Monday, January 29, 2018

Cabaran Jom Kurus 1 Malaysia #10 Kini Bermula!

January 29, 2018 10
Kurus? Badan idaman? Berat badan ideal? Fuhhh..siapa tak nak kan? Nak tapi usaha nak kurus tu ada ke tak? Makan kawal? Senam? Kalau tak ada buat semua tu, macam mana nak kurus dik kak oii. Buang masa jer cakap nak kurus, nak kurus...tapi hasilnya tak dak sebab tak usaha apa pun untuk kurus kan?

IQ memang plan nak dapatkan berat ideal IQ balik. Kalau ikut BMI badan IQ, IQ dah jatuh kategori overweight! Overweight?? TIDAAAKKKK! Punya la masa bujang dulu langsing jer, lepas bersalin terus badan out! Arwah suami plak tak kisah badan IQ ni macam mana pun, dia kata tetap sayang. Tapi IQ yang tetap tak puas hati. huhuhu!

Cabaran Jom Kurus 1 Malaysia Kini Bermula!
Dan kali ni, impian IQ untuk menguruskan badan bakal tercapai. Pihak pengurusan Program Jom Kurus 1 Malaysia (JK1M) berkolaborasi bersama Kelab Blogger Ben Ashaari membuka peluang kepada para bloggers untuk menyertai program JK1M kali ke 10 ini. Program ni berlangsung serentak di seluruh Malaysia, Singapore dan juga Brunei, bermula 27 Januari sehingga 10 Mac 2018. 

Teruja? Mestilah! IQ pilih team KLCC memandangkan team KLCC paling dekat dengan rumah IQ. Dan untuk team KLCC, kitaorang dilatih oleh seorang jurulatih profesional iaitu Kapten Black dan juga beberapa jurulatih berpengalaman yang lain.
Cabaran Jom Kurus 1 Malaysia Kini Bermula!
Welcome to the dark side

SESI KICK-OFF PERTEMUAN PERTAMA
Pagi sabtu yang lepas, IQ dah bersiap sedia ke Taman KLCC untuk sesi Kick-Off bersama peserta JK1M10. Berdebar? Semestinya sebab dah lama nak join aktiviti macam ni tapi disebabkan masa dan peluang selalu jer cemburu dengan IQ ni. So, kali ni IQ tak kan lepaskan peluang keemasan ni. IQ bertolak dari rumah 7.30 pagi dan disebabkan jarak dari rumah ke tempat yang dituju tak jauh, IQ sempat singgah beli sarapan dan air.

Untuk team KLCC, ada beberapa orang blogger daripada Kelab Blogger Ben Ashaari juga menyertai JK1M ni iaitu blogger Nina Mirza dan blogger Tati Mansur dan juga beberapa rakan blogger lain. 
Cabaran Jom Kurus 1 Malaysia Kini Bermula!
Bersama blogger Nina Mirza dan blogger Tati Mansur
Sampai di KLCC Park, terus cari gazebo yang diberitahu oleh Kapten untuk berkumpul. Kali ni, Kapten arahkan peserta memakai tshirt berwarna putih. So, dari jauh pun boleh cam peserta JK1M ni. Mudah nak cari. Sampai di gazebo, sesi menimbang berat pertama!! Berdebar nak timbang kali pertama yang jadi berat bench mark untuk mulakan sesi kuruskan badan ni. 

