Sejak Qa'id kena kayap beberapa minggu lepas, IQ dinasihatkan oleh ramai pihak untuk pasang air cond dekat rumah. Walaupun kawasan rumah IQ ni berbukit dan boleh dikatakan sejuk bila tiba waktu malam, tapi disebabkan cuaca yang tak menentu sekarang ni, buatkan IQ buat keputusan muktamad untuk pasang air cond juga akhirnya.
Perkara pertama yang IQ buat adalah mintak kebenaran Tuan Rumah dulu. Uishhh, rumah orang, jangan suka-suka nak tebuk yer. Tuan Rumah bagi Green Light baru boleh pasang yer. Lagipun, rumah sewa yang IQ duduk tu pun pernah Tuan Rumah pasang air cond. So, dah ada lubang air cond yang lama. Senang kerja.
SURVEY PILIHAN AIR COND YANG SESUAI
Then, IQ survey brand air cond yang IQ nak guna. Mula2 nak pakai yang 2nd hand je air cond nya, tapi ramai yang bantah. Haha! Bantah2 tapi kalau tolong support sikit tak per gak...kuikui. Last2 IQ try cari brand yang ok dan harga berpatutan. IQ pun bukan berkemampuan sangat, yelah. Ibu tunggal ni memang tak ada income lain melainkan gaji kerja kederat empat kerat ni je la. Tak der duit2 tepi melainkan side job buat programme. Itulah part positif jadi planner ni. heeee.. IQ plan nak pakai 1HP je sebab nak pasang dalam bilik sahaja. Tambah plak, bilik IQ kecik je.
![]() |
Survey dekat Mudah.my. |
IQ ada jumpa satu ni agak berpatutan harganya. Brand pun dikenali ramai. Beberapa orang pun cakap brand ni ok dan tahan lama. So, apa yang buat lepas tu? Contact la dorang ape lagi. IQ survey dekat Mudah.my sahaja yer. Mudah sangat. Boleh bandingkan harga dan pilih yang terbaik.
IQ whatsapp hari isnin lepas. Katanya boleh pasang lepas IQ balik kerja hari yang sama. So, ON. Excited nak pasang air cond ni. So, janji technician sampai pukul 6-7.30 petang. So, ok la...ngam2 IQ dah sampai rumah masa tu. TAPI...
JANJI TINGGAL JANJI
Pukul 8 malam lebih tak sampai2 juga. Aiyakk...mana ni...janji lewat petang. Adoi! Whatsapp dorang balik, admin tu cakap technician dah keluar lama. Last2, lepas dorang contact technician dorang, dorang cakap technician dorang sampai pukul 9.30 malam. Haiyaaa...lambat jugak, tapi try la sabar tunggu. DAAANNN, bila dah tiba 9.40 malam tu IQ dapat call, technician cakap tak dapat datang. Dah lewat sebab dorang buat kerja dekat Gombak. So, cancel malam tu. Sebal jugak hati. Last2 tidur jer. Dorang janji nak datang esok petang plak. Ok. Tunggu dan lihat.
Dan petang semalam, masa IQ otw balik rumah, IQ call dorang. Dorang cakap dorang akan sampai sebelum pukul 7 malam sebab dorang dekat Pantai Dalam. Aiyaakk lagi sekali. Masa tu dah 6 suku petang. Nak sampai rumah IQ dari Pantai Dalam dengan keadaan jem orang balik kerja lagi, mana nak sampai sebelum 7 petang. IQ ni geram jugak, gertak dorang cakap nak cancel kalau dorang sampai lebih pukul 7 petang. IQ dah malas sebenarnya berurusan, memang rasa nak cancel terus...tapi..
TECHNICIAN SAMPAI JUAAAA
Akhirnya dorang sampai jugak, tapi pukul 8 malam lebih. Terpacak depan rumah IQ. haha! Pandai plak dorang cari rumah IQ even rumah IQ tak ada nombor rumah. Cuma ada bagi alamat je pada awalnya. Ikutkan memang IQ nak cancel, tapi disebabkan dorang dah sampai...haaa..pasang je la. So, sorang technician ushar dekat mana nak pasang air cond, mana nak pasang compressor. Then, Dorang start la kerja dorang.
![]() |
Kerja pemasangan bermula, pasang bracket. |
![]() |
Ni pasang besi untuk letak compressor dekat luar bilik |
Dalam masa dua jam dorang buat kerja. IQ set time mula dan tamat dorang buat kerja. haha! tak ada la...IQ cuma tengok jam jer. Bermula pukul 8.20 malam dan habis pukul 10.00++ malam. Memang dua jam la. Kerja dorang pun teratur. Dari mula dorang tebuk lubang sampai la dorang test air cond, IQ terpacak depan dorang. Jadi guard. haha! Sambil2 tu IQ siapkan minuman untuk dorang. Sian dorang buat kerja sampai malam untuk sara keluarga. (Padahal sebelum tu IQ dah jadi singa sebab dorang tak sampai on time..hehe)
![]() |
Compressor brand YORK. |
HARGA MAMPU MILIK BUAT SEMUA
Settle kerja dorang, IQ pun bayar harga air cond dan servis pasang air cond tu. Berapa total semua? RM1050 sahaja yer. Air cond + Pemasangan RM999 dan kos penghantaran RM51. Dapat free gift tau! Beg laptop brand air cond yang IQ pakai tu. IQ pakai brand York. haaa..tahu kan? York brand air cond yang dikenali ramai, tu sebab IQ pakai York.
