Bagi pemilik kereta, semestinya mempunyai rasa untuk jaga keadaan kereta dengan baik. Bukan hanya sekadar start enjin kereta dan terus gerak. Bukan, ye dak? Mesti nak jaga kereta elok-elok dan elak kereta daripada tersadai tepi jalan akibat kurang penjagaan kereta yang sewajarnya.
BAIKI MACAM TAK BAIKI
Awal tahun hari tu, IQ ada cerita tentang IQ servis kereta IQ yang hampir cecah RM1k walaupun hanya servis biasa. Ini semua disebabkan penambahan kos pada bahagian tayar dan seangkatan dengannya. Tapi tak sampai setahun, keadaan kereta IQ mula menunjukkan keadaan yang tak best untuk dipandu.
Keadaan tayar plak makin membotak. Botaknya hanya pada satu side sahaja. IQ fikir mesti ada yang tak kena dengan Alignment tayar kereta IQ. Bila IQ bawak kereta IQ pun jadi tak selesa, gegarnya kuat! Dan mudah slide bila tibanya waktu hujan.
Viral di Facebook, Norman Hakim pun pergi situ |
IQ pun tekad nak bawak kereta IQ untuk buat alignment. Apatah lagi dapat mimpi yang tak best, kononnya dapat petanda kalau buat lambat alignment ni, mungkin akan jadi apa-apa. Duk fikir sangat pasal alignment kereta, sampai terbawak-bawak dalam mimpi. huhu. Mohon dijauhkan segala kemungkinan yang tak baik.
TEKAD NAK BUAT ALIGNMENT
Satu pagi di hujung minggu tiba, IQ sempat bincang dengan adik ipar (suami adik). Plan nak ajak dia, sebab dia kan lelaki. Bab-bab kereta kan mesti kena bawak orang lelaki ni, baru confident sikit dan peluang nak kena tipu pun rendah. Tapi disebabkan adik dan suami dia balik Pahang masa tu, nak tak nak IQ kena pergi sendiri jugak. Berdua dengan Qa'id jer. huhu.
Ramai sangat orang. |
Sambil-sambil tu, IQ tengok cara Mr Chan dan anak-anak buahnya buat kerja. Kedai Mr Chan ni viral masa raya hari tu di Facebook. Katanya alignment dilakukan menggunakan jaga lama iaitu manual, tanpa menggunakan komputer. Dan yer, ternyata semuanya betul!. Cara yang Mr Chan gunakan memang old school yang diwariskan oleh datuk Mr Chan sendiri.
KEMAHIRAN DITURUNKAN
Mr Chan yang mewarisi perniagaan Alignment tayar dah berkhidmat dalam bidang tu selama 20 tahun! Kerja alignment tayar tersebut bermula daripada mendiang datuknya dan seterusnya diwariskan kepada mendiang bapanya dan seterusnya kepada Mr Chan. Dorang telah melakukan kerja alignment sejak 40 tahun yang lalu. Sangat berpengalaman tentang Alignment tayar ni.
Masa untuk betulkan alignment. Lari teruk! |
3 jam IQ tunggu, akhirnya tibalah giliran kereta IQ. huhu. Panas hati tapi nak buat macam mana, dah namanya kedai famous. Kena tunggu dengan penuh kesabaran la jawabnya. Mr Chan sangat friendly dan sangat generous person. Dia mintak maaf banyak kali sebab lambat settlekan kereta IQ masa tu. Nak buat macam mana, cara Mr Chan layan pelanggan dia sangat memuaskan hati.
BAIKI SAMPAI BETUL2 ELOK!
Apa yang Mr Chan akan buat? Dia akan bawak kereta kita terlebih dulu, tengok apa masalah. Then, dia akan start betulkan. Kalau dah tahu apa masalah kereta, just bagitahu direct dan boleh terus cek pakai alat alignment manual tu. Lepas tu, dia akan baiki mengikut yang sepatutnya. Mr Chan akan pastikan alignment tayar akan jadi elok seeloknya. Tanpa ada masalah. Selagi tak elok, Mr Chan tak akan benarkan kita balik.
