Tuesday, October 31, 2017

Trip Sehari Ke Bukit Tinggi, Pahang

October 31, 2017 14
Salam korang!

Perghh, lama tak update blog kan? Sebab kemalasan melanda! haha! Ada dua tiga draft pun masih tak berganjak. Ampun maaf dipinta walaupun bukan di pagi raya. hehe. Doa2 la mood blogging IQ ni pulih. Mungkin disebabkan penat travel pergi kerja jauh2 ni, kemalasan jadi raja plak. huhu

PLANNED TRIP BY IN LAW
OK, last weekend, adik beradik ipar IQ plan nak bawak mak dan ayah dorang a.k.a mak dan ayah mertua IQ ke Bukit Tinggi, Pahang. Dorang juga plan untuk sambut birthday mak, ayah dan angah sekali memandangkan 28 Oktober tu pun birthday ayah. Sambut sekali birthday untuk semua yang lahir dalam bulan Oktober.

Tiba hari kejadian, mak, ayah dan adik2 yang lain gerak dari Melaka awal pagi. Jadi lebih mudah untuk kitaorang nak bawak kek surprise dalam kereta kitaorang. Kitaorang naik dua buah kereta. Singgah UIA ambik lagi sorang adik ipar. haha! Jangan terkejut yer, adik beradik Arwah suami ni ada 7 orang semuanya. Memang riuh!

Video Trip Ke Bukit Tinggi

Gerak dalam pukul 11 pagi macam tu. Biasa la, sarapan, tunggu yang tu bersiap, tunggu si Angah datang dari rumah sewa dia. So, delay tu perkara biasa dah. Tu sebab kena buat waiting hour jugak dekat dorang ni. heheh!

Sampai je persimpangan Bukit Tinggi dari Lebuhraya KL-Karak, semua dah teruja! Tapi bila dah masuk simpang dan nak menuju ke Taman Jepun tu alahai....semua duk tanya, "bila nak sampai ni, jauh lagi ke?" haha! Corner sana corner sini. Si angah plak main lap lap. Ada dua jalan sebenarnya. Kitaorang ikut jalan lama. Yang banyak corner. Kalau satu lagi jalan tak banyak sangat cuma bukitnya agak tinggi. 

BAYARAN MASUK KE BUKIT TINGGI, PAHANG
Sampai di entrance kawasan Bukit Tinggi tu ada guard. Kena bayar tiket masuk. Kira ikut bilangan yang masuk. Dewasa RM15 dan kanak-kanak RM8. So, kitaorang total RM150. Qa'id dikira baby. kuikuikui. Kitaorang terus menuju ke Taman Jepun. Ramai juga orang, sesak dengan kereta dan jugak tram yang bawa pelancong. Tapi mujur ada parking yang dekat dengan entrance Taman Jepun tu.

Ni kali kedua IQ datang ke Bukit Tinggi. So, dah tahu rasa penat naik bukit dekat Taman Jepun tu. So, bagi family mertua IQ plak rasa macam mana. Memang berlecak lahai ketiak! haha! Tapi yang bestnya, dekat Taman Jepun tu sejuuuukkkk...sebab Bukit Tinggi ni pun agak tinggi sebenarnya. No wonder la sejuk semacam jer. 
Trip Sehari Ke Bukit Tinggi, Pahang
Plan nak pakai kimono tapi kirim salam jer la. Ada sorang staff yang pakai Kimono dalam Teahouse tu tak berapa nak mesra. Adik ipar cakap dorang cakap "kalau nak bergambar, kena bayar RM20" dengan nada kasar. Ok, terus mati niat masing2. haha! Tak berapa mesra, so...kita tak yah layan. hehehe.
Trip Sehari Ke Bukit Tinggi, Pahang
Unplanned dress up. Tudung semua lebih kurang je warna.
Trip Sehari Ke Bukit Tinggi, Pahang
Kesayangan semua.
Banyak la port nak ambik gambar cantik. Kalau pakai kamera cantik dan ada skill ambik gambar power, memang cantik hasilnya kalau ambil gambar dekat Taman Jepun ni. 
Trip Sehari Ke Bukit Tinggi, Pahang
Mak dan ayah mertua. =)
Trip Sehari Ke Bukit Tinggi, Pahang
Budak yang paling susah ibu nak pegang kalau atok dan yang lain-lain ada. haha!
AISKRIM RM3!
Kitaorang pergi juga dekat Botanical Garden. Sebelah jer dengan Taman Jepun ni. Banyak la bunga dan pokok2 yang ada dekat situ. Ada juga restoren jepun, tapi harganya tahu-tahu jer la yer. Alangkan ais krim Solero pun RM3, ni kan pula menu Jepun. haaa..paham la kan?
Trip Sehari Ke Bukit Tinggi, Pahang
Bobob atok sangat! Comot makan ais krim
CARI KAWASAN NAK BERPIKNIK TAPI....
Lepas tu, kitaorang plan nak makan memandangkan mak dah bawak bekal nasi dan lauk pauk dari Melaka ok! Nak cari port nak berpiknik la kononnya. Last2 nampak signboard kecik je tulis, NO PICNIC. haha! 

Lawak plak masa ni. Duk cari juga kawasan yang ada pokok dan tanah lapang sikit, nan hado la plak. Sampai ke Golf Resort sana haa carinya. Oh ya, masa ni kitaorang dah terkeluar dari kawasan guard tu, tapi kitaorang dah tanya boleh masuk balik ker pakai tiket yang sama. Dan Guard tu pun cakap, BOLEH! boleh masuk balik. yes!!

