Advertisement

Responsive Advertisement

Kisah Domain dan Niat Awal Berblogging

Alhamdulillah.

Akhirnya blog bertukar alamat. Macam pindah rumah la plak. Tuan blog tak pindah-pindah rumah pun, tapi blog plak tukar alamat. hehe.

IQ memang dah lama berhajat nak tukar domain blog tapi banyak benda yang IQ consider sampailah 12 Disember yang lepas, IQ nekad untuk beli domain untuk blog kesayangan IQ ni.

Setiap kali IQ post link blog IQ dekat Facebook atau mana-mana media sosial, mesti ada di kalangan rakan blogger IQ yang terdahulu bertanya pada IQ.

"Masih buat blog ke?"

Dengan bangganya IQ jawab,

"Yer, masih."

Dulu, blogging ikut musim. Ramai orang mula berblogging lepas terpengaruh dengan rakan sekeliling. Sebenarnya IQ pun terpengaruh dengan kawan baik IQ masa tahun 2009. Sebelum IQ blogging menggunakan Blogger.com, IQ mula menulis di Live Jurnal. Di situ sempat la IQ menulis 5-6 entry. Lepas tu senyap sebab sibuk dengan urusan masuk ke IPT.

Bila dah masuk IPT, IQ ternampak kawan baik IQ menulis blog. Jadi, IQ mula berblogging dari situ. Sayangnya kawan baik IQ menulis separuh jalan, tapi IQ tetap menulis sampai sekarang. Alhamdulillah. Zaman IPT IQ, IQ jumpa ramai rakan blogger dari IPT yang sama. Sampai ada gathering di IPT kitaorang. Kalau sesiap masih ingat kak Sunah Sakura, haaa...tu senior blogger di IPT IQ. hehe.

Bila dah habis belajar, rata-rata rakan blogger IQ dah kurang berblogging. Rindu juga dengan dorang. Tapi semuanya atas diri masing-masing. Berblogging atas apa tujuannya. IQ dulu jadikan blog seperti diary harian IQ sebab IQ suka bercerita. So, IQ banyak ceritakan apa-apa dekat sini. Sebagai kenangan.

Cara blogging dahulu dan sekarang semestinya berbeza. Setiap apa yang kita buat mesti ada peningkatan. InsyaAllah. Dengan pengalaman yang ada, akan dimanfaatkan sepenuhnya untuk masa depan.

Sekian coretan IQ, dah lama tak menulis macam ni. Rindu lahai!

Post a Comment

9 Comments

  1. wahh tukar domain ngn sape hihihi

    ReplyDelete
  2. Tgah fikir nak tukar domain jugak. Tahniahh berjaya kekal mnulis. Kita mnulis jugak dulu stop sampai 3 4 tahun. Baru nak mula balik hehee ^^'

    ReplyDelete
  3. tahniah...moga istiqomah dalam penulisan digital.

    ReplyDelete
  4. Tahniah IQ, semoga sukses selalu....

    ReplyDelete
  5. Tahniahhh da tukar domain!!
    Semoga kita terus semangat berblogging :)

    ReplyDelete
  6. Tahniah IQ.. ramai blogger skrng ni mmg berblogging dgn serius.. busyra selalu kena perli dgn kwn2 skolah.. hehe..

    ReplyDelete
  7. keep writing Qis.. tp tu laaa kenkadang tak bolh bukk blog qis.. rindu nak baca entry qis.. bila dapat peluang mcm ni.. semua akk harung baca hahah

    ReplyDelete
  8. Asslam Walaikum Izyan!
    You have posted a wonderful blog I like your way of writing thank you for sharing with us god bless and keep sharing

    ReplyDelete

Kata ibarat pedang yang tajamnya bisa membunuh lawan..
Kata-kata yang berhikmah menyedarkan kita...
- Bicara Kata, Inteam

(Nyanyi Ke Tu?)