Siapa dekat sini HANTU CHEESE? Ok, kenapa IQ angkat tangan sekali ni. haha! Yes, IQ memang penggemar cheese. Segala jenis Cheese memang IQ bedal, tu sebab badan pun penuh dengan cheese. Tak per, janji happy. Kononnya haa..
Baru-baru IQ berpeluang merasai menu yang ada cheese yang meleleh. Tahap banjir! Yer! Nama restorennya adalah Restoren Cheese Banjir. Memang banjir cheese yang dorang letak. Tak percaya? Meh IQ tunjuk satu dulu.
Meleleh baq hang |
LOKASI DI TENGAH KOTA RAYA
Haaaa...ok, pi lap air liur. Comot ngat aihh air liur menjejes macam tu. hihi. Kalau korang nak tahu, Restoren Cheese Banjir ni terletak di Desa Pandan, Kuala Lumpur. Tengah-tengah kota raya dan mudah jer nak pergi, cuma waze CHEESE BANJIR pun boleh sampai.
Memang mudah sangat nak cari Restoren Cheese Banjir ni rupanya. Lokasinya mudah nak cari, dan terdapat banyak parking khas di bahagian hadapan bangunan dan juga basement. So, korang tak perlu risau pasal parking kalau datang ke sini.
Ruang makan di luar restoren |
Ruang makan di dalam restoren |
Restoren Cheese Banjir ni kalau korang nak tahu, ruangannya agak luas. Boleh muat 50-60 orang dalam satu-satu masa. Ada pelbagai saiz meja yang boleh kita pilih untuk kita duduk, yang penting kenalah ikut bilangan orang yang datang kan. Ada juga wall khas untuk kaki selfie. Boleh selfie-selfie gitu.
PILIHAN MENU YANG ADA
Lamb Grill The Hulk |
Restoren Cheese Banjir ni ada pelbagai menu yang menarik untuk kita cuba. Tarikan utama semestinya menu yang berasaskan cheese. Macam Lamb Grill The Hulk ni. Memang pilihan ramai dan semestinya rasa dia memang umpphh!! Terkenang-kenang sampai masuk mimpi. Daging kambingnya lembut, dengan cheese yang meleleh. Puas kalau makan sorang ni. Makan sampai tak pandang tepi dah. Favourite IQ sangat ni. Kambing + Cheese. Bergabung meletop! hehe
Jemput makan. |
Bagi sesiapa yang nak makan nasi, ada juga hidangan lain selain hidangan berasaskan cheese ni. Antaranya menu Asam Pedas dan juga Udang Butter. Menariknya di Restoren Cheese Banjir ni, nama-nama menunya terdiri daripada nama-nama superhero. Ada Superman, Batman, Megatron dan sebagainya.
Hidangan bersama nasi |
Tenggiri Aquaman |
Tenggiri Aquaman ni memang sedap. Tapi rasanya lain sikit dari asam pedas yang IQ pernah rasa. Namun rasa ikan Tenggiri serta rasa masam dan manisnya lengkap. Makan panas-panas memang terangkat, dengan sambal belacannya lagi..adehh...teringat-ingat!
Udang Gorgon Butter |
Udang Gorgon Butter. Hamek namanya. haha! Udang Butter ni dihidang bersama nasi juga. Tarikan menarik bagi yang menggemari Udang Butter sebab udangnya rangup dan rasanya macam tak puas nak makan. Lepas ambik satu, nak satu lagi. Sedap lahai.
Watermelon Robin |
Watermelon Robin. Air tembikai + susu ni sangat sedap ok! Kalau ikutkan tembikai + susu akan hasilkan minuman yang sangat manis. Kadang-kadang tak boleh nak minum TAPI berbeza dengan Watermelon Robin ni sebab rasa manis dia cukup-cukup. Tak terlebih manisnya. Memang ngam. Sedap!
Untuk menu-menu lain, boleh layari Facebook Page atau Instagram Cheese Banjir. |
MENU ISTIMEWA SETIAP BULAN
Kalau korang nak tahu, Restoren Cheese Banjir menyediakan menu istimewa yang berbeza pada setiap bulan. Bulan lepas menu lain, bulan ni menu lain, bulan depan menu lain. Hanya untuk menu istimewa jer tau, menu tetap sentiasa ada untuk korang rasa.
Dan pada bulan November ni, menua istimewa di Restoren Cheese Banjir ni adalah.....
MEATBALL NAGA BERAPI
Meatball Naga Berapi |
Yang ni kalau 3 orang makan pun tak lepas sebab portionnya sangat banyak! Sesuai untuk 7-8 orang makan. Meatball gergasi yang ada isi tersembunyi di dalamnya, dihidangkan bersama Mashpotato yang superb pedas berserta udang, kenyang bercheese dan jugak salad.