Duk mencari-cari, last2 jumpa masjid. Then, decide makan dekat masjid je la sebab ada meja dan kerusi kat situ. Boleh solat Zohor sekali. Alang-alang sampai Asar. Dan masa ni kitaorang buka kek surpriseeee! Nyanyi lagu ALLAH SELAMATKAN KAMU je la memandangkan di kawasan masjid. hehe. Drag masa makan-makan sampai Asar, lepas tu ke mana pula kita?
Trip Sehari Ke Bukit Tinggi, Pahang
Along tu Arwah Suami, sambut sekali walaupun orangnya dah tak ada. Doa yang terbaik untuknya

SAMBUNG JALAN-JALAN KE....
COLMAR TROPICALE! - Yeay! Tempat ala-ala perkampungan Inggeris lama gitu. Katanya Colmar Tropicale ni sebenarnya French Village. Cantik seni binanya, Unik dan old skool sangat. Memang tak perlu pergi luar negara kalau nak tengok bangunan antik Inggeris ni. Datang Bukit Tinggi je. hehe.
Trip Sehari Ke Bukit Tinggi, Pahang
Kat Colmar Tropicale ni ada beberapa ekor Swan. Ada warna putih dan hitam. Hitam tu ala-ala kena sumpah dengan puteri raja kot. haha! Tak der, main-main jer. Kesian Swan kena bahan. haha!
Trip Sehari Ke Bukit Tinggi, Pahang
Kakak ipar dorang ni memang over sket, tapi sebenarnya dorang lagi over. haha!
Trip Sehari Ke Bukit Tinggi, Pahang
Well, I'm good in being captured of course. haha! Poyo nau!
Trip Sehari Ke Bukit Tinggi, Pahang
Full house!
Trip Sehari Ke Bukit Tinggi, Pahang
Tugu kitaorang. 
Settle Colmar Tropicale, patah balik ke Masjid. Solat Maghrib dan gerak balik KL. Masa gerak balik KL, hujan lebat yang amat! Memang keadaan agak bahaya sebab jalan banyak corner. Memang slow betul masing-masing bawak kereta. huhu. Sampai KL dah reda hujannya. Alhamdulillah.

TIPS MELANCONG KE BUKIT TINGGI, PAHANG
  • Bawak air masa naik ke Taman Jepun sebab kena mendaki bukit untuk sampai ke sana dari kawasan parking. At least bawak la sebotol air mineral 1.5liter untuk dikongsi bersama. Kalau tak nak bawak, boleh beli di atas tapi harga bukan sama dengan harga yang biasa kita beli.
  • Kalau bawa makanan nak berpiknik, IQ suggest tak perlu sebab tak ada tempat sangat nak berpiknik. Tapi kitaorang ada la detect satu kawasan yang ada tempat duduk dekat Colmar Tropicale tapi tak tahu boleh makan ke kawasan tu. Nak selamat, makan kenyang-kenyang atau bawak light meal macam roti dan botol air macam tu. Kalau duit berkepuk, boleh jer makan dekat area Colmar Tropicale tu. Tapi harga, paham-paham sendiri.
  • Nak honeymoon dekat Bukit Tinggi ni ok, cuma kawasannya terhad. Ada aktiviti berkuda dan juga sky trek tapi tempatnya jauh antara satu sama lain. Kena naik kereta. Tapi tak ada la jauh mana. Macam jauh Taman Jepun dan Colmar Tropicale ni jugak. hehe
  • Hotel? Ada dua tiga hotel yang kita boleh menginap kalau nak bermalam di Bukit Tinggi ni. Harga rate macam pergi Honeymoon la yer. Bukan hotel 3 bintang yang pastinya. Dan juga tak ada homestay. =) 
Till then, bai!

Thursday, October 26, 2017

SEGMEN BLOGGER AKTIF 2017 – MRSZACOM

October 26, 2017 8
Salam korang.
http://mrsza.com/segmen-blogger-aktif-2017-mrszacom/

Tetiba hari ni macam nak join segmen kan? Lama tak join segmen-segmen ni. Moh la kita join meramaikan peserta. Kalau ada rezeki dapat la hadiahnya. Hadiah apa yang ditawarkan?

TEMPLATE UNTUK BLOGSPOT ok!!

Rugi siapa yang tak join. Segmen ni berlangsung 24 jam jer yer! Esok dah tak valid dah. So, cepat korang cepat! Join segmen ni jugak!

Kalau nak tahu apa syarat-syarat untuk sertai segmen ni, boleh lihat di sini atau klik je banner di atas ok! Ok..pandai...

Mana tahu ada untung dapat template baru untuk blog kesayangan ni. kuikui. See ya!

Tuesday, October 24, 2017

Ulangtahun Yang Sepi

October 24, 2017 10
Saje nak coretkan di sini. Untuk tatapan masa hadapan.

