Tips Kurangkan Muka Berminyak Lepas Bangun Tidur
Menjadi masalah untuk sebahagian daripada kita semua adalah mengalami kulit muka berminyak ketika bangun tidur? Kejap! Apa? Kulit muka berminyak? Mesti rimas kan? Apatah lagi bila bangun dari tidur. Kita mesti mengharapkan kulit muka flawless ala-ala princess bila bangun tidur, siap ada efek sountrack lagu dari cerita Sleeping Beauty lagi. Tapi kita ni...eh?
Ada satu artikel mengatakan muka berminyak ketika bangun tidur ini adalah normal, namun bila ianya berlebihan, muka akan terdedah untuk mengalami jerawat. Salah satu puncan muka berminyak ketika bangun tidur ini adalah penggunaan skincare yang salah dan juga tidak mencuci muka dengan bersih ketika hendak masuk tidur.
Masuk tidur tak cuci muka betul-betul? Euwww! Tapi ini kebenarannya. Adakalanya kita menganggap cuci muka biasa ketika mandi adalah memadai namun, hasilnya muka berjerawat kerana masih terdapat kesan make up pada muka yang masih belum dicuci sepenuhnya. So, apa solution terbaik untuk masalah ni?
2 Langkah Mudah Kurangkan Muka Berminyak Lepas Bangun Tidur!
Langkah pertama IQ sarankan guna pencuci muka dari Hansaegee Nature iaitu Aloe AC Clean Bubble Cleanser. Kenapa IQ suggest pencuci muka ni? Salah satu sebab utamanya adalah Bubble Cleanser ni mencuci secara mendalam liang-liang pori yang terdapat dalam muka kita ni. Liang-liang pori yang tersumbat akan dicuci dengan berkesan apabila kita guna Bubble Cleanser ni.
Antara keistimewaan lain Bubble Cleanser daripada Hansaegee Nature ni adalah:
- Menghalang penghasilan jerawat - Jerawat segan nak muncul bila muka dicuci bersih
- Membuang sebum dan minyak berlebihan pada kulit muka - Punca utama jerawat muncul bila minyak yang banyak pada muka
- Mengawal penghasilan minyak - Apabila dibersihkan secara menyeluruh, minyak yang terhasil akan kembali normal mengikut keperluan setiap muka
- Melembapkan kulit, tidak menyebabkan kulit kering selepas cuci - Hasil kulit lebih lembap berbanding menggunakan pencuci muka lain
Bahan utama yang terdapat di dalam Aloe AC Bubble Cleanser ni adalah Aloe Barbadensis Leaf dan Tea Tree Leaf Oil. Kandungannya bagus untuk kesihatan kulit seharian. Sesuai untuk kesuemua jenis kulit muka seperti kulit muka kering, berminyak dan kombinasi dua kulit jenis kulit.
Apa yang IQ suka tentang Bubble Cleanser ni adalah pencuci mukanya yang berbentuk buih. Berbeza dengan kebanyakan pencuci muka yang berbentuk krim ataupun gel. Hanya perlu pam untuk menggunakannya. Mudah sangat! Buihnya lembut dan halus melembutkan lagi kulit selepas IQ cuci muka. Muka juga terasa lembap dan tidak kering selepas menggunakan Bubble Cleanser ni, tidak seperti pencuci muka yang lain.
Korang boleh tengok betapa halus buih Bubble Cleanser ni. Teksturnya lembut dan halus menghasilkan pencucian yang sangat mendalam. Walaupun ianya buih dan bukan krim atau gel seperti pencuci muka yang lain, tapi ianya mampu untuk membersihkan muka korang dengan berkesan! Bila IQ menggunakannya, muka IQ terasa segar dan kulit muka tidak terasa kering berbanding menggunakan pencuci muka IQ sebelum ini. Berbeza sangat! Muka terasa lembab dan lembut sungguh!
