Wednesday, January 17, 2018

Servis Kereta Habis RM800++?? Kereta Kecik Jer Kot!

January 17, 2018 6
Kempis poket. Memang awal tahun ni kalah dengan orang yang ada anak sekolah. Tapi IQ rasa IQ tak boleh kalahkan lagi mereka yang ada anak sekolah sampai 3-4 orang. Yang tu confirm beribu habis tiap kali musim persekolahan bermula. Kan?
Servis Kereta Habis RM800++?? Kereta Kecik Jer Kot!
Masa untuk servis!
Nak dipendekkan cerita, lepas IQ renew roadtax minggu lepas, IQ dah estimate yang kereta IQ pun bakal diservis dalam bulan Januari ni juga. Mana tak nya, sehari travel 80km. Dalam masa 2 bulan lebih pun dah boleh cecah 4000km. Menakjubkan sebab sebelum ni pergi kerja pun tak sampai 40km sehari. Memang kereta pun menjerit-jerit nak minta diserviskan.

Tapi kali ni bukan servis major. Hanya minor servis sahaja. Oh ya, IQ buat dekat Pusat Servis Perodua Taman Salak Jaya, Salak Selatan. Jauh tak dari rumah? Jauh jugak dari rumah tapi Pusat Servis Perodua area rumah IQ dah penuh walaupun IQ call sehari sebelum! So, IQ plan ke Salak Selatan jer sebab IQ pernah servis dekat sana sekali sebelum ni.

Minor servis kali ni hanya tukar minyak hitam, air filter dan juga gasket. Total awal hanya RM160++. IQ just angguk tapi IQ minta dorang cek bahagian tayar sebab bila IQ bawak kereta dan brek mengejut, stereng kereta bergegar teruk.

ADA KEROSAKAN BAHAGIAN TAYAR
Selepas dorang cek, Ya! Ternyata ada kerosakan pada Disk Brake, Brake Pad dan juga Mounting Absorber kereta IQ. Brake pad dah haus dan menyebabkan kerosakan pada Disk Brake. Mounting Absorber pun dah rosak kena tukar. IQ minta dorang quote harga untuk tiga-tiga barang yang perlu diganti tu terlebih dahulu. (Walaupun IQ fikir masa ni kalau tak mampu nak tukar, IQ akan hold dulu untuk tukar)

Estimation IQ, kalau harganya over 1k memang IQ akan hold dan mungkin tukar beberapa barang dulu. IQ cuak jugak nak tukar macam-macam ni. Tapi mujur adik IQ dan suaminya datang, boleh minta nasihat sikit tentang kereta. Sebab IQ ni macam Pro sangat pasal kereta tapi tak der pro mana, takat isi minyak dan pecut laju tu boleh la...haha!

QUOTATION BARU PULA CECAH.....
Dorang akhirnya bagi quotation baru dekat IQ. Total RM664.05. Fiuhhhh. Tak over 1k. Macam nak suruh tukar jer semua. Sebab IQ dah malas nak tukar dekat tempat lain yang belum tentu jaminan barangnya. Yelah, tukar dekat Pusat Servis Perodua InsyaAllah terjamin, ye dak? IQ setuju dengan harga dan penukaran 3 barang tadi ambil masa 1 jam lagi. IQ beredar kejap pergi minum dengan adik dan suami serta anaknya di kedai berhampiran.

TAPI...IQ lupa nak cakap. Pusat Servis Perodua Taman Salak Jaya ni tak ada sistem untuk buat allignment dan balancing. So, lepas IQ tukar 3 barang tadi, dorang tak dapat nak buat A&B sekali. So, nak tak nak IQ kena buat dekat kedai tayar dekat luar jugak. Hurmmm....entah berapa la kena kat luar tu nanti.
Servis Kereta Habis RM800++?? Kereta Kecik Jer Kot!
Esoknya, IQ pergi ke kedai tayar area pejabat IQ dekat Glenmarie Shah Alam ni. Banyak kedai tayar berderet dekat situ, dan IQ berenti dekat satu kedai ni. Nampak macam tak ada kereta sangat. Mungkin sebab waktu lunch. IQ disapa oleh seorang uncle. So, IQ pun ringankan mulut bertanya harga...

