Advertisement

Responsive Advertisement

Kembali Mencari Rezeki, Alhamdulillah Atas Kurniaan-Nya

 Salam semua!

Akhirnya IQ dapat luangkan masa sekejap untuk menaip mencoretkan sesuatu dekat blog IQ ni. Rasa macam lama dah tak menaip. Biasa la dengan urusan harian sebagai seorang ibu memang susah bagi IQ nak curi peluang berkarya di blog ni.


IQ pernah kan bagitahu yang IQ teringin nak kembali bekerja. IQ nak tolong husband IQ mencari rezeki lebih untuk kami sekeluarga. Dan semua pun sedia ada maklum bahawa IQ diberhentikan kerja pada Mei yang lepas. Memang lebih 4 bulan IQ menganggur tanpa kerja tak termasuk cuti bersalin. Kalau campur cuti bersalin, lebih 7 bulan IQ berada di rumah sepenuhnya!


CUBA BUAT BISNES ONLINE

IQ cuba untuk buat bisnes online beberapa minggu sebelum ni. Kalau sesiapa perasan IQ ada follow beberapa rakan IQ yang sedia ada di Instagram. Tapi IG shop IQ ni rasanya tak hidup sebab IQ rasa tak mampu nak uruskannya dengan keadaan ada anak kecik sekarang. Dulu boleh, sekarang da ada dua hero, rasa macam lelah betul rasanya. Give up dengan IG Shop sendiri. huhu..


Dan IQ cuba dan cuba mencari pekerjaan di mana-mana laman mencari kerja. Jobstreet dan MyFutureJobs semua IQ try. Apatah lagi IQ berada di bawah insurans SIP, mestilah perlukan komitmen mencari pekerjaan. Ianya wajib dibuat apabila dapat insurans SIP ni. So, pulun lagi dan lagi.


Company lama IQ cari pekerja untuk projek di Penang. Yer! IQ berminat nak pergi ke sana. Yer! IQ bersetuju untuk memulakan PJJ dengan suami IQ TAPI disebabkan permintaan untuk ke sana terlampau cepat, IQ terpaksa menolak. Persiapan untuk persediaan kerja di sana hanya ada 4 hari. Tak mungkin bagi IQ. Sebab itu IQ tolak. Susah untuk uruskan hal rumah, anak2 dan sekolah anak2 juga. 


REZEKI TAK PERNAH SALAH ALAMAT

Orang kata, kalau dah rezeki tak kan ke mana. Ye tak? Meskipun IQ tolak tawaran kerja di Penang dengan gaji yang agak lumayan, akhirnya IQ dapat interview untuk satu jawatan yang sama di area rumah IQ ni sahaja! Meskipun gaji yang diberikan tak semewah seperti tawaran sebelumnya, namun...IQ bersyukur. Masih ada rezeki untuk IQ berada dekat dengan keluarga.


Interview hari selasa, hari khamis dapat jawapan. Hari khamis seterusnya dapat masuk kerja. Alhamdulillah. Indah perjalanannya. Bersyukur sangat dapat kerja kali ni walaupun hati sedih dah tak dapat nak jaga Luqman sepenuhnya macam dulu lagi. Kalau dulu, pagi2 dah bergaduh dengan si kecik tu, nak mandi la, nak susu la kan...


Terima kasih buat sesiapa yang mendoakan IQ selama ni. IQ tahu, masih ramai di luar sana perlukan pekerjaan, Jangan putus asa dalam mencari pekerjaan. dan jangan pernah mengeluh dengan apa jua pekerjaan yang korang buat. Yang penting, ianya halal. 


Rasa macam dah panjang ni. Till next time! TQ semua!

Till then, bai!

Post a Comment

8 Comments

  1. Tahniah
    Semoga dipermudahkan segala urusan sehariannya

    ReplyDelete
  2. Good luck iq.. smoga dipermudahkan urusan IQ di tempat baru.. mesti sedih kan nak tinggalkan Luqman.. huhuuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amiinnn, tq kakkk, Ya Allah, sedih sangat2...7 bulan tak pernah berenggang, lain macam rasa dia

      Delete
  3. alhamdulillah IQ . Tahniah! I'm happy for you. Semoga IQ suksess di tempat kerja baru ni.

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah .. semoga yg baik2 saja untuk IQ an keluarga.

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah, semoga dipermudahkan urusan :)

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah. Semoga murah rezeki kita semua.

    ReplyDelete

Kata ibarat pedang yang tajamnya bisa membunuh lawan..
Kata-kata yang berhikmah menyedarkan kita...
- Bicara Kata, Inteam

(Nyanyi Ke Tu?)