68.5kg??? Beratnya!! Dan berat IQ kini bukan lagi rahsia. haha! Berat IQ dah berkurang sejak Arwah Suami meninggal namun still tak capai berat ideal lagi. So, target IQ! Target!
Cabaran Jom Kurus 1 Malaysia Kini Bermula!
Timbang berat dulu!
Selepas tu, kitaorang diminta mengisi borang maklumat diri dan pengakuan. Dan juga borang untuk mengira kalori yang perlu dibuang mengikut berat badan masing-masing. Formula yang diberikan jelas. Cuma pergi mengisinya dengan betul. 
Cabaran Jom Kurus 1 Malaysia Kini Bermula!
Masa untuk mengira
Cabaran Jom Kurus 1 Malaysia Kini Bermula!
Sementara peserta mengisi borang, sesi ambil gambar 3 sudut berbeza juga diadakan. Setiap peserta WAJIB ambil gambar untuk rekod perubahan sebelum dan selepas program berlangsung. 1 Gambar hadapan, 1 gambar sisi dan 1 gambar Free Styles. Baru IQ perasan, IQ tak ada trademark untuk gambar Free Style ni lagi. haha, boleh buat la lepas ni. Kali ni macam awkward plak. Malu2 kucen betul!
Cabaran Jom Kurus 1 Malaysia Kini Bermula!
Sekali kak nina posing haaa
Cabaran Jom Kurus 1 Malaysia Kini Bermula!
Selesai mengisi borang, sesi perkenalan bersama Coach dan juga para peserta. Team KLCC antara peserta yang paling ramai. Memang tak dinafikan Team KLCC memang riuh dan havoc! Coach dan peserta sangat sporting. Tak menyesal IQ pilih team KLCC ni. Moga-moga sesi latihan nanti ni perasaan tak menyesal tu kekal ke akhirnya. haha!
Cabaran Jom Kurus 1 Malaysia Kini Bermula!
Coach Kapten Black
Cabaran Jom Kurus 1 Malaysia Kini Bermula!
Cabaran Jom Kurus 1 Malaysia Kini Bermula!
Kenal-kenal dulu
Cabaran Jom Kurus 1 Malaysia Kini Bermula!
Kak ti serupa macam menyanyi dah
Cabaran Jom Kurus 1 Malaysia Kini Bermula!
Cabaran Jom Kurus 1 Malaysia Kini Bermula!
Sesi perkenalan antara Coach dan juga peserta JK1M juga memperlihatkan pelbagai latar belakang dan kisah yang berbeza. Ada juga adegan yang mencuit hati dengan peserta dan juga coach yang sangat-sangat sporting. Memang best! Ada juga bekas peserta JK1m sesi lepas yang turut menyertai JK1M kali ni hanya kerana team KLCC yang sangat best katanya.
Cabaran Jom Kurus 1 Malaysia Kini Bermula!
Blogger KBBA9
Cabaran Jom Kurus 1 Malaysia Kini Bermula!
Cabaran Jom Kurus 1 Malaysia Kini Bermula!
Cabaran Jom Kurus 1 Malaysia Kini Bermula!
Apa yang kelakar pun tak tahu la masa ni
Cabaran Jom Kurus 1 Malaysia Kini Bermula!
Cabaran Jom Kurus 1 Malaysia Kini Bermula!
Cabaran Jom Kurus 1 Malaysia Kini Bermula!
Peserta yang hadir sesi Kick-Off kali ni
Aktiviti seterusnya dimulakan dengan game Omar-Osman. Nampak macam simple game ni tapi nak perlukan ketangkasan semua orang. Kalau lambat, memang kalah! IQ sendiri pun kalah dua kali tapi akhirnya menang dengan lawan IQ. Yang kalah plak kena jumping jack 10 kali. hehe!
Cabaran Jom Kurus 1 Malaysia Kini Bermula!
Tak nak tangan dicapai, tarik cepat-cepat!
Cabaran Jom Kurus 1 Malaysia Kini Bermula!
Macam nak salam jer. 
Cabaran Jom Kurus 1 Malaysia Kini Bermula!
Denda Jumping Jack
Lepas main game Omar-Osman, kitaorang main game Buaya-Biawak plak. Game ni paling lama sebab involve semua peserta sekaligus. Tapi siapa yang kalah kena keluar dan akan buat bulatan peserta semakin mengecil. IQ kalah bila bulatan dah separa besar. Sebab kalah? Blur bila Kapten Black sebut buaya atau biawak tu belah mana sebenarnya. Haha!
Cabaran Jom Kurus 1 Malaysia Kini Bermula!
Tangan atas buaya, tangan bawah biawak
Cabaran Jom Kurus 1 Malaysia Kini Bermula!
Cabaran Jom Kurus 1 Malaysia Kini Bermula!
Coach pun kena main
Cabaran Jom Kurus 1 Malaysia Kini Bermula!
Bulatan makin mengecil
Cabaran Jom Kurus 1 Malaysia Kini Bermula!
Peserta 3 terakhir. Top 3. 
Last but not least, aktiviti baling bola sambil sebut nama. Aktiviti ni bertujuan nak menambahkan daya ingatan peserta supaya ingat nama rakan peserta yang lain. Memang masa ni kalau tak ingat, rakan lain tak perlu sambut bola tersebut. Ramai peserta JK1M dekat KLCC ni, IQ pun jenuh nak ingat. huhu.
Cabaran Jom Kurus 1 Malaysia Kini Bermula!
Sambut bola tu!
Sesi Kick-Off ditamatkan dengan sesi ambil baju program. Walaupun aktiviti tak banyak dan tak berpeluh sangat, namun, hubungan antara para peserta kini sudah terjalin dan bakal bersama-sama menjalani Cabaran Jom Kurus 1 Malaysia ni. 
Cabaran Jom Kurus 1 Malaysia Kini Bermula!
Dapat ker budak ni kurus agaknya?
Cabaran Jom Kurus 1 Malaysia Kini Bermula!
Go Team KLCC Go!
Info lanjut korang boleh dapatkan di laman web rasmi Jom Kurus 1 Malaysia di bawah.