"Uncle, Allignment & Balancing berapa? - IQ
"Ooo..Allignment & Balancing RM45 saja" - Uncle
"Wahhh..manyak mahal ek?" - IQ
"Itu sudah murah maaa." - Uncle

Lepas IQ duk fikir 10 saat, IQ decide untuk teruskan sahaja. IQ ni jenis tak ada kekuatan nak beredar dan tanya beberapa kedai lagi. Cukup satu kedai jer. Malas nak pikir banyak, waktu lunch pun tak lama. So, proceed jer.

Settle balancing, buat Allignment plak. Masa ni muncul plak isu baru.

"You punya Chamber screw kena tukar, pakai yang macam ni senang nak adjust" - Uncle

IQ dah alert pasal skrew ni dah lama tapi belum bertukar lagi sejak 4 tahun lepas. Dan akhirnya IQ setuju tukar. Tapi sebenarnya tak perlu pun sebab skrew original sebenarnya lebih elok dan tahan lama. Risiko pakai skrew yang boleh adjust ni boleh patah dan rosak. Sebab kualitinya boleh ditipu oleh mana-mana orang sekalipun.

Tapi IQ dah terbuat keputusan tukar Chamber Screw ni. Hari esoknya baru adik ipar IQ bagitahu tentang hal ni yang agak membimbangkan hati IQ. Memang bimbang la, kang patah, bahaya la nyawa IQ dengan Qa'id. huhu.

IQ plak tertanya pasal Whipper memandangkan Whipper IQ pun perlu ditukar. Depan belakang tukar. Uncle tu beri RM20 setiap satu. Jenama Bosch. Mahal? Nasib la...huhu. Nak beli dekat tempat lain memang tak ada masa la kot. Sekali tukar, hamek! Semua nak tukar.
Servis Kereta Habis RM800++?? Kereta Kecik Jer Kot!
So, total bil dekat kedai Uncle ni RM153.70 termasuk GST. Hulur kad bank pun terketar-ketar. huhu. Nasib la. Dah 4 tahun pakai kereta ni. Memang perlu tukar mana yang patut dah. Kawan IQ pun ada cakap, kereta ni efektif dalam 3 tahun jer. Lepas 3 tahun, ada la yang perlu ditukar. Yes, IQ setuju sangat.

Allignment yang IQ buat dekat kedai uncle ni tak berapa nak memuaskan. First IQ buat lepas buat Allignment, bawak mesti berat ke kiri. Kereta akan menghala ke kiri. So, IQ pergi ke kedai Uncle tu balik esoknya. Mula-mula dia tak ingat! Dia nak cas lain, tapi bila IQ cakap IQ datang sebelumnya, baru dia macam, owhh..ok2! Kali ni dia beri staff yang lebih berpengalaman handle.

Hasilnya? Ok la dari hari sebelumnya. Tapi IQ tak tahu la nak recommand kat korang ke tak kedai ni? Korang nilai la sendiri harga dan hasilnya. Mungkin nak cuba kedai lain plak lepas ni. huhu. Total habis untuk kereta kali ni RM817.75. Pengsan!

ADA KERETA JAGA, JANGAN ROSAK BELI LAIN
Kereta ni kena jaga. Kalau pakai dan rosak terus nak beli yang baru, tak kena la kan? Rugi! Sebab kereta ni ada susut nilai. Beli baru tak beri apa keuntungan. Beli dan jual pun rugi jugak sebab silap hari bulan jual pun kena topup balik harga kereta mengikut pasaran. Rugi tak? rugi laaa...

IQ sayang kereta IQ sekarang ni. Sebab first car IQ. Masa first IQ beli, Arwah Ummi IQ dulu yang naik lepas IQ naik. Lepas tu, IQ kahwin. Memang kereta ni kereta IQ dan Arwah Suami IQ. Kereta pertama Qa'id Aqhar naik. InsyaAllah tak akan jual sampai bila-bila.

Tuesday, January 16, 2018

Realiti Kualiti Makanan Di Food Court

January 16, 2018 5
IQ perasan, sekarang food court dekat mana-mana mall dah elegen semacam. Eksklusif kemain. Dengan lampu malap-malap. Macam konsep hipsturr. Deko dengan pokok-pokok nak nampk eco-friendly. Memang nampak best, memang nampak sejuk mata memandang...
Realiti Kualiti Makanan Di Food Court
Sekadar Gambar Hiasan (Sumber)
Menunya plak, waahhhhh..berderet! Macam-macam jenis masakan dah boleh kita dapatkan di food court tu. Menu wajib, nasi ayam of course ada! Claypot pun sama. Western tak ketinggalan pun mesti ada punya. Menu yang baru nak masuk selera tekak orang Malaysia iaitu Korean Cuisine pun sesetengah food court dah ada jual makanan Korea. So, memang best la ada food court macam ni. 

