Friday, December 29, 2017

2017 Beri 1001 Kenangan Manis Buat IQ

December 29, 2017 14
Dah sampai hujung tahun mesti nak buat konklusi tahunan kan? Yelah, nak tahu apa yang dah tercapai, apa yang masih tergantung. Apa yang sebabkan tergantung dan apa yang boleh buat azam tu tercapai tahun depan.
2017 Beri 1001 Kenangan Manis Buat IQ
Kalau ikutkan azam 2017 IQ tak ada pun. Tapi IQ sambung azam tahun 2016 untuk beli rumah. Nampaknya azam 2017 IQ terpaksa ditangguhkan lagi. Azam tu hampir tercapai namun tersangkut gara-gara masalah kewangan. Moga tahun 2018 beri peluang baru kepada IQ untuk memiliki rumah IQ sendiri bersama dengan Qa'id. Amiin.

Sepanjang tahun ni, banyak benda yang dah berlaku. Alhamdulillah. Semuanya berjalan dengan baik sekali. Hubungan keluarga semakin baik, Hidup bersosial bersama rakan-rakan pun boleh dikatakan lebih produktif. IQ beruntung kerana dikelilingi oleh ramai orang yang baik hatinya, tak lokek berkongsi ilmu dan rasa. Alhamdulillah. Syukur.

TIADA YANG KURANG BIARPUN...
Tahun 2017. Walaupun hanya bersama dengan anak, IQ tak pernah rasa kurangnya kehidupan IQ. Biarpun, kadang-kadang rasa itu wujud apabila datangnya rindu pada yang telah pergi, Alhamdulillah, IQ mampu menanganinya. Kena kuat demi anak. Tak boleh cengeng.

Jadual IQ sepanjang tahun Alhamdulillah, selalu full. Apatah lagi bila IQ join Kelab Blogger Ben Ashaari pada akhir April 2017. Dapat mengenali ramai blogger yang berpengalaman cukup membuka mata IQ, dunia blogging sebenarnya luas dan bermacam jenis yang kita boleh jumpa dan cari. IQ sangkakan dunia blog hanyalah sekadar blog. Namun IQ salah.
2017 Beri 1001 Kenangan Manis Buat IQ
Himalaya Outlet Review 
Dari situ, jadual IQ semakin padat. Ada saja ingin IQ buat untuk kembali aktif berblogging. Ada bermacam cerita ingin IQ kongsikan di blog supaya blog sentiasa hidup dengan info terkini. Di samping, IQ belajar banyak perkara baru melalui blogging seperti food review, hotel review mahupun product review. Peluang membuat video untuk mempromosikan outlet juga benda yang baru dalam hidup IQ.
2017 Beri 1001 Kenangan Manis Buat IQ
Cheese Banjir Food Review
2017 Beri 1001 Kenangan Manis Buat IQ
Si Kecil Qa'id pun join sekaki
Alhamdulillah. Syukur dengan segala peluang yang datang sepanjang tahun ini. Tak tergambar rasa gembira sepanjang tahun ini berlalu. Moga tahun hadapan akan ada lagi peluang untuk IQ meningkatkan diri IQ dalam dunia blogging ni terutamanya. Insya-Allah.

Semoga tahun 2018 memberikan 1001 kenangan manis lagi buat kita semua. Insya-Allah. Amiin.

Thursday, December 28, 2017

Menang Contest Lazada Dan Shopping Hadiah!

December 28, 2017 8
Benda dah lama tapi baru nak buat entry. huhu. Tak perlah, buatlah jugak sebagai kenangan menang contest di sini. huhu. Alhamdulillah, IQ memang contest daripada Lazada lagi! Boleh tengok entry contest IQ di sini.

Menang Contest Lazada Dan Shopping Hadiah!
Kali ni IQ menang tempat ketiga di samping beberapa blogger lain yang IQ kenal. Tahniah kepada yang menang juga!

So, IQ menang voucher bernilai RM100. Sebelum ni IQ beli purse baru untuk IQ sendiri. Dan kali ni, IQ aim nak belikan something untuk Qa'id pula. Nak cari something yang jadi kegilaan Qa'id pada tika ni. Apa dia?

THOMAS AND FRIENDS !!

Disebabkan Lazada pun ada Christmas sale minggu lepas, so IQ pun ambil peluang beli hadiah Qa'id ni dengan harga yang lebih murah. hihi. Untung sangat. Rambang mata IQ dibuatnya. Sampai terpaksa mintak pendapat adik ipar IQ untuk pilih yang mana lebih sesuai.

Last-last IQ pilih yang pakai battery. Senang, boleh gerak-gerak. Tak perlu nak gerakkan sendiri. Yang lain lebih murah tapi terpaksa gerakkan sendiri, tak perlu pakai battery. Tapi IQ nak mudah, cari yang battery jer senang.

Dan semalam barangnya dah sampai tapi IQ baru ambik tadi dekat pos guard. hihi..
Menang Contest Lazada Dan Shopping Hadiah!
Bahagian Depan
Menang Contest Lazada Dan Shopping Hadiah!
Bahagian Belakang
Nampak macam besar tapi kecik jer sebenarnya. Tak perlah, janji Qa'id happy nanti. Tak sabar nak bawak balik rumah, dan tengok Qa'id main. Qa'id tengah suka sangat dengan Thomas & Friends, sampai lagu Thomas semua nak hafal. Buka 18 juta kali dekat rumah, mana tak boleh hafalnya....bak kata mak langnya lah. huhu

Terima kasih Lazada. 

Wednesday, December 27, 2017

Membesar Tanpa Seorang Ayah

December 27, 2017 14
Setiap anak menginginkan kasih sayang seorang ayah. Tanpa seorang ayah, mungkin kehidupan tidak lengkap. Tanpa seorang ayah, kehidupan pasti berbeza dengan kehidupan orang lain. Namun, apa yang boleh kita buat jika ianya adalah takdir oleh Yang Maha Esa?
Qa'id 8 bulan
Qa'id kehilangan ayahnya di saat dia berumur 11 bulan. Masih di atas dukungan. Masih belum pandai berjalan. Di saat dia masih bermanja dengan ayahnya. Di saat terakhir Arwah ayahnya menghembuskan nafas terakhir, kami memohon kebenaran wad icu Hospital Sungai Buloh untuk membenarkan kami membawa masuk Qa'id untuk lihat Arwah Ayah buat kali terakhir. 

Pilu sangat rasa apabila dia seakan mengetahui ayahnya berada di akhir hayatnya. Dia pegang badan ayahnya, dia nak peluk ayahnya. Akhirnya tiada lagi kasih sayang ayah terhadap Qa'id.
Qa'id 1 tahun 1 bulan 
Qa'id seorang yang sangat manja. Memang dia menginginkan perhatian. Seorang anak kecil pastinya ingin kasih sayang yang berganda. Apatah lagi daripada seorang ayah. Qa'id memang rapat dengan ayahnya dari dia masih kecil. 

Dan semenjak ayahnya meninggal dunia, kasih beralih arah kepada atok dan ayah-ayah saudaranya. Atok dan ayah-ayah saudaranya dianggap seorang ayah oleh Qa'id. Pantang berjumpa, pasti senyumannya sampai ke telinga. IQ tahu, dia rindukan kasih sayang seorang ayahnya yang dulu.
Qa'id 2 tahun 3 bulan
Qa'id ada atok, pak ngah, pak teh dan pak su yang sentiasa memanjakan dia walau dengan apa cara sekalipun. Dia sangat selesa dan seronok bila semua ada datang dan bermain dengan dia. Jelas terlihat bila mereka meluangkan masa bersama. Adik beradik Arwah ayahnya tak pernah lupakan Qa'id apatah lagi Qa'id anak saudara pertama mereka. Pantang berjumpa, berebut nak main dengan Qa'id. Alhamdulillah.

Meskipun Qa'id tidak berayah, tapi Qa'id masih ada ramai keluarga yang sayangkannya. Moga Allah panjangkan umur dan kasih sayang antara kami semua. Amiin.

