Advertisement

Responsive Advertisement

Pengalaman Pasang Air Cond Di Rumah

Sejak Qa'id kena kayap beberapa minggu lepas, IQ dinasihatkan oleh ramai pihak untuk pasang air cond dekat rumah. Walaupun kawasan rumah IQ ni berbukit dan boleh dikatakan sejuk bila tiba waktu malam, tapi disebabkan cuaca yang tak menentu sekarang ni, buatkan IQ buat keputusan muktamad untuk pasang air cond juga akhirnya.

Perkara pertama yang IQ buat adalah mintak kebenaran Tuan Rumah dulu. Uishhh, rumah orang, jangan suka-suka nak tebuk yer. Tuan Rumah bagi Green Light baru boleh pasang yer. Lagipun, rumah sewa yang IQ duduk tu pun pernah Tuan Rumah pasang air cond. So, dah ada lubang air cond yang lama. Senang kerja.

SURVEY PILIHAN AIR COND YANG SESUAI

Then, IQ survey brand air cond yang IQ nak guna. Mula2 nak pakai yang 2nd hand je air cond nya, tapi ramai yang bantah. Haha! Bantah2 tapi kalau tolong support sikit tak per gak...kuikui. Last2 IQ try cari brand yang ok dan harga berpatutan. IQ pun bukan berkemampuan sangat, yelah. Ibu tunggal ni memang tak ada income lain melainkan gaji kerja kederat empat kerat ni je la. Tak der duit2 tepi melainkan side job buat programme. Itulah part positif jadi planner ni. heeee.. IQ plan nak pakai 1HP je sebab nak pasang dalam bilik sahaja. Tambah plak, bilik IQ kecik je.
Pengalaman Pasang Air Cond Di Rumah
Survey dekat Mudah.my.
IQ ada jumpa satu ni agak berpatutan harganya. Brand pun dikenali ramai. Beberapa orang pun cakap brand ni ok dan tahan lama. So, apa yang buat lepas tu? Contact la dorang ape lagi. IQ survey dekat Mudah.my sahaja yer. Mudah sangat. Boleh bandingkan harga dan pilih yang terbaik

IQ whatsapp hari isnin lepas. Katanya boleh pasang lepas IQ balik kerja hari yang sama. So, ON. Excited nak pasang air cond ni. So, janji technician sampai pukul 6-7.30 petang. So, ok la...ngam2 IQ dah sampai rumah masa tu. TAPI...

JANJI TINGGAL JANJI

Pukul 8 malam lebih tak sampai2 juga. Aiyakk...mana ni...janji lewat petang. Adoi! Whatsapp dorang balik, admin tu cakap technician dah keluar lama. Last2, lepas dorang contact technician dorang, dorang cakap technician dorang sampai pukul 9.30 malam. Haiyaaa...lambat jugak, tapi try la sabar tunggu. DAAANNN, bila dah tiba 9.40 malam tu IQ dapat call, technician cakap tak dapat datang. Dah lewat sebab dorang buat kerja dekat Gombak. So, cancel malam tu. Sebal jugak hati. Last2 tidur jer. Dorang janji nak datang esok petang plak. Ok. Tunggu dan lihat.

Dan petang semalam, masa IQ otw balik rumah, IQ call dorang. Dorang cakap dorang akan sampai sebelum pukul 7 malam sebab dorang dekat Pantai Dalam. Aiyaakk lagi sekali. Masa tu dah 6 suku petang. Nak sampai rumah IQ dari Pantai Dalam dengan keadaan jem orang balik kerja lagi, mana nak sampai sebelum 7 petang. IQ ni geram jugak, gertak dorang cakap nak cancel kalau dorang sampai lebih pukul 7 petang. IQ dah malas sebenarnya berurusan, memang rasa nak cancel terus...tapi..

TECHNICIAN SAMPAI JUAAAA

Akhirnya dorang sampai jugak, tapi pukul 8 malam lebih. Terpacak depan rumah IQ. haha! Pandai plak dorang cari rumah IQ even rumah IQ tak ada nombor rumah. Cuma ada bagi alamat je pada awalnya. Ikutkan memang IQ nak cancel, tapi disebabkan dorang dah sampai...haaa..pasang je la. So, sorang technician ushar dekat mana nak pasang air cond, mana nak pasang compressor. Then, Dorang start la kerja dorang.
Pengalaman Pasang Air Cond Di Rumah
Kerja pemasangan bermula, pasang bracket.
Pengalaman Pasang Air Cond Di Rumah
Ni pasang besi untuk letak compressor dekat luar bilik
Dalam masa dua jam dorang buat kerja. IQ set time mula dan tamat dorang buat kerja. haha! tak ada la...IQ cuma tengok jam jer. Bermula pukul 8.20 malam dan habis pukul 10.00++ malam. Memang dua jam la. Kerja dorang pun teratur. Dari mula dorang tebuk lubang sampai la dorang test air cond, IQ terpacak depan dorang. Jadi guard. haha! Sambil2 tu IQ siapkan minuman untuk dorang. Sian dorang buat kerja sampai malam untuk sara keluarga. (Padahal sebelum tu IQ dah jadi singa sebab dorang tak sampai on time..hehe)
Pengalaman Pasang Air Cond Di Rumah
Compressor brand YORK.
HARGA MAMPU MILIK BUAT SEMUA

