Advertisement

Responsive Advertisement

Apa Dah Jadi?

Salam korang.

Rasa macam blog dah ketandusan entry, walaupun melambak draft yang masih tersusun dalam dashboard. Idea nak menulis tu banyak tapi tak tahu kenapa passion nak menaip ni macam terbang pergi somewhere yang IQ sendiri tak tahu nak bagitahu.

Hari dah lewat malam sebenarnya tapi semangat nak taip entry kali ni berkobar-kobar plak sampai selak balik selimut dan capai laptop. Ada benda nak bagitahu kat sini sebab nak buat catatan diary hidup seorang IQ.

Kenapa IQ senyap tanpa update entry di blog walhal dekat Instagram ada jer update terbaru? Nak upload gambar memang semudah ABC tapi nak mengarang entry ni kadang perlu idea dan kata-kata yang boleh menarik minat pembaca bukan? Apatah lagi zaman sekarang orang lebih suka melihat gambar berbanding membaca. Lebih suka membuat andaian sendiri tanpa menyelidik terlebih dahulu. Eh? Tersasar plak perginya.

Sebab IQ tak update?

  1. Office IQ nak pindah dari Mont Kiara ke Glenmarie
  2. Kesihatan tak mengizinkan
Kalau sesiapa follow Instastory dekat Instagram IQ tahu la IQ dan rakan office sibuk kemas pejabat sekarang, We are moving to Glenmarie by next week!!! IQ depressed sebenarnya sebab sebelum ni perjalanan pergi office hanya 17km dan bila pindah office baru ni jadi 37km satu hala!. Semuanya berganda! Tol dan minyak semestinya. Jauh. IQ tak ada fikirkan perkara lain melainkan anak IQ. Kalau dia tetiba tak sihat, nak rush balik jauhnya lahai. Travel distance and hour bertambah2. Kena pergi lebih awal, nak kena bangun lagi awal untuk siapkan bekal makanan Qa'id. Yes, I am depressed for all of this. 

Penyelesaian? IQ plan nak cari kerja lain tapi untuk zaman sekarang, kena la hadap dulu kerja sekarang memandangkan nak cari kerja sekarang bukanlah satu perkara yang macam tukar baju. Even jawatan yang IQ pegang boleh dikatakan tengah HOT, tapi bukan mudah jugak nak dapat. Semua berebut nak cari kerja. So, harapan IQ adalah dapat bertahan selagi boleh.

Kesihatan tak mengizinkan. Minggu lepas demam tapi biasalah, demam seorang mak ni tak nampak. Hanya tuan punya badan la rasa, DAN bila seorang mak ni demam, tak bermakna dia akan terbaring sepanjang masa. Masih ada kerja rumah nak settle, ada anak nak kena mandikan, siapkan. So, tak ada istilah rehat sangat kalau seorang mak ni demam. Tu sebab jugak demam seorang mak ni jadi berlanjutan beberapa hari barulah kebah.

Ditambah plak peranakan macam rasa sakit balik. Macam mana boleh tahu? Sebab rasa sakit gigi. Bila gigi ni rasa macam sakit sampai tangkap ke kepala, tahulah tu sakit dari peranakan jugak. Ni kali kedua kena, so dah tahu dah. InsyaAllah hujung minggu ni nak pergi berurut. Selalunya lepas urut tu sakit gigi akan hilang serta merta. Ajaib kan urat saraf kita, sakit kat perut, tapi boleh rasa di gigi...

So, that's it! Harap2 semuanya kembali normal lepas pindah office dan lepas berurut nanti. Banyak planning dan upcoming entry untuk blog ni. Bukan tak ada. ADA! Tunggu masa yang sesuai, segalanya akan tercatat di sini.

Selamat malam korang. Habislah IQ esok pagi. Bangun lambat lagi lepas tu macam lipas kudung lagi laaaa siapkan semua bendaaa.

Till then, bye!

Post a Comment

8 Comments

  1. Semoga dipermudahkan segala urusannya.

    ReplyDelete
  2. get well soon IQ. Memang kena gerak awal lah kalau dah jauh macam tu kan. semoga dipermudahkan semua urusan IQ taw

    ReplyDelete
  3. qet well soon IQ/
    mcm tu lah adat bekerja, ada masa depress dgn beberapa hal tidak terjangka.
    mrs pip pun dah rasa dulu, mmg stress kalau tetiba berpindah randah ni...
    apapun, bertabahlah.. semoga ada hikmah.

    ReplyDelete
  4. company ai kerja sebelum ni kat glenmarie.. glenmarie dan jammed berpisah tiada.. menangis atas jalan lah pergi balik kerja..

    ReplyDelete
  5. alahaii siannya IQ... semoga hajat IQ untuk mendapatkan kerja baru tercapai.. i pray for u.. faham nak travel keluar rumah pagi2 tu sangatla azab nak tempoh jem lagi. huhu

    ReplyDelete
  6. Sama sis, penat dengan kerja pejabat buatkan saya juga tak dapat nak kejar entri dalam draft....

    ReplyDelete
  7. semoga dipermudahkan segalanya IQ. always be safe and take care. U r power woman, seriously.

    ReplyDelete

Kata ibarat pedang yang tajamnya bisa membunuh lawan..
Kata-kata yang berhikmah menyedarkan kita...
- Bicara Kata, Inteam

(Nyanyi Ke Tu?)