Advertisement

Responsive Advertisement

Masalah Jeragat - Perlu Amalkan 2 Cara Control & Protect Yang Best Ni

Siapa ada masalah jeragat? Jeragat ni nampak comel jer kan, acah2 macam kulit orang putih je nak ada jeragat, tapi korang tau tak kalau jeragat ni terlampau banyak, korang mekap macam mana pun, kesan jeragat tu susah nak cover, betul tak? Mesti mekap pun jadi tak cantik dan jelas nampak kesan jeragat pada kulit muka tu.

Apa yang menyebabkan jeragat ni sebenarnya yer? Tak semua orang ada masalah jeragat ni sebab kulit muka masing-masing kan berbeza. Tapi bila korang terdedah dengan sinar UV yang terlampau banyak apabila berada di luar rumah, kemungkinan besar korang boleh dapat jeragat ni. Kesan jeragat akan mudah muncul di sekitar dahi, hidung, pipi mahupun di sekitar mulut. 

Dulu IQ pun ada masalah yang sama disebabkan IQ bekerja di luar bangunan, berada di bawah matahari dalam tempoh yang agak lama. Dan mungkin kulit muka IQ agak cerah, mudah untuk kesan jeragat muncul. Untuk poengetahuan korang, melanin yang berlebihan akan muncul apabila kulit terlampau terdedah dengan sinar UV tau. Kulit akan jadi lebih gelap, dan jeragat akan mula muncul. Masa tu baru lah nak IQ gelabah teruk bila tengok kulit muka mula tak sekata berserta jeragat.

Punca Jeragat Mula Muncul 

Basically jeragat ni berpunca dari melanin yang ada dalam kulit kita. Melanin yang terhasil disebabkan suhu yang tinggi akan menyebabkan jeragat. Kulit kita especially muka kan sering terdedah dengan sinar matahari atau UV, maka secara tak langsung melanin pun akan turut muncul. Lagi banyak kulit kita terdedah dengan sinaran UV, semakin banyak melanin akan muncul. 

Melanin pun boleh meingkat tau bila kulit muka ni terdedah dengan suhu yang tinggi. Contoh kalau suhu sekitar tu tinggi, dan buatkan kulit terasa panas. Contohnya, bila IQ masak atau jemur kain di luar rumah. Haba panas akan menjadikan kulit sensitif dan menghasilkan banyak melanin. 

TAPI...

Korang jangan la risau sangat sebab IQ dah jumpa tau cara nak atasi kulit muka yang berjeragat ni. IQ lindungi kulit muka IQ dengan menggunakan dua produk ni dan confirm korang tak perlu risau lagi dengan keadaaan kulit muka korang bila terpaksa berjemur tengah panas dengan follow steps, "Control" dan "Protect".


"CONTROL!" dengan menggunakan Aqua Whitening Cream (Moisturiser)

First IQ guna Aqua Whitening Cream ni. Yang ni memang IQ langsung tak lupa pakai even IQ berada dalam rumah sekalipun. Sebab kadang-kadang waktu memasak pun akan menyebabkan suhu yang tinggi, kulit muka pun boleh jadi berjeragat okay! Kalau keluar rumah, memang wajib pakai lah kan?

Kenapa nak control? IQ kena la control pengeluaran jeragat di muka IQ ni, dan IQ pakai AQUA WHITENING CREAM daripada Hansaegee Nature ni untuk melembapkan kulit muka IQ ni apabila IQ  berada di kawasan bersuhu tinggi. Sidai baju kat luar pun boleh berpeluh yer! Jadi, IQ pakai Aqua Whitening Cream ni setiap pagi sebelum melakukan aktiviti seharian. 

Antara kelebihan Aqua Whitening Cream ni adalah teksturnya water based dan menyejukkan. (cooling). Sesuai untuk kulit yang sunburn dan terasa panas. Macam kulit IQ bila menjemur baju dekat luar rumah ni, bahang dia..mak aihhhh...bila pakai Aqua Whitening Cream ni boleh menyejukkan kulit muka IQ ni bila berada di luar rumah kan? Suhu kulit muka pun jadi rendah, melanin pun kurang keluar jadi jeragat pun turut sama berkurang.