Tuesday, December 26, 2017

Minum Air Kosong Pun Boleh Kurangkan Berat Badan

December 26, 2017 12
Korang selalu minum air kosong tak? Cukup tak air kosong yang korang ambil mengikut berat korang? Cukup? Tak Cukup? Ke sekadar membasahkan tekak yang kering jer?

IQ minggu lepas memang tak sihat. Fikiran IQ selalunya akan bagitahu, kalau tetiba demam, memang sebab kurang air kosong dalam badan. Bila dah sakit, baru nak cari ubat. Hurmmm..biasalah tu. Dah sakit baru nak ubatkan. Hidup sorang-sorang sendiri mau ingat laaa..

Hari tu kan, berat badan IQ naik sikit. Naik 2kilo!! Sebab IQ tak jaga sangat pemakanan IQ. Makan jajan tengah buat kerja dekat pejabat. Makan coklat banyak. Even makan coklat, tetap minum air manis jugak. Tak minum sangat air kosong. Kesannya? Berat IQ naik balik! Bila timbang badan, menangis tengok scale penimbang tu. Huaaaa..

LANGKAH MUDAH UNTUK TURUNKAN BERAT?
So, langkah yang IQ ambil simple sangat. Minum air kosong. Dan juga minum air teh hijau. Tapi IQ rasa IQ demam minggu lepas kesan teh hijau jugak sebab teh kan berangin. IQ ni badan banyak angin sangat, so...kesan dia demam sakit sendi sampai berhari-hari. Sekarang IQ stop kejap minum teh hijau, mungkin sekali seminggu je lepas ni. huhu

TAPI IQ tak kurangkan pengambilan air kosong. Air manis WAJIB avoid. Pergi mana-mana memang cari air mineral jer. Kalau ada yang menggoda ajak minum minuman manis, tengok keadaan. IQ sendiri dalam beberapa hari akan minum air manis juga, tapi dah tak kerap macam selalu. Kena kawal.

Hasil kawal minum air manis? Berat IQ dah turun 2 kilo balik! Yeay! Seronok nau bila timbang berat dah kurang. huhu. Yang penting, kekalkan momentum air kosong. Mana tahu berat makin kurang kan kan kan?

Dulu IQ sebenarnya pernah minum air kosong SAHAJA ni zaman sebelum kahwin. Konon nak kurus untuk kahwin. Hasilnya pun memuaskan hati IQ. Boleh la nak pakai baju cecantik. *Konon laaa. haha!

Kalau korang nak tahu, banyak kelebihan kalau minum air kosong ni secukupnya. Antaranya;

  1. Dapat Menguruskan Badan - Ni azam tahun baru IQ ni. haha! Ini memang terbukti dan boleh praktis selalu. 
  2. Melancarkan Sistem Pencernaan - Yang ni of course la kan, sebab kang nak ehem ehem pun tersangkut di skala 6. hehe
  3. Melambatkan Proses Pertumbuhan Zat Yang Menyebabkan Kanser - Yang ni, kawan IQ pun sahkan. Dia seorang Cancer Survivor. Tips dia bagi pun ada mengatakan JANGAN KURANG AIR KOSONG. So, kalau korang kurang, korang boleh dapat kanser. Mohon dijauhkan. Amiin.
  4. Rawatan Kecantikan - Kalau air dalam badan cukup, kulit badan korang tidak akan kering dan berkedut. Kalau berkedut, memang nampak tua la korang. 
  5. Tubuh badan lebih segar dan sihat - Korang jangan tak tahu plak, air kan ada oksigen. Bila kandungan oksigen yang kita minum tu cukup, semestinya badan kita lebih segar dan InsyaAllah, sihat. 

So, jangan kurang air kosong yer korang. Pastikan cukup mengikut berat badan korang. Setiap berat badan 25kg kena minum 1 Liter air, so....kalau berat korang 50kg, korang kena minum 2 Liter air tau! Minum biar lebih, jangan kurang. Tapi pengiraan ni termasuk air manis. So, pastikan air yang diminum setiap hari mencukupi. Ok?

Monday, December 25, 2017

Kasi Try Sampai Kenyang Dibuatnya!

December 25, 2017 12
Waktu pagi kalau balik rumah mertua ni, sunyi. Bukan apa, settle subuh, semua nak sambung tidur. Lain la morning person macam sesetengah orang jer seperti mak, adik ipar yang stay dengan IQ tu, IQ sendiri dan juga Qa'id. 4 orang ni jer berjaga lepas subuh. IQ kalau dah bangun memang tak ada la nak tidur balik. Tu sebab tidur malam kena betul-betul tidur, sebab bila dah bangun dah tak rasa nak tidur dah.

Mak mertua IQ pun kata...

"Jom makan roti canai" - Mak
"Yang lain macam mana mak?" - IQ tanya
"Tinggal laa, sape suruh tidur" - Mak jawab
"Keluar senyap-senyap. bior padan muka deme" - Mak sambung lagi. (Mak dan ayah mertua IQ orang Perak. Menetap jer dekat Melaka. Tu sebab kadang loghat Perak terkeluar tu)

Mak kejutkan ayah suruh bersiap, IQ pun sama siapkan Qa'id. Keluar senyap-senyap. haha! Selalunya ada adik ipar sorang tu wajib ikut tapi disebabkan dorang tidur, dorang kena tinggal jugak. Bye bye.

NAMPAK SOMETHING....
Tengah sarapan, nampak 4 wheel dengan muatan penuh durian. Perghh..durian! Dah la tergoda dengan whatsapp group yang penuh gambar durian. Terliur dibuatnya. Dah lama teringin nak makan. Tengok lori bawak durian pun rasa nak kejor jer. huhu.

Siap sarapan, ayah bungkus 10 keping roti untuk dorang yang ketiduran di rumah. Bertolak balik dan singgah di satu pasaraya. Tetiba...IQ nampak lagi something yang buatkan IQ kata..kali ni mesti beli jugak!

Nampak 4 wheel berenti depan gerai buah. Dekat dengan pasaraya. Terus cakap dekat ayah.

"Ayah, ada durian baru sampai, macam best jer" - IQ mula main ayat

Ayah tak kata apa, tapi bila dah keluar kereta, mak masuk pasaraya, ayah tiba-tiba gerak ke kedai buah tu. IQ pun follow ayah dari belakang. hehehe. Nampak tokey durian baru nak keluarkan durian dari 4wheelnya.
Kasi Try Sampai Kenyang Dibuatnya!
Durian baru sampai. 
"Berapa Musang King sekarang tokey?" - Ayah mula menanya
"Mana-mana tempat sekarang, saya jual paling murah, RM45 sekilo saya bagi" - tokey mula bagi harga

Menarik. Harga Musang King sekarang tak masuk akal, semalam baca dekat Facebook pun ada yang sampai RM80 sekilo. Tak guna betul, dah la sekilo, RM80 plak tu. ada emas ka dalam durian tu. Ayah mertua pun kata dekat tempat lain ada yang RM58, ok la kalau dapat RM45.

Oh ya, tokey ni ada kebun durian dia sendiri di Hulu Ledang. 20 ekar. Memang dia jual durian dia sendiri. Tu sebab harga boleh dapat macam murah sikit berbanding tempat lain. Sehari dia dapat keluarkan 10tan durian. Agak banyak la. Ayah mula berminat nak beli.