Settle kerja dorang, IQ pun bayar harga air cond dan servis pasang air cond tu. Berapa total semua? RM1050 sahaja yer. Air cond + Pemasangan RM999 dan kos penghantaran RM51. Dapat free gift tau! Beg laptop brand air cond yang IQ pakai tu. IQ pakai brand York. haaa..tahu kan? York brand air cond yang dikenali ramai, tu sebab IQ pakai York. 
Pengalaman Pasang Air Cond Di Rumah
Tak sempat ambik gambar proper. Next time IQ replace dengan gambar better sikit. 
So, malam tadi IQ menggigil jugak la tidur. Kalau ikutkan IQ tak suka tidur dalam air cond tapi disebabkan Qa'id, IQ terpaksa merelakannya di samping bil elektrik lepas ni pun akan melambung tinggi...Huaaaaa..demimu anak...demimuuu..

itulah kisah IQ pasang air cond. hihi. till then, bai!

Post a Comment

31 Comments

  1. Brand York memang bagus. Office2 suka amik brand ni.. untuk aircond besar tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah....brand york mmg bagus. Kawan ofis pn cadangkn york

      Delete
  2. wahh! lepas ni sejuk la umah IQ

    ReplyDelete
  3. inshaAllah, bill IQ tak tinggi :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeke? Tengah seqrch cara xbg bil tinggi ni..haha

      Delete
  4. ok la tu .. hehe lisa pun sama gak pakai york . ritu pasang aircond 4 ketul rm800 pheww... huhuh sbb aircond tu beli on9 .. time tu ada offer

    ReplyDelete
  5. ada aircond memnag best..tapi tu la bil melambung

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la...risau bil tinggi...huhu..tapi xperlah..huhu

      Delete
  6. Air con jenis york memang ramai oang guna. Tapi saya guna jenama fuji aire. Semua bilik saya guna brand tu. Beli pun online.

    Aircon ni nak kerap servis, eletrik tak kuat makan kalau jerap servis. Pun lambat rosak. Tak kira apa jenis air con pun

    ReplyDelete
    Replies
    1. Owh yeke...bagus tips yg adam bgi...bley la praktik lepas ni

      Delete
  7. hehe..sabar kak.. nasib dah ada aircond.. boleh tido dengan nyaman. hehe

    ReplyDelete
  8. Anak dara Kak Sue pun sibuk nak pasang aircond kat bilik.. nanti lah ada rezeki ingat nak pasang juga.. ehehe..

    ReplyDelete
  9. seronoknya dah pasang air con..tapi izyan jangan miss buat servis yea..kalo tak servis pun boleh bahayakan kesihatan jugak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ai ai radhia. Memang kne buat jdual srvis lpaa ni..hee

      Delete
  10. kalau yanie mau cancel terus geram menunggu seharian..huhu nasib bek izyan pyabar..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kadang boleh sabar...kadang tak sabar jugak. Klu ikutkan da xsabar...tapi dorg da dtg...so...teruskan aje

      Delete
  11. Jangan lupa servis air cond , biasakan lepas pasang air cond, bab servis mmg liat tapi servis berkala tu membantu air cond tahan lama dan sentiasa tip top ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah Mrs pip, akan buat jadual lepas ni.

      Delete
  12. Kalo reen jadi IQ pun rasa nak cancelkan jugak. Mujur sampai jugak. huhu
    lepasni kena try google camne nak jimatkan letrik even pakai aircond.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah, kena cari tips jimatkan elektrik pakai air cond ni, hrap2 jumpe. hehe

      Delete
  13. Boleh pasang waktu malam je ni IQ, jimat... kalau tak pun, pasang aircond, padam lampu2 lain, barang elektrik lain....

    ReplyDelete
    Replies
    1. IQ memang pasang waktu nak tidur je, waktu siang kerja, setakat ni hujung minggu pun tak lekat dekat rumah, jimat la sket..kot. heee

      Delete
  14. Ok tak york ni... Org cakap York model 2015 keatas x tahan cepat rosak..sbb model baru dari lain syarikat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. IQ lebih suka brand york ni, sebab dikenali sejak dari dulu lagi, tapi still ada brand lain yg bagus, tertakluk pd individu mcm mane...=)

      Delete
  15. ni york keluaran china ..york yg dulu daikin dh beli dgn tenoklogi nye .....

    ReplyDelete
  16. I am definitely enjoying your website. You definitely have some great insight and great stories. diy sand blaster

    ReplyDelete
  17. saya enjoy baca blog awak.. kalau nak servis kalau awak duduk shah alam atau ada kenalan yang duduk shah alam boleh recommend kan satu syarikat ni.. dorang buat servis terbaikk dan murah boleh tekan link ni http://www.facebook.com/ServisAircondPasangAircondShahAlam/ atau boleh whatsapp dorang wasap.my/60102929079

    ReplyDelete

Kata ibarat pedang yang tajamnya bisa membunuh lawan..
Kata-kata yang berhikmah menyedarkan kita...
- Bicara Kata, Inteam

(Nyanyi Ke Tu?)