TAPI....

Segelintir hanya indah menu dari rupa dan rasa. Adehhhh.....Memang berulang kali la IQ nampak. Bukan sekali dua. Yang terbaru IQ pergi ke satu mall di Melawati. Sape yang tahu mesti rasa aik??? Mall baru tu...tak kan la ada yang tak kena kot. Aishhh..mall je baru, IQ cakap pasal makanan food court dia. Mall baru tetap baru. Kannn?

REALITI MAKANAN DI FOOD COURT
IQ order nasi ayam untuk Qa'id, dan Yee Mee Masak Pedas untuk IQ. Expectation IQ untuk nasi ayam ni rasa dia mesti setanding dengan nasi ayam yang best, yang biasa kita rasa tuuu...at least la kan? Tapi bila IQ nampak dia potong ayam...eh? sikitnya potong ayam. Nasi ayam harga RM6.90. Sebelum tu siap promote ambik set, sekali dengan sayur taugeh dan wantan. Disebabkan beli untuk Qa'id, tak ada la IQ ambik set taugeh tu semua. 

Bila IQ try rasa ayam dia, ALLAH! Sejuknya ayam! IQ tahu la sekarang musim sejuk, dan kawasan food court pun ber'air cond' tapi tak kan la ayam pun sejuk?? Putus selera. Nasi dia pun tak sama seperti nasi ayam yang BIASA kita rasa. Lain macam rasa dia. hurmmm...ikhlas ke tak menjual ni?

Ok, IQ try Yee Mee IQ plak. Masa tengok dekat menu nampak macam sedap, tapi sekali dapat, macam yee mee kicap jer. Adehh. Bila rasa, pedas! Dan rasa halia yang terlampau kuat! Aiyaakk, ni mee halia ke apa? Aduhhh, kualiti tak kena langsung dengan harga! Yee Mee tu pun dah RM8.90 yer! Letak dalam kuali kecik pun nampak sejemput jer meenya...huhu.

HARGA AIR PUN MACAM....
Air? IQ beli satu botol air mineral dan satu air orange. Standard food court air orange dalam mesin yang pusing2 tu kan. Ok. Total RM5.10. Like seriously? wahhh...semua dah standard sangat ni. Mahal betul! Air orangenya pun macam tempah tiket untuk potong kaki. Adehhh...Pusing IQ dengan kualiti dan harga makanan dan minuman sekarang. Boleh pengsan!

Kalau IQ keluar, IQ memang lebih prefer makan dekat food court. Tapi disebabkan harga makan di food court lebih kurang jer macam makan dekat restoren yang ada nama, lebih baik makan dekat restoren berkenaan. Lebih terjamin rasanya, ada layanan waiter lagi. 

Tapi tak semua food court yang IQ pergi TERUK RASANYA. Ada satu food court yang IQ pergi, kebanyakan makanan dan minumannya dijual dengan harga dan rasa yang berbaloi. Dekat mana? Dekat KLCC. Rasa Food Area. Makanan food court situ memang best. Berbaloi dengan harga. Adakalanya tak semahal food court yang lain.

KUALITI SETANDING HARGA?
IQ tahu dengan ekonomi sekarang yang tak stabil, minyak pun turun naik setiap minggu, para peniaga tak boleh nak berkompromi lagi. Harga makanan dan minuman makin hari makin naik. Tapi jika harganya mahal, mestilah setanding dengan rasanya. Jangan naik harga tapi kurangkan rasanya juga. Tak kena la macam tu. Motif naik harga mesti sebab nak maintainkan rasa. Baru berpadanan dengan matlamat naikkan harga. Betul tak?

Till then, bai!

Monday, January 15, 2018

Pembukaan Mini Gym Di Pejabat

January 15, 2018 12
Cerita ni sebulan yang lepas. Baru nak tulis cerita dekat sini sebab nak abadikan dalam blog. Kononnya. Padahal, nak update blog sentiasa. heeee...tapi betul! Dah lama nak story pasal ni, cuma baru ada kesempatan. heee.

