Kalau ikutkan azam 2017 IQ tak ada pun. Tapi IQ sambung azam tahun 2016 untuk beli rumah. Nampaknya azam 2017 IQ terpaksa ditangguhkan lagi. Azam tu hampir tercapai namun tersangkut gara-gara masalah kewangan. Moga tahun 2018 beri peluang baru kepada IQ untuk memiliki rumah IQ sendiri bersama dengan Qa'id. Amiin.
Sepanjang tahun ni, banyak benda yang dah berlaku. Alhamdulillah. Semuanya berjalan dengan baik sekali. Hubungan keluarga semakin baik, Hidup bersosial bersama rakan-rakan pun boleh dikatakan lebih produktif. IQ beruntung kerana dikelilingi oleh ramai orang yang baik hatinya, tak lokek berkongsi ilmu dan rasa. Alhamdulillah. Syukur.
TIADA YANG KURANG BIARPUN...
Tahun 2017. Walaupun hanya bersama dengan anak, IQ tak pernah rasa kurangnya kehidupan IQ. Biarpun, kadang-kadang rasa itu wujud apabila datangnya rindu pada yang telah pergi, Alhamdulillah, IQ mampu menanganinya. Kena kuat demi anak. Tak boleh cengeng.
Jadual IQ sepanjang tahun Alhamdulillah, selalu full. Apatah lagi bila IQ join Kelab Blogger Ben Ashaari pada akhir April 2017. Dapat mengenali ramai blogger yang berpengalaman cukup membuka mata IQ, dunia blogging sebenarnya luas dan bermacam jenis yang kita boleh jumpa dan cari. IQ sangkakan dunia blog hanyalah sekadar blog. Namun IQ salah.
Himalaya Outlet Review |
Cheese Banjir Food Review |
Si Kecil Qa'id pun join sekaki |
Semoga tahun 2018 memberikan 1001 kenangan manis lagi buat kita semua. Insya-Allah. Amiin.
14 Comments
It's good to know that you're being strong.. Serius sy respect dgn sis.. :3
ReplyDeleteits not easy but its not impossible. thanks dik. =)
Deletekeep writing qis..
ReplyDeleteInsyaAllah, i will kak
DeleteSemoga IQ terus sukses dengan jayanya dalam penulisan blog IQ.
ReplyDeleteterima kasih radhia.=)
DeleteinshaAllah, selamat tahun baru IQ :D
ReplyDeleteselamat tahun baru ann!
DeleteSelamat menempuh alam 2018.
ReplyDeleteSemoga ada sinarnya
InsyaAllah, selamat tahun baru juga!
DeleteHappy new year IQ. Moga tahun 2018 membawa lebih banyak sinar dalam hidup IQ dan Qaid :)
ReplyDeleteselamat tahun baru nadia! InsyaAllah, terima kasih!
Deletehappy new year IQ ,smga tahun ni mmberi kbhgiaan kpd iq dan qaid
ReplyDeleteselamat tahun baru reen! InsyaAllah, terima kasih!
DeleteKata ibarat pedang yang tajamnya bisa membunuh lawan..
Kata-kata yang berhikmah menyedarkan kita...
- Bicara Kata, Inteam
(Nyanyi Ke Tu?)