Advertisement

Responsive Advertisement

Tak Semua Yang Dipamerkan Itu Indah

 Lama tak menulis coretan. Nak cerita macam-macam tapi kadang-kadang rasa tak sesuai. Pernah kan rasa macam tu? Lagi-lagi bila meningkat umur, sharing everything is not the main purpose of lifestyle right now. 

Tahun ni menginjak umur 3*. Terasa macam eh....cepat betul umur ni bertambah. Masa seakan cepat kan berlalu? Pejam celik anak dah nak masuk sesi sekolah baru, setahun berlalu, pejam celik juga...tak lama lagi kita akan melalui bulan Ramadhan lagi. Cepatnya masa berlalu pergi...rasa macam semalam baru beraya rumah sanak saudara di Perak sana. 

Life is hectic. Nak hadapi kerjaya dan rumahtangga sekaligus memang bukan mudah. Lagi seronok jadi suri rumah sebenarnya tapi komitmen semasa tak membenarkan. huhu. Well, banyak benda dah berlaku kan sejak tahun 2021, 2022, 2023 which are really affect my whole life. Sedih bila kenangkan semua tu berlaku tapi IQ tahu semua tu berlaku dengan sebab.

Dan bila IQ menaip di sini, pasti ada yang membacanya. Memang menaip untuk dibaca kan? Hidup kalau mudah macam tu alangkah indahnya. Macam dulu, menulis tanpa fikirkan orang lain yang membaca, tapi sekarang, nak taip panjang-panjang, nak cerita macam-macam tapi terpaksa padam balik. Sebab rasa tak sesuai, terlalu exposed, dan mungkin boleh sakitkan hati mereka yang rasa tersakiti? Mungkin. I dont know. Penyakit ain kan ada? 

Dalam kita tak terniat nak bercerita dengan sungguhnya, ada yang tak sengaja tersakiti. Padahal kita tak cerita pasal dia pun. Mungkin tak suka tengok orang bahagia, gembira, ceria menghadapi kehidupan semasa, hasad dengki tu mungkin ada. Itu yang tiba-tiba terkesan pada orang yang tak bersalah. Kalau terasa, maaflah. Tapi kenapa awak nak terasa? Awak ada masalah dengan saya ke? Tanya je ni.

IQ suka sangat tengok life orang dapat achieve something new. Rezeki mereka. Dapat pergi haji di usia muda, dapat beli rumah setelah bertahun mencuba, dapat pergi ke luar negara explore negara orang. Seronok kot tengok kenalan semua yang dapat buat semua tu. Rasa nak jadi macam dorang walaupun IQ tahu rezeki IQ di tahap mana sekarang. Mungkin ada, dan mungkin bukan sekarang. InsyaAllah, one fine day. Banyak dugaan dan ujian Allah SWT beri hingga kini ni tandanya Allah sayang kan? InsyaAllah, my lil family will get through it....

Till then, bai

Post a Comment

0 Comments