Ada sorang staff dah remind kitaorang minggu sebelumnya, hari isnin minggu seterusnya kena pakai sport attires sebab ada perasmian gym dekat pejabat ni. IQ macam wahhh, macam best! Macam nak try. So, konon nak aim pakai sport attires la kononnya. 
Pembukaan Mini Gym Di Pejabat
Efek nampak luas, tapi kecik jer.
Pembukaan Mini Gym Di Pejabat
Ruang santai
Tapi bila tiba hari kejadian, IQ pelik kenapa ada orang pakai baju tshirt je ni. Leisure betul nampak gayanya. Ting! Alamak! Lupa! Patutnya kena pakai sport attires. IQ betul-betul lupa! Kawan officemate IQ tak pakai pun sport attires, tapi tahu la IQ ni konon macam nak cuba jugak kan? hehe. Menggediks je lebih!
Pembukaan Mini Gym Di Pejabat
Selfie sebelum rasmi
Pembukaan Mini Gym Di Pejabat
Balqissh, ok macam sebut nama sendiri XD
Tepat pukul 4.30 petang, kitaorang dipanggil turun ke majlis di mini gym. Mini gym terletak di bahagian Ground Floor, bersebelahan dengan ruang pameran. IQ dah sedia ada maklum tentang Mini Gym ni sejak IQ pindah pejabat ke Glenmarie ni. Cuma baru hari tersebut diadakan upacara merasmikan untuk pembukaan khas Mini Gym.
Pembukaan Mini Gym Di Pejabat
Beratur nak cuba
Staff-staff yang lain mula berkumpul. Ada booth khas dibuka untuk cek kandungan body fat. Ianya dikelola oleh pakar kesihatan dari luar. Ada sejenis alat penimbang khas yang mengira body fat kita mengikut berat dan komposisi badan. Masa IQ sampai, IQ tengok kecoh masing-masing duk gelak-gelak tengok kandungan body fat masing-masing. Macam menarik jer, IQ terus beratur untuk mencuba.
Pembukaan Mini Gym Di Pejabat
Tetiba rosak plak. Alahai
Malangnya, mesin tersebut rosak sebelum waktu giliran IQ sampai. Frust habis! Baru nak tahu lemak badan ni ada banyak ke sikit. huhu. Bak kata kawan IQ, " Mungkin mesin tu terkejut sebab terpaksa timbang berat badan staff office yang malas nak bersenam ni. HAHA!" Kawan IQ cakap tau, bukan IQ. haha!
Pembukaan Mini Gym Di Pejabat
Perasmian
Upacara memotong riben diadakan selepas Chairman sampai. Mr Chairman datang bersama anaknya yang juga CEO company diiringi bersama tetamu khas. Alhamdulillah, Mini Gym selamat dirasmikan. Ada staff yang dah siap sedia pakai sport attires berpeluang mencuba alat-alat di Mini Gym untuk kali pertama
Pembukaan Mini Gym Di Pejabat
Masa untuk cuba!
Pembukaan Mini Gym Di Pejabat
Ucapan pendek. Mr Chairman and son
Pembukaan Mini Gym Di Pejabat
Masing-masing macam nak try
Pembukaan Mini Gym Di Pejabat
Mr Chairman juga memberi sepatah dua kata sebelum beredar. Dipesannya jangan mengadap kerja sangat, kena jaga kesihatan, kena bersenam, baru lebih sihat. haha! Bersenam pun di pejabat. Memang suruh tidur di pejabatkah? heee.
Pembukaan Mini Gym Di Pejabat
Pelbagai jenis kuih muih disediakan
Settle semua, apa lagi? Makan laaa.. haha! Semua staff dijamu kuih muih dan teh panas. Pelbagai jenis kuih disediakan, memang boleh try pelbagai jenis kuih. heeeee. Makan kuih banyak-banyak, harapan nak ke Mini Gym tu macam mimpi jer. haha!

Bila ada Mini Gym ni macam mudah la nak bersenam lepas ni. Tapi sejauh mana kerajinan tu IQ tak tahu laaa. haha! Sampai ke hari ni, IQ belum lagi sukarela nak jejak kaki dekat Mini Gym tu lagi. Mungkin lepas ni? Doakan IQ rajin bersenam lepas ni. Mood kurus ON! haha!

Till then, bai!

