Advertisement

Responsive Advertisement

Beli Kelengkapan Sekolah Anak-anak di Pusat Pakaian Hari Hari, Semua Ada!

Da hampir 2 minggu anak-anak cuti sekolah kan? Pening tak mak ayah bila anak-anak tak sekolah? Lagi pening kan bila fikir nanti anak nak masuk sekolah, kelengkapan sekolah dah sedia ke belum? Alamak!! IQ pun pening ni! 

Tapi IQ tak perlu risau pun sebab setiap tahun IQ tahu macam mana nak jimat dan shopping barang sekolah anak dengan bijak. Mestilah shopping kelengkapan sekolah dekat Pusat Pakaian Hari-Hari!

Apa yang best sangat dekat Hari-Hari tu?

Setiap tahun Pusat Pakaian Hari Hari akan mengadakan Kempen Back To School, bila ada kempen macam ni, semestinya menjadi tempat pilihan utama IQ untuk membeli belah kelengkapan sekolah anak. Paling best, dekat Hari Hari semuanya ada! One stop centre yer! Daripada baju sekolah, sampailah alat tulis untuk bawak ke sekolah pun ada dijual tau. Tak percaya? Mari kita tengok!

Beli Kelengkapan Baju Sekolah di Hari Hari

IQ pergi ke Hari-hari cawangan Bukit Mertajam, Pulau Pinang tempoh hari. Sanggup yer pergi jauh keluar pulau untuk cari kelengkapan di Hari-hari ni. Macam tahun lepas, IQ memang plan nak beli baju sekolah Qaid di sini lagi untuk sesi baru ni. Sebab baju sekolah yang digunapakai oleh Qa'id sangat tahan yer, jahitannya kemas, dan kainnya tahan lasak. Qaid pakai baju sekolah dari Hari-hari brand Johny Jeny sejak tahun 1 lagi, memang masih elok kainnnya, tahan dari koyak. 

Brand Favourite

Lepas sunat, terus meninggi si sulung ni, kena lah beli seluar lebih sikit

Selain daripada baju sekolah, terdapat juga baju sukan. Kementerian Pendidikan juga telah menggariskan pemakaian uniform sekolah dan baju sekolah dengan balance bagi setiap pelajar sekolah. So, nak tak nak kena cari baju sukan juga untuk kali ni. Tapi tak perlu risau, dekat Hari Hari pun ada dijual baju sukan. T Shirt kemeja putih atau pun basic T Shirt ada terdapat di Hari Hari dan juga pelbagai design dan saiz  seluar sukan untuk anak-anak pilih. Mak ayah yang teringin nak berjogging pun, boleh beli seluar sukan dekat Hari-Hari, sebab saiznya available sampai golongan dewasa. IQ dah tengok hari tu, memang ada seluar yang besar dari saiz IQ ni. Terbaik.


Seluar sukan banyak betul, macam-macam saiz ada! Dari kanak-kanak 2 tahun hinggalah dewasa

Baju sekolah pelbagai kriteria yang boleh dipilih, ada lengan panjang dan pendek, 

Vest untuk akak abang pengawas

Baju sekolah ikut warna jawatan sekolah pun ada

Boleh nak try dulu, ikut badan ke tak....


Disebabkan Qa'id ni lasak sangat, kasut sekolah kena da dua pasang. Hari tu atoknya dah belikan sepasang, so IQ nak beli lagi satu pasang. Design kasut sekolah yang ada di Hari-Hari mengikut design terkini tau! Material foam pada bahagian tapak menjadikan kasut sekolah lebih ringan daripada design kasut sekolah sebelum ni. Memang ringan yer! Ikut design kasut sukan yang terkini di mana mostly tapak kasut menggunakan material foam supaya lebih ringan dan selesa dipakai. Harganya berbaloi, tak lebih RM50 pun sepasang. Memang IQ grab design ni untuk Qa'id agar mudah dia nak bergerak di sekolah nanti. 

Kasut ni la yang IQ cakap tu, serius tapak dia selesa, ikut design tapak kasut terkini

Bila dah berkenan terus nak cuba. Dah cuba, terus nak ajerrr


Selain baju sekolah, baju sukan, dan kasut sekolah, terdapat juga alat tulis, tali pinggang, vest, botol air, face mask dan juga stoking untuk dipilih oleh anak-anak. Beg sekolah jangan dilupa. Macam-macam design dan bentuk boleh dipilih mengikut citarasa anak-anak. 

Banyak pilihan botol air
Beli songkok untuk sekolah agama

Alat Tulis jangan lupa
Kotak pensil sekarang pun macam-macam design

Anak-anak tengok mesti rambang mata, cantik-cantik semuanya
Yang ni eksyen nak beg spiderman
Facemask pun boleh beli dekat Hari Hari, murah jer!


Untuk shopping barang sekolah Qa'id kali ni termasuklah:
  • Sepasang baju sekolah
  • Sepasang baju sukan
  • Sepasang kasut sekolah hitam
  • 2 pasang stokin
  • Songkok
  • Pakaian Dalam
  • Alat Tulis
  • Botol air
  • 1 kotak Facemask

Staf Hari Hari Friendly!

Staf dekat Hari Hari ni pun sangat membantu dan friendly. Sedia menolong jika kita nak bertanya apa-apa. Mesra sangat. Kita nak membeli pun seronok. 
Pilih pakain dalam untuk Qaid
Staf sudi tolong cari saiz yang dikehendaki

109 Cawangan Hari Hari Di Seluruh Semenanjung Malaysia!

Mudah betul bila Pusat Pakaian Hari Hari ni ada 109 cawangan di seluruh Malaysia tau! Tak percaya boleh tengok 109 cawangan Hari Hari dekat sini. Teringat IQ masa pertama kali anak sulung IQ masuk sekolah, masa tu masih tinggal di Terengganu, Terengganu pun ada cawangan Hari Hari tau! Senang sangat nak beli baju sekolah masa tu bila ada cawangan Hari Hari di serata Malaysia. Boleh baca pengalaman pertama IQ dengan Hari Hari dekat sini.

Pada korang yang mungkin ada kekangan masa untuk beli baju sekolah anak-anak, jangan risau! Hari Hari ada laman website mereka yang memudahkan korang shopping kelengkapan anak ke sekolah. Nak mudah lagi, dekat Shopee dan Lazada pun ada. Sekarang kan dunia di hujung jari, tapi bila beli barang online ni, WAJIB make sure saiz badan anak dan kelengkapan sekolah anak tu sama. Kalau tak, tak pasal-pasal kena ulang kali tukar. Jangan risau, boleh tukar kalau silap. Yang penting ada bukti pembelian. okay?
Kalau tersalah beli saiz, boleh tukar!
Settle dah barang sekolah Qaid, terima kasih Hari Hari!

Korang jangan lupa shopping barang sekolah anak dekat Hari Hari tau! Pergi cepat sebelum saiz banyak habis. Tahun lepas IQ pergi lambat, saiz yang IQ nak ada yang dah habis! Terpaksa beli brand lain. Hari yang IQ pergi hari tu pun orang ramai shopping barang sekolah anak-anak dorang. Memang ramai yang suka membeli belah di Hari Hari ni. Berbaloi baloi.





Post a Comment

0 Comments