Disclaimer: Gambar diambil daripada Facebook Fanpage Kapten Black melainkan yang dinyatakan di dalam gambar.

Thursday, January 25, 2018

Cafe Uztaz Abdullah Khairi Yang Unik di Glenmarie Shah Alam

January 25, 2018 10
Lama kan IQ tak buat food review sekarang? Yelah, bila dah pindah kawasan Glenmarie ni macam terhad betul tempat makan dia. Ada la 1 2 yang menarik tapi tak sempat jugak nak buat review. Nak kata sibuk pun tak berapa nak sibuk sangat, tapi mood nak buat review tu on off sket sekarang. haha!

First time IQ makan bila office dah berpindah ke Glenmarie ni, kawan office bawak ke satu cafe ni. Jarak antara ofis dan cafe ni dalam 2-4km macam tu jer. Tak jauh, tak sempat nak panas punggung cuma punggung panas bila seat panas kena matahari jer. haha!
Cafe Uztaz Abdullah Khairi Yang Unik di Glenmarie Shah Alam
Sumber
Cafe ni terletak di Glenmarie Shah Alam. Kalau dari Tol Batu Tiga tu boleh nampak direct cafe ni cuma nak masuk tetap kena lalu exit yer. Part UNIK tentang cafe ni bila cafenya macam uptown kontena macam tu. Terletak di tingkat atas, cafe ni jadi tempat makan di samping anak-anak muda bermain car remote control atau go cart or whatsoever dekat litar bersebelahan dengan cafe ni. 

Kawasan cafe ni dikelilingi bengkel-bengkel khas untuk autoshow. Itu istilah yang IQ bagi jer. Sebab ada kereta sport dijadikan icon di hadapan bengkel dan juga kontena-kontena dekat situ. Cafe ni pun berkonsepkan minimalis yang sangat mengikut konsep hipster cafe zaman kini. 
Cafe Uztaz Abdullah Khairi Yang Unik di Glenmarie Shah Alam
Sumber
Cafe Uztaz Abdullah Khairi Yang Unik di Glenmarie Shah Alam
Sumber
Cafe Uztaz Abdullah Khairi Yang Unik di Glenmarie Shah Alam
Pemandangan dari dalam ke luar
Cafe Uztaz Abdullah Khairi Yang Unik di Glenmarie Shah Alam
Selesa, ada sofa lagi
Cafe Uztaz Abdullah Khairi Yang Unik di Glenmarie Shah Alam
Kata-kata daripada Uztaz Abdullah Khairi
Cafe Uztaz Abdullah Khairi Yang Unik di Glenmarie Shah Alam
Ruang merchandies
IQ dah beberapa kali makan dekat Cafe UAK ni. Menu yang dihidangkan pun menarik walaupun sebenarnya agak terhad. Untuk menu tempatan, ada beberapa menu yang kita pilih. Namun, menu western lebih mencuri perhatian IQ sebab IQ kan suka try makanan western. Sedap atau tidak menu western berbanding tempat-tempat lain.