Tapi ayah mertua cari juga durian kampung. RM8 sekilo diberi harga. Hurmm..durian kampung pun nak harga pakai timbang sekarang. Tak logik jugak la, sebab tahu la durian kampung ada yang biji besar, tak semua biji kemek.
Kasi Try Sampai Kenyang Dibuatnya!
Buka satu-satu tengok isi
Tokey mula buka durian, bagi IQ dan ayah mertua rasa. Mula-mula durian kampung yang dah dikahwinkan, lepas tu durian yang baru nak didaftar namanya iaitu durian Puteri Gunung Ledang. Cantik isinya. Tebal, bijinya kemek. Sedap! Lepas tu Musang Queen. haha! Musang King dah ada pasangan dahhh...Musang Queen pun sedap jugak, cuma tak lemak sangat.
Kasi Try Sampai Kenyang Dibuatnya!
Ini bukan Musang King. Durian lain, tapi isi padat, biji kemek
Kasi Try Sampai Kenyang Dibuatnya!
Ini Musang King. Ulas pertama. 
Kasi Try Sampai Kenyang Dibuatnya!
Musang King. Ulas Kedua. Terus tak mau, kenyang.
Kasi Try Sampai Kenyang Dibuatnya!
Ayah dengan Musang King.
Dan last sekali, bila kitaorang hampir kekenyangan dengan durian, tokey buka lagi durian, dan kali ni...Musang King!!! IQ dah lama nak try Musang King tau! Last-last dapat rasa juga. Tokey murah hati bagi makan ni. Sekali makan dua ulas Musang King pun dah rasa kenyang betul! Memang kalau dah dapat Musang King, dah tak mau durian lain dah. Musang King memang paling sedap. Fuhhh, teringat sampai sekarang.
Kasi Try Sampai Kenyang Dibuatnya!
Gerai buah di Jasin. Durian dari Gunung Ledang. 
TAPI kitaorang tak beli la durian Musang King tu. Ayah beli durian kampung yang best isi dia. sekali borong 20kilo haaa..tapi ada la yang tak elok buah dia. Tu sebab tokey bagi diskaun siap-siap.
Kasi Try Sampai Kenyang Dibuatnya!
Hasil tangkapan
Keinginan IQ nak makan durian akhirnya tercapai jua. Bukan senang nak makan durian ni sebab sekarang durian mahal nau! Semalam ada baca dekat Facebook, seorang warga FB asingkan isi dan kulit dan timbang kulit jer.

Memang ternyata kulit memang berat berbanding dengan isi. Tapi harganya mengikut timbang. Tak tahu la nak kata wajar atau tidak. Apa pun, kualiti durian itu sendiri kena la mantap isinya. Biji kemek baru berbaloi timbang, tapi kalau biji lagi besar dari isi, memang tak berbaloi!

Sunday, December 24, 2017

Bila Dah Berkumpul, Riuh!

December 24, 2017 13
"Kak Long Balik Tak?" - Mesej Adik ipar paling bongsu dua tiga hari lepas.
"Tak, Kaklong balik Chemomoi" - balas IQ
"Alaaa, A dah nak balik asrama ni, nak Oiiddd (Qa'id)" - A
"Tak boleh...Oiidd kaklong punya" - usik IQ.

Cuti Krismas kali ni sepatutnya IQ balik rumah kakak IQ di Pahang. Tapi disebabkan banyak sangat halangan, IQ tukar plan balik Melaka. Minggu depan la IQ ke Pahang. Biasalah, kalau plan something, belum tentu jadi. Apa yang berlaku adalah ketentuan dari-Nya. So, done tazkirah pagi. heee.

IQ pun patut attend satu kenduri tapi disebabkan dah demam 4 hari sengal-sengal badan, IQ ambik keputusan tak pergi. Maaf pengantin baru. Semoga bahagia ke akhirnya. Doa dari jauh. See, plan yang tak jadi lagi. huhu.

So, semalam gerak balik ke Melaka punya la lama! Jem oii! Siapa yang menghala ke selatan dia punya jem Ya Allah! Dari Kajang Sampai Senawang!  IQ tak drive sebab tak sihat tapi tetap penat dalam jem yang dekat 5 jam. huhu Qa'id pun sama tak sihat. Batuk dan selsema. Sapu vicks dekat dada dia, bagi lega sikit. Kesian batuk macam orang semput. Memang ada semput budak ni, cuma tak selalu kena. Kena waktu batuk jer, macam IQ sangat!

Lepas jer sempadan Negeri Sembilan-Melaka, kereta dah lancar. TAPI Jem balik lepas RnR Ayer Keroh. Adehh..bertambah loteh mak enon. huhu. Terus direct ke Pasaraya Keluargaku sebab sedia ada maklum mak dan ayah mertua serta adik2 ipar nak shopping keperluan sekolah.

Sampai jer Keluargaku, masing-masing dah setting rambut Qa'id, cesss..mentang-mentang Qa'id baru potong rambut. Nak tunjuk dekat opah dan atok la tu. haha! Naik tingkat atas, nampak mak ayah dari jauh. Terus nyorok, 1 2 3. Terpa depan mak dan ayah. Qa'id yang dari luar pasaraya lagi duk sebut Atok Atok Atok, makin seronok dan ligat bila nampak atok kesayangan dia. IQ plak, terpukau dengan kasut dan beg dekat pasaraya tu. Eh tu cantik, ni cantik, haha!
Bila Dah Berkumpul, Riuh!
Settle shopping, gerak. Singgah solat dan makan. Terus balik rumah. Siap parking kereta, tetiba nampak kereta yang IQ familiar sangat. Eh, lagi dua orang adik ipar dah sampai! Dorang delay  sebab sorang jumpa tunang kejap, yang lagi sorang baru habis kursus dekat Pangsun. So, bila semua dah berkumpul? Ape lagi? KECOH! Kumpul dalam bilik mak, mula la buka cerita itu, buka cerita ini. Masing-masing nak cerita. IQ senyap sikit kali ni sebab tak sihat sangat. (Ye ker senyap?) haha!

Satu benda la yang IQ suka sangat tengok dalam family Arwah. Hubungan mereka yang super duper rapat. Alhamdulillah. Benda yang IQ tak dapat nak tengok sangat selama ni dan IQ dapat tengok dalam keluarga ni. Walaupun Arwah suami IQ dah tak ada, hubungan kami semua tetap rapat. Betullah apa yang berlaku selama ni nak rapatkan kami semua. Terima kasih Allah untuk ini.

Friday, December 22, 2017

Mocha Kau Bahagia

December 22, 2017 14
Kalau nak cakap pasal bahagia, macam tak layak jer. Huhu. Sebab hati sendiri pun tak bahagia sangat. Bahagia dengan anak dan keluarga. Perasaan sendiri letak tepi. Ok dah2...

Siapa pernah tengok drama pendek Mocha Kau Bahagia lakonan Syafiq Kyle dan Farah Nabilah? IQ sempat tengok dua tiga episod dan episod last jer. Boleh la nak search dekat mana-mana web tengok online. Kalau IQ ni, masa nak tengok video ni terhad betul! Kalau tertengok tu kira beruntung sangat aihhh..

Kisah tentang seorang lelaki yang susah nak ungkapkan sayang dan cinta terhadap seorang perempuan yang dah lama diminatinya. Watak perempuan tu pun suka dengan lelaki berkenaan TAPI perempuan tu mestilah nak lelaki yang propose dia dulu kan? Tak ada la nampak macam perempuan tu terhegeh2 jer.

Sampai la perempuan tu kapel dengan orang lain. Dah melepas dah. Seeee..disebabkan lelaki tu tak berani nak ucap kata cinta dan sayang, dah melepas. Terpaksa membawa diri. Bawak diri sambung sampai luar negara. Cliche sangat tau! Mesti nak kena bawak diri ke luar negara, kenapa tak balik kampung ke tolong mak ayah, mak ayah cari calon menantu lain pun ok whatt...haha! Tak baik betul IQ spoil plot cerita ni. Anyway, kesudahan cerita ni pun semua boleh agak. Malas dah nak cerita.

BERANIKAN DIRI
Tapi apa moral story yang boleh kita ambik? Lelaki kena la berani nak cakap sayang dan cinta tuuu...tak kan nak harap perempuan terhegeh2 plak. Walaupun kadang2 ada sesetengah perempuan yang ambik 1st step dulu, tapi tak semua perempuan suka buat macam tu. Orang kata tak sweet laaa. Kebanyakan yang jate ni memang sekarang pemalu lebih dari yang tino, ambe pun dok tahu nok kate gane agi. huhu. Pahe ke dop?

Nak lagi best, terus jumpa family masuk minang. Haaa..yang tu paling respek la kan. Bercinta lepas nikah gitu. Lelaki sangat gentleman kalau berani jumpa mak ayah cakap nak minang. "Saya nak pinang anak pak cik mak cik" Adehhh...berdebar-debar plak feeling dia.