Hari ni 24 Oktober 2017, sepatutnya ulangtahun kelahiran suami IQ yang ke-29. Tapi tahun lepas, dia pergi tinggalkan IQ dan Qa'id selepas kena denggi.
Ulangtahun Yang Sepi
Char Group Whatsapp family Arwah hari ni. 
Minggu lepas, malam jumaat...IQ mimpi Arwah. Mimpi dia datang dan kitaorang lepaskan rindu bersama. Rasa macam real. Rasa macam dah cubit peha tapi memang tak terasa. IQ tanyakan pada Arwah dalam mimpi tu

"Abang pergi mana lama tak balik? Lepas ni jangan pergi lagi tau"

Tapi tiada balasan daripada Arwah. Tapi IQ tetap seronok, sebab dapat lepaskan rindu pada Arwah. Rasa macam tak nak semua tu berakhir.

Tapi ianya berakhir juga...apabila...

Kaki Qa'id kena tepat pada muka IQ. 

Kacau daun betul Qa'id. Ibu punya la rindu dekat ayah. Bukan selalu ibu dapat mimpi ayah sekarang. huhu.


Semoga abang tenang di sana. Al-Fatihah.

Ulangtahun Yang Sepi

Pejabat Baru di Hicom Glenmarie, Shah Alam

October 24, 2017 10
Salam Korang!

Nampak tak macam bersemangat je IQ sekarang? Tak tahu sebab environment office baru ni bagi suntikan rajin nak update blog kan kan? kuikui.

Semalam IQ off kerja. Pagi tu dah bangun awal, pukul 5 pagi dah bangun sebab nak pergi kerja. Tapi tetiba tengok Qa'id muntah. Lepas tu cirit sampai tembus pampers. Lepas tu muntah dan muntah lagi. Last decide EL sebab risau keadaan dia makin teruk. Tapi lepas dah membuang, Qa'id terus tidur. Bila bangun tu, PLING! eh...elok dah dia.? haha! Memang sekelip mata elok! Tak memasal kitaorang lepak2 atas katil je sepanjang hari. haha!

So, hari ni jadi hari pertama IQ di office baru (walaupun kawan-kawan yang lain dah start semalam dah). Bangun awal pagi. Alhamdulillah. Boleh bangun pukul 5 setengah pagi, dan siapkan makanan Qa'id. Dan tiba-tiba....nampak satu benda!

Qa'id!! Terpancul depan pintu bilik. Terkejut ibu dia dibuatnya. Melatah IQ tetiba. haha! Then, terus angkut Qa'id masuk tandas, tukar pampers. Dan IQ pun mula bersiap. Matlamat keluar dari rumah sebelum pukul 7 setengah pagi tercapai! yes!

Perjalanan dari Keramat ke Subang makan masa sejam!! Padahal dari Keramat ke Tol Subang cuma 20 minit jer. Kat mana yang teruk sangat jem?? tu laaa..dalam area Glenmarie. Ada satu traffic light tu makan masa 20 minit nak lepas. huhu. Kalau tak, IQ dah sampai awal 15 minit dari waktu pejabat bermula. Baru nak bangga datang kerja awal. haha! Biasanya selalu lewat. kuikui.

So, sampai office baru jer, memang kena unpack barang sorang-sorang la sebab masuk lewat sehari dari orang lain. Buka kotak dan keluarkan dekstop. Cantik juga office ni. Bergabung dengan HQ kitaorang. Surrounding memang best. Rasa lah sikit macam dalam office sebab sebelum ni staff tak ramai, bila dah bergabung ni, ramai la sikit nampak staffnya. haha!

So, anyway....harap-harap hati ni kental la pergi kerja jauh-jauh hari-hari. Ikutkan hati tak kental mana. Nak cari area KL. Mudah2an ada peluang di kemudian hari. Kalau tak, di sinilah IQ mencari rezeki. 

Till then, bai!

Thursday, October 19, 2017

Eczema - Sejarah Qa'id Hadapi Eczema

October 19, 2017 14
Salam korang.

Saje nak catat dekat blog perihal Qa'id dan Eczema dia setelah ter'inspired' dari baca blog Dorsett Pink tadi. Well, Qa'id ni dulu boleh dikatakan teruk jugak la kena Eczema. Terutama dekat bahagian badan dia. Tu masa dia masih baby,  dan bila dia kena selsema jer, mesti dah start naik merah-merah gatal.

Eczema Di Perut Dan Muka
Masa baby tu teruk kena dekat perut. Qa'id menggaru (even masih baby, tapi dah pandai garu!) sampai berdarah! Kadang rasa nak menangis bila tengok kuku dna perut dia ada darah. Terus masukkan baju dalam seluar, nak elakkan dia selak baju dan garu sesedap hati dia.

Sejak Arwah Ayah dia meninggal, Qa'id kena Eczema dekat muka plak. Start jadi masa dia start makan secara banyak. Masa tu langsung tak dapat detect apa yang dia allergic. Tapi tetap bagi makan ayam, telur, daging, nasi, semua tulah. Semua tu masa tempoh IQ dala iddah dan berada di Melaka.

Alah Dengan Ayam??
Bila IQ start kerja baru, IQ akan sediakan makanan dekat Qa'id tiap-tiap pagi. Masa ni dah perasan Qa'id 'macam' alah dengan ayam dan telur. Bila makan ayam dan telur, dia akan start menggaru sampai berdarah pipi dia. Dan mula la pantang makan ayam dan telur. Try bagi ayam organik pun tak jalan.

Tapi kalau korang nak tahu, penggunaan krim Steroid masa ni masih digunapakai, walaupun ada sesetengah pihak dah bagi nasihat, jangan guna. Tapi bila IQ tengok krim steroid tu boleh hilangkan merah pipi Qa'id tu dengan cepat, IQ teruskan pakai steroid. Kalau diingatkan balik, memang rasa bodoh sangat. Kesian Qa'id yang terima semua tu.

