Advertisement

Responsive Advertisement

Adik Luqman Rifqy, Kecil-kecil Cili Padi

Salam semua, 

Rasanya tak pernah cerita sangat tentang si adik. Cerita si abangnya banyak la kan dalam blog ni. Pernah la cerita pasal lahirkan si adiknya dekat entry ni. Pengalaman yang bermakna lahirkan si adik dalam tempoh yang tak lama, Alhamdulillah, rezeki kali ni.

Adik Luqman Rifqy, Kecil-kecil Cili Padi
Si Kecil Luqman Rifqy

Si Luqman ni hampir berusia 10 bulan dah sekarang. Dah hampir 4 bulan juga makan solid food. Berbeza dengan abangnya dulu, tak berapa nak makan solid food pada usia Luqman sekarang ni. Sebab apa? Entah la. Dulu Qa'id ni tak berapa nak makan. Even dah cuba nak bagi makan macam-macam tapi dia tak suka sangat, dan lebih prefer minum susu.

Bagi IQ, Qa'id dan Luqman ni berbeza sangat sebab masa mengandungkan dorang pun habit makan IQ berbeza. Masa mengandungkan Qa'id dulu, IQ tak lalu makan sangat, makan nasi tapi sikiiiit sangat. Berbanding dengan adiknya, makan nasi penuh pinggan. Berselera sangat! Fast food lagi la bantai even orang kata tak elok kaannn

Adik Luqman Rifqy, Kecil-kecil Cili Padi
Adik dan Abang.
Adik Luqman Rifqy, Kecil-kecil Cili Padi
Memang suka mengacau abangnya

Mungkin itu juga perbezaan dorang berdua tentang cara dorang accept makanan. Qa'id tak laju sangat nak makan masa dia seusia Luqman sekarang berbanding Luqman yang pantang disua apa jenis makanan, mesti habis makanan tu dia makan. Tu sebab badan dia sado habis. Nak dukung lama-lama pun idak ler larat. huhu.

Tapi sekarang si abangnya memang pantang la perut lapar. Mintak makanan sepanjang masa. Kalau minta nasi tak per, mintak makanan ringan, memang ibu jerling serupa Hitler. hahahaha!

Perkembangan Luqman? Sekarang dah boleh merangkak. Ayahnya bercerita tentang ayahnya kecik-kecik dulu tak merangkak. Skip merangkak terus berjalan. So, nampaknya Luqman follow gene ibu dia lebih sebab follow the flow. haha! Meniarap serupa macam askar dan sekarang dah merangkak. Luqman pun dah boleh meniti sambil paut kat mana-mana. Mungkin tak lama lagi boleh berjalan dah.

Adik Luqman Rifqy, Kecil-kecil Cili Padi
1- Ibu kuat menyakat, memang menangis la dia jawabnya
2- Itu bukan tak nak makan, itu pantang lambat suap, mengamuk sakan
3- Posing maut
4- Part mengada kalau layankan dia

Gigi dia? Dah ada 4 batang dan bakal tumbuh lagi 2 batang. Bakal ada 4 batang dekat atas, dua batang dekat bawah. Banyak kan? Tak sangka jugak si Luqman ni cepat dan banyak pulak gigi dia tumbuh. Sakan dia dapat gigi ibu, ayah dan abang dia. Pantang nampak lengan, tangan, kaki. Habis dikokaknya. Mungkin faktor dia makan banyak dan kuat minum susu yang menyebabkan gigi dia tumbuh cepat dan banyak tu. Kan?

Alhamdulillah dengan kurniaan rezeki yang ada. Anak-anak sentiasa sihat dan ada depan mata. Bersyukur sangat-sangat. Nikmat Allah apa lagi yang kita nak dustakan? Bersyukur sentiasa.

Next time nak cerita pasal sekolah abangnya plak. Tunggu yer. Hopefully rajin la sentiasa. huhu

Till then, bai!

Post a Comment

12 Comments

  1. Sadonya adik Luqman..cute pulak tu mata bulat!

    ReplyDelete
  2. comel anak-anak IQ, bila anak makin membesar memang rindu zaman kecil diorang

    ReplyDelete
  3. eeeiii budak ensem ni..... nama rifqy pulak tu

    ReplyDelete
  4. Hensem boy nih. Rambut lebat betul ya.

    ReplyDelete
  5. I suka tengok mata dia...
    awat boolat sangat. so cute la.

    ReplyDelete
  6. Comelnye adik luqman tu yea... geram tengok mata dia tu...

    ReplyDelete
  7. Comelnyaa. Hensem tengok.. Dua2 hensem.. Bagi aura kat aunty nak aank lelaki.. Hehee

    ReplyDelete
  8. wah 2,2 hero IQ hensemlah. Mata si adik geram tengok hehe

    ReplyDelete
  9. hero kuasa 2 nie.. setiap anak memang berbeza perangai wlpun jantina sama.. janji sihat kan..

    ReplyDelete
  10. seronok ye tgok anak2 membesar di depan mata kan?

    ReplyDelete

Kata ibarat pedang yang tajamnya bisa membunuh lawan..
Kata-kata yang berhikmah menyedarkan kita...
- Bicara Kata, Inteam

(Nyanyi Ke Tu?)