Wednesday, December 30, 2020

Cara Dapatkan Handphone Yang Tertinggal Dalam Grab

Cara Dapatkan Handphone Yang Tertinggal Dalam Grab

Bila nak tunjuk cara ni mestilah ada pengalaman, betul tak? Yes. IQ tertinggal handphone IQ dalam Grab minggu lepas, trip balik ke rumah dari Subang Airport. Kalau IQ kena outstation, memang IQ akan pergi airport naik Grab jer, mudah dan cepat. Malas nak susahkan husband IQ tengok waze dan drive pergi ke airport sana.


INFO PENTING! Korang boleh call driver Grab direct kalau tertinggal barang lain, tapi kalau tertinggal handphone dalam Grab, korang kena follow step ni okay!


Ok, dipendekkan cerita, IQ tersedar IQ tertinggal handphone IQ dalam Grab bila IQ naik lift kat rumah IQ. Memang gelabah la ceritanya, IQ cari dalam beg laptop dan beg handcarry IQ. Memang tak ada!! Dah meraban IQ sebab IQ dapat rasa peluang nak dapat agak susah sebab IQ tak ada contact details driver Grab.

So, apa yang IQ buat? IQ try call no.handphone IQ guna handphone lama IQ. Yes! Ada bunyi call. Tapi IQ baru teringat, handphone IQ baterinya dah LOW dan handphone IQ plak SILENT!! Arghhh...memang masalah besar bila handphone SILENT weyh!! Mana la driver Grab tu nak dengar kalau IQ call pun. Huaaa...IQ da start nangis dah ni.


Langkah Yang Perlu Diambil Bila Handphone Tertinggal Dalam Grab


1)    Ambil handphone lain, dan install Grab. Masukkan email yang sama daftar Grab dalam Handphone yang tertinggal.

Handphone lama IQ tak ada Apps Grab. So, IQ terus install Grab. Dan masukkan email yang sama IQ guna untuk Apps Grab dalam handphone IQ yang tertinggal. Abaikan nombor telefon yang apps minta isi sebab tak ada function pun bila dia hantar code untuk verify nombor telefon tu. Faham?


2)    Cari history trip dalam Apps Grab

Okay, bila da masukkan email yang sama, maksudnya history trip yang ada dalam apps Grab pun akan sama . So, IQ dapat cari trip yang baru jer IQ ambik masa tu. Trip Subang Airport ke Rumah IQ. Done! Jumpa. Okay. Kat situ juga kita boleh nampak details driver seperti nama dan no.plate kereta yang kita naik tu.  Kalau perasan, nampak button Call kat situ kan...tapi...

Cara Dapatkan Handphone Yang Tertinggal Dalam Grab
Gambar 1) Klik Activity
Gambar 2) Klik Trip yang berkenaan

Be alert yer. Kita tak boleh call driver Grab direct menggunakan nombor handphone lain. Driver Grab akan dapat dihubungi hanya dengan menggunakan nombor yang kita guna untuk book Grab. Faham tak maksud IQ ni? Maksudnya, kalau kita dapat details nombor driver Grab sekali pun, kita tak boleh call dia guna no. yang lain. Kalau kita cuba call pun, panggilan tak akan tembus ke handphone driver Grab sekali pun.


So, macam mana nak hubungi dia kalau tak boleh call dia direct? Okay, masa ni, memang IQ rasa nak give up dah. Lagi-lagi internet handphone lama IQ punya la slow giler!


3)     REPORT AN ISSUE!

Ini adalah jalan penyelesaian terakhir IQ. IQ report issue dalam history trip yang sama. Lepas tu, Apps akan bawa ke laman Help Centre. Masa IQ nak masuk Help Centre ni susah sket, kadang-kadang macam problem, tak tahu la problem dekat line internet ke Apps sebab banyak kali cuba baru dapat. Asyik something wrong happened jer. 

Cara Dapatkan Handphone Yang Tertinggal Dalam Grab
Gambar 1) Report Issue
Gambar 2) Pilih issue yang berkenaan

Dekat situ banyak pilihan yang kita boleh pilih dan IQ pilih, "I need help finding my lost item" IQ nak tunjuk ruangan yang boleh kita tulis barang apa yang kita hilang, tapi IQ tak boleh nak show sebab dia da detect kes IQ yang lama. Tapi korang boleh direct jer tulis description tentang barang tu dan send.

