Advertisement

Responsive Advertisement

Tahun Baru, Kerja Baru?

Bulan lepas, masa IQ nak siap-siap nak balik, boss IQ dekat meja sebelah ni macam nak katakan sesuatu. Seperti kebiasaan, kitaorang selalu borak-borak tentang topik luar dari bidang kerja bila da sampai waktu nak balik macam tu. Tetiba dia berkata..

"I think we might not get new project, so...you might need to find other job by the end of this year"

Ayat boss tu agak leisure tapi memang buatkan IQ blur kejap. Tak sangka tiba jua giliran IQ akhirnya setelah beberapa orang officemate IQ sebelum ni dah berhenti kerja. Macam mimpi buruk tiba-tiba menjelma. Hasrat untuk stay sampai projek semasa tamat bulan 2 tahun hadapan macam berkecai tiba-tiba.

Termenung sekejap. Fikirkan ekonomi Malaysia tak berapa stabil sekarang, apatah lagi selepas pilihanraya yang lalu. Banyak projek On Hold untuk dikaji balik kos pembinaannya semua. Ada yang terpaksa bertukar kontraktor disebabkan kos pembinaan yang tinggi dan diberi peluang kepada kontraktor yang menawarkan perbelanjaan kos yang lebih rendah.

Yer. Semua tu mempengaruhi. IQ juga terkesan. Ramai lagi terkesan. huhu. Bila tengok iklan kerja pun dah tak meriah macam dulu. Boleh kira dengan jari jer offer kerja sekarang.

Jalan yang IQ ambil? Cari kerja baru. IQ search di Jobstreet. Laman cari kerja yang tak pernah IQ jemu buka dari dulu. Niat dibetulkan. Mungkin ini rezeki tahun baru untuk IQ dan kehidupan baru IQ dengan Qa'id nanti. Alhamdulillah, lepas update resume. Klik beberapa tawaran kerja di Jobstreet, IQ dapat panggilan temuduga keesokan harinya.

Dua interview pergi dalam hari yang sama. Memang ambil cuti dan semestinya boss tak kisah kalau IQ nak cuti berapa banyak pun, sebab IQ memang nak cari kerja baru. Dia faham. Lepas settle dua interview, tiba-tiba dapat satu lagi interview. Alhamdulillah.

Selesai ketiga-tiga interview. Akhirnya IQ diterima untuk bekerja dekat satu syarikat pembinaan. Bakal masuk awal bulan Januari nanti. Alhamdulillah Alhamdulillah. Rezeki Allah sentiasa ada untuk semua. Tinggal usaha dan tawakal.

IQ lately memang agak busy. Busy menguruskan kerja lama, nak handover. Lepas tu nak cari rumah yang berdekatan dengan tempat kerja baru. So, tahun 2019 ni memang berikan sesuatu yang baru dalam hidup IQ. InsyaAllah. Banyak lagi akan menyusul di blog ni. Akan IQ ceritakan satu-satu kalau IQ kelapangan. Doakan yang terbaik untuk IQ dan Qa'id yer.

Sekian.

Post a Comment

7 Comments

  1. Semuga Allah mempermudahkan urusan kehidupan seharian IQ. Semuga bertambah murah rezeki di tempat baru. Aamiin

    ReplyDelete
  2. InshaAllah.. akk doakan yg terbaik buat IQ.. ada rezeki di tempat lain much better Allah nak bagi.. keepidap.. yunk.

    ReplyDelete
  3. Semoga dipermudahkan urusan :)

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah. Semoga urusan IQ dan Qa'id dipermudahkan Allah swt

    ReplyDelete
  5. Semoga sentiasa dipermudahkan urusanmu dik. Take care..

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah, rezeki memang takkan pernah salah alamat. May your 2019 full with happiness.

    ReplyDelete
  7. semoga dipermudahkan urusan izyan

    ReplyDelete

Kata ibarat pedang yang tajamnya bisa membunuh lawan..
Kata-kata yang berhikmah menyedarkan kita...
- Bicara Kata, Inteam

(Nyanyi Ke Tu?)