Advertisement

Responsive Advertisement

Madu Saffron Tingkatkan Imuniti Badan, Bagus Untuk Dalaman

Siapa pernah dengar tentang Saffron? IQ berminat sangat dengan Saffron ni walaupun belum pernah mencubanya, namun hasrat hati untuk mencubanya amatlah tinggi. Seperti mana sesiapa yang pernah membaca tentang khasiat saffron ni mesti berlumba-lumba ingin mencarinya.

Tapi Saffron ni bukanlah mudah untuk dicari. Di Malaysia sendiri tiada pengeluaran Saffron dijalankan disebabkan Saffron tidak sesuai ditanam di Malaysia disebabkan cuacanya. Kebanyakan saffron ditanam di kawasan bersuhu sederhana dan tanah tinggi seperti yang terletak di negara Timur Tengah. Oleh kerana Saffron ni diimport, semestinya harganya bukanlah murah seperti bahan-bahan yang lain.

Saffron yang terdapat di pasaran terhasil daripada pengeringan stigma Bunga Saffron. Saffron juga merupakan satu rempah ratus bermutu tinggi dan paling mahal. Bayangkan 50-60 Bunga Saffron hanya dapat menghasilkan satu sudu besar Saffron sahaja. 

Kenapa Saffron dikatakan berkhasiat?

Menurut satu kajian, Saffron berupaya meningkatkan sistem kardiovaskular dengan sihat. Untuk yang ingin berdiet, Saffron boleh mengawal rasa lapar dan memberikan rasa kenyang. Terus terbuka mata para wanita semua yer. Terus berlumba-lumba ahkak-ahkak nak cari Saffron lepas ni. hihi.

Madu Saffron Menajamkan Minda

Baru-baru ni IQ try satu produk baru, dan akhirnya IQ dapat merasai keunikan rasanya Saffron. Ia adalah Madu Saffron yang terhasil daripada ramuan Madu Hutan Asli dan Pati Saffron Asli serta air Zam Zam memberikan satu makanan tambahan terbaik untuk menajamkan minda.

Kandungan Saffron yang digunakan di dalam Madu Saffron adalah daripada perapan helaian bunga Saffron yang berkualiti tinggi dan diimport dari Iran. Setiap 300g pek botol madu Saffron mempunyai 1 gram pati Saffron asli. Betapa tinggi nilai Saffron ni dan susah untuk didapati.

Tekstur Madu Saffron ni sederhana pekat dan berwarna madu perang gelap. Apabila dibancuh dengan air, warna air akan berubah menjadi kekuningan disebabkan warna asal Saffron itu sendiri. 

Info Menarik Tentang Madu Saffron

100% Madu Hutan Asli
100% Pati Saffron Asli
100% Kualiti Tinggi Saffron yang diimport dari Iran
Tanpa perasa tambahan

Kebaikan Mengamalkan Madu Saffron

  • Menenangkan hati dan fikiran
  • Menguatkan ingatan dan menajamkan fikiran
  • Meningkatkan imuniti badan
  • Menghilangkan rasa resah gelisah
  • Memberikan tidur yang lesan pada waktu malam
  • Melegakan sakit sendi

Cara pengambilan Madu Saffron


  1. Tajamkan fikiran - Minum 2 sudu pada waktu pagi selepas sarapan. Sesuai untuk kanak-kanak dan dewasa.
  2. Amalan harian - Ambil 3 sudu dan dibancuh dengan sebotol air putih. Boleh diminum sepanjang hari
  3. Tenangkan diri - Diambil apabila perlu. Bancuh 3 sudu madu dengan secawan air sejuk, kacau sehingga sebati lalu diminum sehingga habis.
  4. Masalah sendi dan hendak tidur malam dengan lena - Minum 1 sudu setengah jam sebelum tidur, Selepas itu, minum air segelas.
  5. Boleh diamalkan seperti madu-madu lain bagi mereka yang biasa amalkan madu sebagai rutin harian.

Pendapat IQ tentang Madu Saffron

Untuk IQ yang pertama kali merasai keunikan rasa Saffron, sedap! Rasa manisnya tidak seperti madu-madu lain kerana ianya telah dicampur dengan pati Saffron yang memberikan rasa yang amat unik. Namun, IQ nak try amalkan pada setiap pagi bagi menajamkan akal fikiran. Anak-anak IQ pun akan diberi makan Madu Saffron ni supaya lebih cerdas. InsyaAllah.


Harganya berbaloi dengan rasa dan kandungan yang terdapat di dalam Madu Saffron ni. Mana nak cari satu ramuan yang lengkap macam ni kan? Bagi sesiapa yang ingin mendapatkan Madu Saffron ni, boleh pergi ke link di bawah dan dapatkannya di sana! 

Post a Comment

0 Comments