Menunaikan Haji di Kota Suci Mekah Al-Mukarramah merupakan impian setiap umat Islam. Namun IQ pasti tak semua mampu ke sana kerana belanja untuk menunaikan umrah sekali pun menelan ribuan Ringgit untuk seorang. Apa-apa pun jika ada usaha dan peluang, InsyaAllah impian setiap umat Islam itu bakal tercapai.
Tapi nak ke Tanah Suci Mekah, perlulah menggunakan agen atau
saluran yang betul. IQ banyak terbaca kes Jemaah Haji terkandas di lapangan
terbang disebabkan tertipu dengan agen travel yang menipu duit Jemaah dengan
menggunakan Visa Melancong, bukan Visa Haji seperti kebiasaan Jemaah Haji
dapat. Penting yer cek agen travel yang berdaftar dengan Lembaga Tabung Haji.
Salah satu agen pengurusan Haji yang dipercayai adalah MKM Ticketing Travel
& Tours.
MKM Travel Pengelola Jemaah Haji Yang Sah!
MKM Travel merupakan pengelola Jemaah Haji yang sah dan
berdaftar dengan MOTAC. MKM Travel juga pengelola Haji yang sah di bawah
Lembaga Tabung Haji Malaysia dan mempunyai pengalaman menguruskan Jemaah Haji
dan Umrah lebih 13 tahun dari Malaysia ke Tanah Suci Mekah.
MKM Travel mempunyai pembimbing ibadah Haji yang berilmu dan
berpengalaman di mana sentiasa menjaga kebajikan Jemaah dan berusaha memastikan
perjalanan ibadah Haji yang tersusun. Pengurusan yang cekap juga bermula
daripada mula pendaftaran sehinggalah ke lapangan terbang semasa pergi dan
balik.
Pakej Haji Premium 2025
Pakej Haji 2025 yang premium dan terkini mempunyai beberapa
pakej haji termasuklah;
a) Pakej Salam
Pakej Salam ni bermula dengan harga bermula
RM54,900 selama 40-45 hari. Para Jemaah akan disediakan Khemah Muassasah
(Muassim) ketika di Mina, Rayannah Hotel di Mekah yang jaraknya +/- 400m dari
Dataran Masjidil Haram dan Millenium AL-Aqeeq yang jaraknyua +/- 50m dari
Dataran Nabawi.
b) Pakej Salam Plus
Pakej Salam Plus ni bermula dengan harga bermula RM58,000
selama 30+/- hari. Para Jemaah akan disediakan Khemah Muassasah ketika di Aziziyah
(Jarak ke Dataran Mina +/- 400-500m) dan V12 AL-Arabia Hotel untuk yang bilik
berempat, Maysan Al-Mashaer di Mekah yang jaraknya +/- 430m dari Dataran Masjid
Al-Haram dan Worth Peninsula yang jaraknya +/- 300m dari Dataran Masjid Nabawi.
c) Pakej Menara Jam
Pakej Menara Jam ni pula bermula dengan
harga RM75,900 selama 40-45 hari. Para Jemaah akan disediakan Khemah Muassasah
ketika di Aziziyah (Jarak ke Dataran Mina +/- 400-500m) dan Al-Maqam Suites, Movenpick
Hajar di Mekah yang jaraknya +/- 50m dari Dataran Masjid Al-Haram dan Millenium
Al-Aqeeq yang jaraknya +/- 50m dari Dataran Masjid Nabawi.
d) Pakej Safa
Pakej Safa ni bermula dengan harga
RM115,000 selama 21 hari. Para Jemaah akan disediakan Khemah Muassasah ketika
di Aziziyah (Jarak ke Dataran Mina +/- 400-500m) dan Al-Maqam Suites, Marwa
Rayhaan Rotana di Mekah yang jaraknya +/- 50m dari Dataran Masjid Al-Haram dan Millenium
Al-Aqeeq yang jaraknya +/- 50m dari Dataran Masjid Nabawi.
e) Pakej Firdaus
Pakej Firdaus ni bermula dengan
harga RM275,000 selama 18 hari. Para Jemaah akan disediakan Khemah Muassasah
ketika di Aziziyah (Jarak ke Dataran Mina +/- 400-500m) dan Al-Maqam Suites, Dar
Tawhid Intercont. di Mekah yang jaraknya +/- 10m dari Dataran Masjid Al-Haram
dan Oberoi Medina yang jaraknya +/- 10m dari Dataran Masjid Nabawi.
Kenapa Perlu Pilih MKM Travel Untuk Haji Anda?
- - Umrah Tambahan – Jemaah akan dibawa ke Miqat bagi Umrah Tambahan ketika Ziarah
- - Jarak Hotel – Jarak Hotel ke Masjid yang dekat dengan mempunyai ruang legar, dewan makan dan Pejabat Urusan yang memudahkan urusan Jemaah.
- - Kargo – Perkhidmatan Kargo disediakan di hotel Mekah dan Madinah
- - Takaful – Pelan Perlindungan Takaful berkelompok disediakan. (Tertakluk pada terma dan syarat syarikat Takaful
- - Kursus Haji – Kursus Haji Intensif di Malaysia dan ulangkaji di Mekah. Kursus secara online juga disediakan.
- - Sajian Makanan – Masakan secara buffet Asia 3 kali sehari di Mekah dan Madinah.
Siapa yang layak mengikut pakej Haji MKM Travel?
Kategori 1: Mereka yang telah mendapat
tawaran haji.
Kategori 2: Mereka yang masih menunggu
giliran dan ingin membuat rayuan.
Kedua-dua
kategori diatas layak untuk mendaftar pakej Haji MKM Travel.
Ramai yang telah mengikuti pakej haji yang dikelolakan oleh
MKM Travel dan lebih 100,000 jemaah Haji dan Umrah telah diuruskan. 98.5%
daripada kesemua Jemaah berpuas hati dengan pengurusan dan layanan yang
diberikan termasuklah beberapa orang selebriti seperti Alif Satar, Faizal Tahir
dan sebagainya.
Untuk yang berminat untuk mengikuti pakej Haji yang
ditawarkan oleh MKM Travel ini, boleh menghubungi mereka di link dan laman web
di bawah.
MKM
TICKETING TRAVEL & TOURS SDN BHD
Telefon :
03-7831 6740 / 03-7831 3740 / 019-700 0079
E-mel : haji@mkm.my
Laman Web : http://www.mkm.my/
0 Comments
Kata ibarat pedang yang tajamnya bisa membunuh lawan..
Kata-kata yang berhikmah menyedarkan kita...
- Bicara Kata, Inteam
(Nyanyi Ke Tu?)