Sunday, January 14, 2018

14 Januari - Dua Cerita Berbeza Emosi

January 14, 2018 6
14 Januari - Dua Cerita Berbeza Emosi
Bila tiba 14 Januari ni, kalau dulu IQ gembira. Sebab pada tarikh ni adalah hari ulangtahun kelahiran untuk kawan baik IQ yang tinggal jauh di selatan sana. Yer. Hari ni ulangtahunnya yang ke 29. Dah 29 kau Farah Zulaikha. Salah seorang yang sering berikan semangat IQ masa jatuh bangun di universiti dulu.

Last IQ jumpa tahun lepas. Sebelum dia bersalinkan anak lelakinya. Sekarang dah ada anak lelaki berumur 10 bulan sudah. Tak sempat lagi nak jumpa si Akif Zafran. Insya-Allah suatu hari nanti IQ akan ke Johor.

Untuk Farah Zulaikha, 

Selamat Ulangtahun Kelahiran Ke-29. Dah tua dah ko babe! Moga sentiasa mama yang ohsem dekat Akif Zafran dan bakal adik-adiknya dan isteri yang romantik dekat laki ko. Ko kan suka romantik-romantik ni. haha! 

Aku rindu ko babe. Cuma jarak memisahkan kita. Kalau boleh, nak jadi macam dulu tapi masa telah berubah. Sardisnya ayat aku babe. haha! Happy birthday once again! Please suruh laki ko lebih romantik lagi untuk tahun ni. Tak nak kejadian tahun lepas berlaku lagi. hahaha!

Ikhlas, 
Kawan baik Ko Yang Ngok Ngek.





*********************************




Dan pada tarikh ni juga, IQ kehilangan satu-satu permata hati IQ...iaitu Arwah Ummi IQ genap yang lalu. Arwah Ummi pergi pada 14 Januari 2016 pada jam 5.45 petang. 

It's hard to face that I don't have my mother anymore. It's really hard, when nobody want to hear you except her. I love her with fully heart. I can't imagine this will happen to me so early, in middle where I just build up my life, my career, my family. 

Yes, I want to share with her alot but seems like Allah SWT love her more. I accept it. Even after 7 months later, I lost my husband also. I need to be strong. Allah know I am strong even deeply inside me, I am collapsed.

Ummi, I miss you so much. So do you abang. Love from life. For both you. 

Saturday, January 13, 2018

Sejauh Mana Kita Jujur Dalam Percakapan?

January 13, 2018 4
Jujur. Sejauh mana korang bercakap jujur? Korang jenis suka bercakap jujur sepanjang masa atau sebaliknya? Isu Jujur ni jarang berlaku kan? Sebab semua fikir dah besar, dah matang, boleh fikir mana yang baik dan mana yang buruk. Of Course akan berkata jujur, eh YE KE?

IQ memang tekankan tentang kejujuran. Sebab IQ sendiri tak reti nak berkata sebaliknya. IQ jenis jujur bila bercakap, kalau nak menipu, alahai...jelas nampak di riak muka. Orang dah cop IQ tak pandai nak tipu. Bukan lurus, tapi tak pandai tipu jer.

IQ sebenarnya tak tahu apa motif orang nak tipu. Nak jaga hati? Nak cover diri? Nak apa lagi? IQ memang tak faham bila something yang dia cakap tak kena dengan apa yang dia buat. Means, tak jujur la. Kenapa tak cakap jer yang sebenar-benarnya? Sakit plak hati bila dapat tahu dia tak jujur dalam percakapan dia. Bila IQ tahu dia tak bercakap jujur, rasa macam, WHY? Kenapa tak boleh nak cakap terus terang?

Ada orang suka cover diri dengan bercakap bohong. Ada saja keypoint yang dia nak cakap asalnya diri sendiri tak nampak bersalah. Dan tak semua point yang dia cakap tu betul. Tapi untuk apa? Untuk sedapkan ayat? Untuk cantikkan jalan cerita? Kalau kawan-kawan IQ ni, dah dorang gelarkan seseorang tu propa je lebih. Dah kena cop plak. Tak sedap la plak kan?

Ok, sekarang ni bukan sebab nak tanya kenapa tak bercakap jujur, cuma IQ tak faham motif tak bercakap jujur tu. Susah ke nak beritahu hal sebenar? Bukan IQ tak tahu, dan tak faham. Masing-masing ada hak, so IQ boleh faham la part tu, tapi kenapa perlu tak jujur?

