Dah kenapa la kan update pasal entry resipi je ni. Nak buat macam mana, nak update pasal life pun nan hado, sebab hari2 pergi kerja, balik kerja. Balik kerja dah melayan budak kecik tu je la. Kalau tak layan kang, mengamuk.
Hari ni IQ buat bekal menu Western dekat Qa'id. Dah lama sebenarnya tak buat Menu Western ni dekat Qa'id sebab dia tak sihat kan sebelum ni. Masa kena kayap hari tu, memang selera makan dia kelaut. Tak nak makan sangat. Sekarang baru ada selera nak makan.
Menu Western ni boleh dikatakan light tapi mengenyangkan juga cuma kalau budak2 tengah tak ada selera, jangan dipaksa makan benda pelik2. Kang tak nak makan langsung lagi susah dibuatnya. Kan? Menu Western kali ni IQ buat Pasta Bolognese khas untuk kanak-kanak. Khas tu maknanya tak pedas sangat. Kalau pedas, pandang pun tak mau. hehe
Resipi Mudah Pasta Bolognese Sedap Untuk Kanak-kanak
*menu untuk 5 orang kanak-kanak untuk satu kali makan
Bahan-bahan:
1/2 paket pasta
Tomato Cherry 6-7 biji (dipotong dua)
Lobak merah 1 biji sederhana besar (dipotong panjang)
Bawang besar 1/2 biji (dipotong dadu)
Bawang putih 3 biji (dipotong halus)
Prego Original
Tomato Puree (Jika nak lagi masam)
Cili Giling 1 Sudu Besar (Untuk rasa pedas sikit2, kalau tak nak letak pun tak per)
Cendawan Hitam Kering (direndam dengan air panas dan dipotong halus)
Daging Cincang 200 gram
Garam Secukup Rasa
Gula Secukup Rasa
Cara Masak:
1- Rebus pasta dalam periuk yang berisi air. Rebus sehingga empuk. Kemudian, tos dan letak ke tepi.
2- Dalam kuali berasingan, tumis bawang putih dan bawang besar sehingga kekuningan.
3- Masukkan daging cincang dan juga cendawan. Gaul daging supaya daging masak sekata bersama cendawan dan juga bawang.
4- Masukkan Cili Giling. Jika anak tak suka pedas, boleh skip step ni. Kalau nak lagi pedas, boleh letak dua sudu cili giling. Gaul2 bagi rata.
5- Masuk Prego Original 2 hingga 3 sudu. Prego Original ni penuh dengan tomato, so agak masam. Boleh balance dengan gula nanti. Nak lagi masam, boleh letak lebih. Boleh juga tambah dengan tomato puree jika mahu.
6- Masukkan air putih 2-3 cawan. Bergantung kalau nak berkuah banyak, boleh letak lebih sikit.
7- Masukkan lobak merah. Gaul bagi rata. Dan masukkan tomato cherry.
8- Masukkan garam dan gula secukup rasa.
9- Biarkan 2-3 minit, last sekali masukkan pasta. Ada sesetengah orang tak suka gaul sekali pasta dan kuah. Takut pasta kembang. Boleh dihidang asing. Boleh juga gaul terus. Jangan lupa tutup api. hihi.
10- Siap untuk dihidang.
![]() |
Simple simple untuk si kecil |
Qa'id suka makan pasta berbanding spagetti. Sekali ngap masuk mulut dia. Dia lebih suka bolognese berbanding carbonara. Dulu IQ suka letak hotdog, daging cincang Ramlee tu semua tapi disebabkan Qa'id ni allergik kuat sangat, makanan macam tu kena avoid. Daging cincang yang IQ guna pun IQ cincang sendiri. Jenuh nak cincang bagi hancur. fiuhh..
![]() |
Bekal Qa'id hari ni |
Korang boleh la try nanti. Ni cara pasta bolognese versi IQ. kalau ikutkan IQ ada tambah lagi satu bahan, tapi IQ tak letak la sekali sebab nampak pelik plak campur macam2. Tapi rasanya tetap sama. heeee
Selamat mencuba! bai!
23 Comments
sedaplah bekal qa'id tu
ReplyDeleteSimple2 je. Hee
Deletesedapppnyaaa. nk skittt. hehe
ReplyDeleteMeh sini...IQ buat lagi
DeleteAlamak .terliur pulak tengok gambar pasta ni
ReplyDeleteHehe...jgn terliur...kang kempunan bhya
Deletesedapnya. nak buat pun sonang
ReplyDeleteAah...senang je buat...
DeleteCerewet sket bab makan anak. Sbb dia alergik. Klu biar...hbis kulit dia
ReplyDeleteSedapnya. Nak try buat nanti. :)
ReplyDeletebuat, jangan tak buat tau!
Deletelama dah xbuat pasta .. malas nak g beli bahan haha
ReplyDeletehehe, bahan mudah nak dapat ni qaseh. tak susah nak cari
DeleteNak buat untuk Zafranla..Zafran suka pasta pasta ni
ReplyDeletehaaa, buatlah, budak2 memang suka pasta2 ni,
Deleteselalu buatkan spaghetti je untuk adik2 nanti nak try lah resipi ni. singgah sini bw. Salam kenal :)
ReplyDeletespagetti atau pasta memang pakai sos yang sama, kalau nak kelainan boleh try versi yang ni plak. heee
DeleteSedap lah IQ..
ReplyDeleteMrs pip peminat tegar makan pasta,
Tapi anak2 mcm tak suka sangat kecuali kalau mrs pip buat cold fruitty pasta..
Mr.Husband pula tetap dgn selera kampung ....
Nextime nak try resepi IQ ni..
cold fruitty pasta? mrs pip up resipi plissss, nak try buat jugak!
Deletetengok ni terliur pulakk! hihi
ReplyDeletehehe, kalau terliur kena buat la jawabnya. heee
Deleteharitu buat pasta, beli kuah dalam tin je..pastu beli bahan-bahan sampingan..hehee.pasta bolognese sedap bila dia ada rasa pedas sikit
ReplyDeleteAah...kalau pedas skit mmg sedap...klu rse tomato je rse kurg sket. Heee
DeleteKata ibarat pedang yang tajamnya bisa membunuh lawan..
Kata-kata yang berhikmah menyedarkan kita...
- Bicara Kata, Inteam
(Nyanyi Ke Tu?)