Thursday, October 18, 2018

"Bila Qa'id Dah Besar Nanti Kan..."

Pagi ni masa tengah siap-siapkan si Qa'id sebelum hantar ke rumah pengasuh, IQ bercakap dengan si Qa'id ni. Kebiasaan pagi-pagi memang akan tukar pampers dia, basuh badan dia sikit, nak mandikan pengasuh tak bagi. Konon nak bagi erat hubungan pengasuh dan anak asuhan katanya biarlah pengasuh mandikan...kalau ikutkan dulu2 memang IQ mandikan siap-siap.

Ibu: Qa'id, nanti Qa'id dah besar....dah pandai pilih makanan yang Qa'id suka, Qa'id cakap nak makan apa tau? Nanti ibu masak.

Qa'id: Nasi! Nasi!

Ibu: Nasi? Suka makan nasi? Macam Arwah Ayah sangat awak ni. Haha!

Dialog pendek tapi cukup buat IQ tergelak. Qa'id sekarang makin petah bercakap even tak banyak lagi perkataan yang dia fasih. Bila dengar dia sebut nasi tadi, tahu sangat la dia memang suka nasi. Sengaja IQ bertanya dekat Qa'id sebab kadang-kadang IQ pun buntu nak bekalkan makanan apa dekat pengasuh untuk Qa'id makan.

Setiap hari bekalkan makanan?

Yup! Sebab dulu Qa'id ada masalah alah dengan makanan seperti ayam, seafood, telur apa semua tu disebabkan masalah eczema dia. Tapi sejak dia dah genap dua tahun pada tahun lepas, Qa'id dah boleh makan ayam dan telur. Seafood masih dalam pemantauan. Kadang-kadang eczema dia memang akan naik kalau makan seafood ni.

So, kena la bekalkan nasi dekat dia hari-hari! haha! Suka nasi betul budak ni. Jenuh ibu pikir lauk apa yang sesuai untuk dia makan. Kadang-kadang selang seminggu mesti ada lauk yang sama. Nak jugak try lauk lain kan? Dua hari lepas masak Kurma Ayam, semalam masak Kuey Teow Goreng, Qa'id macam kurang sikit dan hari ni IQ masakkan Sup Ayam. Harap-harap banyak la dia makan.

Ok done celoteh ibu Qa'id pagi ni. Till then, bai!
Qa'id dan Pak Su (Adik Arwah Suami yang paaaaling bongsu) Muka macam Arwah. 

10 comments:

  1. Bersemangat Qaid sebut nasi ya..

    ReplyDelete
  2. mesti comel dengan pelat2 dia tu.. sebut nasi 'aci..aci' hahaha

    ReplyDelete
  3. Comel Qaid. Semoga membesar menjadi anak yang soleh.

    ReplyDelete
  4. Macam lama sangat tak baca blog akak.. Besar dah qaid.. :D

    ReplyDelete
  5. hello mas numpang gabung .. hehehe

    ReplyDelete
  6. Nanti kita jumpa, kita g makan nasi taw Qa'id. Hee..

    ReplyDelete
  7. memang mak2 selalu ada masalah nak fikir makanan apa nak masak kan hahaha.airah pun nanti dah ada anak pening nak fikir masak apa.sekarang pun dah pepening

    ReplyDelete
  8. untung Qaid dapat ibu yang rajin masak untuk dia hehe

    ReplyDelete
  9. dah petah bercakap qa'id ni. sikit lagi akan masuklah fasa 'banyak tanya soalan'. hehe.. comey qa'id

    ReplyDelete

Komen Sepatah Dua Kata