Yes, ini hanya isu kecil. Tapi kalau kerap kali berulang, ia boleh jadi besar. Its about attitude. Kalau sekali dua boleh lah nak ignore, tapi kalau selalu terjadi, rasa macam tak ada point nak buat macam tu.

Just beritahu hal sebenar, dan IQ akan terima seadanya. Bukan susah pun. kan? Bukan IQ telan pun kalau korang nak cakap yang betul. haiyaaaa...

Friday, January 12, 2018

Cara Dapatkan Laporan CCRIS Online Dengan MyCreditInfo

January 12, 2018 7
Selalunya kalau nak beli rumah mesti nak kena dapatkan laporan CCRIS kan? Sebab nak tahu kemampuan kita membeli rumah yang nilainya berapa ratus ribu. Kita boleh dapatkan laporan CCRIS ni dekat Bank Negara. 

Tapi bagi mereka yang duduk di luar Kuala Lumpur dan bekerja mengikut waktu pejabat biasa, semestinya hajat nak ke Bank Negara mesti terbantut. Sama la IQ ni pun. Masalah nak ke sana memang jadi keutamaan IQ la. huhu.

TAPI sekarang korang dah tak perlu bersusah payah dah nak dapatkan report CCRIS ni sebab korang boleh dapatkannya secara online! Mudah jer ler sekarang! Segalanya di hujung jari jer! Yang penting ada internet aje. Tapi siapa jer tak ada internet dekat phone sekarang ni ye dak?

Cara Dapatkan Laporan CCRIS Online Dengan MyCreditInfo
Mycreditinfo ni menawarkan Laporan CCRIS untuk korang secara Online. Yang terbaru, MyCreditInfo menawarkan Laporan CCRIS PLUS yang terdapat i-Score, Banking CCIS dan Laporan CCRIS. Ada juga sistem baru diperkenalkan iaitu JagaMyID yang akan menyimpan data korang dengan selamat berserta menyediakan laporan CCRIS mengikut pakej yang disediakan.

LANGKAH-LANGKAH UNTUK DAPATKAN LAPORAN CCRIS ONLINE DENGAN MYCREDITINFO

1- Pergi ke laman web MyCreditInfo dan klik Sign Up.

Cara Dapatkan Laporan CCRIS Online Dengan MyCreditInfo
2
2- Isikan maklumat dengan betul dan jujur. Kalau tak jujur, laporan korang tak dapat disediakan. 

Cara Dapatkan Laporan CCRIS Online Dengan MyCreditInfo
3
3- Dah settle semua, terus klik create an account
Cara Dapatkan Laporan CCRIS Online Dengan MyCreditInfo
4
4- Masa ni dapat emel yang akaun dah didaftar dengan MyCreditInfo. Dorang akan bagitahu juga tempoh laporan akan disiapkan. 
Cara Dapatkan Laporan CCRIS Online Dengan MyCreditInfo
5
5- Selalunya kalau korang belum attach dokumen masa daftar tu, korang akan dapat emel macam ni. Dorang ingatkan korang untuk attach dokumen yang dikehendaki.
Cara Dapatkan Laporan CCRIS Online Dengan MyCreditInfo
6
6- Klik Buy Credit Report (Basic/Plus). Masa IQ buat dulu, ada yang basic jer. Kalau nak lagi detail, boleh ambik yang PLUS tu.  Klik Buy Now.
Cara Dapatkan Laporan CCRIS Online Dengan MyCreditInfo
7
7- Confirmkan pembelian Laporan CCRIS korang dengan klik Checkout
Cara Dapatkan Laporan CCRIS Online Dengan MyCreditInfo
8
8- Proceed dengan pilih Bank yang korang guna. Dan klik Proceed With Payment. Settle payment, korang akan dapat emel.
Cara Dapatkan Laporan CCRIS Online Dengan MyCreditInfo
9
9- Dah settelkan payment, korang akan dapat emel macam dekat atas ni. Boleh print bill dekat sini atau masa buat pembayaran dekat web sebelum tu.
Cara Dapatkan Laporan CCRIS Online Dengan MyCreditInfo
10
10- Selepas sehari (paling lewat), korang akan dapat laporan CCRIS korang dah. Setiap laporan ada PASSWORD korang sendiri tau. Secure sikit. Kalau korang boleh tengok laporan CCRIS yang basic punya, korang boleh tengok contoh di bawah.