MENU DI CAFE UAK
Menu tempatan ada beberapa menu yang menarik bagi IQ iaitu Nasi Lemak Special dan Nasi Goreng Kampung UAK. IQ suka makan Nasi Goreng Kampung UAK ni sebab ada ikan rebus goreng. haaa...menarik kan? Sedap tau makan nasi goreng dengan ikan rebus goreng tu. Kawan IQ cakap, ikan rebus goreng tu menu orang Kelantan. Sedap dan lembut isinya. Sorry, tak ada gambar. Next time IQ paste. (Kalau IQ ingat, haha)
Cafe Uztaz Abdullah Khairi Yang Unik di Glenmarie Shah Alam
Beef Spagetti with White Sauce
2nd time IQ pergi, IQ try Spagetti dengan white sauce. Menu ni menarik jugak la sebab orang kata white sauce dia sedap. So, IQ nak try la kesedapan dia macam mana lak kan? So, IQ order Beef Spagetti with White Sauce. White Sauce tu rasanya macam kuah carbonara yang IQ selalu buat dekat Qa'id dulu. Yes, rasa susu dan cheese dia sebati dan membuatkan rasa lemak tu sangat sedap. IQ memang suka try carbonara di samping try satu lagi jenis spagetti ni. Ok la bagi IQ menu Beef Spagetti with White Sauce ni. 
Cafe Uztaz Abdullah Khairi Yang Unik di Glenmarie Shah Alam
Cantik kan warna air ni semua. Tapi IQ pilih air sirap jer. Bagi IQ air sirap harga RM6,90 macam tak berbaloi sangat. Ingatkan ape la rossy rose tu semua, rupanya air sirap jer. Silap IQ jugak sebab tak boleh agak dari awal. huhu. Baik pilih air teh ais lagi murah. huhu
Cafe Uztaz Abdullah Khairi Yang Unik di Glenmarie Shah Alam
Kali terakhir IQ pergi IQ order menu yang paling IQ suka order iaitu Aglio Olioooo. Aglio Olio sebenarnya lagi sedap kalau jenis Seafood punya. Lagi terasa sedapnya. Untuk menu yang IQ order ni? Rasa dia macam makan spagetti tanpa garam. Mungkin sebab kurang garam agaknya. Dan mungkin garamnya banyak terserap dek hirisan ayam. huhu. 
Cafe Uztaz Abdullah Khairi Yang Unik di Glenmarie Shah Alam
Tapi tetap tak dilupa asal usulmu wahai IQ. Keropok lekor!!! Yang ni da dua kali IQ order sejak IQ tahu ada keropok lekor ni. Sedap! Walaupun tak sama seperti yang IQ harapkan, tetap terubat rindu IQ nak makan. huhu. Anak jati Terengganu, memang macam ni.

Harga dekat Cafe UAK ni boleh dikatakan agak pricey. Tapi kalau nak makan sekali sekala ok la. Nak makan selalu, memang kopak la poket hang oi! Kaannn? IQ suka juga makan sup yang disediakan oleh pihak Cafe secara percuma. Cuma boleh derma ikhlas ke dalam tabung yang disediakan je. Makan sambil beramal gituuu.
Cafe Uztaz Abdullah Khairi Yang Unik di Glenmarie Shah Alam
Flyers
IQ tak pernah rasa give up nak pergi Cafe UAK ni sebab bagi IQ setiap tempat makan mesti ada keunikan dia sendiri. Kalau korang rasa itu tak kena, tak semuanya tak kena kan? So, next time IQ nak try menu lain plak. Tapi tunggu gaji masuk la, ni da akhir bulan, orang gomen dah gaji, kita belum lagi laaa...

Ok, kepada sesiapa nak pergi ke Cafe UAK ni boleh la klik Maps di bawah. 

Till then, bai!

Wednesday, January 24, 2018

Emosi Bercampur Baur, Mood Menulis Kelaut Dalam!

January 24, 2018 7
Dua tiga hari ni macam mood kelaut. Mood nak menulis terasa macam hilang. Nervous ke gugup ke sedih ke tak tahu la. Semua bercampur baur.

Mood hilang bermula semalam. Bila Apps Blogger dekat Google Play Store macam ada problem. Tak boleh nak save draft yang ada gambar. Semalam nak letak gambar sekeping pun macam susah nak save online. Nak kata internet tak laju, try tukar DiGi ke Celcom pun still perkara sama berlaku.

Ada kawan sarankan try dekat handphone lain. IQ try la install Apps Blogger dekat handphone lama, memang ternyata Apps Blogger ada masalah. Hurmm...nampak gaya nak update entry akan semakin slow lepas ni.