Tak Boleh Makan Seafood Pulak
Masa awal tahun hari tu, masa IQ dalam perjalanan balik ke Terengganu, IQ singgah makan dekat RnR LPT. Disebabkan Qa'id tak boleh makan ayam, IQ try la bagi Qa'id makan seafood; iaitu sotong. Sotong masak singgang macam tu. Seronok Qa'id makan. Tapi bila IQ dah sampai rumah abah IQ di Dungun, IQ perasan naik bintik-bintik merah dekat muka Qa'id. Jelas sangat Qa'id tak boleh makan seafood jugak. Ikan pun kena tengok ikan yang tak gatal macam ikan tenggiri, ikan selar macam je boleh makan. Banyak jugak kena pantang. Pening kepala jadinya nak sediakan menu bekal dia hari-hari.

Masa Qa'id kena Chicken Pox dan Kayap hari tu, IQ ingatkan Eczema. Nasib la IQ ni bawak juga Qa'id ke klinik. Nasib baik IQ tahu awal yang Qa'id kena kayap. Masa kena chicken pox tak ada apa sangat. Tapi paling teruk masa kena kayap. Sebab penggunaan Steroid buatkan kayapnya lebih teruk! Sejak dari tu IQ memang banned Steroid dari badan Qa'id. huhu.
Eczema - Sejarah Qa'id Hadapi Eczema
Beransur Kurang Sejak Ulangtahun Kedua
Dan sejak Qa'id genap dua tahun ni, IQ sebenarnya rasa lega sangat. Sebab apa? Eczema Qa'id bertambah reda. Pipi dia dah makin berkurang merah dan luka lepas IQ sapu krim Cetaphil. Memang ngam krim tu dengan kulit muka Qa'id. Lagi satu, Qa'id sebenarnya boleh makan ayam dan telur.
Cuma memang Qa'id tak boleh makan seafood.

Segala jenis makanan yang ada kandungan perasa seafood sekalipun akan buatkan badan Qa'id gatal-gatal. Kiranya kalau dah triggered gatal-gatal, makan ayam dan telur akan buatkan badan jadi bertambah gatal. So, ayam dan telur bukanlah makanan yang Qa'id tak boleh makan langsung. Buktinya IQ bagi chicken chop, roti canai telur, elok jer dia makan, tak naik merah-merah pun.

Rawat Eczema Luar dan Dalam
Eczema ni memang kena rawat dari luar dan dalam. Sebelum ni IQ rawat dari luar sahaja tapi kurang berkesan bila makanan tak dijaga, tetap Eczema dia naik. So, kawal makan tu penting. Kena try and error cuba makanan mana yang dia boleh makan. Kalau nampak kesasn serta merta, memang makanan tu PALING dia tak boleh makan. Kalau kesannya 2-3 jam selepas makan, makanan tersebut bagi efek pada badan cuma tak banyak.

IQ ambil masa hampir setahun juga nak tahu apa yang Qa'id tak boleh makan sebenarnya. Penat mencuba jugak, tapi demi Qa'id, IQ tak boleh putus asa. Dialah satu-satunya anak IQ. Kena rawat dan jaga dia sebaik mungkin. Anak sendiri, sapa tak sayang oi! huhu.

Setiap anak-anak mempunyai sifat yang berbeza. Kadang cara yang IQ amalkan ni tak sesuai untuk anak yang lain. Contoh banyak. IQ ada kenalan office yang anaknya juga ada Eczema. Adik IQ sendiri ada anak yang ada Eczema TAPI tak teruk. Di kalangan kenalan blogger yang IQ kenal juga ada anaknya yang ada Eczema. Antara teruk atau tidak jer. Sebab alangkan badan mak dan anak pun berbeza sifatnya, apatah lagi orang lain kan?

Kalau korang ada pendapat dan pengalaman korang sendiri, boleh drop komen di bawah. Sama-sama kita berkongsi cerita dan pengalaman menghadapi Eczema ni bersama. IQ bukanlah seorang yang arif dalam bercakap tentang hal ni namun boleh nak berkongsi rasa, tak banyak, sedikit pun jadilah.  Kan?

Till then, bye!

Apa Dah Jadi?

October 19, 2017 8
Apa Dah Jadi?
Salam korang.

Rasa macam blog dah ketandusan entry, walaupun melambak draft yang masih tersusun dalam dashboard. Idea nak menulis tu banyak tapi tak tahu kenapa passion nak menaip ni macam terbang pergi somewhere yang IQ sendiri tak tahu nak bagitahu.

Hari dah lewat malam sebenarnya tapi semangat nak taip entry kali ni berkobar-kobar plak sampai selak balik selimut dan capai laptop. Ada benda nak bagitahu kat sini sebab nak buat catatan diary hidup seorang IQ.

Kenapa IQ senyap tanpa update entry di blog walhal dekat Instagram ada jer update terbaru? Nak upload gambar memang semudah ABC tapi nak mengarang entry ni kadang perlu idea dan kata-kata yang boleh menarik minat pembaca bukan? Apatah lagi zaman sekarang orang lebih suka melihat gambar berbanding membaca. Lebih suka membuat andaian sendiri tanpa menyelidik terlebih dahulu. Eh? Tersasar plak perginya.

Sebab IQ tak update?