So, apa yang patut korang buat? Luahkan laaa...ape lagi!!! Korang mesti pelik kan kenapa IQ buat pos macam ni...adehhh..macam budak2 pun ada. Macam orang bercinta la plak. huhu. Tak layak kot nak cakap tengah bercinta. IQ just mengimbau kenangan lama jer. huhu. Maaf la kalau macam orang baru nak kahwin. huhu. 

Thursday, December 21, 2017

Gaya Rambut Terbaru Qa'id

December 21, 2017 10
Tetiba dapat mesej dari adik ipar,

"Kak long, nanti tolong ambikkan beg Qa'id kat rumah Cik H (pengasuh)."

IQ balas,

"haha! Sampai boleh tertinggal beg?"

Bila IQ sampai Cik H, rupanya Cik H suruh adik ipar bawak Qa'id pergi potong rambut. Rambut dia dah panjang sangat. IQ pun sedar hal tu cuma masa nak bawak dia pergi potong rambut memang terhad dan Qa'id sebenarnya kalau gunting dekat kedai bukan dia nak pun.
Gaya Rambut Terbaru Qa'id
Tapi bila dengar Cik H cakap, adik ipar bawak Qa'id pergi gunting rambut dekat kedai, fuhhh..berjaya ke adik ipar IQ bawak Qa'id tu? Tak melalak ke budak tu? Sebelum ni pantang orang asing dekat dan pegang rambut dia, mesti dah jerit riuh satu kedai. huhu. Ibu dia sendiri jadi trauma nak bawak dia potong rambut dekat kedai

Tu sebab terhasilnya rambut topi keledar bila TERPAKSA potong sendiri rambut dia dekat rumah. Tu pun gigih nak bagi diam, sebab Qa'id penggeli sikit dekat bahagian telinga dia. Heh! Ikut ibu dia sangat. haha!
Gaya Rambut Terbaru Qa'id

Bila IQ buka pintu rumah, datang seorang budak lelaki. Wahhhh...dah lain! Dah pendek rambut dia! Dah makin hensem! Dan yang paling penting hilang dah muka manja dia! Atok dan opah dia panggil dia Manja Dewa. Sebab dengan muka + Rambut helmet dia, dia jadi manja yang melampau. haha! Tapi bila rambut dah potong ni, lain machiam dah rupa dia. Dah hilang manja, jadi macho dah.

Kesan minyak yang disapu dekat rambut dia masih ada. Memang tergamam ibu dia dibuatnya. Asyik duk tenung muka Qa'id sebab lain sangat. huhu. Nampak matang jer rupa dia. Nampak dah besar. Dah abang-abang. Nasib tak ada adik. hihi.
Gaya Rambut Terbaru Qa'id
Adik ipar cakap, ada la drama sikit masa nak gunting tapi bila umpan dengan video Thomas & Friend terus ok. Selalunya umpan dengan video pun tak mau. Disebabkan Qa'id sangat behave gunting rambut kali ni, mak sedara dia belikan buku. Adehhh..lagi nampak dah besar sebab tak mintak mainan tapi mintak buku. Cepatnya anak ibu membesar. huhu. Tak puas ibu dukung lagi. (Kalau dukung ringan, seronok la nak dukung, tapi dah tak mampu nak dukung dah) haha!
Gaya Rambut Terbaru Qa'id

Semoga jadi anak yang soleh sayang. Ibu sayang Qa'id sangat2. Banyak sangat.

Wednesday, December 20, 2017

Prank Orang - Wajar Atau Tidak?

December 20, 2017 14
Beberapa hari yang lepas, IQ ada ternampak di Twitter tentang kes satu stesen radio yang selalu buat panggilan yang berunsur prank kepada seorang lelaki yang ingatkan prank tu adalah betul. Disebabkan hal tu, lelaki berkenaan yang mengharapkan 'sponsor' dari 'company' berkenaan agak kecewa dengan hal berikut.

Perkara ni viral di Facebook dan Twitter. Disebabkan hal ini telah viral, pihak stesen radio berkenaan memanggil lelaki ini ke konti radio mereka pada hari ini. Sesiapa yang mendengar radio berkenaan pasti mendengar tentang kisah lelaki ini pagi tadi. Mungkin win-win situation telah dibuat, dan usaha lelaki berkenaan yang sebenarnya mahu mengelilingi Semenanjung Malaysia serta Selatan Thailand dengan menaiki basikal sahaja kini mendapat perhatian ramai pihak. Alhamdulillah.

PANGGILAN PRANK?
Isu yang IQ nak tekankan di sini adalah isu panggilan prank. Ok, bukan setakat panggilan. Perbuatan prank itu sendiri lah senang cerita. Dengan niat bergurau. IQ tahu kadang kita nak bergurau sesama kita. Tapi bila melibatkan isu kerjaya dan mencari rezeki, IQ rasa tak patut sebab buatkan masing-masing berharap.

Kalau IQ sendiri berharap mendapatkan sesuatu job, kerana ianya melibatkan periuk nasi. Kan? Mesti IQ kecewa yang amat kalau prank yang dibuat hanya sekadar main-main dan tidak serius. Sedih lagi satu. Lepas tu emosi. Haha! Perempuan sangat.
Prank - a practical joke or mischievous act.

Bagi IQ prank mengikut keadaan dan kesesuaian. Kalau prank sempena birthday tu, birthday boy atau girl mungkin akan alert dan kalau dah terkena prank, dorang pasti redha. Sebab tahu itu gurauan khas sempena birthday diaorang. IQ pernah kena prank masa birthday, kena telur dan tepung itu semestinya. huhu!

So, be alert dengan apa prank yang korang nak buat. Selalunya yang IQ dengar pagi-pagi di radio tu kadang ada yang boleh IQ terima, dan ada kalanya tidak. Kadang dorang terkeluar kata-kata kesat tu mungkin dorang tak sengaja dan menganggapnya betul. huhu. Diharapkan panggilan prank ni dapat dikurangkan bagi mengelakkan orang yang dikenakan rasa malu. Satu Malaysia dengar, kalau ada yang simpati ok la, kalau ada yang gelak sama? Kesian tau tak?

Tuesday, December 19, 2017

Beg Atau Kasut - Mana Lagi Pilihan Utama Korang?

December 19, 2017 9
Beg Atau Kasut? Selalu dua benda ni jadi perkara utama bagi kaum Wanita macam IQ ni untuk pilih sebaiknya selain baju, tudung mekap and what so ever lah. Bagi IQ sendiri, IQ paling kerap beli dua benda ni berbanding IQ beli baju apatah lagi mekap. Berbeza dengan adik IQ yang suka beli baju berbanding beli kasut atau beg. Beza kan? 

So, antara beg dan kasut, yang mana korang kerap beli? Beg macam mana korang suka? Kasut mana yang korang selesa nak pakai? IQ bukan jenis beli beg branded yer. Cukup sekadar memenuhi keperluan. Tak perlu beg berjenama. Beli beg dari Shopee yang import dari China pun happy dah kalau dapat.
Beg Atau Kasut - Mana Lagi Pilihan Utama Korang?
Beg feveret + Kasut rasmi kalau pergi kenduri. abaikan kalau tak sama warna. Janji selesa.
IQ suka dua-dua! Dua-dua memang kalau beli mahu tilik dulu sekali dua, lepas tu round jap, lepas tu pergi balik tempat tu, baru beli! haha~ Tak der lah secerewet tu. IQ beli keduanya mengikut piawaian IQ, iaitu keperluan dan keselesaan. Kehendak tu kadang-kadang kalau nafsu menguasai diri. haha! Dan juga poket tebal dan perlu dikempiskan. Selalunya point kedua jarang-jarang berlaku kecuali ditiup suara halus dan datangnya point pertama. 

KASUTKU DI KAKIMU? EH?
Kasut. Benda yang hari-hari IQ pakai. Terutama pergi ke pejabat. Semalam IQ dok tilik kasut kerja IQ. Hurmm...tapak makin haus. Dah ada lubang-lubang pecah di tapaknya. Dijangka bertahan lagi sebulan dua. Maknanya? Kena cari kasut kerja baru. Huhu. Shopping kasut lagi.

