Advertisement

Responsive Advertisement

Peluang Bekerja Di Tempat IQ Membesar, Kuala Terengganu

Salam korang...

Saja IQ nak catatkan kenangan dan coretan buat diri IQ dan blog. Setelah hampir 10 tahun meninggalkan bumi Terengganu, IQ kini kembali ke negeri tempat besarnya seorang Izyan Balqis suatu ketika dulu. IQ bekerja di sebuah syarikat yang mempunyai projek yang terletak di Terengganu, secara tak langsung, IQ perlu pergi ke tapak projek sekurang-kurangnya sebulan sekali.

Melihatkan perkembangan negeri Terengganu, memang agak membanggakan IQ. Dulu, kemudahan seperti shopping mall semestinya tiada, hanya mengharapkan Mydin Mall di hadapan Bukit Besar, Kuala Terengganu sahaja. Tapi kini dah ada KTCC dan projek yang IQ sedang jalankan pun pembinaan sebuah mall. Maknanya di Kuala Terengganu sendiri akan ada beberapa mall yang mewah, sama seperti di Kuala Lumpur sana.

IQ meninggalkan bumi Terengganu pada tahun 2012 setelah mengikuti ummi IQ berpindah ke Pahang. Memang jarang sangat dapat jejak kaki di Kuala Terengganu ni, hanya setakat sampai di Dungun iaitu kampung abah IQ setiap kali raya menjelma. Nak naik sampai Kuala Terengganu tu sangatlah terhad masanya. Tak tahu la kenapa dan masa berlalu pun cukup-cukup pantas dengan pelbagai peristiwa berlaku dalam hidup IQ sendiri.

Kini, IQ pula menjalankan kerja IQ di Kuala Terengganu, bagaikan mimpi pun ada. Tak sangka dapat jejak kaki lagi di bumi Terengganu dengan berkhidmat menyiapkan projek di sini. Yelah kan, mana nak sangka, dapat juga berbakti di tempat IQ membesar dan belajar. IQ tamat sekolah pun di Terengganu. Boleh dikatakan masa kecil dan remaja IQ di sini. Walaupun kitaorang banyak kali berpindah rumah, namun kawan baik masa kecil dulu masih dihubungi sampai sekarang.

IQ berpeluang jumpa kawan baik IQ yang IQ berkawan sejak tahun 1997 dulu! Bayangkan berapa puluh tahun dah berlalu. Terasa macam baru tapi masing-masing dah ada lebih dari 2 orang anak. IQ je lambat sikit. haha!

Banyak lagi kenangan yang buatkan IQ rindu sangat zaman dulu. Tapi lagi seronok kalau Arwah Ummi turut menyaksikan ini semua bersama-sama. Mesti Arwah Ummi seronok tengok Terengganu dah makin maju berbanding dulu. haha! Dulu baru nak maju, sekarang makin maju Insya-Allah.

Till then guys! bai!
Peluang Bekerja Di Tempat Membesar
Cantik kan? View IQ ambik masa tengah nak angkat equipment ke aras 5

Post a Comment

12 Comments

  1. bestnya ganu makin maju..nk jalan2 ganu covid lak..alahai

    ReplyDelete
    Replies
    1. negeri lain da tak ada pkpb, boleh da jalan2, kecuali selangor. huhu

      Delete
  2. Tenguk jambatan tergantung tu pun dah peeling2 pi UK. Selamat balik Kampung IQ

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe, sangat! suka sangat lalu drawbridge tu. tqqq...

      Delete
  3. menetap kat gong badak 2005-2008, pergi semula tahun ni, rasa lain sangat dah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannnn? sangat lain, jalan pun banyak dah berubah kan?

      Delete
  4. akak faham macamana perasaan happy tu, dapat kembali ke tempat yang banyak kenangan kan. nanti dah siap projek, lagi rasa seronok sebab jadi salah satu landmark kat tempat kita kan

    ReplyDelete
  5. Ai tak pernah jelajah Terengganu. Setakat sampai kat kemasek je.

    ReplyDelete
  6. bestnya dapat kerja di kampung halaman ��

    kita nk gak dpt projek ecrl tpi xpggil2 dush dush dush

    ReplyDelete
    Replies
    1. best memang best, lagi2 dapat jalan-jalan tempat KLMJ, haha!

      ecrl still on progress ke? xprnh tau lak ap progress project

      Delete

Kata ibarat pedang yang tajamnya bisa membunuh lawan..
Kata-kata yang berhikmah menyedarkan kita...
- Bicara Kata, Inteam

(Nyanyi Ke Tu?)