Langkah Kedua , IQ mengekalkan kelembapan kulit muka menggunakan Aqua Whitening Cream Moisturizer daripada Hansagee Nature. IQ pernah bercerita tentang Aqua Whitening Cream ni di sini dulu kan? Jadi, ini juga salah satu pelengkap untuk kita dapatkan kulit yang lebih sihat dan segar.
Aqua Whitening Cream ni bagus dalam membantu pengawalan minyak yang berlebihan pada kulit muka di samping mengekalkan kelembapan pada kulit muka kita ketika sedang tidur. Aqua Whitening Cream memberi kelembapan pada muka secara mendalam dan mengawal sebum yang berlebihan bagi mengelakkan kulit muka berminyak teruk.
IQ sapu Aqua Whitening Cream selepas IQ mencuci muka bagi mengekalkan kelembapan kulit muka sebelum IQ masuk tidur. Aqua Whitening Cream ni mengandungi Niacinamide yang membantu pengawalan sebum berlebihan muncul pada kulit muka kita. So, bila kita pakai sebelum masuk tidur, secara tak langsung membantu pengawalan sebum yang keluar ketika kita sedang tidur.
Water Drop yang terhasil adalah kerana Aqua Whitening Cream merupakan water based whitening cream. Memang tidak terasa seperti krim pun bila IQ pakai. Sangat ringan dan mudah menyerap berbanding krim yang lain.
Hasil muka IQ pada awal pagi setelah guna Bubble Cleanser dan juga Aqua Whitening Cream ni ? Serius rasa amazing sangat! Muka terasa lembut sangat dan langsung tidak berminyak yer! Macam muka baby pun ada. haha! Terus IQ terbayangkan muka anak IQ paling kecil, kulit mukanya soft jer. Dan IQ pun berjaya dapatkan kulit muka yang lembut dan muda macam baby IQ tu. hihi..Over kan? Tapi serius tau! Memang rasa lembut je bila belai muka masa IQ bangun dari tidur.
Nak tengok macam mana IQ apply dua produk ni, jom tonton video ni!
Seharian Pakai Mask Pun Boleh Jadi Punca
2 langkah mudah ini juga boleh digunakan selepas seharian kita di luar rumah. Apatah lagi dengan musim pandemik sekarang, pemakaian mask kan wajib dipakai sepanjang masa boleh menyebabkan jerawat muncul dengan mudah. Ini kerana haba yang terperangkap di antara muka dan mask muka menyebabkan kulit muka cepat kering.
Sama situasi dengan keadaan muka IQ sekarang, mudah naik jerawat bila pakai mask lama sangat! Apatah lagi IQ akan pergi ke site dan bertapa dalam site dalam tempoh yang agak lama. Memang dengan habuk dan panas tu semua buatkan muka IQ mudah untuk ditumbuhi jerawat.
Tambahan pula dengan pemakaian make up IQ yang tebal boleh menyebabkan jerawat berlumba-lumba untuk tumbuh. Namun, bila IQ menggunakan Bubble Cleanser dan Aqua Whitening Cream, masalah kulit muka kering dan berjerawat akhirnya selesai. Sekarang IQ tak perlu lagi nak risau kalau perlu pergi site dan pakai mask dalam tempoh yang lama. Janji Bubble Cleanser dan Aqua Whitening Cream ni ada dalam beg IQ.
Jika korang berminat dan mengalami masalah kulit muka berminyak sama seperti IQ, korang boleh dapatkan produk Hansaegee Nature ni di laman web di bawah. Tak cuba tak tahu kan? Tapi sekali cuba dah terpikat. IQ la tu.
🍁Brand: Hansaegee Nature
🍁Website: www.hansaegee.com/shop
🍁FB page: https://www.facebook.com/HansaegeeNature
🍁Youtube page: https://www.youtube.com/c/HansaegeeNatureMalaysia
1 Comments
samalah produk kita.. dua2 pun kita pakai.. terbaik hansaegee nie
ReplyDeleteKata ibarat pedang yang tajamnya bisa membunuh lawan..
Kata-kata yang berhikmah menyedarkan kita...
- Bicara Kata, Inteam
(Nyanyi Ke Tu?)