Cakk! |
Spagetti + Cheese yang tersembunyi gitu. Puas hati kalau makan ramai-ramai. Harga untuk hidangan ni RM250. Kalau tong-tong 8 orang makan pun baru RM32 sorang. Puas hati makan!
Percaya atau tidak, total kitaorang 10 orang makan pun still tak habis!
HAPPY BIRTHDAY PROMOTION YAW!
Restoren Cheese Banjir ini juga menyediakan promosi yang menarik iaitu MAKAN FREE untuk menu yang terpilih bagi meraikan hari istimewa korang. Senarai di atas untuk Promosi Birthday untuk bulan November ini. Mengikut terma dan syarat seperti di atas.
Kalau korang nak tengok dengan lebih real lagi, boleh klik view video di bawah.
Pemilik Cheese Banjir, En Mamu bersama KBBA9 |
Kalau korang rasa nak rasa juga lelehan cheese di Cheese Banjir ni, korang boleh layari pautan di bawah. Jangan lupa bawa keluarga dan kawan-kawan, baru berbaloi!
Alamat : Lot G10, G-Village, Jalan 1/76D, Desa Pandan, 55100 W.P Kuala Lumpur
Waze : Cheese Banjir
Nombor Telefon : 017-252 0031
Waktu Operasi : 10.30 pagi – 10.30 malam (Setiap Hari)
Lokasi Cheese Banjir di Google Maps
32 Comments
Tengah2 hari ni, terus terasa lapar tahap hypo jadinya.
ReplyDeletehehe, sabar2, pi makan biskut yang ada cheese dulu buat pengubat selera. hehe
DeleteSedapnya, nanti ada kelapangan nak bawak family cuba makan kat sinilah.
ReplyDeletenanti kak mas da habis pantang, boleh la ke sini. heee
DeleteBanjir sangat tu cheesenyaaaaa alaa jauh nau KL pun huhuhu
ReplyDeletehehe, kan? memang banjir! KL ni kalau tetiba datang pun ok jer
DeleteEhhh.. samalah kita.. Kak Ti pun peminat cheese jugak.. memang sesuai sangat restoran cheese banjir ni utk peminat-peminat cheese mcm kita ni..
ReplyDeletekan kak ti? peminat cheese tak ley move on lagi dengan kebanjiran cheese ni. huhu
DeleteAir tembikai kira favourite Lynda tau.. Yang ni menarik selain Cheese Banjir dia tu
ReplyDeleteair tembikai dia sedap, tak manis sangat seperti kebiasaan air tembikai campur susu yang IQ minum sebelum ni
DeleteSos cheese nya memang sedap giler..!! Puashati laa... Sesuai ngan nama Restoran - Cheese Banjir
ReplyDeleteTerbaik!
aah, sos cheese tu maunye buat terkenang2 sampai masuk mimpi. sedap lahai~
Deleteterbaik la IQ.. mmg sedap
ReplyDeleteaah, memang sedaap, sedap sangat2
Deletewahh sedapnya tgk..lama tak buat food review..huhuh
ReplyDeleteyanie selalu jalan2, lagi seronok!
DeleteMenarik...puas hati dgn cheese yg byk.
ReplyDeleteaah, cheese dia sangat banyak, memang sedap!
DeleteReen peminat tegar cheese. :)
ReplyDeleteMemang banjirrr betul cheese nya, seronok kalau dapat g sini. makan tak pandang kirikanan dah.huhu
lupa pulak nak tegur, header baruuu.(ke reen baru perasan)
Deletecantik & smart!
hehe, sama la kita, boleh la kita date dekat sini. hehehe
Deletehehe, header edit simple2...lepas ni tukar lagi. haha!
meleleh btol cheese.. banjir abs..
ReplyDeleteaah, memang banjir, cheese dia memang sedap habis!
Deletememang sedap, wajib cuba
ReplyDeletebestnya tgok makanan..meleleh air liur..
ReplyDeletehehe, lap balik air liur tu lela..hehehe...
DeleteMenu dia menarik n nampak sedap sgt.. Presentation pom cantekk..btambah myelerakan
ReplyDeleteaah, memang sedap sangat, nak pergi lagi, sebab nak rasa kesedapannya lagi
DeleteNak kena g nanti ni
ReplyDeletepergi, jangan tak pergi. sedap!
Deleteya mapun ..dekat dh dengan rumah..tengok cheese tu melelh
ReplyDeleteheehehe, kalau dah dekat lagi senang, pergi rasa cepat nad!
DeleteKata ibarat pedang yang tajamnya bisa membunuh lawan..
Kata-kata yang berhikmah menyedarkan kita...
- Bicara Kata, Inteam
(Nyanyi Ke Tu?)