Advertisement

Responsive Advertisement

Cafe UAK Uztaz Abdullah Khairi Yang Unik di Glenmarie Shah Alam

Lama kan IQ tak buat food review sekarang? Yelah, bila dah pindah kawasan Glenmarie ni macam terhad betul tempat makan dia. Ada la 1 2 yang menarik tapi tak sempat jugak nak buat review. Nak kata sibuk pun tak berapa nak sibuk sangat, tapi mood nak buat review tu on off sket sekarang. haha!

First time IQ makan bila office dah berpindah ke Glenmarie ni, kawan office bawak ke satu cafe ni. Jarak antara ofis dan cafe ni dalam 2-4km macam tu jer. Tak jauh, tak sempat nak panas punggung cuma punggung panas bila seat panas kena matahari jer. haha!
Cafe Uztaz Abdullah Khairi Yang Unik di Glenmarie Shah Alam
Sumber
Cafe ni terletak di Glenmarie Shah Alam. Kalau dari Tol Batu Tiga tu boleh nampak direct cafe ni cuma nak masuk tetap kena lalu exit yer. Part UNIK tentang cafe ni bila cafenya macam uptown kontena macam tu. Terletak di tingkat atas, cafe ni jadi tempat makan di samping anak-anak muda bermain car remote control atau go cart or whatsoever dekat litar bersebelahan dengan cafe ni. 

Kawasan cafe ni dikelilingi bengkel-bengkel khas untuk autoshow. Itu istilah yang IQ bagi jer. Sebab ada kereta sport dijadikan icon di hadapan bengkel dan juga kontena-kontena dekat situ. Cafe ni pun berkonsepkan minimalis yang sangat mengikut konsep hipster cafe zaman kini. 
Cafe Uztaz Abdullah Khairi Yang Unik di Glenmarie Shah Alam
Sumber
Cafe Uztaz Abdullah Khairi Yang Unik di Glenmarie Shah Alam
Sumber
Cafe Uztaz Abdullah Khairi Yang Unik di Glenmarie Shah Alam
Pemandangan dari dalam ke luar
Cafe Uztaz Abdullah Khairi Yang Unik di Glenmarie Shah Alam
Selesa, ada sofa lagi
Cafe Uztaz Abdullah Khairi Yang Unik di Glenmarie Shah Alam
Kata-kata daripada Uztaz Abdullah Khairi
Cafe Uztaz Abdullah Khairi Yang Unik di Glenmarie Shah Alam
Ruang merchandies
IQ dah beberapa kali makan dekat Cafe UAK ni. Menu yang dihidangkan pun menarik walaupun sebenarnya agak terhad. Untuk menu tempatan, ada beberapa menu yang kita pilih. Namun, menu western lebih mencuri perhatian IQ sebab IQ kan suka try makanan western. Sedap atau tidak menu western berbanding tempat-tempat lain.

