Hye kesayangan saya! Kesayangan blog sekalian alam.
Puasa macam mana? Ok? Alhamdulillah kalau semuanya berjalan dengan lancar kan? Jangan pulak ada pengalaman macam IQ alami macam dua tahun lepas pulak. Alaaa...kisah ke-ef-ci tuuuu...tu pengalaman IQ sebagai peniaga...bukan pembeli di tengahari terik...tau?
IQ kebosanan ni, hari ni kerja. Mengadap kerja itu tak kena, ini tak kena. Tak lama pun kerja hari ni. Tengahari nanti balik ler. Sambil layan-layan taip blog, kalau boss baca blog ni, habis laa...boss IQ tahu pasal blog ni..tapi mohon dia lupa sudah. =P
Seminggu sudah berpuasa. Kejap bukan? Bukan lama pun. Pejam celik pejam celik nanti da eh? Setengah bulan dah puasa. EH? Dah nak raya?? haaa...gitu. Yang penting penghayatan bulan Ramadhan itu sendiri. **remind untuk diri sendiri jugak yer Cik IQ! heee~~
Seminggu berpuasa penuh dengan ragam di rumah IQ. Along IQ datang berpantang di rumah selama seminggu. Seronok tengok keletah anak saudara yang sulung, Rayyan. Budak tiga tahun yang banyak keletah, minta dimanjakan sejak adiknya lahir 11 Jun yang lepas. Keletah Along sendiri pada IQ yang tak dapat nak berpuasa kerana berpantang pun cukup buat IQ gelak. Kena paksa makan sementara yang lain berpuasa. Si abang ipar pula jeles. HAHA!
Dan IQ rindu sangat kat anak saudara yang kedua tu sekarang. Nama dia? MUHAMMAD FATEH AMMAR BIN MOHD FARID. Ramai yang nak panggil baby dengan panggilan Ammar, tapi IQ dah terbiasa sejak dia lahir lagi panggil Fateh. Bila dah terbiasa kan susah nak hilangkan kan? Ammar atau Fateh? panggil jer la apa-apa nama asalkan punya maksud sebagai doa untuk anak itu. Kan?
Si Captain Hati? Sejak berpuasa belum berjumpa. Walaupun dekat, tak dapat nak jumpa kerap, sibuk. Dapat tatap gambar yang dikirim aje ler. *kelipkelip
till then.
sekian.
*** lambatnya yang berdua tu sampai. Hati2 dari KL yer!
1 Comments
panggilan Fateh pun sedap jugak :)
ReplyDeleteKata ibarat pedang yang tajamnya bisa membunuh lawan..
Kata-kata yang berhikmah menyedarkan kita...
- Bicara Kata, Inteam
(Nyanyi Ke Tu?)