Nervous dan gugup sebab dapat panggilan interview dua hari lepas. Risau sebab dah dua tahun tak hadap interview. Company pun agak besar, expectation mesti tinggi. Harapan mestilah nak kerja baru tu. Tapi bila search laman web company tu macam nanti ada leader untuk IQ juga. So, macam lega sikit.

Bukan tak boleh kerja sendiri tapi sebab IQ dah lama tak buat kerja on site dan semestinya kerja on site lagi mencabar daripada kerja sekarang yang hanya buat checking semata-mata. Doakan IQ berjaya dalam interview tu nanti. Amiin..

Sedih plak bila tetiba boss marah macam IQ buat salah besar benor! Entah apa angin dia, tinggi suara macam IQ buat salah padahal tanya pendapat je pun. Seriously I am sad! Sedih lahai bila benda kecik pun nak naik suara macam tu. Anggapan mungkin dia tengah banyak kerja yang perlu disettlekan cepat. Memang sejak dua menjak ni, kalau dia sibuk memang nak marah je kerjanya. Hurmm..ape hal ntah boss ni. Nak kata bendera merah, lelaki kot? huhu.

So, dalam tak tahu nak update apa semua, siap dah sebuah entry meluah rasa. Sedih tapi tulah hidup. Nak luah mana lagi selain officemate yang sentiasa faham dan juga warga pembaca Dunia Blog IQ sekalian. Thanks sebab baca.

Bai.

Monday, January 22, 2018

Rapat Tak Dengan Arwah Ummi Dulu?

January 22, 2018 8
Untung siapa masih punya emak. Masih ada tempat nak mengadu. Tempat nak mengada-ngada. Segala macam tempat la mesti dengan emak. Apatah lagi, kalau ada masalah, mana nak dituju? Emak.

IQ kehilangan ummi IQ dua tahun lepas. Hilang tempat nak mengadu walaupun kalau ikutkan IQ ni seorang yang sangat berdikari, seorang yang keras hatinya dulu, namun nak mengadu sesetengah perkara mahupun nak minta pendapat mesti IQ cari ummi IQ. Abah IQ? No komen, tapi itu kisah lama. Diungkit pun tiada guna.

Kalau nak kata IQ rapat sangat dengan Arwah Ummi IQ, tak ada la sangat tapi IQ nak bahagiakan ummi IQ seboleh mungkin. Even kadang-kadang kita kurang peka dengan hati seorang ibu pada waktu tu disebabkan alpa dengan dunia, namun... IQ cuba untuk faham ummi sebaik mungkin, dengan keadaan keluarga kami masa tu.

Saat IQ kecewa bercinta dulu, IQ mengadu pada ummi. IQ minta pendapat nak buat apa dengan gambar-gambar lama masa bercinta. "Buang" Ummi bagi nasihat. Yer. IQ cuba buang segala benda tentang kisah kecewa IQ bercinta dulu. Dan bila IQ cuba berkawan dengan seseorang IQ minta pendapat Arwah. Arwah pesan "kawan-kawan dulu, lama-lama kalau rasa ok, boleh proceed"
Rapat Tak Dengan Arwah Dulu?
Facebook buat throwback semalam
First IQ jumpa Arwah Suami IQ dekat rumah kitaorang di Karak. First time jumpa nak Arwah Ummi ada sekali sebab IQ kenal Arwah Suami pun dekat Facebook. Risau dengan orang asing. Tapi Alhamdulillah. Arwah Suami memang nampak tertib orangnya, baik tutur katanya sampai Arwah Ummi IQ pun suka sangat borak dengan dia. 

First time jumpa pun Arwah Ummi nak pecahkan rahsia masa IQ budak-budak. Nasib IQ bagi signal sebab kitaorang pun masa tu masih dalam proses berkawan. "Banyak nak bagitahu, tapi kalau betul-betul jadi nanti mak cik bagitahu lagi" haha! Ummi ni! Buat merah muka jer jadinya.