  1. Office IQ nak pindah dari Mont Kiara ke Glenmarie
  2. Kesihatan tak mengizinkan
Kalau sesiapa follow Instastory dekat Instagram IQ tahu la IQ dan rakan office sibuk kemas pejabat sekarang, We are moving to Glenmarie by next week!!! IQ depressed sebenarnya sebab sebelum ni perjalanan pergi office hanya 17km dan bila pindah office baru ni jadi 37km satu hala!. Semuanya berganda! Tol dan minyak semestinya. Jauh. IQ tak ada fikirkan perkara lain melainkan anak IQ. Kalau dia tetiba tak sihat, nak rush balik jauhnya lahai. Travel distance and hour bertambah2. Kena pergi lebih awal, nak kena bangun lagi awal untuk siapkan bekal makanan Qa'id. Yes, I am depressed for all of this. 

Penyelesaian? IQ plan nak cari kerja lain tapi untuk zaman sekarang, kena la hadap dulu kerja sekarang memandangkan nak cari kerja sekarang bukanlah satu perkara yang macam tukar baju. Even jawatan yang IQ pegang boleh dikatakan tengah HOT, tapi bukan mudah jugak nak dapat. Semua berebut nak cari kerja. So, harapan IQ adalah dapat bertahan selagi boleh.

Kesihatan tak mengizinkan. Minggu lepas demam tapi biasalah, demam seorang mak ni tak nampak. Hanya tuan punya badan la rasa, DAN bila seorang mak ni demam, tak bermakna dia akan terbaring sepanjang masa. Masih ada kerja rumah nak settle, ada anak nak kena mandikan, siapkan. So, tak ada istilah rehat sangat kalau seorang mak ni demam. Tu sebab jugak demam seorang mak ni jadi berlanjutan beberapa hari barulah kebah.

Ditambah plak peranakan macam rasa sakit balik. Macam mana boleh tahu? Sebab rasa sakit gigi. Bila gigi ni rasa macam sakit sampai tangkap ke kepala, tahulah tu sakit dari peranakan jugak. Ni kali kedua kena, so dah tahu dah. InsyaAllah hujung minggu ni nak pergi berurut. Selalunya lepas urut tu sakit gigi akan hilang serta merta. Ajaib kan urat saraf kita, sakit kat perut, tapi boleh rasa di gigi...

So, that's it! Harap2 semuanya kembali normal lepas pindah office dan lepas berurut nanti. Banyak planning dan upcoming entry untuk blog ni. Bukan tak ada. ADA! Tunggu masa yang sesuai, segalanya akan tercatat di sini.

Selamat malam korang. Habislah IQ esok pagi. Bangun lambat lagi lepas tu macam lipas kudung lagi laaaa siapkan semua bendaaa.

Till then, bye!

Friday, October 13, 2017

Butik Himalaya Menyediakan Produk 100% Herbal Untuk Seisi Keluarga

October 13, 2017 26
Bercakap tentang produk yang berasaskan herbal, pasti ramai yang menganggap ianya mahal dan juga mungkin susah nak mendapatkannya. Apatah lagi dengan zaman sekarang yang dah bertambah moden, nak tumbuk akar-akar kayu dengan lesung ni semua macam leceh la. Time consume orang putih cakap. hehe.
Butik Himalaya Menyediakan Produk 100% Herbal Untuk Seisi Keluarga
Hari tu kan, IQ berkesempatan singgah ke salah satu butik yang menyediakan produk berasaskan herbal. Tak lain dan tak bukan adalah Himalaya Wellness Boutique. Butik Himalaya ni ada banyak cawangan di Malaysia. Dan kali ni, IQ terjah butik Himalaya yang terletak di KLCC. Butik Himalaya ni terletak di Level C Suria KLCC

JAMINAN PRODUK HIMALAYA
Butik Himalaya Menyediakan Produk 100% Herbal Untuk Seisi Keluarga
Butik Himalaya adalah satu butik yang menyediakan produk berasaskan 100% herbal aktif dan semestinya dijamin Halal. Wahh! Herbal aktif tu...bermakna produk Himalaya tak ada SLS mahupun SLES dan juga Paraben. Hurmm..ianya sangat menarik, sebab untuk sesiapa yang ada masalah kulit pasti alah dengan bahan kimia tambahan yang ada dalam sesetengah produk lain yang berada di pasaran sekarang, tidak seperti produk Himalaya. 

