Advertisement

Responsive Advertisement

Kata-kata Itu Terlampau Tajam!

Dah nak masuk tahun baru. Tahun 2019 bakal tiba beberapa hari sahaja lagi. Kadang rasa macam bersedia nak hadapi tahun baru tapi dalam masa yang sama rasa cuak plak. huhu.

Tahun 2018 beri seribu satu peristiwa untuk IQ. Suka duka pahit manis semua ada. Tahun yang banyak bagi pengajaran untuk diri IQ dan keluarga IQ. Dalam keadaan IQ seorang yang berstatus ibu tunggal, sedikit sebanyak bagi kesan dalam kehidupan IQ, sama ada baik ataupun buruk, semua ada!

Tak semua pandangan orang buruk tentang seseorang berstatus janda ataupun ibu tunggal. Ada yang bersimpati dan ada juga yang risau. Risau kot2 suami dorang dikacau seseorang berstatus macam IQ ni. Maaflah kalau IQ terkacau sebelum ni. Harap sangat tak terlibat dengan seseorang berstatus laki orang. Sebab tahu keadaannya tak seindah yang disangka.

Sepanjang 2018 ni, banyak yang dah berlaku. Kalau ikut hati, memang dah penat. Penat jaga hati orang instead of jaga hati sendiri. Apatah lagi, tiada siapa nak backup diri IQ sebelum ni, rasa macam diri ni tak ada tempat pergantungan. Tiada yang mampu bagi tangan untuk IQ berpegang kuat dengan apa yang IQ rasakan tindakan IQ betul. 

Dan apabila IQ dah punyai sokongan yang kuat, tak semudah tu orang akan terima pendapat IQ. Dibalas dengan kata-kata yang mengguris hati. Dibalas seakan tiada kebaikan yang pernah ditaburkan. Pedih juga bila semua ni berlaku. Bukan nak berdendam, tapi teringat. Sebab itu, kata-kata itu tajam. Ibarat pisau. Jangan dihamburkan tanpa akal yang waras. Berfikir dahulu sebelum berkata-kata. 

Moga tahun baru ni berikan 1001 peristiwa yang manis2 buat IQ. Moga ada sinar bahagia untuk IQ dan Qa'id nanti. IQ dah penat layan perasaan orang, IQ nak pentingkan diri pulak lepas ni. Penat fikirkan hati orang sampai lupa hati sendiri. 

Maaflah, IQ dah lain. Sebab IQ dah penat. Kalau tak ditindas seperti dulu, tak ada IQ jadi seperti ini. Bukan mudah IQ nak sampai ke tahap ini, tapi disebabkan IQ dah tahan sekian lama, ini yang akan IQ lakukan. Jika tindakan IQ ni buatkan sesetengah pihak tak senang hati, tapi ketahuilah, ini yang korang harus terima dari dahulu lagi. Cukup IQ bagi muka sebelum ni, dan please hormat kehendak IQ.

Kadang tak terluah rasa hati seperti disekat2. Tapi disebabkan makin lama dipendam, makin sakit rasa hatinya. Maka inilah tulisan IQ untuk penutup 2018. Moga tahun baru yang bakal menjelma nanti, berikan kita peluang yang baru, azam yang baru dan InsyaAllah, kehidupan yang lebih baik. 

Sekian.

Post a Comment

6 Comments

  1. Semoga tahun 2019 nanti membuka lembaran baru yg lebih indah buat IQ dan kita semua

    ReplyDelete
  2. xsabar nak tgk gambar hari bahagia IQ..:)

    ReplyDelete
  3. ada benda aku nk cerita kt ko. do emel me..

    ReplyDelete
  4. Good luck IQ untuk tahun 2019. Semoga dipermudahkan Allah swt dalam semua urusan.

    ReplyDelete
  5. Izyan, bab jaga hati org ni mcm tu la...kdg2 timbal balas tu tak seperti kita harapkan...sekarang ni izyan set di fikiran buat apa pun sebab Allah...bukan sebab pujian manusia apatah lagi nak harap orang lain layan kita seadilnya...susah sgt susah...kalau ada pun ia sangat ajaib...moga izyan lebih berbahagia sekarang...tahniah bina masjid... :)

    ReplyDelete
  6. Asalam etuza dah follow blog ni ya

    ReplyDelete

Kata ibarat pedang yang tajamnya bisa membunuh lawan..
Kata-kata yang berhikmah menyedarkan kita...
- Bicara Kata, Inteam

(Nyanyi Ke Tu?)