibition Hall

Dekat Exhibition Hall ni ada banyak haiwan yang jinak dan menarik. Antaranya, memerang, skunk putih, burung kakak tua, iguana, ular sawa yang terpendek di dunia pun ada! IQ tak berani la nak pegang even dorang cakap boleh pegang. Memang IQ penakut nak pegang yang lembik2 macam tu. Geli!
Farm In The City Petting Zoo Yang Beri Pengalaman Menarik Untuk Anak-anak
Den geli.
Farm In The City Petting Zoo Yang Beri Pengalaman Menarik Untuk Anak-anak
Hi Memerang!
Keluar daripada Exhibition Hall ni, ada la ternampak beberapa ekor Racoon duduk atas kayu. Kat sini boleh bagi makan direct dekat Racoon-racoon ni. Cara racoon ni ambik daripada tangan kita, alahai lembut betul! Sopan! Dia kaut je atas tangan kita tu. Bak kata staff FITC, Racoon ni tak nampak apa yang kita hulurkan namun dia boleh merasainya dengan tangannya. 
Farm In The City Petting Zoo Yang Beri Pengalaman Menarik Untuk Anak-anak
Farm In The City Petting Zoo Yang Beri Pengalaman Menarik Untuk Anak-anak
Sebab Racoon ni jinak la hai
Pertunjukan di Kampung Mahmood?

Lepas tengok Racoon, tetiba staf FITC mintak berkumpul di Kampong Mahmood. Pulak. Ada apa dekat Kampung Mahmood ni? Rupanya ada pertunjukan istimewa oleh penduduk Kampong Mahmood. Macam-macam ragam penduduk Kampong Mahmood ni rupanya. Boleh bercakap, boleh bersiul dan jugak pandai berlakon. Paling tak tahan, pandai berlakon tu. Kalah James Bond kena tembak. Nak tahu lebih lanjut tentang pertunjukan ni, kena la tengok sendiri di FITC.
Farm In The City Petting Zoo Yang Beri Pengalaman Menarik Untuk Anak-anak
Pandai dia berkata-kata

Kura-kura Gergasi di Turtle & Tortoise Farm

Kat sini, IQ dapat tengok Kura-kura kedua dan ketiga terbesar di dunia tau! Pengunjung diberi makanan untuk diberikan pada kura-kura gergasi ni sendiri. Tapi kena jaga-jaga masa bagi makan, sebab kura-kura tak tahu nak bezakan daun dan jari. Silap hari bulan, jari korang pulak dikunyahnya.
Farm In The City Petting Zoo Yang Beri Pengalaman Menarik Untuk Anak-anak
Besarnya awaakkkk
Dalam Turtle & Tortoise Farm ni juga ada penyu dinasour! Korang pernah tengok penyu dinasour? Mesti tak pernah kan? Penyu dinasour ni adalah satu satu penyu air tawar yang terberat di dunia. Kalau korang nak tahu besar mana penyu dinasour ni, korang kena datang sendiri ke FITC ni untuk lihat penyu yang unik ni.
Farm In The City Petting Zoo Yang Beri Pengalaman Menarik Untuk Anak-anak
Macam seketul batu kan?
Free-flight Bird Aviary

Jarang dapat tengok burung yang jinak kan? Tapi dekat FITC ni, ada banyak burung yang jinak-jinak tau! Ada sesetengah burung tu akan datang pada kita untuk dapatkan makanan. Memang jinak betul. Kalau ayam tu tak perlu cakap dah, sampai si Qa'id plak yang takut dekat ayam tu, bukan ayam tu takut dekat dia. huhu. 
Farm In The City Petting Zoo Yang Beri Pengalaman Menarik Untuk Anak-anak
Jinak burung-burung kat sini
Macam-macam burung yang unik IQ tengok di Bird Aviary ni. Bukan senang nak jumpa burung warna yang colourful macam tu. Memang menarik. Nak sebut jenis burung pun dah tak ingat. Tapi memang IQ tak pernah nampak burung jenis tu. Kalau peminat tegar burung, mesti tahu jenis burung-burung yang ada dekat FITC ni
Farm In The City Petting Zoo Yang Beri Pengalaman Menarik Untuk Anak-anak
Selamber jer dia posing bila ada yang ambik gambar
Savannah Yang Mencabar!

Masuk Savanna ni IQ dah rasa eh...kenapa banyak sangat binatang kerumun dekat IQ ni? Kenapa dia kejar IQ? Masuk Savanna ni kelam kabut IQ jadinya. Rasa macam semua binatang ni cuba nak 'serang' IQ. Si Qa'id dah mula nak nangis. Alamak!