PRODUK MESRA KELUARGA
Butik Himalaya Menyediakan Produk 100% Herbal Untuk Seisi Keluarga
Ubat gigi pun ada!
Butik Himalaya ni mesra keluarga tau! Sebab banyak produk yang satu keluarga boleh guna. Daripada produk bayi sehinggalah produk untuk golongan dewasa pun ada.  Pelbagai produk yang boleh kita dapati seperti Set Penjagaan Rambut, Set Penjagaan Kulit, Ubat Gigi, Makanan Tambahan, dan juga Supplement. Memang cukup lengkap la senang cerita.
Butik Himalaya Menyediakan Produk 100% Herbal Untuk Seisi Keluarga
Syampu Protein Himalaya ni boleh digunakan oleh golongan kanak-kanak juga. Selamat digunakan. Untuk kanak-kanak tak perlu pakai perapi rambut macam golongan dewasa pakai, cukup pakai syampu protein ni sahaja.
Butik Himalaya Menyediakan Produk 100% Herbal Untuk Seisi Keluarga
Terdapat juga krim anti kedut di muka. Untuk akak-akak yang risau kedut bawah mata dah mula kelihatan, boleh la pilih krim ni untuk mengurangkan kedutan di muka. Nampak lagi muda la lepas ni. Ok, rasanya IQ pun kena grab satu. Muka dah nampak kedut!! Tidak!
Himalaya KLCC: Butik Produk 100% Herbal Untuk Seisi Keluarga
Supplement di Himalaya memang tak asing lagi untuk kita ketahui. Pelbagai supplement untuk ketahanan badan dan sebagainya turut boleh kita dapati di butik Himalaya. Yang penting, kena tanya juru nasihat Himalaya untuk consultation yang lebih tepat.
Butik Himalaya Menyediakan Produk 100% Herbal Untuk Seisi Keluarga
Lip Balm pun turut ada yer semua. Bibir tu kalau agak-agak kering sebab tak minum air kosong sangat boleh la beli Lip Balm ni. Boleh apply terus dekat bibir. Bagus untuk kegunaan seharian sebab Lip Balm ni ada Wheatgerm Oil dan juga Carrot Seed Oil yang membantu bibir kita sentiasa lembab. Bagus kan? Mestilah bagus. Produk Himalaya kan..
Set Penjagaan Kulit Muka ni semestinya juga terdapat di butik Himalaya ni. Terdapat pelbagai pencuci muka yang terdapat di butik Himalaya ni. Seperti biasa, korang kena la mendapatkan khidmat nasihat daripada jurunasihat Himalaya untuk dapatkan pencuci muka yang sesuai yang kulit muka korang. Lain jenis kulit, lain pencuci yang sesuai yer semua.
Butik Himalaya KLCC: Produk 100% Herbal Untuk Seisi Keluarga
Ok, bagi yang nak turunkan berat badan (macam IQ..hehe), boleh la cuba produk Himalaya Ayurslim ni. Nama produk pun agak-agak macam perli kita slim ke tak kan? hehe. Produk Ayurslim boleh menurunkan berat badan korang dengan pengambilan Ayurslim secara konsisten dan semestinya disertai dengan pemakanan yang sihat. Jangan pula korang ambil Ayurslim ni tapi makan burger berbiji-biji. Big No ok!
Butik Himalaya KLCC: Produk 100% Herbal Untuk Seisi Keluarga
Cool Relief Balm ni pula sesuai kalau apply dekat anak-anak yang tengah selsema. Kadang-kadang selsema boleh terjadi disebabkan suhu sekitar yang agak sejuk. Boleh apply balm ni dekat dada anak dan sapu nipi-nipis. Anak korang akan rasa lebih lega. 
Butik Himalaya KLCC: Produk 100% Herbal Untuk Seisi Keluarga
Nourishing Cream pula menjadi pilihan pelancong luar terutama pelancong dari Korea kerana Nourishing Cream ni sangat bagus untuk melembabkan kulit yang kering. Juga sesuai untuk sesiapa yang mengalami masalah kulit seperti Eczema kerana kandungan herbal dalam Nourishing Cream ni membantu kulit sentiasa lembab dan tidak kering.
Butik Himalaya Menyediakan Produk 100% Herbal Untuk Seisi Keluarga
Qa'id pun dah cuba pakai Nourishing Cream ni taauu

SET PRODUK YANG JIMAT!
Butik Himalaya Menyediakan Produk 100% Herbal Untuk Seisi Keluarga
Kalau korang nak tahu, belian produk di butik Himalaya ni lagi jimat tau! Kenapa IQ cakap jimat? Sebab bila kita beli set lengkap, harganya lagi murah berbanding beli satu-satu produk. Senang cerita la, lagi berbaloi! Set produk macam ni tak terdapat di kedai-kedai biasa. Hanya terdapat di butik Himalaya sahaja. Ada paham? Pandai...
Butik Himalaya Menyediakan Produk 100% Herbal Untuk Seisi Keluarga
Nak beli ke tak nak? Murah sangat ni. 

MEMBERSHIP PROGRAM YANG LEBIH MENGUNTUNGKAN
Butik Himalaya Menyediakan Produk 100% Herbal Untuk Seisi Keluarga
Pembelian produk Himalaya lebih dari RM100, secara automatik korang jadi ahli membership programme. Apa kelebihan Membership Programme ni?
  • Setiap RM1.00 akan jadi 1 point bagi setiap pembelian produk Himalaya
  • Dapat 15% diskaun untuk produk Himalaya (Harga Asal)
  • Rebate RM10 automatik dimasukkan dalam akaun Membership (Untuk Pertama Kali)
  • Tiada tarikh luput untuk point korang

JURUNASIHAT YANG SEDIA MEMBANTU
Dulu IQ pernah beli Syampu Himalaya, tapi mungkin sebab IQ hanya beli dekat Drugstore, dan tak ada juru nasihat yang boleh consult IQ tentang produk apa yang IQ perlu pakai dan guna. Jadinya, IQ dah tersalah pilih jenis syampu yang patut IQ guna. Dan juga, IQ hanya beli satu syampu je tanpa krim dan minyak rambut seperti yang sepatutnya juga. Hasilnya? Tak menjadi. 
Butik Himalaya Menyediakan Produk 100% Herbal Untuk Seisi Keluarga
Tapi lepas IQ dapatkan info dengan jurunasihat di butik Himalaya ni, barulah IQ tahu produk syampu yang mana sesuai dengan IQ sebenarnya. IQ sepatutnya ambil set penjagaan rambut yang anti kelemumur sebab kelemumur IQ agak teruk. Set anti kelemumur ni plak ada krim dan juga minyak yang perlu dipakai sebelum dan selepas syampu. Haa..baru tahu kena pakai minyak rupanya sebelum syampu. Patutlah pakai syampu sahaja kurang berkesan hasilnya. 