Tapi segalanya berlalu dengan pantas. Dua-dua insan yang IQ kasihi kini jauh daripada IQ. Bila IQ kenangkan balik, IQ rindu sangat kitaorang sama-sama gurau macam dulu. Arwah Ummi dan Arwah Suami memang dikatakan rapat, Arwah Suami plak pandai jaga hati. Memang senang sangat hati Arwah Ummi bila IQ kawan dengan Arwah Suami masa tu. Sampai la kahwin dan menimang anak. 

I miss them badly. 

Rapat Tak Dengan Arwah Dulu?
Al-Fatihah Arwah Ummiku Sayang

Friday, January 19, 2018

Moga Ada Peluang Itu, Rezeki Buat Kami

January 19, 2018 8
Moga Ada Peluang Itu, Rezeki Buat Kami
Perjalanan jauh pergi ke tempat kerja sekarang sedikit sebanyak mempengaruhi gaya hidup IQ. Sekarang kena bangun lebih awal, siapkan Qa'id seperti biasa, dan masak bekal makanan dia dan keluar dari rumah mesti sebelum pukul 8 pagi. Kalau ikutkan sebelum pukul 8 pagi memang akan lewat sampai ke pejabat dalam setengah jam sebab perjalanan ambil masa 1 jam juga nak sampai. Penat? Usah dikira.

Office IQ yang tetiba kena berpindah ke Glenmarie membuatkan sistem kewangan IQ sekarang tak stabil. Bayangkan kalau dulu perjalanan pergi balik hanya 30km++ tapi sekarang hampir cecah 80km sehari. Kereta pun makin cepat kena servis berbanding dulu. Minyak dan tol semestinya berganda, tol pergi balik dah cecah RM11 satu hari dan minyak plak dah confirm RM10++ sehari. Banyaknya duit keluar!

Ekonomi sekarang makin tak stabil. Media plak mencanang isu tentang ramai pekerja akan kehilangan kerja untuk tahun 2018. Alamak, macam mana nak cari kerja baru ni? Plan nak cari kerja baru? Kenapa? Dengan keadaan travel jauh setiap hari, memikirkan kewangan jadi tak stabil, tiada bonus, tiada kenaikan tahunan...apa yang boleh dilakukan lagi? Kena fikir segala perkara sendiri, dah namanya tiada bersuami. =(

UPDATE YANG TERKINI
Semalam IQ cuba update resume IQ. Dua tahun berlalu, memang dah lama tak update resume. Resume dekat Jobstreet pun perlu diupdate juga. Nantilah update yang tu. Update resume terkini ni yang paling penting. Maklumat tentang company sekarang masih belum ada dalam resume. Mentang-mentang blog bertukar template, resume pun nak tukar template. Kali ni tukar template baru selepas template infografik bukan template yang sesuai dengan bidang construction.

Tetiba ada emel masuk. Career Opportunity. Pelik. Emel spam ke? Bila diteliti, eh...ada offer kerja baru! Syarikat yang pernah IQ apply beberapa tahun lepas. Tak sangka dalam memikirkan soal kerja baru, dapat pula emel yang offer kerja. Memang tak sangka. Balas emel dengan hati terbuka, dan berdoa agar peroleh peluang itu.

IQ sebenarnya memang plan nak cari kerja lain. Tapi kalau ikutkan IQ dah sebut nak cari kerja lain dah lama, cuma bertahan sedikit masa lagi. Bagi peluang pada kerja sekarang, tapi keadaan macam tak boleh dibendung lagi. Kena bergerak ke hadapan demi masa depan. Masih ada target yang perlu dicapai. Jika IQ masih di sini, target tersebut sukar untuk dicapai. Jadi, perlu bergerak ke hadapan untuk masa depan.

Doakan IQ, moga ini rezeki baru kami berdua. Amiin.

Thursday, January 18, 2018

Cara Mudah Dapatkan Report CTOS Online Dan Fakta Asas Mengenainya

January 18, 2018 0
Korang tahu ke CTOS tu apa? Pernah dengar ke sebelum ni? Pernah ke tak pernah? Kalau pernah, apa kegunaan CTOS sebenarnya? CTOS dan CCRIS yang punyai ciri-ciri yang lebih kurang sama tapi sebenarnya berbeza. Kalau tahu apa yang membezakan CTOS dan CCRIS?