Cara Dapatkan Handphone Yang Tertinggal Dalam Grab
Describe items yang tertinggal

So, lepas tu, Grab akan notify driver Grab melalui Apps Grab tu juga tentang barang yang kita tertinggal tu. Untuk IQ, IQ just nak driver Grab trip IQ tu alert handphone IQ tu dalam kereta dia, sebab handphone IQ kan silent. Lagipun, IQ risau sangat kalau penumpang dia yang seterusnya tak jujur dan ambik handphone IQ tu masuk beg dia. Macam-macam fikiran yang bukan-bukan IQ fikir, risau punya pasal!

Cara Dapatkan Handphone Yang Tertinggal Dalam Grab
Emel Grab bagi, Apa-apa update akan melalui Email dan juga Apps

Cara Dapatkan Handphone Yang Tertinggal Dalam Grab
Alhamdulillah, driver Grab jumpa handphone IQ


Dan bila driver Grab dah jumpa barang IQ tu, dia akan respon melalui Apps Grab dan Grab akan notify kita balik dengan bagitahu, driver Grab da jumpa barang kita. Cumanya...macam mana nak contact untuk dapatkan handphone tu balik? Nak call direct tak dapat. SO?

Cara Dapatkan Handphone Yang Tertinggal Dalam Grab
Update melalui Apps, klik other channel untuk step seterusnya

Ini IQ tak pasti macam mana step seterusnya yang betul sebab husband IQ terus je call handphone IQ tu dan deal dengan driver Grab tu direct untuk driver Grab hantar handphone IQ semula. Mujur jugak ada bateri handphone IQ yang secipuuuutttt tu lagi. Kalau tak, jem jugak. 


Dan kalau baterinya habis? Ini langkah yang mungkin boleh korang ambik.


4)     Call Grab Support dan Grab akan bagi pin yang valid hanya 5 minit

Mungkin pin tersebut diberi untuk tembus call direct driver Grab ke macam mana IQ tak pasti, tapi boleh cuba call. Okay?

Cara Dapatkan Handphone Yang Tertinggal Dalam Grab
Gambar 1) Klik Call Support, untuk call
Gambar 2) No.pin diberi untuk tembus call driver Grab

Begitulah cemasnya IQ bila handphone IQ tertinggal dalam Grab. Mahunya tak cemas, segala mak nenek perkara ada dalam handphone. Kalau hilang handphone ni, tak lalu ler nak cari handphone baru, lepas tu nak pergi buat simcard lagi. huhu. Kalau chat semua ada backup okay la...kalau tak ada? Naya betul. 


Jadikan pengalaman dan pengajaran. Itulah, IQ duk terfikir sangat pasal husband IQ yang tertinggal handphone dia dalam kereta kawan dia. Tup2 kali ni IQ plak kena, lagi haru bila tertinggal dalam Grab, memang gelabah giler dibuatnya.


Sorry la kalau stepnya carca marba. IQ just nak cerita based on pengalaman IQ jer. Kalau tak sesuai cara penyampaiannya, IQ mohon maaf. Okay?

Till then, bai!

8 comments:

  1. yeay dapt hp balik. alhamdulillah.

    ReplyDelete
  2. Fuh! Cx plak yang dok cuak baca. Rasa macam kena dekat diri sendiri. Sebuti² cx baca sebab nak tahu camne nak buat. Tq IQ sebab share benda paling manfaat ni. Kalau cx mesti dah nangis. Keja byk oii lm fon! Hahaa

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah..bermanfaat sangat .nasib baiklah guna grab, jadi kita boleh tengok history perjalanan kita.nasib baik dapat semula

    ReplyDelete
  4. Weii kalau jadi kat diri sendiri pun cuak.. Fikir gak kalau ade penumpang lain ambik. Nasib ade lagi dlm kereta. Boleh dijadikan rujukan

    ReplyDelete
  5. memang cemas tul la jika tertinggal hp mana2. nak beli baharu bknnya murah tu. pernah hilang hp 10 thn lps. masa tu x pakai android lg. mlm tu juga gi beli baharu di mall. huhuhu...

    ReplyDelete
  6. Thanks for the info, sangat berguna!

    ReplyDelete

Komen Sepatah Dua Kata