Kalau korang nak tahu apa lagi barang yang ada di butik Himalaya ni, korang boleh tengok video di bawah. 

Jangan lupa klik HD ok!
Butik Himalaya Menyediakan Produk 100% Herbal Untuk Seisi Keluarga
Butik Himalaya KLCC
Jangan lupa singgah butik Himalaya untuk dapatkan produk yang berasaskan Herbal ni tau! Info lanjut korang boleh layari Facebook dan Instagram Himalaya di bawah.


#himalayamalaysiaboutique
#himalayamalaysia

Monday, October 9, 2017

Korean Cuisine di Sweetree, Ampang

October 09, 2017 22
Hari sabtu minggu2 lepas, IQ berkesempatan rasa makanan Korea lagi tau! Kali ni IQ pergi ke satu restoren yang menyediakan menu Korea yang terletak di Ampang. Restoren ni quite famous sebenarnya bagi penggemar makanan Korea sebab IQ pernah tanya officemate IQ yang hantu makanan Korea pun pernah makan dekat sini. Bila tengok kawan-kawan yang lain dah dekat sini pun, buatkan IQ rasa nak try. Best sangat ke makanan Korea dekat sini?

HANYA GOOGLE 'SWEETREE'
IQ pergi dengan adik-adik ipar IQ. Macam biasa la kan, dengan dorang je la IQ selalu pergi ke mana-mana. Kalau tak dengan dorang, mesti dengan adik IQ sendiri yang tinggal dekat Gombak tu. Lepas pergi Ekspo Kucing dekat Matrade, masing-masing dah mengadu lapar. Patah balik ke Ampang. Tak susah pun nak cari Sweetree ni. Just Google "Sweetree" pun dah keluar location nya di Google Maps. Senang jer!
Korean Cuisine di Sweetree, Ampang
Restoren Sweetree, Ampang
Rupa-rupanya Restoren Sweetree ni tak ada jauh mana dari rumah IQ. Dari MRR2 hala Sungai Besi tu, belok kiri depan sikit dah sampai. Ada parking khas untuk pelanggan Restoren Sweetree ni. Kedai ni terletak dekat deretan kedai yang lain, parking plak kalau tak dapat parking khas customer ni mungkin susah sikit kot nak cari parking lain. Sebab IQ tengok parking lain macam penuh je walaupun hujung minggu.

KEMUDAHAN DI SWEETREE
Waktu IQ nak masuk Sweetree, IQ ternampak papan kat depan kedai yang mengatakan hanya ada dessert sahaja, Kitchen Tutup, means Main Dish tak ada. Mula-mula tu agak kecewa lah, sebab perut dah lapar, datang jalan-jalan dari Matrade, harapan nak makan. Tapi IQ try la tanya pekerja Sweetree tu, rupanya ada Main Dish, cuma lewat dalam 35 minit. Memandangkan kitaorang belum solat zohor, kitaorang still order dan pergi solat dulu dekat surau dalam Sweetree. IQ dapat tahu yang Sweetree ni ada surau untuk solat dari Blog Afiq Halid
Korean Cuisine di Sweetree, Ampang
Surau di Sweetree
Surau terletak di Tingkat 3, dan ada telekung disediakan. Cuma ruang nak ambik wudhuk tu kena ambil dekat toilet. Aras ni rasa macam dekat cafe hipster plak, sebab ruangnya sangat unik. Korang kena pergi sendiri kalau nak tahu macam mana. IQ tak sempat nak snap ruang tu sebab risau tak dibenarkan.huhu.
Korean Cuisine di Sweetree, Ampang
Tangga menuju Tingkat 3
Korean Cuisine di Sweetree, Ampang
Buaian kayu depan pintu masuk area Tingkat 3
MAKANAN SAMPAI!
Korean Cuisine di Sweetree, Ampang
Penuh meja baq hang!
Selesai solat, tengok-tengok makanan pun dah sampai. Penuh meja! Makanan untuk 4 dewasa makan tapi yang diorder macam 6 orang makan! Ada adik ipar IQ yang belum pernah rasa makanan Korea ni, so...IQ nak bagi dia rasai pengalaman pertama makan makanan Korea ni. hehe.
Spicy Chicken Bibimbap - Ni yang IQ order. Mula-mula fikir ingatkan hanya sayur dan ayam, rupa-rupanya ada nasi kat bawah. Mula la rasa, eh...rasa terorder lebih plak. hehe. Sebab portion untuk bibimbap ni sangat banyak! Nak makan dua orang pun cukup. Tapi IQ tetap habiskan sorang2 sebab yang lain tak nak rasa. Rugi tak rasa adik2 oi, sodappppp.! Harga untuk bibimbap ni adalah RM20.75 termasuk GST.
Chesse Topokki - Ramai yang kata topokki dekat Sweetree ni sedap. So, IQ pun nak try jugak. Sekali tengok haaa..banyak jenis! Ada yang pedas, yang ada cheese dan macam2 lagi la (IQ sebenarnya lupa menu topokki lain, haha!). So, IQ memang hantu Cheese, so, IQ pilih Cheese Topokki. Silap pilah Cheesy Topokki ni bila ada adik ipar IQ tak suka makan cheese. IQ pun dah order bibimbap, so topokki tak habis. Sedap memang sedap. Last2 bungkus sambung makan dekat rumah. Harga untuk Cheese Topokki ni adalah RM21.70.
Korean Cuisine di Sweetree, Ampang
Tuna Kimbab - Ok, ramai juga cakap Kimbab dekat Sweetree sedap. Apa yang orang cakap sedap, wajib try! haha! So, IQ order juga Tuna Kimbab ni. Untuk tiga menu di atas IQ order untuk IQ sorang. haha! Dan untuk Qa'id sekali. Tapi sekali Qa'id makan side dish; Bubur je. adoi! Harga untuk Tuna Kimbab ni pulak adalah RM10.38 sahaja. Sedap dan murah!
Korean Cuisine di Sweetree, Ampang
Chadol Tofu Soup + Ramyeon - Ni yang adik ipar IQ sorang tu order. Katanya first time makan makanan Korea, entah betul ke tak. haha! IQ tak sempat nak celup ambik satu sudu rasa kuah tofu soup ni macam mana. So, IQ tak tahu apa rasanya. Harga untuk Chadol Tofu Soup + Ramyeon plak RM24.53.
Korean Cuisine di Sweetree, Ampang
Wefie bertiga, Qa'id ada jugak tapi dia mood tak berapa nak baik sangat masa ni. 
Kalau ikutkan ada lagi menu yang kitaorang order cuma tak sempat ambik gambar sebab ada yang dah ngap, macam Chicken Kimchi Stew, Kimbab BBQ Sauce - Chicken, Bulgogi Pot With Egg, air plak IQ order Smoothie Mango dan Smoothie Strawberry. Yang lain order air Iced Caffe Mocha dan Iced Cappuccino.  

