aii...yeah, seperti dijanjikan, jika tiada kerja yang perlu dibuat di waktu kerja, jadi manfaatkanlah waktu dengan meng'update' blog yang agak2 nak bersawang ni. heeee *menyengih*. IQ pun da janji nak update pasal majlis IQ yang lepas. So, sila la lihat...gambar tak banyak...official gambar minggu depan baru dapat...so, tak dapat nak attach kat sini....
Majlis akad nikah diadakan selepas asar hari jumaat, 5 Disember 2014 bertempat di Masjid Karak, Karak...Alhamdulillah, family dan sahabat terdekat hadir bersama-sama meraikan majlis akad nikah IQ dan suami. Syukur Alhamdulillah. Planning asal nak buat majlis nikah pada hari yang sama dengan hari persandingan, tapi yelah, kita merancang, Allah yang tentukan. Allah da takdirkan kami nikah pada hari jumaat yang berkat. Alhamdulillah.
Besties + adik beradik bestie + junior yang hadir pada majlis nikah. Farah tu tak cukup tidur, tu sebab tidur jer merata sambil berdiri pulak tu...kan? HAHA! Da lame kan tak nampak IQ, dan jangan tanya kenapa IQ membesar dengan jayanya....efek baju pun mungkin, sebab baju nikah ni beli siap...beli saiz besar sikit sebab tak der available saiz. heeee..ok la kan...huuu..
Family En Abdul Wahab akhirnya bertambah lagi sorang, tapi cucu sulung tak der plak dalam gambar ni. biasa la budak mana reti duduk diam...kan? Rayyan. Si Ammar pulak tak berpaling. Malu nak show off muka agaknya. Anyway, bukan senang nak ada gambar macam ni...serius IQ cakap, bukan senang....Alhamdulillah....kami bersatu walaupun sekejap dalam majlis akad nikah ni.
Majlis persandingan diadakan keesokan harinya. Pengapitnya adik IQ sendiri dengan buah hati pengarang jantung dia kononnya. Alhamdulillah, majlis berjalan lancar. Terima kasih sangat kepada yang hadir dari jauh, family dan kawan-kawan dari Terengganu, Pahang...dari seluruh pelusuk ler senang cakap...meh tengok gambar sikit2...tak banyak...sikit jer...
Sepupu kesayangan tak dapat hadirkan diri, tapi dia rajin spam gambar kahwin IQ pulak hari tu, so....paling menarik minat dia adalah pelamin IQ ni...pelamin yang IQ buat sendiri. yup! dari kayu backdrop, pentas, semua kelengkapan pelamin IQ cari dan buat sendiri, sebab untuk dapatkan pelamin macam ni kat luar,memang susah. kawasan IQ masih belum ada yang buat...nak ambik luar kawasan pulak mesti la kosnya tinggi, jadi....tadaaa....IQ DIY kan sendiri pelamin IQ. Dream come true jugak la...even simple tapi IQ amat sukakannya. SERIUS!!
Sesi outdoor sebenarnya tak expect ada, sebab planning asal ambik Official Photographer (OP) cuma untuk pakej shoot and burn, tak der untuk outdoor...lepas tu, macam mana ntah, tambah tolak sebab tetiba tukar hari nikah, jadi terada pulak sesi outdoornya....lepas tu, mula pening..tak tahu nak shoot outdoor kat mana....at last....
buat kat taman rekreasi bentong...hasilnya tak tahu la macam mana nanti....redha je la...nak buat kat hutan lipur lentang, cuaca pulak nak hujan...last sesi outdoor pun sebab hujan...nasib baik sempat shoot sampai pueh hati.... gambar atas ni adik ambik candid...agak2 nak jalan masa nak cari port lain...port gambar plak tak banyak...nasib la..
Habis majlis di karak, IQ dan suami terus balik KL, IQ kerja senin tuuuu...huaaaa..terpakse la, untuk dapatkan cuti sebelum dan selepas kedua2 majlis memang susah nak dapatkan, apatah lagi newbie macam IQ ni, IQ kan baru tukar kerja...so, kalau nak cuti jugak, jadilah unpaid leave. Bulan depan gaji kena potong jadinyeeeee...sobs...
Majlis sambut menantu diadakan pada 14 Disember 2014. Tema belah lelaki adalah hijau. Alhamdulillah, majlis di Jasin, Melaka ni pun berjalan dengan lancar. Family IQ ada yang ikut walaupun dari Terengganu mahupun Pahang.
Bestfriend IQ dari zaman sekolah folo IQ dari awal majlis sampai la sudah majlis....Muazatul Adawiyyah.. still single...kerja chef...haaaa....kalau mahu kenal, meh pm IQ...=P
Haaaaa...itu-lah kisah perjalanan majlis IQ yang tak sebest mana pada korang tapi pada IQ, IQ rasa best dan syukur sangat sebab kesemua majlis berjalan dengan lancar dan meriah. Alhamdulillah. =)...
Bulan ni ramai kawan IQ yang kahwin...ada yang bertindan majlisnya....macam majlis perkahwinan shedot dan satai, dan juga rajab dan isteri. Majlis semua bertindan, even plan dari awal lagi.
Selamat pengantin baru pada yang baru berkahwin. Selamat menempuhi alam perkahwinan. *macam wish kat diri sendiri pulak* hek3.
Sekian entry panjang IQ pada kali ni, next nak post pasal wedding kawan-kawan pulak...ada bran nak tengok? nak tengok, tunggguuuu~~~
See ya!
*** hari ni Wak dan Khaleda nikah. Mabruk kalian!! 19/12/2014. Akhirnya KOIH bersatuuuuuu!!
0 Comments
Kata ibarat pedang yang tajamnya bisa membunuh lawan..
Kata-kata yang berhikmah menyedarkan kita...
- Bicara Kata, Inteam
(Nyanyi Ke Tu?)