Monday, January 22, 2018

Rapat Tak Dengan Arwah Ummi Dulu?

Untung siapa masih punya emak. Masih ada tempat nak mengadu. Tempat nak mengada-ngada. Segala macam tempat la mesti dengan emak. Apatah lagi, kalau ada masalah, mana nak dituju? Emak.

IQ kehilangan ummi IQ dua tahun lepas. Hilang tempat nak mengadu walaupun kalau ikutkan IQ ni seorang yang sangat berdikari, seorang yang keras hatinya dulu, namun nak mengadu sesetengah perkara mahupun nak minta pendapat mesti IQ cari ummi IQ. Abah IQ? No komen, tapi itu kisah lama. Diungkit pun tiada guna.

Kalau nak kata IQ rapat sangat dengan Arwah Ummi IQ, tak ada la sangat tapi IQ nak bahagiakan ummi IQ seboleh mungkin. Even kadang-kadang kita kurang peka dengan hati seorang ibu pada waktu tu disebabkan alpa dengan dunia, namun... IQ cuba untuk faham ummi sebaik mungkin, dengan keadaan keluarga kami masa tu.

Saat IQ kecewa bercinta dulu, IQ mengadu pada ummi. IQ minta pendapat nak buat apa dengan gambar-gambar lama masa bercinta. "Buang" Ummi bagi nasihat. Yer. IQ cuba buang segala benda tentang kisah kecewa IQ bercinta dulu. Dan bila IQ cuba berkawan dengan seseorang IQ minta pendapat Arwah. Arwah pesan "kawan-kawan dulu, lama-lama kalau rasa ok, boleh proceed"
Rapat Tak Dengan Arwah Dulu?
Facebook buat throwback semalam
First IQ jumpa Arwah Suami IQ dekat rumah kitaorang di Karak. First time jumpa nak Arwah Ummi ada sekali sebab IQ kenal Arwah Suami pun dekat Facebook. Risau dengan orang asing. Tapi Alhamdulillah. Arwah Suami memang nampak tertib orangnya, baik tutur katanya sampai Arwah Ummi IQ pun suka sangat borak dengan dia. 

First time jumpa pun Arwah Ummi nak pecahkan rahsia masa IQ budak-budak. Nasib IQ bagi signal sebab kitaorang pun masa tu masih dalam proses berkawan. "Banyak nak bagitahu, tapi kalau betul-betul jadi nanti mak cik bagitahu lagi" haha! Ummi ni! Buat merah muka jer jadinya.

Tapi segalanya berlalu dengan pantas. Dua-dua insan yang IQ kasihi kini jauh daripada IQ. Bila IQ kenangkan balik, IQ rindu sangat kitaorang sama-sama gurau macam dulu. Arwah Ummi dan Arwah Suami memang dikatakan rapat, Arwah Suami plak pandai jaga hati. Memang senang sangat hati Arwah Ummi bila IQ kawan dengan Arwah Suami masa tu. Sampai la kahwin dan menimang anak. 

I miss them badly. 

Rapat Tak Dengan Arwah Dulu?
Al-Fatihah Arwah Ummiku Sayang

8 comments:

Komen Sepatah Dua Kata