Advertisement

Responsive Advertisement

Anak Nak Kasut Jazz Pallas Lagi Untuk Sesi Sekolah Akan Datang!

Sesi 2023/2024 akhirnya melabuhkan tirainya awal bulan 2 yang lepas. Sebulan cuti sekolah ni, si anak dah mula bagitahu nak kasut sekolah baru memandangkan kasut sekolah sedia ada dah lusuh. Biasalah budak lelaki kan, alangkan kalau budak perempuan sekalipun mesti kasutnya akan habis dimakan waktu. Setahun penggunaan kasut sekolah sekarang terasa lama lah tu, sebab ada kasut sekolah tak tahan lama pun, hanya beberapa bulan dah kena beli baru. 

Biarpun si anak baru nak menginjak ke Tahun 3 sesi persekolahan akan datang, dia dah pandai demand yer nak kasut dan baju yang berkualiti. Nak yang selesa dipakai, baru seronok pergi ke sekolah katanya. Sebagai ibu, semestinya IQ nak yang terbaik untuk anak. Pilihan anak diutamakan, kalau pilihan mereka tak diambil kira, mahunya muncung sedepa dan langsung tak ada mood nak ke sekolah. 

Si anak dah berpesan pada IQ sewaktu berbincang tentang barangan sekolah. Dia nak kasut seperti yang dia ada dan pakai sesi yang lepas. Terus IQ teringat satu kasut yang itu...YA! IQ pernah ceritakan di sini. Semestinya pilihan Qa'id tahun ni tetap Kasut Jazz Pallas yang selesa dipakai seharian di sekolah.

Bila bertanya kepada dia, kenapa suka sangat dengan Kasut Jazz Pallas ni? Jawapan utamanya adalah RINGAN! Yer, Kasut Jazz Pallas ni ringan tau! Anak IQ pula sangat aktif, bila melihat dia pakai dan bergerak aktif, IQ pasti dia sukakan kasut tu. 

Ciri-ciri Kasut Jazz Pallas Yang Memikat Hati Si Anak



  • Material Diperbuat Daripada Span Menjadikan Keselesaan Yang Maksima!
Kasut Jazz Pallas ni ringan disebabkan materialnya yang tak tebal. Diperbuat daripada span dan juga merupakan material yang mudah dibasuh, menjadikan kasut ni ringan dan selesa dipakai. Tambahan pula, dengan material span yang digunakan, sistem pengudaraan pada kasut Jazz Pallas ni sangat baik. Kaki anak IQ akan berasa SELESA dan tidak panas ketika memakainya.

  • Design Velcro Strap
Untuk kanak-kanak, design Velcro Strap yang terdapat pada kasut Jazz Pallas ni amat memudahkan mereka untuk memakainya. Tidak perlu masa yang banyak untuk memakainya. IQ pun suka design macam ni untuk anak IQ pakai sebab mudah sangat. Sesuai dengan faktor umur dia, budak-budak kan? Mesti tak suka benda yang renyah.



  • Special Arch Support Insole
Selalunya part dalam kasut jarang anak-anak ni nak ambil peduli, padahal bila mereka pakai, bahagian insole yang mainkan peranan penting untuk penjagaan tumit dan keseluruhan kaki. Nak melompat, nak berlari, insole yang terbaik diperlukan. Kasut Jazz Pallas ni mempunyai Special Arch Support yang menjaga tumit kaki dengan baik. Anak-anak yang aktif semestinya memerlukan kasut yang ada special arch support, barulah kaki anak-anak tidak cedera ketika menjalankan sebarang aktiviti di sekolah.


  • Tapak Kasut Extra Superlight Weight "X-Light"
Yang part ni memang paling best sebab tapak kasutnya sangat sangat ringan disebabkan material yang digunakan adalah material Extra Superlight Weight "X-Light". Material ni menjadikan kasut Jazz Pallas ni tersangat ringan tau! Tak macam kasut brand lain yang mempunyai tapak yang agak berat. Sesetengah orang suka tapak yang berat tapi bagi IQ, kenapa nak biarkan anak pakai kasut yang berat sedangkan mereka perlu bergerak ke sana sini di sekolah, kan? So, tapak kasut Jazz Pallas ni yang paling best setakat yang IQ pernah jumpa selama ni.



IQ bukan nak overclaim tentang kasut Jazz Pallas ni tapi sebab anak IQ pernah merasai pakai kasut ni dan nak repeat pakai kasut ni lagi untuk sesi sekolah seterusnya, sooo...why not IQ share kan kat korang pilihan Kasut Sekolah Yang Terbaik yang korang boleh pilih kan? So, this is one of the best option for me. Korang patut bagi anak-anak korang rasa apa yang anak IQ rasa. Mesti dorang pun suka!




Psstt!! By the way, Pallas sedang mengadakan CONTEST BACK TO SCHOOL yang boleh memberi peluang korang memenangi wang tunai RM3000 tau! Beserta Voucher yang bernilai RM100! Beli mana-mana produk Pallas dan menang wang tunai! Siapa tau tuah di kaki kan?  Borang penyertaan boleh didapati di laman web Pallas, Facebook atau Instagram Pallas. 



Kalau korang susah nak beli dekat kedai fizikal, actually korang boleh beli online Kasut Jazz Pallas ni dekat Online Store di link di bawah, Okay?


Post a Comment

0 Comments