Lepas seekor, seekor dekat IQ. Apatah lagi bila IQ pegang bekas yang penuh dengan makanan. Nampak je bekas tu, kemain ganas dorang datang dekat IQ, sampai panjat badan IQ! Unexpected betul! huhu. Last-last IQ bagi jer bekas makanan tu dekat binatang tu semua. Haaa...makan laa...
Farm In The City Petting Zoo Yang Beri Pengalaman Menarik Untuk Anak-anak
Makananku dicuri!
Farm In The City Petting Zoo Yang Beri Pengalaman Menarik Untuk Anak-anak
Alahai, si Qa'id dah nangis ketakutan. huhu
Longkang Fishing Pengalaman Tangkap Ikan Orang Dulu-dulu

Longkang Fishing ni best bagi IQ. Yelah, dulu IQ suka la tangkap ikan dalam longkang atau pun parit. Memang jadi kegemaran budak kampung. Bila dekat FITC ni ada Longkang Fishing, memang menggamit kenangan betul! 

Walaupun banyak ikan yang menyorok banyak jambatan kecil, si Qa'id tetap excited nak tangkap ikan tu semua. Mungkin dia pun rasa macam mana tangkap ikan. Selama ni, tengok ikan dalam kolam mesti tak boleh nak tangkap. Kali ni macam diberi peluang besar betul gayanya haaa..
Farm In The City Petting Zoo Yang Beri Pengalaman Menarik Untuk Anak-anak
Qa'id dan Medina nak jadi macam orang dulu-dulu jugak
Fish Feeding di Mood's Lake

Aktiviti beri ikan makan ni paling Qa'id suka. Apatah lagi banyak ikan menanti di dalam kolam untuk disuakan makanan. Qa'id memang peminat ikan memang suka sangat aktiviti ni. Tengok aje la tangan kecik tu mintak makanan untuk diberi pada ikan. Tak menyempat! 

Untuk yang ingin beri ikan-ikan makan, sekitar FITC ada mesin menjual makanan untuk haiwan yang ada di FITC. Mudah jer kalau terlupa beli makanan dekat pintu masuk FITC tu.
Farm In The City Petting Zoo Yang Beri Pengalaman Menarik Untuk Anak-anak
Tangan tu mengulur je kan?
Jungle Walk 

Kat dalam Jungle Walk ni, ada macam-macam haiwan yang rare dan jarang kita jumpa. Contohnya macam Marmoset ni. Sangat jinak bila bersama pengunjung yang datang ke FITC ni. Selain tu, ada jugak Merak Putih, Iguana Merah, Landak dan juga Himalayan Striped Squirrel
Farm In The City Petting Zoo Yang Beri Pengalaman Menarik Untuk Anak-anak
Hi Little Marmoset!
Sebelum habis pusing FITC, pengunjung dikejutkan dengan kehadiran 2 ekor Alpaca yang sangat comel!! Memang IQ pun tak terlepas nak bergambar dengan Alpaca ni. Bulu dia curl kemain! Cantik sangat curl nya. Tapi macam biasa la, si Qa'id ni takut nak dekat. Ibu dia plak yang excited semacam jumpa Alpaca ni. haha!
Farm In The City Petting Zoo Yang Beri Pengalaman Menarik Untuk Anak-anak
Ibu, tutup mulut sket bley?
Memang satu pengalaman yang menarik dan menyeronokkan sepanjang IQ dan yang lain-lain berada dalam FITC ni. Kemudahan tandas dan tempat membasuh tangan pun ada di mana-mana untuk mengekalkan kebersihan para pengunjung. Kalau nak makan pun tak susah, ada tempat berehat dan makan di dalam FITC ini sendiri. Tak perlu keluar cepat-cepat kalau lapar. Boleh rehat santai-santai dalam FITC ni sambil melayan anak-anak.

Untuk masuk ke FITC ni, bayaran tiket adalah seperti berikut;

  • My Kad Dewasa- RM37.00
  • My Kad Kanak-Kanak & Warga Emas - RM30.00
  • Pakej Keluarga - RM125 untuk 2 dewasa dan 2 kanak-kanak + cendera mata + baucer diskaun
  • Harga normal Dewasa - RM55 
  • Harga normal Kanak-Kanak /Warga Emas - RM45 

Farm In The City Petting Zoo Yang Beri Pengalaman Menarik Untuk Anak-anak
Terima kasih Farm In The City!
For More Info :

Farm In The City
Jalan Prima Tropika Barat,
Bandar Putra Permai,
43300 Sri Kembangan,
Selangor.
Tel : 03 – 8941 2099/3099
Facebook : Farm In The City
Farm In The City Petting Zoo Yang Beri Pengalaman Menarik Untuk Anak-anak
Qa'id say THANK YOU!