Budak-budak kalau pakai kasut sekolah boleh hancur!
Selalu sangat IQ dengar keluhan ibubapa macam ni dan IQ tak nafikan bila IQ ada anak yang bersekolah rendah ni. Lasak sangat! Kasut mahal macam mana pun mesti hancur jugak sebab kadang-kadang penggunaannya memang sampai ke tahap maksimum!
Dulu, IQ lebih suka memilih kasut sekolah untuk Qa'id ni yang jenis berkulit ataupun PVC. Mestilah kan sebab mudah. Kalau kena air, tak sepenuhnya akan basah. Tak perlu nak basuh, hanya perlu lap lap jer dengan kain basah dan jemur. TAPI....
ANAK LASAK SANGAT SAMPAI...
Anak IQ sangat lasak sampai, hari-hari kasutnya nampak kotor sangat! Berdebu. Memilih material kulit/PVC memang menampakkan lagi kasutnya kotor berdebu. Balik sekolah jer, bila tengok atas bawah, memang geleng kepala dibuatnya. Haih la anak. Lasaknya! Jadinya, tiap-tiap hari perlu dilap kasutnya supaya tak nampak terlampau kotor sepanjang seminggu bersekolah. Leceh betul.
Balik sekolah memang akan comot macam ni, kasut sekolahnya? hurmmm |
Jadinya, IQ dah memilih kasut yang tak ada kulit/PU kali ni! haha! Macam la IQ nak pakai kan? Biasalah mak mak kalau dia yang sakit mata, memang dia la yang cuba ubah semuanya. Yang penting, sedap mata ibumu memandangmu anakku. huhuhu.
Kemain pilih kasut sekolah Pallas kali ni |
PILIHAN KASUT SEKOLAH TERBAIK
IQ pilih Pallas Jazz kali ni untuk kasut sekolah Qa'id pada sesi depan. Pilihan material kali ni of course lah bukan kulit/PU tapi ianya bermaterial kain/span yang tebal berkualiti berserta design velcro strap. Mempunyai 9mm heel cushion dapat menerima hentakan yang lebih kuat dan juga pemakaian kasut dalam tempoh yang lebih lama.
Tapak kasut |
Design Velcro Strap |
Material Span Tebal |
Pandangan sisi |
Nampak kan kualiti kasut Jazz ni macam mana? Memang selesa anak IQ cakap. Tambahan pula insole nya mempunyai arch support yang special, yang dapat mengurangkan tekanan pada kaki ketika memakainya.
Arch Support untuk keselesaan |
Kasut Jazz Pallas ni ringan tau! Serius ringan. Kalau baling pun tak jauh sebab kalau benda ringan kan tak boleh pergi jauh. hihi. Ia terbukti mempunyai extra superlight weight "X-Light" tau! Memang ringan korang, anak pun senang nak lompat-lompat nanti. Haishh, makin melasak ler anak di sekolah nanti. huhu.
Gaya ada dah ni |
Design menarik |
Dengan design low cut, kasut Jazz Pallas ni juga mempunyai sistem pengudaraan yang unik dengan material span. Bukan hanya selesa dan sejuk kaki apabila memakainya, malah jika dibasuh, kasutnya akan cepat kering. Material jenis ni tak kan nampak kotor. Jadi, ibu boleh tersenyum jer lepas ni. hehe.
Material span untuk keselesaan kaki ketika memakainya |
Korang dah cari ke kasut sekolah untuk anak korang? Kalau korang bekerja macam IQ ni, dan tak ada masa nak beli di kedai fizikal, korang boleh juga membeli Kasut Pallas ni menerusi website Pallas iaitu https://www.pallas.com.my/www.pallas.com.my/pallas-product-features. Yang penting, ukur saiz kaki anak betul-betul dalam cm dan ikut garis panduan dalam size chart supaya saiz kaki anak mengikut saiz di dalam chart.
Boleh juga beli kasut Pallas ini di online store Pallas di www.wow2wee.com
Terus bersemangat si anak nak pergi sekolah dengan kasut Pallas barunya |
20 Comments
Comel dah abang nak sekolah... Kasut Pallas mmg Best. Tak rugi beli.
ReplyDeleteHensemnya dia dah besar! Selamat bersekolah hensem boy. Anak Kak Nina pun dah ready kelengkapan sekolah. Kasut Pallas gak
ReplyDeleteCantik kasut dia. Selesa sgt pallas ni kan. Ank cx pon suka
ReplyDeleteKasut pallas mmg tahan lasak, anak Fiza pun pakai Pallas
ReplyDeleteKami pun belikan anak kasut pallas jazz ni.. Selesa dan berkualiti
ReplyDeleteKan best kasut ni berkualiti
ReplyDeletedah beli tuk maira,memang selesa
ReplyDeletecomey je ha dia sengih tu. kemain sonok. hehehe.. mmg selesa kasut ni.. so far beli online pun x rasa menyesal.. pakai setahun jgk la
ReplyDeletePandai dia bergaya! Besar dah nak pi sekolah comel sgt! Kebetulan Abg Qi pun beli kasut Pallas tahun ini tau, yayyy geng la seronoknya. Jom ke sekolah dengan bergaya!
ReplyDeletePallas antara kasut sekolah yang menjadi pilihan ramai .. Kasut legend sejak zaman KakYa sekolah lagi ... Wah bergaya sungguh anak bujang IQ dengan kasut sekolah Pallas ..
ReplyDeleteKemain ensem la abang, bergaya sungguh bila pakai kasut pallas
ReplyDeleteWahhh! Dah ready back to school dengan kasut Pallas nampaknya.
ReplyDeleteAkak memang setia dengan pallas sejak dari zaman sekolah lagi.. sekarang untuk anak-anak pun akak pilih kasut sekolah pallas juga. Kasut sekolah pallas memang terbaik dan tahan lasak!
ReplyDeleteSama pilihan kita IQ . K Sal memang recommended Pallas ni kat geng office sebab berbaloi beli dan tahan lasak sangat
ReplyDeleteSemangat la nak pergi sekolah camni pakai kasut baru! hehe
ReplyDeletesesuailah jenama ni dengan bebudakkan. tahan lasak
ReplyDeleteDah lama tak berkecimpung beli kasut sekolah anak.... tua dah...
ReplyDeleteKasut Pallas memang tahan lasak dan selesa dipakai. Kualiti yang baik dan reka bentuknya yang ergonomik menjadikannya pilihan yang terbaik untuk kasut sekolah atau aktiviti lasak lain. Anak-anak Tini pun suka.
ReplyDeleteDari zaman ccl bersekolah lagi jenama kasut jazz pallas ni memang terkenal . Selesa dipakai & berkualiti
ReplyDeleteNice post thank you Paul
ReplyDeleteKata ibarat pedang yang tajamnya bisa membunuh lawan..
Kata-kata yang berhikmah menyedarkan kita...
- Bicara Kata, Inteam
(Nyanyi Ke Tu?)