Budak-budak kalau pakai kasut sekolah boleh hancur!


Selalu sangat IQ dengar keluhan ibubapa macam ni dan IQ tak nafikan bila IQ ada anak yang bersekolah rendah ni. Lasak sangat! Kasut mahal macam mana pun mesti hancur jugak sebab kadang-kadang penggunaannya memang sampai ke tahap maksimum! 

Dulu, IQ lebih suka memilih kasut sekolah untuk Qa'id ni yang jenis berkulit ataupun PVC. Mestilah kan sebab mudah. Kalau kena air, tak sepenuhnya akan basah. Tak perlu nak basuh, hanya perlu lap lap jer dengan kain basah dan jemur. TAPI....

ANAK LASAK SANGAT SAMPAI...

Anak IQ sangat lasak sampai, hari-hari kasutnya nampak kotor sangat! Berdebu. Memilih material kulit/PVC memang menampakkan lagi kasutnya kotor berdebu. Balik sekolah jer, bila tengok atas bawah, memang geleng kepala dibuatnya. Haih la anak. Lasaknya! Jadinya, tiap-tiap hari perlu dilap kasutnya supaya tak nampak terlampau kotor sepanjang seminggu bersekolah. Leceh betul.

Balik sekolah memang akan comot macam ni, kasut sekolahnya? hurmmm


Jadinya, IQ dah memilih kasut yang tak ada kulit/PU kali ni! haha! Macam la IQ nak pakai kan? Biasalah mak mak kalau dia yang sakit mata, memang dia la yang cuba ubah semuanya. Yang penting, sedap mata ibumu memandangmu anakku. huhuhu.

Kemain pilih kasut sekolah Pallas kali ni

PILIHAN KASUT SEKOLAH TERBAIK

IQ pilih Pallas Jazz kali ni untuk kasut sekolah Qa'id pada sesi depan. Pilihan material kali ni of course lah bukan kulit/PU tapi ianya bermaterial kain/span yang tebal berkualiti berserta design velcro strap. Mempunyai 9mm heel cushion dapat menerima hentakan yang lebih kuat dan juga pemakaian kasut dalam tempoh yang lebih lama.

Tapak kasut 

Design Velcro Strap

Material Span Tebal

Pandangan sisi

Nampak kan kualiti kasut Jazz ni macam mana? Memang selesa anak IQ cakap. Tambahan pula insole nya mempunyai arch support yang special, yang dapat mengurangkan tekanan pada kaki ketika memakainya.

Arch Support untuk keselesaan

Kasut Jazz Pallas ni ringan tau! Serius ringan. Kalau baling pun tak jauh sebab kalau benda ringan kan tak boleh pergi jauh. hihi. Ia terbukti mempunyai extra superlight weight "X-Light" tau! Memang ringan korang, anak pun senang nak lompat-lompat nanti. Haishh, makin melasak ler anak di sekolah nanti. huhu.

Gaya ada dah ni
Design menarik

Dengan design low cut, kasut Jazz Pallas ni juga mempunyai sistem pengudaraan yang unik dengan material span. Bukan hanya selesa dan sejuk kaki apabila memakainya, malah jika dibasuh, kasutnya akan cepat kering. Material jenis ni tak kan nampak kotor. Jadi, ibu boleh tersenyum jer lepas ni. hehe.

Material span untuk keselesaan kaki ketika memakainya

Korang dah cari ke kasut sekolah untuk anak korang? Kalau korang bekerja macam IQ ni, dan tak ada masa nak beli di kedai fizikal, korang boleh juga membeli Kasut Pallas ni menerusi website Pallas iaitu https://www.pallas.com.my/www.pallas.com.my/pallas-product-features. Yang penting, ukur saiz kaki anak betul-betul dalam cm dan ikut garis panduan dalam size chart supaya saiz kaki anak mengikut saiz di dalam chart.

Boleh juga beli kasut Pallas ini di online store Pallas di www.wow2wee.com 


Terus bersemangat si anak nak pergi sekolah dengan kasut Pallas barunya