Kereta IQ lari alignment agak teruk. Sebab tu juga, bila tiba waktu hujan..IQ tak boleh nak drive even 80km/j pun. Lepas staf Mr Chan betulkan alignment, Mr Chan dengan sendirinya akan pandu kereta kita untuk pastikan ianya tidak bermasalah lagi. Untuk kereta IQ, terpaksa test 3 kali sebab keadaan tayar yang dah sekata dan terpaksa diubah kedudukan.
Test kereta kali ke3. Puas hati dapat tahu apa masalah dengan sendirinya. Mr Chan explain satu2 apa masalah dengan kereta kita. Thumbs up! |
SERVIS 10 BINTANG
Untuk servis di bengkel Mr Chan ni IQ bagi 10 bintang TAPI kalau nak pergi, better pergi hari bekerja. Kalau tak ada masa sangat hari bekerja, please datang awal pagi. Pergi cepat, InsyaAllah tak ada kereta banyak sangat. IQ ambil masa 4 jam untuk settle semuanya. Kenduri hari tu terlepas, tak apa la...tak ada rezeki. huhu.
UPDATE HARGA ALIGNMENT TAYAR!
Bayaran yang dikenakan pada IQ untuk alignment + balancing adalah hanya RM75. Bagi IQ berbaloi sebab Mr Chan buat tayar kereta IQ sampai elok dan puas hati. Tiga kali tukar kedudukan tayar. IQ nak bagi lebih Mr Chan pun tak mau. Sebab dia cakap dah fixed harga. Kalau nak belanja, dia suruh bawak makanan untuk dia makan, sebab dia sendiri tak ada masa nak beli makanan sebab terlampau sibuk penuhi tuntutan kerjanya. Terbaik!
Hari tu ada la junior IQ pm IQ tanyakan tentang bengkel Mr Chan yang IQ update di IGStory IQ ni. Dia nak buat alignment tayar juga. Dan apa yang dia update selepas dia pergi bengkel tu? Dia pun sama PUAS HATI. Highly Recommended katanya. Alhamdulillah. Terbaik!
Kalau korang nak buat Alignment dekat bengkel Mr Chan ni, boleh la ke bengkel Mr Chan seperti di dalam gambar di bawah. Nak lebih kepastian lokasinya, sila call Mr Chan. Mr Chan sangat friendly, dia akan bagi direction kat korang sampai la korang ke bengkel dia.
MR CHAN
012-3928281
13 Comments
wah bagusnya.. pemeriksaan yang detail..:)
ReplyDeleteThanks IQ..bolehlah pergi buat juga kat sana.
ReplyDeleteDekat Gombak...dekat dengan rumah juju ni tau...wahhh boleh la dtg sini nanti
ReplyDeleteBagus dpt yg bgkel mcm ni.jujur dan bukan utk untung semata2 kan
ReplyDeleteIts nice to see your honesty i like that thank you for sharing.
ReplyDeleteTajawal Coupon Codes
WoW! IQ gi buat kereta kat tempat viral. hehehe.. (thumbs-up)
ReplyDeletesalam IQ,,
ReplyDeletewahh lama giler menunggu tu..kalau yaya meman xdela nuggu lama gitu oi.haha
kat klang pun ade 1 tmpat agak femes jugak.kalau pegi time sbtu ahad mmg xdela..pack giler.agak nak kne tunggu depan pintu sblm dia buka kedai lagi..huhu
Berapa charge IQ? hehe
ReplyDeleteTulah nk tahu juga ni
DeleteTulah nk tahu juga ni
DeletePagi tadi 24.12.2018 aku baru pergi buat alignment kereta kat situ..terbaik memang puas hati...tauke nie peramah..thank you tauke ...next time jumpa lagi waja CBP 3673
ReplyDeletekedai ini memnag harga patut check betul betul teliti walau pun tayar ada paku , saya tak pernah tengok manual ALIGNMENT MACHINE, lagi pakai MEASUARING TAPE untuk ukur, saya betul puas hati sebab explanation Mr chan cukup jelas dan teliti, 100 percent saya akan pergi lagi, ORANG YANG PRO UNTUK ALIGNMENT TYRE DAN CENTER STERRING
ReplyDeletewaa boleh try ni,kereta sy stering pun dh senget dh pun org langgar belakang ituhari,tq coz good information
ReplyDeleteKata ibarat pedang yang tajamnya bisa membunuh lawan..
Kata-kata yang berhikmah menyedarkan kita...
- Bicara Kata, Inteam
(Nyanyi Ke Tu?)