CONTOH LAPORAN CCRIS BASIC


MyCreditInfo jugak ada letak laporan kita dekat akaun kita di MyCreditService. Boleh review balik laporan kita dekat situ. 

Report CCRIS ni pun kita boleh dapatkan ikut keperluan kita. IQ aim dalam setahun mungkin dua kali IQ nak check CCRIS IQ. Bila dah mudah nak dapatkan report CCRIS ni, senanglah hati mak-mak macam IQ ni. Yelah, nak ke mana-mana mesti fikirkan anak. Lagi mudah dan selamat kalau korang ambil pakej JagaMyID tu. Selamat dan menjimatkan! IQ nak try JagaMyID tu untuk yang seterusnya InsyaAllah.

Till then, Bai!

Thursday, January 11, 2018

Petrosains KLCC Penuh Dengan Aktiviti Menarik!

January 11, 2018 16
IQ duduk di kawasan Lembah Klang ni lebih kurang 3 tahun++ lah kot sejak IQ mula berkhidmat dekat satu syarikat di Kelana Jaya. Tapi baru ada satu hari ni, IQ berkesempatan nak pergi Petrosains dekat KLCC tu. Sebelum ni rasa macam ermm...mahalnya nak masuk Petrosains ni. Tapi rupa-rupanya untuk pemegang MyKad macam IQ ni cuma RM20 seorang. Untuk 2 tahun ke bawah free yer! Qa'id baru menginjak ke 3 tahun tak dikira sebab dia baru 2 tahun++. heeee...
Petrosains KLCC  Penuh Dengan Aktiviti
Layan view mercu tanda ni dulu
Petrosains KLCC  Penuh Dengan Aktiviti
Indah plak view ni. *tetiba
Rasanya macam dah lewat masuk ke Petrosains ni tapi nak masuk jugak. So, masuk la kitaorang berempat ke Petrosains. Adik ipar yang sorang dah selalu pergi sana sebab ada school trip dekat situ. Rasanya tu kali ke 5 dia masuk, so dia jadi tour guide kitaorang masa masuk ke sana. 

Bila adik ipar IQ cakap kena naik telur, IQ like what?? Naik telur? Kenapa nak kena naik telur? Owhh..rupanya tu macam perjalanan ke alam sains macam tu laaa..macam time traveler gitu. haaaa...menarik jugak tapi cuak bila tiba-tiba telur tu macam naik tinggi sangat. haha!

