Perjalanan jauh pergi ke tempat kerja sekarang sedikit sebanyak mempengaruhi gaya hidup IQ. Sekarang kena bangun lebih awal, siapkan Qa'id seperti biasa, dan masak bekal makanan dia dan keluar dari rumah mesti sebelum pukul 8 pagi. Kalau ikutkan sebelum pukul 8 pagi memang akan lewat sampai ke pejabat dalam setengah jam sebab perjalanan ambil masa 1 jam juga nak sampai. Penat? Usah dikira.
Office IQ yang tetiba kena berpindah ke Glenmarie membuatkan sistem kewangan IQ sekarang tak stabil. Bayangkan kalau dulu perjalanan pergi balik hanya 30km++ tapi sekarang hampir cecah 80km sehari. Kereta pun makin cepat kena servis berbanding dulu. Minyak dan tol semestinya berganda, tol pergi balik dah cecah RM11 satu hari dan minyak plak dah confirm RM10++ sehari. Banyaknya duit keluar!
Ekonomi sekarang makin tak stabil. Media plak mencanang isu tentang ramai pekerja akan kehilangan kerja untuk tahun 2018. Alamak, macam mana nak cari kerja baru ni? Plan nak cari kerja baru? Kenapa? Dengan keadaan travel jauh setiap hari, memikirkan kewangan jadi tak stabil, tiada bonus, tiada kenaikan tahunan...apa yang boleh dilakukan lagi? Kena fikir segala perkara sendiri, dah namanya tiada bersuami. =(
UPDATE YANG TERKINI
Semalam IQ cuba update resume IQ. Dua tahun berlalu, memang dah lama tak update resume. Resume dekat Jobstreet pun perlu diupdate juga. Nantilah update yang tu. Update resume terkini ni yang paling penting. Maklumat tentang company sekarang masih belum ada dalam resume. Mentang-mentang blog bertukar template, resume pun nak tukar template. Kali ni tukar template baru selepas template infografik bukan template yang sesuai dengan bidang construction.
Tetiba ada emel masuk. Career Opportunity. Pelik. Emel spam ke? Bila diteliti, eh...ada offer kerja baru! Syarikat yang pernah IQ apply beberapa tahun lepas. Tak sangka dalam memikirkan soal kerja baru, dapat pula emel yang offer kerja. Memang tak sangka. Balas emel dengan hati terbuka, dan berdoa agar peroleh peluang itu.
IQ sebenarnya memang plan nak cari kerja lain. Tapi kalau ikutkan IQ dah sebut nak cari kerja lain dah lama, cuma bertahan sedikit masa lagi. Bagi peluang pada kerja sekarang, tapi keadaan macam tak boleh dibendung lagi. Kena bergerak ke hadapan demi masa depan. Masih ada target yang perlu dicapai. Jika IQ masih di sini, target tersebut sukar untuk dicapai. Jadi, perlu bergerak ke hadapan untuk masa depan.
Doakan IQ, moga ini rezeki baru kami berdua. Amiin.
8 Comments
semoga dimurahkan rezeki dan dipermudahkan urusan utk kehidupan yg lebih baik. inshaALllah :)
ReplyDeleteinshaAllah, semoga murah rezeki IQ dan dapat kerja yang lebih baik.
ReplyDeletesemoga dipermudahkan
ReplyDeleteSemoga ada rezeki yg lebih baik utk IQ...amin.
ReplyDeleteSemoga dipermudahkan urusan IQ dan ada rezeki yang lebih baik nanti utk IQ dan Qa'id. Aminn
ReplyDeleteinsyallah,moga rezeki IQ. Btw,jangan lupa baca surah yusuf sebelum menghadiri iv nanti..
ReplyDeleteinsyaallah doa yg terbaik.. bnyakkan buat solat istikarah akk doakan yg terbaik utk iq..
ReplyDeleteInsyaAllah semoga segala IQ yang inginkan dimakbulkan oleh Allah SWt
ReplyDeleteKata ibarat pedang yang tajamnya bisa membunuh lawan..
Kata-kata yang berhikmah menyedarkan kita...
- Bicara Kata, Inteam
(Nyanyi Ke Tu?)