Selain tu, Aqua Whitening Cream ni ada "Niacinamide" Vitamin B3 yang membantu merawat hyperpigmentation, lighting dark spot dan juga kulit muka tak sekata dekat muka IQ ni. Selain itu, Niacinamide ni juga boleh baiki sel kulit muka yang rosak disebabkan sinaran UV dan build collagen. Secara tak langsung, kulit pun lebih sihat dan jeragat pun akan berkurang. Sebagai tambahan, ianya boleh mengekalkan kelembapan dalam kulit supaya kulit sentiasa terasa sejuk dan melanin pun segan nak muncul.

Aqua Whitening Cream ni juga ada bahan seperti Camellia Japonica Seed Oil di mana minyak ini melindungi kulit dari kerosakan UVB. Hasil dari penggunaan yang berterusan, kulit yang rosak daripada sinaran UV akan berkurang, melanin pun akan kurang muncul di kulit muka. Minyak ini juga sentiasa akan melembap dan hidrate kan kulit muka. Jadi, melanin juga akan berkurang.



"PROTECT!" dengan menggunakan CC Cream (SPF50+ PA+++)

Dan semestinya bila muka dah makin kurang jeragat, IQ nak la kekalkan kulit muka IQ supaya tak kena lagi. Jadinya, IQ protect kulit muka IQ dengan pakai sunscreen. IQ pakai Gold Nano CC Cream  yang ada SPF50+ PA+++ ni tau   sebab CC Cream ni ada SPF50+ PA+++ yang boleh lindungi muka IQ dari sinaran matahari di luar rumah. 



Oxidative stress yang terhasil disebabkan sinaran matahari UVA dan UVB adalah penyebab utama kelahiran kulit yang tidak matang dan isu kulit hiperpigmentasi. Jadi, penggunaan sunscreen yang mempunyai SPF penting untuk melindungi kulit muka korang. Ianya menghalang jeragat keluar.

Sebab tu IQ pakai Gold Nano CC Cream ni tiap hari tau sebab IQ tak nak dah jeragat muncul dekat muka IQ ni. Gold Nano CC Cream ni pun ada Niacinamide yang elok untuk merawat jeragat pada kulit muka. Tak seperti CC Cream yang lain, Gold Nano CC Cream ni melembapkan dan tidak melekit,



So, kalau korang sayang kulit muka korang, Control dan Protect kulit muka korang betul-betul. Cuaca sekarang dah la tak menentu, kejap panas, kejap hujan. Kalau panas tu, memang rasa terbakar kulit muka ni bila keluar dari rumah kan? So, better korang prepare siap-siap dan pakai produk macam IQ guna ni. Gerenti korang tak menyesal di kemudian hari.



Honestly, memang dua produk ni ada dalam beg tangan IQ. IQ memang suka sangat bawak dua produk ni ke mana-mana, terutamanya Gold Nano CC Cream sebab mudah nak masuk dalam beg tangan. Nak apply pada muka pun mudah, tu sebab IQ dah tak risau kulit muka IQ macam mana bila IQ keluar dari rumah untuk aktiviti luar. 

Kalau korang nak cuba dua produk best daripada Hansaegee Nature ni, korang boleh direct beli di laman web Hansaegee Nature. Kat sana banyak promosi yang korang boleh beli sekali, ada pakej berbaloi tau! Klik link di bawah untuk tengok pakej menarik tu tau!

Gold Nano CC Cream Hansaegee Nature, Urusan Harian Jadi Lebih Mudah Dan Cepat!

Post a Comment

2 Comments

  1. Mrs. A pun ada jeragat gak, mujurlah masih boleh cover dengan foundation huhuhuuu...

    ReplyDelete

Kata ibarat pedang yang tajamnya bisa membunuh lawan..
Kata-kata yang berhikmah menyedarkan kita...
- Bicara Kata, Inteam

(Nyanyi Ke Tu?)