REAKSI FIRST TIME MAKAN MAKANAN KOREA
Si Dekna, adik ipar IQ no.5 memang langsung tak pernah try makan makanan Korea. Reaksi dia? haha! Tak sempat nak rekod reaksi muka dia. Kelakar habis! Tekak Melayu makan makanan Korea. Memang berkerut2 mukanya. Sama macam IQ dulu, masa mula2 rasa makan makanan Korea. Tapi bila dah selalu makan, memang dah boleh terima.
Korean Cuisine di Sweetree, Ampang
Si Angah ni pun pernah makan, tapi macam tak pernah makan pun ada nampak gaya tu
Kalau ada sesiapa yang teringin nak rasa makanan Korea, boleh la try makan makanan Korea dekat Sweetree ni. Order sikit2 pun ok sebab portion makanan Korea ni sebenarnya agak banyak. So, berpada-padalah masa mengorder yer?

Boleh klik Lokasi Sweetree di bawah yer! 

Tuesday, October 3, 2017

Tak Boleh Komen Di Blog Kawan? (Problem Solved)

October 03, 2017 17
Salam korang,

Dah dua hari ni buntu tak tahu nak buat macam mana. Kemain komen dekat blog kawan-kawan semalam, baru perasan yang komen tu tak disave pun. Apa yang berlaku ni? IQ tak boleh komen blog kawan-kawan??

Semalam sesi blogwalking dekat blog kawan-kawan. Tapi tetiba perasan komen tak keluar sebab komen dekat sorang blog kawan tu tak perlu approval pun. Aik...kenapa tak keluar? Apa masalah ni?

IQ perasan kalau nak tulis tu, bahagian bawah tu ada "Comment As" tu kan? Selalunya akan auto-select sebab kita pakai Chrome akan redirect select profile Google. Tapi dia just show macam ni je...

Cuma show Google Account.

Bila dah siap tulis komen panjang-panjang, then publish. Tapi langsung tak ada tulis "comment waiting approval" ke apa. Pelik tak? aishhh..

Then, IQ try pakai Microsoft Edge. Buka dashboard dan buka blog semua. Dan ni yang IQ dapat tengok.
See. Ada nama IQ siap2.

IQ try komen pakai Microsoft Edge ni, ok...dapat! So, chrome IQ ada masalah. Bukan blogger ke apa. Tapi CHROME. IQ try dah uninstall Chrome ni tapi still masalah yang sama. Chrome dekat Handphone IQ pun jadi benda yang sama sebab IQ link chrome handphone dan laptop sekali. Pakai akaun Google yang sama kan? 

IQ try jugak clear history semua. Still tak berkesan. Huhu. Ada sesape boleh tolong tak? Kasihanilah IQ, IQ nak komen blog korang. Dah tak ada mood nak tulis blog macam ni tau..huhu..

Kalau ada cadangan, boleh drop dekat komen di bawah. Korang boleh komen blog IQ tapi IQ yang tak dapat reply komen korang. huhu. Pleaseee...help me?

UPDATED
PROBLEM SOLVED

Baru beberapa minit post entry, terus settle masalah bila dapat solution. Tadi ada terbaca satu page ni tentang masalah yang sama. Ada dua cara; satu: Remove Ad-Block Extension dekat Chrome dan dua: Allow third party Cookies!

So, dua-dua IQ try. Dan result dia...BERJAYA!!

Thank you Google. Pandai IQ cari solution sendiri. (mood puji diri sendiri) hahaha! K bai.