Hari tu, masa temankan family mertua IQ shopping kat SOGO, IQ keraskan hati. Tak nak shopping apa-apa walaupun IQ terjumpa satu kasut yang buatkan IQ fall in love habis! Bayangkan satu floor untuk pakaian dan kasut Wanita IQ round, kasut tu jer mampu buatkan IQ berkenan. 
Beg Atau Kasut - Mana Lagi Pilihan Utama Korang?
Cantik lahai kasut ni!
Tapi disebabkan IQ fikir, masih ada kasut elok untuk pergi kenduri, so IQ tak jadi beli. IQ kentalkan hati dan pujuk hati sendiri. (Kalau ada Arwah, dah lama kasut tu dah jadi hak milik sendiri, haha!) Bayangkanlah, sepanjang IQ temankan family mertua IQ shopping, IQ asyik terbayang2kan kasut tu. Serius. Rasa nyesal tapi tak berapa nak nyesal sebab dah ada kasut lain. hehe.

Tapi ada jugak IQ TERbeli kasut yang sebenarnya IQ tak pakai kerap pun. Contoh kasut basahan, material dia Getah. Macam kasut pejabat tapi disebabkan material dia getah, dan first time IQ pakai, kasut tu buatkan kaki IQ melecet teruk! Lepas tu terus IQ tak pakai dah. Rasa membazir sangat tapi nak buat macam mana. Kasut kalau kita pakai selesa, memang kita akan pakai kerap kan? huhu.

BEG PLAK MACAM MANA?
Beg - Benda paling IQ lemah. haha! Baru dua hari lepas beli beg baru! Ada ternampak ofismate pakai satu beg ni, terus aim nak cari beg macam tu, tapi akhirnya tak jumpa pun. Last2 terbeli beg lain. haha! Beg bukanlah satu benda yang IQ kerap beli, cuma kalau IQ nak beli untuk ke pejabat, untuk bersiar-siar. OK, boleh tambah satu, ok tambah lagi. haha!
Beg Atau Kasut - Mana Lagi Pilihan Utama Korang?
Attire paling ringkas - Beg canvas + selipar. 
Kalau wanita, macam kasut jugak, ada jenis-jenis dia. Beg kerja lain, beg jalan-jalan lain, beg pergi pasar lain, beg pampers anak lain. So, nak kata wanita ni complicated? Yes, they are! Tapi dalam secomplicated mana pun dorang, dorang boleh jumpa barang yang kaum lelaki tak boleh jumpa. See? haha!
Beg Atau Kasut - Mana Lagi Pilihan Utama Korang?
Attire kalau keluar dengan anak - Kasut sneakers + Beg diapers. haha!
So, antara kasut dan beg, apa yang selalu jadi pilihan IQ untuk beli? Jawapannya BEG! Tu sebab rumah IQ banyak beg lagi dari kasut. Nampak macam IQ lebihkan kasut kan? Tapi sebenarnya IQ kalah dengan beg. Lagi senang IQ beli beg berbanding dengan kasut sebab beg tak perlu saiz dan selesa. Janji ada ikut keperluan dan kesesuaian nak pakai. Kannn?

Monday, December 18, 2017

Bukan Kita Seorang Yang Susah

December 18, 2017 8
Setiap orang mempunyai pengalaman kehidupan yang berbeza. Ada orang yang itu lebih yang ini kurang, ada orang plak yang itu kurang, yang ini lebih. Semua tak sama. Berbeza! Even ada yang sama tapi tetap ada bezanya.

Pengalaman IQ sebagai ibu tunggal memang memberi banyak cabaran. Segala benda sekarang IQ kena buat sendiri. Walaupun asalnya IQ memang suka berdikari, tapi sejak mengahwini Arwah Suami, seakan dimanjakan dengan melampau sebab Arwah memang suka buat semua benda. Sampai diri sendiri malas nak uruskan apa-apa dah sebab tahu Arwah akan buat.

Sampai ada yang anggap IQ ni pemalas, tak reti nak buat dan macam-macam lagi orang anggap sebab tak pernah nampak IQ 'rajin' sepanjang perkahwinan kitaorang. Sekarang? back to normal. IQ dah jadi diri IQ yang dulu setelah pemergian Arwah. IQ yang memang suka buat hal sendiri kembali lagi.

Tapi bukan itu yang IQ nak katakan di sini. IQ nak cakap tentang susah. Susah yang IQ rasa, IQ sorang je alaminya. IQ sorang jer mengalami saat-saat kepayahan yang jarang-jarang orang lain alami. Susah membesarkan anak. Susah nak buat segala perkara sendiri.
Bukan Kita Seorang Yang Susah
Tapi IQ juga silap. Sebenarnya, ada RAMAI lagi yang di luar sana yang lebih susah daripada IQ. Yang lagi menderita hidupnya daripada IQ. IQ jer tak nampak. IQ dikira masih beruntung masih punya kerja di saat suami pergi jauh dari sisi. IQ masih bertuah kerana handal bawa kereta ke sana sini berbanding ibu tunggal lain tak reti bawa kereta, dan mungkin langsung tak ada kenderaan untuk ke mana-mana.

IQ dulu pernah rasa susah masa zaman study. Zaman duit-ptptn-tak-cukup-tapi-segan-nak-mintak-abah. IQ sedih dan merungut depan kawan baik IQ. Ditambah masalah keluarga. Tapi sampai la suatu hari kawan baik IQ tegur, "IQ, bukan ko sorang je ada masalah, orang lain pun ada masalah. Aku sendiri pun ada masalah, so...jangan ingat ko sorang jer susah dengan masalah ko" Ayat yang mencengkam kalbu tapi memang ada betulnya.

Sejak dari tu, IQ sedar. Hidup ni memang tak ada orang yang tak rasa susah dan tak ada masalah. Selalu fikir kalau kita ada duit sedikit, ada lagi orang tak makan berhari-hari. Pokok pangkal segala apa yang berlaku, bersyukurlah. Bersyukurlah kerana masih hidup, masih boleh melihat anak membesar di depan mata. Bersyukur mampu sihat tubuh badan untuk mencari rezeki, masih ada yang sudi menjadikan kita sebagai pekerja.

Moga kita sentiasa bersyukur dengan nikmat yang Allah SWT berikan. Amiin.

Sunday, December 17, 2017

Kawan Baik Susah Senang Dulu

December 17, 2017 12
Semalam IQ pergi kenduri dekat sebelah area rumah IQ ni jer. Tak sangka plak kenalan masa belajar UTM dulu rumah family dia dekat nau dengan rumah IQ sewa sekarang. Kentut pun boleh bau lagi. haha! Over betul tuu..

IQ bukan nak cakap pasal kenduri tapi IQ nak cakap pasal kawan baik IQ yang join ikut pergi kenduri ni sekali. Ni kawan baik IQ yang IQ sayang dan ada kot-kot bau-bau bacang memandangkan kitaorang orang Terengganu. Kawan IQ ni IQ kenal zaman belajar dulu di mana dia jadi roomate pertama IQ di kolej dulu. 4 tahun IQ belajar, tahun pertama IQ jadi roomate dia.

IQ ada ceritakan kisah dorang ni banyak dalam blog ni tapi dah lama tak cerita pasal dorang sebab dah jarang jumpa. Kalau cari tag 3 Stooges dalam blog ni, confirm jumpa kisah gila-gila kitaorang sepanjang kitaorang study dulu. huhu!

Orang kata, kawan ni kita anggap sahabat bila tolong kita masa susah. Yes! Dia antara yang menolong IQ saat IQ susah. Kalau nak kata IQ bengong sebab bercinta dulu, dia antara penasihat teragung IQ masa tu bersama sorang lagi kawan baik IQ yang menetap di Johor sekarang. Dia berdua geng sangat dan IQ selalu jadi mangsa buli dorang tapi buli-buli pun dorang tetap sayang dan tolong IQ masa IQ tengah dilanda krisis ekonomi global sepanjang study dulu.
Kawan Baik Susah Senang Dulu
Kawan baik IQ yang ni pun ada masa saat-saat Arwah Suami IQ menghembuskan nafas terakhir di Sungai Buloh. IQ ingat lagi dia dan family dia datang dan peluk IQ di saat Arwah tengah nazak. Dia beri kekuatan dekat IQ dan berada di samping IQ sampai la IQ naik van jenazah untuk gerak ke Melaka masa tu. Tak pernah dia berenggang dari IQ. Yer, IQ masih ingat walaupun keadaan IQ tak stabil masa tu.