TIBA KE ANGKASA RAYA..
Bila sampai tu, masuk ke bahagian angkasa lepas. Banyak pamer tentang kapal angkasa, kehidupan dekat angkasa lepas dan rupa bentuk bulan, bintang dan jugak matahari semua tu la. Sedar tak sedar, baru perasan tak solat Zohor lagi. Mujur ada kemudahan tandas dan surau dalam Petrosains ni. Tak perlu pergi keluar dari Petrosains ni dah.
Petrosains KLCC  Penuh Dengan Aktiviti
Sibuk dia main benda ni
Tandas dia boleh dikatakan kecil untuk perseorangan. Tapi yang menariknya, setiap tandas ada singki kecik. Bila masuk suraunya plak, mengagumkan IQ betul! Macam masjid plak rasanya. Wangi, bersih dan pilihan warnanya mestilah bertemakan Petronas. kan? IQ sangat suka surau Petrosains ni. Nampak sangat moden dan selesa nak solat. 5/5 bintang IQ bagi. hehe.
Petrosains KLCC  Penuh Dengan Aktiviti
Tempat wudhuk surau Petrosains. Cantik kan?
Settle solat, sambung jelajah angkasa lepas lagi. Ada part yang kita boleh try sendiri juga. IQ try konon-konon tidur dekat ISS, tapi tak ada sapa nak ambikkan gambar. Gambar orang lain jer IQ ambikkan, nasiblah seorang blogger yang single. haha! 
Petrosains KLCC  Penuh Dengan Aktiviti
Ambik gambar tapi tak nampak plak muka sendiri dekat skrin orang pakai sut ni. heeee
Petrosains KLCC  Penuh Dengan Aktiviti
Mars Raver. 
Petrosains KLCC  Penuh Dengan Aktiviti
Tidur dekat ISS ke dik?
Lepas tu kitaorang ke bahagian dinosour tapi sayangnya pameran dinosour ditutup buat sementara waktu. sedih tapi tak perlah. Next time. Lepas tu sambung ke bahagian yang dipanggil Sparkz. Dekat bahagian ni banyak aktiviti khas untuk kanak-kanak mahupun golongan dewasa cuba aktiviti mereka. Banyak la, tak tersebut IQ dekat sini. Tapi yang pastinya, menarik!
Petrosains KLCC  Penuh Dengan Aktiviti
Tiba di Sparkz
Petrosains KLCC  Penuh Dengan Aktiviti
Main excavator ni plak
Petrosains KLCC  Penuh Dengan Aktiviti
Yang acik nina dia pun nak jugak cuba
Petrosains KLCC  Penuh Dengan Aktiviti
bina pakai blok
Petrosains KLCC  Penuh Dengan Aktiviti
Yang tu orang dewasa pun nak cuba, sambung alat2 tu untuk bola turun ke bawah
Petrosains KLCC  Penuh Dengan Aktiviti
Kawasan yang luas.
Petrosains KLCC  Penuh Dengan Aktiviti
Ada mini playground. Budak macam Qa'id memang suka la tempat macam ni
Lepas bahagian Sparkz, kitaorang tiba di bahagian Pelantar Minyak pula. Tak lama di bahagian ni sebab dah dapat announcement tinggal masa dalam sejam lagi. Adik ipar IQ plak suruh gerak cepat sebab ada banyak lagi bahagian yang kena tengok. IQ fikir, banyak sangat ker? huhuhu.
Petrosains KLCC  Penuh Dengan Aktiviti
Boleh naik atas tapi tak sempat nak naik
Petrosains KLCC  Penuh Dengan Aktiviti
Try yang simple2 jer. Ingat lagi sistem takal 2 dan takal 3?
Lepas tu, kitaorang sampai di bahagian Petrosains Speed!. Yang ni semua orang tahu kan tentang apa. Tentang kebanggaan Malaysia suatu masa itu. Dekat sini best la nak cuba tentang pelbagai aktiviti mengenai KELAJUAN. Baling bola laju-laju, ujian mata tajam semua ada la senang cerita. 
Petrosains KLCC  Penuh Dengan Aktiviti
Start Speed!
Petrosains KLCC  Penuh Dengan Aktiviti
Macam dekat Sepang dah
Lepas tu, adik ipar IQ beriya suruh IQ dan sorang lagi adik ipar try simulasi bawak kereta F1. Dah sudahhh...IQ paling tak reti nak bawak kereta dalam skrin, atas jalan tak per..haha! IQ orang yang last try simulasi tu. Lepas tu, terus dorang tutup. Dapat la try beberapa lap, tapi dapat no.5 jer. No feveret sangat. haha! Masa try simulator ni pun tak ada gambar. Huuuuu.

SESUATU BERLAKU...
Masa ni pun ada satu perkara berlaku. Adik ipar IQ yang sorang tu tercicir beg tangan dia. Masa tengah syok main baling bola, dia terlupa ambik beg tangan dia. Lepas buat Calm Test dengan dia, baru dia perasan beg tangan dia tak ada. Pergi cari sana sini, tak ada!! Memang hilang! Terus tanya staff bertugas. 

Katanya, segala barang yang tercicir akan dibawa ke lobi. Walaupun staff Petrosains berkata demikian, tetap hati IQ tak senang, sebab risau ada orang lain yang mengambilnya terlebih dahulu. So, IQ try call telefon adik ipar IQ, tengok siapa yang jawab.

Ternyata memang staff Petrosains yang jawab dan beg telah dibawa ke lobi. Alhamdulillah. Mujur tak hilang dan sampai ke tangan orang yang bertanggungjawab. Terus kitaorang sambung tengok-tengok aktviti dekat Petrosains ni lagi. hehe.
Petrosains KLCC  Penuh Dengan Aktiviti
Muka seronok tapi tak puas. haha!
Tapi malangnya, banyak tempat dah tutup. Tempat khas untuk Qa'id main pun dah tutup. huhu. Tayangan 3d pun dah tutup. Tak puas jugak datang ke sini. Nak kena repeat lagi macam ni. huhu. IQ dah agak dah kalau masuk sini sebelah petang mesti tak sempat nak habiskan semua. Kena masuk dari pagi baru puas hati. 

Nak tengok aktiviti kitaorang buat secara detail dekat video ni. Jangan lupa klik dan subscribe yer!