Advertisement

Responsive Advertisement

Raya PKP Pun Ada Hati Tambah Perabot Rumah

Panas lagi sebenarnya hati ni bila kerajaan umumkan tak boleh ziarah raya. Mana tak nya, tahun ni dah masuk kali kedua beraya di perantauan, tambah pula langsung tak boleh nak terima tetamu. IQ sendiri dah plan nak ajak adik perempuan dan lelaki IQ untuk beraya bersama tapi nampaknya hampa juga. Dari dilarang rentas negeri, lepas tu larang rentas daerah. Mula-mula boleh terima 15 tetamu satu-satu masa, ini langsung tak dibenarkan terima tetamu. 

Ikut hati boleh jer nak terima tetamu, bukan polis datang check, rumah tinggi kan? Tak kan dapat kira bilangan selipar dekat pintu rumah IQ tu pun. Tapi yerlah, bak kata Hazeman Huzir di twitter dia tadi, Orang Malaysia cakap jer pung pang pung pang. Tak kan beraninya nak langgar peraturan. Yeahh, betul la tu. Sebab tak nak kena kompoun sebab hutang sedia ada pun lahai...jenuh nak settlekan.

Kesedihan Tak Dapat Raya Bersama Keluarga

Dari hari dorang umumkan PKP bagi negeri Selangor lagi hati IQ dah sedih semacam. Rindu sangat dengan kampung halaman. Hari tu masa outstation ke Terengganu, ada niat nak pergi rumah abah, berbuka di sana, tapi terpaksa batalkan niat. Tak nak buat apa yang melanggar undang-undang. Redha jer dengan keadaan sekarang yang sangat genting. Angka positif Covid-19 tak turun bawah 3 angka langsung sejak awal tahun yang lalu. Seolah-olah usaha PKP 2.0 dan arahan dilarang rentas negeri langsung tak berkesan.

Biarpun kita semua beraya dalam tempoh PKP, IQ memang seboleh mungkin tak nak suasana raya tu hilang. Kesian pada si kecil Luqman, sejak dia lahir tahun lepas, dia tak rasa lagi raya yang sebenar. Si Qa'id plak duk tanya raya ni tak der balik kampung ke? Nak balik kampung macam mana nak? Selagi Covid-19 ni tak reda, beraya la kita dekat rumah kecil kita ni.

IQ belikan juga anak-anak baju raya baru. Baju raya IQ dan suami pun ada beli sekali. Ikutkan suami tak nak, tapi beriya sangat IQ suruh suami pilih saiz. Warna tema Qa'id yang tentukan. Memang nak ada feel raya tu jugak walaupun tak semeriah di kampung halaman.

Lepaskan Rindu....


Beberapa hari lepas pun sempat videocall dengan adik2 dan mama. Seronok tengok persiapan raya masing-masing walaupun hakikatnya jauh di lubuk hati rindunya usah cerita. Bayangkanlah, IQ last balik kampung di Terengganu pun raya haji tahun lepas. Terkilan sangat rasa bila tempoh sebelum start dilarang rentas negeri akhir tahun lepas dibuat, IQ tak dapat balik lagi sekali disebabkan keadaan kewangan yang tak stabil. 

Betul la orang cakap, kalau ada rasa nak balik, usaha la balik, kalau tak, menyesal tak sudah. Yer, menyesal sangat tak dapat balik masa tu. Dah kena macam sekarang, dari awal tahun dan dah masuk bulan 5 dah pun, 5 bulan tak boleh rentas negeri. Sedihnya tak dapat jumpa family yang dirindui.


Tahun Lepas Sofa, Tahun ni....


Tahun lepas, masa nak raya, suami ada buat surprise beli sofa baru. Tahun ni tak ada surprise2...cuma kali ni sama-sama kongsi untuk beli rak tv kat bawah ni. Rak tv lama bawak masuk bilik memandangkan ada tv lama lagi satu. Tak ada berebut dengan si Qa'id yang asyik nak tengok kartun. Tapi kan, kalau buka Netflix, jenuh la dia pun sama nak pilih kartun kat situ jugak...lahai...

Raya PKP Pun Ada Hati Tambah Perabot Rumah

Rak tv ni panjangnya 6 kaki. Ada dua pintu utk 2 compartment dan dua bahagian tanpa pintu atas dan bawah. Berat jugak rak tv ni, tak boleh angkat sorang. Hari tu angkat berdua dengan husband pun boleh tahan lelahnya. huhu.

Apa menu raya korang? IQ ada menu raya jugak walaupun sebelum ni plan masak untuk tetamu yang nak datang, tak perlah...kira on je la masak untuk raya kiter kiter aje. Moga sama-sama kita meraikan raya kali ni dengan penuh kesederhanaan. Jangan dilupa saudara kita semua di Palestin yang sedang diserang oleh Isra*l laknatullah. Moga mereka dilindungi oleh Allah SWT sentiasa.

Selamat Hari Raya korang, Maaf Zahir Batin jika ada salah silap, terkasar bahasa, terasa hati dengan kata-kata IQ di blog ni. Jumpa lagi!

K.Bai!

Post a Comment

3 Comments

  1. Dah lama tak tenguk gambar Qa'id
    dah besar panjang agaknya cucu atuk tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nti sy up gambar raya kat sini nanti yer. 🙂

      Delete
  2. cantik rak tv ni.. raya ni xde gi mana2 mesti ada benda nak beli baru kan.. hihii

    ReplyDelete

Kata ibarat pedang yang tajamnya bisa membunuh lawan..
Kata-kata yang berhikmah menyedarkan kita...
- Bicara Kata, Inteam

(Nyanyi Ke Tu?)