Sekarang kitaorang jarang jumpa. Kawan baik IQ tinggal dengan family dia di Bentong dan kerja di sana. Jarang la kitaorang nak jumpa. Bila ada kenduri macam ni baru dapat jumpa. Tu pun makin lama makin kurang dah geng kitaorang yang kahwin sebab semua dah kahwin! haha! Tunggu kawan baik IQ ni kahwin la plak, Haha! Yes! Masih single ok! Kalau nak try kenal dia, meh IQ interview dulu. hehe.

Kawan baik IQ dekat Johor jangan jeles tau dengan post ni. AKU SAYANG KORANG BERDUA SANGAT-SANGAT!  Tak ada beza. Kalau jumpa tetap riuh. InsyaAllah, plan untuk pergi Johor lagi some day! Hari tu dah pergi masa awal tahun, so....tahun depan plak..,haha!

Orang kata kalau dah kahwin kawan baik dah tak ada baik sangat. Well depends. Susah nak cakap pasal ni. Kalau kurang keep in touch, yes...kurang la mesra tu sket. IQ akui kadang jarang jugak contact sebab kelangsungan hidup masing2 tapi bila dah jumpa macam semalam, kecoh!

Saturday, December 16, 2017

Kisah Move On Seorang Lelaki - Geng Pagi Hot

December 16, 2017 8
Pagi semalam IQ dengar Radio Hot FM Geng Pagi Hot dengan tajuknya Move On. Disebabkan dah 3-4 hari Kamal Adli berada di konti Hot FM, jadinya tajuk perbincangan pagi sepanjang minggu ni banyak berkisarkan cinta; merajuk, dipujuk dan sebagainya. Jadi Dr Love plak si Kamal Adli dekat Hot FM ni. haha!

KISAH EX YANG MOVE ON
Tajuk hari semalam sangat menarik minat IQ bila ada satu panggilan dari seorang lelaki ni bercerita pasal Ex dia move on daripada kena tinggal dengan dia. Dia  tinggalkan Ex dia disebabkan ada awek lain.

Dia cerita yang Ex dia move on kaw-kaw bila dah clash dan nampak berubah sangat. Apa yang berubah? Berubah jadi lebih cantik! haha! Dia cakap masa bercinta dengan Ex dia tu, Ex dia tak derlah cantik sangat, tapi lepas clash jadi makin cantik, cantik dari awek dia yang sekarang lagi.

Sekarang dia dah menyesal sebab tinggalkan Ex dia tu. Sekali Geng Pagi Hot pun bagi Padan Muka kat dia. Siap hashtag #silameninggal lagi..haha! Tu la, jangan tamak dan jangan hanya pandang pada rupa. Yes! Perempuan ni kalau kena tinggal, kaw-kaw la dia transform diri dia. Jangan tak percaya yer? Same goes kalau perempuan diceraikan hanya kerana tak melawa sepanjang perkahwinan. Aihh...masuk bab kahwin plak. haha!

PERNAH KENA TINGGAL JUGAK!
Kisah Move On Seorang Lelaki - Geng Pagi Hot
Pandang mana? Masa depan. Sebab dah move on.
IQ dulu pernah jer kena tinggal zaman bercinta dulu. Ermm...Malas nak cerita banyak tapi apa yang IQ buat? Meraung laa! haha! Tak ada la, buat apa nak kisahkan orang yang tak nak kan kita. Kalau dia clash dengan kita, maknanya itu bukan yang terbaik untuk kita. So, move on jer la. Tak ada jodoh orang kata.

Dan ingat, sebelum berkawan, pasang niat nak serius. Jangan fikir nak main-main. Buang masa jer. Banyak lagi nak fikir dari nak main-main cinta ni. Tu yang IQ buat masa IQ nak bercinta dengan Arwah Suami IQ. Uppss, terpecah rahsia plak. hehehe. Kalau nak kata bab mencantikkan diri lepas move on tu, tu pilihan individu. Yang penting, jangan ubah diri sendiri jadi fake pula. ok?

Sekian tips move on dari IQ. haha!. Bai!

Friday, December 15, 2017

Kisah Domain dan Niat Awal Berblogging

December 15, 2017 8
Kisah Domain dan Niat Awal Berblogging
Alhamdulillah.

Akhirnya blog bertukar alamat. Macam pindah rumah la plak. Tuan blog tak pindah-pindah rumah pun, tapi blog plak tukar alamat. hehe.

IQ memang dah lama berhajat nak tukar domain blog tapi banyak benda yang IQ consider sampailah 12 Disember yang lepas, IQ nekad untuk beli domain untuk blog kesayangan IQ ni.

Setiap kali IQ post link blog IQ dekat Facebook atau mana-mana media sosial, mesti ada di kalangan rakan blogger IQ yang terdahulu bertanya pada IQ.

"Masih buat blog ke?"

Dengan bangganya IQ jawab,

"Yer, masih."

Dulu, blogging ikut musim. Ramai orang mula berblogging lepas terpengaruh dengan rakan sekeliling. Sebenarnya IQ pun terpengaruh dengan kawan baik IQ masa tahun 2009. Sebelum IQ blogging menggunakan Blogger.com, IQ mula menulis di Live Jurnal. Di situ sempat la IQ menulis 5-6 entry. Lepas tu senyap sebab sibuk dengan urusan masuk ke IPT.

Bila dah masuk IPT, IQ ternampak kawan baik IQ menulis blog. Jadi, IQ mula berblogging dari situ. Sayangnya kawan baik IQ menulis separuh jalan, tapi IQ tetap menulis sampai sekarang. Alhamdulillah. Zaman IPT IQ, IQ jumpa ramai rakan blogger dari IPT yang sama. Sampai ada gathering di IPT kitaorang. Kalau sesiap masih ingat kak Sunah Sakura, haaa...tu senior blogger di IPT IQ. hehe.

Bila dah habis belajar, rata-rata rakan blogger IQ dah kurang berblogging. Rindu juga dengan dorang. Tapi semuanya atas diri masing-masing. Berblogging atas apa tujuannya. IQ dulu jadikan blog seperti diary harian IQ sebab IQ suka bercerita. So, IQ banyak ceritakan apa-apa dekat sini. Sebagai kenangan.

Cara blogging dahulu dan sekarang semestinya berbeza. Setiap apa yang kita buat mesti ada peningkatan. InsyaAllah. Dengan pengalaman yang ada, akan dimanfaatkan sepenuhnya untuk masa depan.

Sekian coretan IQ, dah lama tak menulis macam ni. Rindu lahai!

Thursday, December 14, 2017

Percutian Singkat di Gold Coast Resort Morib - Hari Kedua

December 14, 2017 8
Sambungan Percutian di Gold Coast Morib. Boleh baca cerita Hari Pertama di bawah ni.


Bangun solat subuh. Tenang jer rasa berada di GCR Morib ni. Mungkin sebab jauh dari bandar besar dan dekat dengan pantai. Terasa aman jer. Rilek betul bercuti kali ni. Betul la orang cakap, kalau nak betul-betul rest, better pergi bercuti. Kalau nak duduk rumah jer pun, mesti fikir nak buat kerja rumah. hehe.
Percutian Singkat di Gold Coast Resort Morib - Hari Kedua
Air laut pasang awal pagi. 
SARAPAN DI CAFE GCR, LUAS TAPI....
Dalam pukul 7 pagi lebih2 sikit, dah arahkan semua bersiap. Nak pergi breakfast! Perut dah lapar ni. Mestilah diisi dulu sebelum sambung main air. Cafe GCR berada di Ground Floor. Luas cafe dia. Mungkin sebab dia tahu kapasiti pengunjung yang datang selalunya ramai. So, kawasan cafe dia boleh muat dalam 100-150 orang dalam satu-satu masa.