MENU DI CAFE UAK
Menu tempatan ada beberapa menu yang menarik bagi IQ iaitu Nasi Lemak Special dan Nasi Goreng Kampung UAK. IQ suka makan Nasi Goreng Kampung UAK ni sebab ada ikan rebus goreng. haaa...menarik kan? Sedap tau makan nasi goreng dengan ikan rebus goreng tu. Kawan IQ cakap, ikan rebus goreng tu menu orang Kelantan. Sedap dan lembut isinya. Sorry, tak ada gambar. Next time IQ paste. (Kalau IQ ingat, haha)
Cafe Uztaz Abdullah Khairi Yang Unik di Glenmarie Shah Alam
Beef Spagetti with White Sauce
2nd time IQ pergi, IQ try Spagetti dengan white sauce. Menu ni menarik jugak la sebab orang kata white sauce dia sedap. So, IQ nak try la kesedapan dia macam mana lak kan? So, IQ order Beef Spagetti with White Sauce. White Sauce tu rasanya macam kuah carbonara yang IQ selalu buat dekat Qa'id dulu. Yes, rasa susu dan cheese dia sebati dan membuatkan rasa lemak tu sangat sedap. IQ memang suka try carbonara di samping try satu lagi jenis spagetti ni. Ok la bagi IQ menu Beef Spagetti with White Sauce ni. 
Cafe Uztaz Abdullah Khairi Yang Unik di Glenmarie Shah Alam
Cantik kan warna air ni semua. Tapi IQ pilih air sirap jer. Bagi IQ air sirap harga RM6,90 macam tak berbaloi sangat. Ingatkan ape la rossy rose tu semua, rupanya air sirap jer. Silap IQ jugak sebab tak boleh agak dari awal. huhu. Baik pilih air teh ais lagi murah. huhu
Cafe Uztaz Abdullah Khairi Yang Unik di Glenmarie Shah Alam
Kali terakhir IQ pergi IQ order menu yang paling IQ suka order iaitu Aglio Olioooo. Aglio Olio sebenarnya lagi sedap kalau jenis Seafood punya. Lagi terasa sedapnya. Untuk menu yang IQ order ni? Rasa dia macam makan spagetti tanpa garam. Mungkin sebab kurang garam agaknya. Dan mungkin garamnya banyak terserap dek hirisan ayam. huhu. 
Cafe Uztaz Abdullah Khairi Yang Unik di Glenmarie Shah Alam
Tapi tetap tak dilupa asal usulmu wahai IQ. Keropok lekor!!! Yang ni da dua kali IQ order sejak IQ tahu ada keropok lekor ni. Sedap! Walaupun tak sama seperti yang IQ harapkan, tetap terubat rindu IQ nak makan. huhu. Anak jati Terengganu, memang macam ni.

Harga dekat Cafe UAK ni boleh dikatakan agak pricey. Tapi kalau nak makan sekali sekala ok la. Nak makan selalu, memang kopak la poket hang oi! Kaannn? IQ suka juga makan sup yang disediakan oleh pihak Cafe secara percuma. Cuma boleh derma ikhlas ke dalam tabung yang disediakan je. Makan sambil beramal gituuu.
Cafe Uztaz Abdullah Khairi Yang Unik di Glenmarie Shah Alam
Flyers
IQ tak pernah rasa give up nak pergi Cafe UAK ni sebab bagi IQ setiap tempat makan mesti ada keunikan dia sendiri. Kalau korang rasa itu tak kena, tak semuanya tak kena kan? So, next time IQ nak try menu lain plak. Tapi tunggu gaji masuk la, ni da akhir bulan, orang gomen dah gaji, kita belum lagi laaa...

Ok, kepada sesiapa nak pergi ke Cafe UAK ni boleh la klik Maps di bawah. 

Till then, bai!

Post a Comment

10 Comments

  1. Menarik....kombinasi tempatan dan western food pada menu..

    ReplyDelete
  2. nampak menu semuanya sedap. tambahan pula tempat yg menarik n nyaman. tentu kenyang sakan nanti!

    ReplyDelete
  3. uniknya cafe ni. cantik decoration dia..

    ReplyDelete
  4. teringin lama nak ke cafe UAK ni cuma belum berkesempatan ....

    ReplyDelete
  5. lama dok usha kafe ni tapi tak pergi2 jugak hehehhe...deco cantik makanan tu maybe boleh upgradekn lagi la kot ye...

    ReplyDelete
  6. Cantiknya decoration dia.. kene pergi jugak ni. Terima kasoh infonya ye.

    ReplyDelete
  7. cantiknya interior deco cafe UAK ni..makanan pun nampak menyelerakan

    ReplyDelete

Kata ibarat pedang yang tajamnya bisa membunuh lawan..
Kata-kata yang berhikmah menyedarkan kita...
- Bicara Kata, Inteam

(Nyanyi Ke Tu?)