IQ minggu lepas memang tak sihat. Fikiran IQ selalunya akan bagitahu, kalau tetiba demam, memang sebab kurang air kosong dalam badan. Bila dah sakit, baru nak cari ubat. Hurmmm..biasalah tu. Dah sakit baru nak ubatkan. Hidup sorang-sorang sendiri mau ingat laaa..
Hari tu kan, berat badan IQ naik sikit. Naik 2kilo!! Sebab IQ tak jaga sangat pemakanan IQ. Makan jajan tengah buat kerja dekat pejabat. Makan coklat banyak. Even makan coklat, tetap minum air manis jugak. Tak minum sangat air kosong. Kesannya? Berat IQ naik balik! Bila timbang badan, menangis tengok scale penimbang tu. Huaaaa..
LANGKAH MUDAH UNTUK TURUNKAN BERAT?
So, langkah yang IQ ambil simple sangat. Minum air kosong. Dan juga minum air teh hijau. Tapi IQ rasa IQ demam minggu lepas kesan teh hijau jugak sebab teh kan berangin. IQ ni badan banyak angin sangat, so...kesan dia demam sakit sendi sampai berhari-hari. Sekarang IQ stop kejap minum teh hijau, mungkin sekali seminggu je lepas ni. huhu
TAPI IQ tak kurangkan pengambilan air kosong. Air manis WAJIB avoid. Pergi mana-mana memang cari air mineral jer. Kalau ada yang menggoda ajak minum minuman manis, tengok keadaan. IQ sendiri dalam beberapa hari akan minum air manis juga, tapi dah tak kerap macam selalu. Kena kawal.
Dulu IQ sebenarnya pernah minum air kosong SAHAJA ni zaman sebelum kahwin. Konon nak kurus untuk kahwin. Hasilnya pun memuaskan hati IQ. Boleh la nak pakai baju cecantik. *Konon laaa. haha!
Kalau korang nak tahu, banyak kelebihan kalau minum air kosong ni secukupnya. Antaranya;
- Dapat Menguruskan Badan - Ni azam tahun baru IQ ni. haha! Ini memang terbukti dan boleh praktis selalu.
- Melancarkan Sistem Pencernaan - Yang ni of course la kan, sebab kang nak ehem ehem pun tersangkut di skala 6. hehe
- Melambatkan Proses Pertumbuhan Zat Yang Menyebabkan Kanser - Yang ni, kawan IQ pun sahkan. Dia seorang Cancer Survivor. Tips dia bagi pun ada mengatakan JANGAN KURANG AIR KOSONG. So, kalau korang kurang, korang boleh dapat kanser. Mohon dijauhkan. Amiin.
- Rawatan Kecantikan - Kalau air dalam badan cukup, kulit badan korang tidak akan kering dan berkedut. Kalau berkedut, memang nampak tua la korang.
- Tubuh badan lebih segar dan sihat - Korang jangan tak tahu plak, air kan ada oksigen. Bila kandungan oksigen yang kita minum tu cukup, semestinya badan kita lebih segar dan InsyaAllah, sihat.
Sumber: CahayaPurnama.com
So, jangan kurang air kosong yer korang. Pastikan cukup mengikut berat badan korang. Setiap berat badan 25kg kena minum 1 Liter air, so....kalau berat korang 50kg, korang kena minum 2 Liter air tau! Minum biar lebih, jangan kurang. Tapi pengiraan ni termasuk air manis. So, pastikan air yang diminum setiap hari mencukupi. Ok?
12 Comments
orang tua macam unce ni kalau banyak minom kang asyik nak ke tandas je la pulak....
ReplyDeletemengikut keperluan uncle, tak perlu terlampau banyak,
Deletesama la kita, sekarang memang tak beli gula ke kordial kat rumah. buat green tea pun without sugar. hanya minum air masak jer. makan kat luar pun tak order air manis.
ReplyDeletehuhu, kan? sebab gula dalam masakan pun ada, kena kawal pengambilan gula, bahaya kalau lebih
DeleteAmalan yang bagus IQ, tapi ye la kan, sedap pula bila nampak milo ais, air buah-buahan kan.. hehe
ReplyDeletesy xtergoda dengan air2 manis sangat, lagi layan green tea, kalau teringin sgt, minum sikit jadi la
DeleteGreen tea IQ minum brand mane. berat reen naik sangat2 ni, huhu
ReplyDeleteguna yg ahmad tea, IQ minum yg green tea pure. tapi kalau nak sedap sikit, ambik yg jasmine. kena maintain minum air kosong. Kurangkan gula, nasi tak kurang tak per, pengambilan gula kawal.
DeleteBerat MV pun kebelakangan ni naik mendadak selepas minum air teh tarik tiap hari. So, sekarang teguk je lah air kosong tu nak turunkan balik berat. Jenuh nak bawa badan yang berat time pregnant ni
ReplyDeletekalau mengandung, kawal minum minuman manis, jer MV, sebab mengandung ni perlu naik berat badan jugak kan...kang nurse bising plak berat tak naik..huhu
DeleteMasa saya ada cyst dulu, saya kurangkan pengambilan makanan manis & cheese. Berat badan boleh turun 4kg bila saya control pemakanan.
ReplyDeleteowh yeke, alamak, cheese...IQ macam tak boleh nak tinggalkan cheese..hehehe
DeleteKata ibarat pedang yang tajamnya bisa membunuh lawan..
Kata-kata yang berhikmah menyedarkan kita...
- Bicara Kata, Inteam
(Nyanyi Ke Tu?)