CTOS adalah sebuah syarikat swasta yang menyediakan laporan kredit yang juga digunakan secara meluas oleh institut kewangan bagi memberi kelayakan kredit pemohon selain menggunakan laporan CCRIS. (sumber)

CTOS ni mengumpulkan maklumat dalam bentuk laporan yang disediakan melalui sumber-sumber awam seperti di bawah:
  • Jabatan Pendaftaran Negara
  • Jabatan Insolvensi Malaysia
  • Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
  • Penerbitan prosiding undang-undang, makluman di akhbar dan warta kerajaan
Maklumat yang disediakan termasuklah status muflis individu, tindakan undang-undang, status kes, pemilikan perniagaan dan sebagainya.

Beza CTOS dan CCRIS ni sebenarnya adalah di mana CCRIS kelolaan di bawah Bank Negara Malaysia, manakala CTOS adalah sebuah syarikat swasta. CCRIS menyediakan maklumat dari Institusi Kewangan dan CTOS pula menyediakan maklumat tentang kredit dari sumber awam.

Pentingnya laporan CCRIS dan CTOS ni untuk digunakan oleh pihak Bank bagi meluluskan permohonan korang di bank, seperti contoh permohonan untuk pembelian sebuah rumah. Boleh lihat cara nak mohon laporan CCRIS secara Online di sini.

Laporan CTOS boleh didapati oleh laman web CtosCredit . Mudah jer nak dapatkan laporan CTOS ni. Jom kita buat satu nak?

LANGKAH-LANGKAH MENDAPATKAN LAPORAN CTOS SECARA ONLINE

1. Pergi ke laman Web CtosCredit di www.ctoscredit.com.my
Cara Mudah Dapatkan Report CTOS Online Dan Fakta Asas Mengenainya
2
2. Bagi pengguna kali pertama, klik Sign Up untuk mendaftar.

Cara Mudah Dapatkan Report CTOS Online Dan Fakta Asas Mengenainya
3
3. Isikan maklumat dan lengkapkan semua maklumat dengan betul.

Cara Mudah Dapatkan Report CTOS Online Dan Fakta Asas Mengenainya
4
4. Korang akan dapat emel seperti di atas untuk pengesahan ID.

Cara Mudah Dapatkan Report CTOS Online Dan Fakta Asas Mengenainya
5
5. Seterusnya korang akan dapat emel pengesahan akaun didaftarkan. Terma dan syarat pendaftaran diberikan untuk reference korang.

Cara Mudah Dapatkan Report CTOS Online Dan Fakta Asas Mengenainya
6
6. Setelah tu, dapat lagi 1 emel untuk pengesahan CTOS User untuk akaun di laman Web CTOS.

Cara Mudah Dapatkan Report CTOS Online Dan Fakta Asas Mengenainya
7
7. Dan Last sekali korang akan dapat laporan CTOS korang melalui emel korang.

Laporan CTOS ni free tau melainkan korang nak yang lebih advance, orang boleh beli di laman web CTOS ni.
Cara Mudah Dapatkan Report CTOS Online Dan Fakta Asas Mengenainya
Laporan CTOS ni akan dihantar dekat korang 2 kali setahun secara Percuma melaui Email korang tau. Kalau korang dah terpadam emel secara tidak sengaja, korang jangan risau sebab korang boleh jer klik Notification dekat Menu bar atas dan korang boleh download balik dekat sini.
Cara Mudah Dapatkan Report CTOS Online Dan Fakta Asas Mengenainya
IQ dah create akaun CTOS ni dari tahun 2016. So, IQ dah ada beberapa rekod CTOS dekat web ni. Korang boleh tengok contoh Report CTOS dekat bawah ni.

Contoh Laporan CTOS



IQ ada rekod bil internet yang masih tertunggak dan rekod tersebut termasuk dalam laporan CTOS ni. Begitu juga jika ada syarikat termasuk syarikat yang dibuat untuk bisnes online pun akan ada dalam report CTOS ni.

Kredit CTOS ni effect ke tak kalau nak buat permohonan loan? Bergantung. Macam maklumat dekat atas, bergantung pada jenis loan. Sebelum ni IQ dapat tahu, kalau nak beli rumah, dan ada hutang bil telefon, loan ada yang lepas. So, depends pada jenis loan yang dimohon dan hutang yang tertunggak.

Ok, setakat tu jer perkongsian IQ kali ni. Bai!