Disebabkan breakfast percuma hanya untuk 2 orang, jadinya kena Add on lagi untuk breakfast. Seorang dewasa kena bayar RM 21. Kanak-kanak bawah 90cm free. So, Qa'id dan Medina free makan. Lagipun bukan banyak pun kalau dorang berdua ni makan. huhu.

Cop meja dulu! Benda paling penting sebab ramai orang masa breakfast ni. Kadang ada yang sampai berdiri tunggu nak dapatkan meja. Tu sebab kalau orang yang dah siap makan, cepat-cepat la berlalu. Bagi laluan kepada yang nak makan plak. Nak borak ke, nak main handphone ke, better ke tempat lain. Kesian orang menunggu meja kosong.
Percutian Singkat di Gold Coast Resort Morib - Hari Kedua
Abaikan muncung tu. makan tak banyak sangat. Yang banyak bila adik beradik IQ yang melantak
Makanan? Yang ni agak kurang sikit bagi IQ. Untuk RM 21 seorang, dengan hidangan buffet yang tak banyak variety makanan, rasa macam tak berbaloi sangat. Hidangan utama Nasi Lemak dan Mee Goreng. Mee goreng dia macam Mee Kicap dah, hitam yang amat! Sambal nasi lemak dia plak macam sambal bilis + Belacan. Ini adik ipar IQ yang rasa sebab dia makan banyak nasi lemak dengan sambal tu, IQ makan sikit jer. Lagi satu, sambal tu sangat pedas! Kanak-kanak biasa memang tak boleh nak makan nasi lemak tu dengan sambal tu. Rugi dah kat situ.
Percutian Singkat di Gold Coast Resort Morib - Hari Kedua
Pinggan IQ kongsi makanan dengan Qa'id. Yang lain kemain ambik banyak  makanan. Nasib habiskan.
Ada juga hidangan kuih muih juga dalam 4-5 jenis. Buah dan salad juga ada. Tapi sos salad tu dorang buat sendiri, bukan sos thousand island yang siap macam Lady's Choice tu. Lain dari yang lain tapi tak kena plak dengan tekak IQ. huhu. Sorry. Air plak banyak jenis, ada dua jenis air sejuk iaitu air mangga dan fresh orange. Air panas macam biasa, teh dan kopi wajib ada.

Panjang penjelasan IQ untuk breakfast ni. haha! Kenapa agaknya? Untuk pembaikan GCR di masa hadapan. Mudah2an ada pembaikan untuk breakfast ni. IQ faham, mungkin sebab pengunjung yang ramai buatkan pihak GCR kena sediakan hidangan buffet yang agak banyak. Nak buat macam mana kan? Sebab kalau nak cari makanan luar pun, GCR jauh dari pekan utama. So, makan di hotel pilihan paling tepat rasanya. Jimat masa dan petrol. hehe.

SAMBUNG MAIN AIR!
Lepas makan, terus terjun! hehe. Qa'id tak sabar nak sambung main air. Dia dah berharap sangat jangan bawak dia naik bilik awal-awal. haha! Even dia tak cakap pun IQ tahu, sebab setiap kali IQ bawak dia naik tebing tepi kolam mesti dia mengamuk. Dia ingat nak balik bilik dah. Padahal nak gerak pergi kolam air lain. Ngade sangat Qa'id ni. Risau nauuuu.
Percutian Singkat di Gold Coast Resort Morib - Hari Kedua
Kemain!
Percutian Singkat di Gold Coast Resort Morib - Hari Kedua
Bila orang lain ambikkan, memang tak cek ada bulb air ke ape....grr..kalau tak mesti lawa gambar ni huhu
Pagi sabtu tu memang raaammmaaaiii sangat orang daripada hari pertama IQ sampai. Mungkin sebab cuti hujung minggu kan? Ramai yang ambik peluang main air dari pagi sampai petang. Apatah lagi orang luar yang tak menginap dekat GCR pun boleh masuk main air bersama. Lagi mudah kan kalau warga setempat nak main air. Kalau rumah IQ sekitar GCR ni pun IQ nak pergi GCR ni selalu. Seronok nak tiruk main air. hehe.
Percutian Singkat di Gold Coast Resort Morib - Hari Kedua
Buih sabun! Weeeeee
Ada juga dorang sembur buih sabun dekat satu kolam ni. Ramai orang pergi depan senapang yang kuarkan buih sabun ni. IQ pun pergi sama. Saja nak buih sabunkan diri sendiri. haha! Seronok. Lepas tu, sambung mandi dengan air kolam. Best betul!
Percutian Singkat di Gold Coast Resort Morib - Hari Kedua
weeeeeeeee
Percutian Singkat di Gold Coast Resort Morib - Hari Kedua
Slide Feveret, yang lain tak best sebab tersekat2
Percutian Singkat di Gold Coast Resort Morib - Hari Kedua
loteh mak ekau ni eddddd
DAN TIBA-TIBA ADA SESUATU BERLAKU.....
Hari makin meninggi. Plan nak layan slide sebelum naik bilik. Qa'id? Macam biasa, tak ada tanda-tanda nak stop. Tapi IQ ajak dia main slide. Seronok main slide tu sampai ulang banyak kali. Sampailah ke berapa kali entah...tetibaaa....

Entah macam mana, kepala Qa'id terhantuk dengan dagu IQ. Si Qa'id ni dah gosok-gosok kepala dia dah. "Akiitt..akiitt" Sakit kepala dia kena dagu IQ. Kuat kenanya. IQ plak? Tak sempat nak sapu air dekat muka, tetiba rasa sakit sangat bibir. Kesan hantukan dagu, terkena pada bibir dan gigi. Tetib rasa darah jer dekat mulut. Sekali calit dengan jari. Alamak. Darah. Pedih panas je bibir dibuatnya. Lepas tu terus angkat Qa'id keluar dari kawasan slide. Terus cari adik IQ. 
Percutian Singkat di Gold Coast Resort Morib - Hari Kedua
Sebelum kejadian....
IQ cakap dekat adik IQ. Ok, stop. Bibir dah darah. Adik IQ tolong tengokkan bibir IQ. Dia cakap luka terbelah. Terus ambik keputusan stop main air dan naik bilik. Qa'id dah mengamuk nak main air lagi tapi bila IQ bagi susu, dia terus senyap. huhu.
Percutian Singkat di Gold Coast Resort Morib - Hari Kedua
Nampak sikit tapi pedih, nak makan pun susah, huaaaa
Balik bilik. Bersihkan diri. Dan terus check out. haha! Mood spoil sebab bibir luka. Luka agak teruk. Adik IQ dah nasihat suruh pergi hospital untuk jahit. haha! Tak kan maunye nak jahit bibir oii! Tak ku relaaaa...haha! Masa otw balik lalu depan Hospital Banting tu, IQ pandang tepi jer. hahahaha! Tak mau punya pasal.
Percutian Singkat di Gold Coast Resort Morib - Hari Kedua
Air mula surut. sampai ke tengaaahh
Percutian Singkat di Gold Coast Resort Morib - Hari Kedua
Nak balik dahhhh. Qa'id dah tumbang. Dia dah kepenatan main air.
Percutian Singkat di Gold Coast Resort Morib - Hari Kedua
Selfie dengan bibir luka. Sedih!
Overall percutian singkat kali ni best la bagi IQ. Sebab IQ boleh spend time dengan anak dan adik beradik IQ setelah sekian lama tak bercuti bersama. Memang akan plan next trip lagi lepas ni. InsyaAllah. Seronok plak bercuti macam ni. Boleh rileks2 tenangkan diri dan badan. Bukan mudah nak ada peluang macam ni selalu kan?

Luka dekat bibir IQ ni dah pulih ke belum? haha! Daaahhh! Tapi seminggu jugak dia nak baik. Sebab tak letak apa-apa ubat. Hari kedua dah bernanah. Boleh bayang tak bibir depan tu bernanah macam mana? hehe. Bibir kering je sepanjang minggu tu. Hari ke 4-5 baru ada kawan suggest letak garam, lagi cepat baik. IQ pun baru terfikir, luka ni dah macam kena ulser, elok letak garam. Sakit awal-awal elok dari nak biarkan luka tu macam tu kan? Cuma besar la bibir tu kejap lepas letak garam. Pedih! haha!
Best tapi kenangan pahit plak ada dekat sini. haha! Tak per, boleh repeat lagi. Tak kan putuskan mood nak main air lagi. hehe

Wednesday, December 13, 2017

Percutian Singkat di Gold Coast Resort Morib - Hari Pertama

December 13, 2017 7
Percutian Singkat di Gold Coast Resort Morib -  Hari Pertama
Baru berkesempatan nak update blog. Minggu lepas mood hilang gara2 kejadian berlaku di Morib ni laaa...apa yang berlaku? Kena la baca sampai habis yer. haha!