![]() |
Tak sempat ambik gambar proper. Next time IQ replace dengan gambar better sikit. |
So, malam tadi IQ menggigil jugak la tidur. Kalau ikutkan IQ tak suka tidur dalam air cond tapi disebabkan Qa'id, IQ terpaksa merelakannya di samping bil elektrik lepas ni pun akan melambung tinggi...Huaaaaa..demimu anak...demimuuu..
itulah kisah IQ pasang air cond. hihi. till then, bai!
30 Comments
Brand York memang bagus. Office2 suka amik brand ni.. untuk aircond besar tu..
ReplyDeleteAah....brand york mmg bagus. Kawan ofis pn cadangkn york
Deletewahh! lepas ni sejuk la umah IQ
ReplyDeleteKesjukan da ni. Huhu
DeleteinshaAllah, bill IQ tak tinggi :D
ReplyDeleteYeke? Tengah seqrch cara xbg bil tinggi ni..haha
Deleteok la tu .. hehe lisa pun sama gak pakai york . ritu pasang aircond 4 ketul rm800 pheww... huhuh sbb aircond tu beli on9 .. time tu ada offer
ReplyDeleteWahhhh...murahnyeeee...
Deleteada aircond memnag best..tapi tu la bil melambung
ReplyDeleteTu la...risau bil tinggi...huhu..tapi xperlah..huhu
DeleteAir con jenis york memang ramai oang guna. Tapi saya guna jenama fuji aire. Semua bilik saya guna brand tu. Beli pun online.
ReplyDeleteAircon ni nak kerap servis, eletrik tak kuat makan kalau jerap servis. Pun lambat rosak. Tak kira apa jenis air con pun
Owh yeke...bagus tips yg adam bgi...bley la praktik lepas ni
Deletehehe..sabar kak.. nasib dah ada aircond.. boleh tido dengan nyaman. hehe
ReplyDeleteXtahan tidur malam2 sejuk...alahai..
DeleteAnak dara Kak Sue pun sibuk nak pasang aircond kat bilik.. nanti lah ada rezeki ingat nak pasang juga.. ehehe..
ReplyDeleteBagus ada aircond ni tapi tu la...huhu..
Deleteseronoknya dah pasang air con..tapi izyan jangan miss buat servis yea..kalo tak servis pun boleh bahayakan kesihatan jugak..
ReplyDeleteAi ai radhia. Memang kne buat jdual srvis lpaa ni..hee
Deletekalau yanie mau cancel terus geram menunggu seharian..huhu nasib bek izyan pyabar..
ReplyDeleteKadang boleh sabar...kadang tak sabar jugak. Klu ikutkan da xsabar...tapi dorg da dtg...so...teruskan aje
DeleteJangan lupa servis air cond , biasakan lepas pasang air cond, bab servis mmg liat tapi servis berkala tu membantu air cond tahan lama dan sentiasa tip top ..
ReplyDeleteInsyaAllah Mrs pip, akan buat jadual lepas ni.
DeleteKalo reen jadi IQ pun rasa nak cancelkan jugak. Mujur sampai jugak. huhu
ReplyDeletelepasni kena try google camne nak jimatkan letrik even pakai aircond.
aah, kena cari tips jimatkan elektrik pakai air cond ni, hrap2 jumpe. hehe
DeleteIQ memang pasang waktu nak tidur je, waktu siang kerja, setakat ni hujung minggu pun tak lekat dekat rumah, jimat la sket..kot. heee
ReplyDeleteOk tak york ni... Org cakap York model 2015 keatas x tahan cepat rosak..sbb model baru dari lain syarikat.
ReplyDeleteIQ lebih suka brand york ni, sebab dikenali sejak dari dulu lagi, tapi still ada brand lain yg bagus, tertakluk pd individu mcm mane...=)
Deleteni york keluaran china ..york yg dulu daikin dh beli dgn tenoklogi nye .....
ReplyDeleteI am definitely enjoying your website. You definitely have some great insight and great stories. diy sand blaster
ReplyDeletesaya enjoy baca blog awak.. kalau nak servis kalau awak duduk shah alam atau ada kenalan yang duduk shah alam boleh recommend kan satu syarikat ni.. dorang buat servis terbaikk dan murah boleh tekan link ni http://www.facebook.com/ServisAircondPasangAircondShahAlam/ atau boleh whatsapp dorang wasap.my/60102929079
ReplyDeleteKata ibarat pedang yang tajamnya bisa membunuh lawan..
Kata-kata yang berhikmah menyedarkan kita...
- Bicara Kata, Inteam
(Nyanyi Ke Tu?)