Advertisement

Responsive Advertisement

Ulangtahun Yang Sepi

Saje nak coretkan di sini. Untuk tatapan masa hadapan.

Hari ni 24 Oktober 2017, sepatutnya ulangtahun kelahiran suami IQ yang ke-29. Tapi tahun lepas, dia pergi tinggalkan IQ dan Qa'id selepas kena denggi.
Ulangtahun Yang Sepi
Char Group Whatsapp family Arwah hari ni. 
Minggu lepas, malam jumaat...IQ mimpi Arwah. Mimpi dia datang dan kitaorang lepaskan rindu bersama. Rasa macam real. Rasa macam dah cubit peha tapi memang tak terasa. IQ tanyakan pada Arwah dalam mimpi tu

"Abang pergi mana lama tak balik? Lepas ni jangan pergi lagi tau"

Tapi tiada balasan daripada Arwah. Tapi IQ tetap seronok, sebab dapat lepaskan rindu pada Arwah. Rasa macam tak nak semua tu berakhir.

Tapi ianya berakhir juga...apabila...

Kaki Qa'id kena tepat pada muka IQ. 

Kacau daun betul Qa'id. Ibu punya la rindu dekat ayah. Bukan selalu ibu dapat mimpi ayah sekarang. huhu.


Semoga abang tenang di sana. Al-Fatihah.

Ulangtahun Yang Sepi

Post a Comment

10 Comments

  1. alfatihah utk arwah.. be strong girl.. kaki qaid kena kat muka mmg comel..hihii

    ReplyDelete
  2. Al Fatihah buat arwah. Semuga Iz tetap tabah menjalani kehidupan bersama Qaid. Semuga Allah mempermudahkan segala urusan Iz.

    ReplyDelete
  3. Al Fatihah..Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang2 yg beriman..Semoga awak kuat dalam menempuh hari2 mendatang..aamin2 ya rabb.

    ReplyDelete
  4. Ya Allah beratnya dugaan iq. Mama doakan semoga iq tabah. alfatihah

    ReplyDelete
  5. Hampir dgn tarikh lahir suami allene 25/10.
    Moga arwah tenang dsana...

    ReplyDelete
  6. Sedihnya hurmm xpe iq ada hikmahnya Allah lebih sayangkan arwah ,, be strong untuk Qa'id k .. Allah tahu iq rindu arwah sbb tu Allah hadirkan dalam mimpi *hugs*

    ReplyDelete
  7. Semoga arwah tenang di sana, banyakkan sedekah untuk arwah yea

    ReplyDelete

Kata ibarat pedang yang tajamnya bisa membunuh lawan..
Kata-kata yang berhikmah menyedarkan kita...
- Bicara Kata, Inteam

(Nyanyi Ke Tu?)