Sepanjang minggu sebelum bercuti, IQ buntu nak pergi ke mana bila dapat tahu abah IQ tak ada di rumah cuti hujung minggu. Blank! Cuti tiga hari tak kan nak duduk rumah jer? Kan? So, plan dengan adik perempuan IQ, pergi bercuti nak? Terus adik IQ ON!

SURVEY TEMPAT BERCUTI
Banyak tempat survey. Target utama KOLAM! Tapi memang ada satu tempat ni IQ dah lama teringin nak pergi sebab nak bawak Qa'id main air. Banyak invite kawan-kawan pergi situ, tapi belum dapat merealisasikan hajat IQ ni. haha! Survey punya survey, last2 tempat yang IQ aim nak pergi tu la yang kitaorang pilih. Di mana? Mestilah Gold Coast Resort Morib!
Percutian Singkat di Gold Coast Resort Morib -  Hari Pertama
IQ terus book bilik menggunakan web Agoda. Pilih bilik Studio Suite. Terus bayar on the spot. Tak boleh booking sahaja. So, clear bab bilik. Tunggu masa dan waktunya tiba. Beli kelengkapan nak mandi untuk budak-budak kecik. Plan nak masak sikit bawak pergi hotel. Percutian kali ni ada adik, suami adik, anak saudara, abang, IQ dan anak IQ. Nampak macam ramai kan? tapi muat jer satu kereta.

HARI YANG DINANTI TIBA...
Percutian Singkat di Gold Coast Resort Morib -  Hari Pertama
Hampir sampai
Jumaat cuti Maulidur Rasul. Kitaorang gerak dalam pukul 10 lebih pagi. Perjalanan ke Morib lebih kurang 1jam++. Ikut Lebuhraya SKVE menuju ke Banting. Ikut Google Maps lalu jalan kampung. Tapi seronok sebab rindu nak tengok suasana kampung. Dah lama tak tengok.

CHECK IN!
Percutian Singkat di Gold Coast Resort Morib -  Hari Pertama
Lobi Resort
Bila dah sampai, rasa excited sangat tapi dah pening-pening sebab tak tahu mana lobi hotelnya. Patutnya jalan je terus, tapi adik ipar ni berenti dengan pintu masuk dekat dengan water park. IQ terpaksa la menapak pergi lobi. Tak jauh tapi kalau tak tengok signboard, mahu sesat jugak.
Percutian Singkat di Gold Coast Resort Morib -  Hari Pertama
Receptionist. Ramai betul orang masa ni.
Sampai lobi jer, fehhhhh...ramainya orang! Beratur sampai luar tempat beratur. Memang waktu check in. Ramai juga orang memilih Gold Coast Morib ni sebagai destinasi percutian. Even, kawasan dia kurang strategik, jauh dari mana-mana tempat utama, tapi tetap jadi pilihan pelancong tempatan.

Dalam setengah jam menunggu, baru dapat check in. Dapat tag untuk masuk water park siap2. Just dapat dua tag, lagi dua tag boleh add on nanti. Breakfast pun sama. So, no hal.

BILIK LUAS WALAUPUN HANYA STUDIO SUITE
Percutian Singkat di Gold Coast Resort Morib -  Hari Pertama
Studio Suite
Percutian Singkat di Gold Coast Resort Morib -  Hari Pertama
Budak berdua ni rasmi dulu
Masuk jer bilik rasa macam waaaa..luas bilik dia! serius luas! Tak tipu! Walaupun hanya studio suite, memang agak luas. Bilik Studio Suite ni ada jakuzi tau dalam bilik mandi dia. Memang perghhh! best!
Percutian Singkat di Gold Coast Resort Morib -  Hari Pertama
Jakuzi dalam bilik mandi
Percutian Singkat di Gold Coast Resort Morib -  Hari Pertama
Selfie dah sampai!
Percutian Singkat di Gold Coast Resort Morib -  Hari Pertama
Abang IQ. dah kurus balik dah dia. tips diet? makan roti sahaja. haha!
Then, kitaorang makan bekal makanan yang IQ bawak dari rumah. Alaaa, mee goreng dengan nugget dan fries ayam jer. OK la, buat alas perut. hehe. Masing-masing dah tak sabar nak main air. Lepas solat zohor jer, terus terjun!

JOM TERJUN!
Percutian Singkat di Gold Coast Resort Morib -  Hari Pertama
Pemandangan Water park dari balkoni bilik
Qa'id paling excited. Seronok dia bila dapat main air kolam ni. Tapi berangan jugak la dia nak mandi tanpa pelampung kan. Bajet orang besar plak. Tak sedar diri tu cinoet lagi. Tinggi tak cukup lagi. Kalau tergelincir tu terus lemas orang kata sebab tak reti nak kawal diri lagi. huhu.
Percutian Singkat di Gold Coast Resort Morib -  Hari Pertama
Say hi Qa'id!
Percutian Singkat di Gold Coast Resort Morib -  Hari Pertama
Ibu dia nak buat cubaan pakai pelampung dekat kepala macam baby2. haha!
Percutian Singkat di Gold Coast Resort Morib -  Hari Pertama
Qa'id dan pok teh
Percutian Singkat di Gold Coast Resort Morib -  Hari Pertama
Dah bestfriend sekarang, boleh duduk macam ni dah, kalau tak..bergaduh!
Lepas 2 jam main air, terus rasa letih. Biarpun belum sampai pukul 7 malam, kitaorang stop main air awal sebab dah keletihan. Si Qa'id pun layan jer bila ajak naik bilik. Dah penat la tu, susu dekat mulut pun tak lepas.

WATERPARK BUKA PADA WAKTU MALAM?
Percutian Singkat di Gold Coast Resort Morib -  Hari Pertama
View malam waterpark
Oh ya! Waterpark ni kalau orang yang tak menginap dekat Gold Coast Resort ni pun boleh masuk. Harga tiket RM37 dewasa, RM27 kanak-kanak. Kalau bawah 90cm harga tiket free. Macam IQ, kalau beli tiket add on pun boleh main dua hari sebab menginap di GCR Morib ni.

Waterpark GCR ni buka waktu malam jugak tau. Kalau nak masuk, kena tambah RM10 jer dari harga tiket asal. Tapi IQ tak ada la nak main air malam-malam. Sejuk!! Tak nak la mandi malam2. Kang demam. huhu.

MAKAN MALAM DI PEKAN BANTING
Bila dah main air ni, rasa lapar memang tak boleh dibendung lagi. Ikutkan nak makan sekitar GCR jer tapi disebabkan nak pergi cucuk duit, kitaorang gerak ke pekan Banting. Tak jauh, dalam 10km jer. Lalu Kg Tali Air short cut ke Pekan Banting.
Percutian Singkat di Gold Coast Resort Morib -  Hari Pertama
Qa'id meragam, letih main air. Makan pun tak banyak. 
Kitaorang makan malam dekat satu kedai makan di Pekan Banting tu. Just order asing-asing, tak makan nasi dan lauk pauk. Jangan risau sebab sepanjang jalan di Pekan Banting ada kedai makan. Pilih jer mana yang berkenan. Kitaorang makan 5 orang pun baru RM40.00++. Mahal ke? Ok dah bagi IQ. Rasa dia ok la. sedap jugak.

Masing-masing dah keletihan. Qa'id pun meragam nak tidur. Makan tak lama, then terus gerak balik GCR.Sampai GCR, Qa'id orang pertama tewas. haha! Ibu dia dah legaaa...boleh lepak-lepak borak-borak dengan adik dan adik ipar. Sambil main teka-teka lagu. Lewat malam baru tidur. (bersambung......)