Thursday, July 23, 2020

Resipi Ayam Bakar Simple Dengan Sos Perapan Yang Mudah Disediakan

July 23, 2020 9

CARA NAK MASAK AYAM BAKAR SIMPLE DENGAN SOS PERAPAN YANG MUDAH DISEDIAKAN

Salam dan hai korang!

Korang suka makan ayam tak? Mesti la suka kan? Ayam kan sumber protein yang paling senang nak cari dan ngap! haha! So, hari ni IQ rasa macam nak ajar korang macam mana nak masak ayam bakar dengan sos perapan yang paling simple di alam semesta!! Kemain kan kau IQ, mentang-mentang masak jadi...kalau tak jadi, tak ada la IQ pos dekat sini kaannn?

Hari tu IQ dah booooosannnn sangat nak masak ayam goreng kunyit. Yelah, husband IQ ni jenis nak makan ayam pun memilih jugak. Tak suka sangat makan ayam yang masak dalam lauk-lauk berkuah tu. Makan tu makan, tapi kureeeng sikit. Kalau suami dah kureng makan kan, jadi slow down la sikit feel nak masak ni kan? So, caranya cari la masakan yang si suami suka. Buat apa lagi kalau dah tak suka tu terus nak masak benda tu jugak kan? So, cari la resipi yang lainnnn..

So, IQ tahu husband IQ ni suka yang bakar-bakar jugak. Memandangkan IQ baru jer beli satu gadjet masak ni, IQ pun nak try la masak dalam benda tu. TAPI sebelum nak bakar, kena sediakan sosnya dulu. Haaa..macam mana buat sos nya? Jom kita buat!

RESIPI AYAM BAKAR SIMPLE DENGAN SOS PERAPAN YANG MUDAH DISEDIAKAN

Bahan-bahan:

  1. Ayam - 250 gram
  2. Bawang putih - 3 - 4 ulas ditumbuk halus
  3. Sos tomato - 5 sudu besar
  4. Sos Cili - 5 sudu besar
  5. 2 Sudu Besar Serbuk Lada Hitam
  6. 4 Sudu Besar Serbuk Paprika Ground (lagi banyak lagi sedap)
  7. 2 Sudu Besar Mentega 
  8. Gula 
  9. Garam
RESIPI AYAM BAKAR SIMPLE DENGAN SOS PERAPAN YANG MUDAH DISEDIAKAN
IQ suka Paprika Smoked Ground ni. Rasa macam asap-asap sikit.

Cara Nak Masak:

  • Panas kuali, dan masukkan mentega
  • Masukkan bawang putih, biarkan naik bau.
  • Seterusnya masukkan sos cili dan sos tomato, diikuti dengan serbuk lada hitam dan juga serbuk paprika. (MASAK DENGAN API YANG PERLAHAN YER!)
  • Masukkan garam dan gula secukup rasa dan setelah masak, tutup api.
RESIPI AYAM BAKAR SIMPLE DENGAN SOS PERAPAN YANG MUDAH DISEDIAKAN
Sos Perapan Yang Siap Dimasak
  • Ketepikan sos perapan yang dimasak
  • Basuh ayam dan toskan.
  • Gaulkan ayam yang ditoskan dengan sos perapan yang dimasak tadi.
RESIPI AYAM BAKAR SIMPLE DENGAN SOS PERAPAN YANG MUDAH DISEDIAKAN
Siap digaul dan untuk diperap di dalam peti
  • Perapkan semalaman atau beberapa jam sebelum dibakar dengan plastik dan letakkan dalam peti sejuk
  • Apabila nak bakar ayam tersebut, pastikan suhu 180-200 darjah celcius selama 15-20 minit.
  • Ayam siap untuk dihidang
RESIPI AYAM BAKAR SIMPLE DENGAN SOS PERAPAN YANG MUDAH DISEDIAKAN
Sedang dibakar di dalam Turbo Roaster
RESIPI AYAM BAKAR SIMPLE DENGAN SOS PERAPAN YANG MUDAH DISEDIAKAN
IQ lak teringat-ingat rasa dia. haihhh
Amacam? Senang tak masak ayam bakar ni? Hari tu IQ buat juga masa birthday husband IQ yang lepas. Tapi IQ rasa kalau nak lebih best, pastikan masa nak bakar tu guna bekas aluminium, supaya sos perapan tu dimasak dan boleh dicicah sekali. IQ tak sempat lagi nak beli bekas tu. Nanti la IQ beli. IQ cakap ni sebab IQ rasa rugi bila sos perapan tu jatuh masa tengah bakar ayamnya. Sebab sos tu sedap sangat..haha!

IQ bakar ayam ni menggunakan La Gourmet Turbo Roaster. Haaa...nak tahu apa dia Turbo Roaster ni dan apa keistimewaan dia, tunggu IQ share kan dekat korang dalam next entry nanti. Okay? Selamat mencuba! Byeeeee..

Friday, July 17, 2020

Review Pelembap Muka Yang Tidak Berminyak Dan Mudah Diserap | Hansaegee Nature

July 17, 2020 2

Aqua Whitening Cream Hansaegee Nature Mudah Diserap Dan Tidak Berminyak

Pemilihan pelembap yang baik akan membuatkan mood korang sentiasa elok sepanjang hari. Betul tak statement yang IQ katakan ni? Kalau pakai pelembap yang menyebabkan kulit terasa melekit, mestilah korang rasa moody je kan? Rasa tak yakin berhadapan dengan sesiapa bila terasa kulit muka  berminyak teruk! Rasa macam urghhh...kenapa hari ini jadi serba tak kena?

Mungkin IQ boleh redakan kegusaran korang dengan penggunaan satu produk pelembap kulit yang seakan tidak memakainya langsung! Tak percaya? Mari IQ cerita kenapa produk pelembap ni paling best bagi IQ.
Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream, ianya pelembap yang membantu kulit muka IQ daripada kesan sinaran matahari, dan juga merawat kulit muka kemerahan yang rosak. Ianya bersifat seperti air dengan penyerapan yang pantas dengan water drop. Boleh juga mengawal kulit berminyak dan sebum.

Kesan pemutihan dan pelembapan yang dirumus khas dengan ekstrak herba memberikan penyerapan ke dalam kulit muka, menormalkan tahap kelembapan kulit agar nampak lebih cerah dan tegang.

Jika korang lihat tekstur Aqua Whitening Cream ni, sememangnya tidak sama seperti pelembap lain. Teksturnya lebih halus dan ringan membuatkan korang tak terasa pakai pelembap pun. Selalunya kalau apply pelembap pun rasa macam dah heavy dekat muka kan? Untuk Aqua Whitening Cream ni, korang hanya perlukan secalit dan ratakan serata muka sambil tepuk-tepuk muka bagi penyerapan yang maksimum.
Lihat teksturnya milky gel, dan watery based

Aqua Whitening Cream ni boleh mengawal kulit berminyak. Ianya mengawal sebum yang berlebihan (sebum punca kulit berminyak) di dalam kulit muka kita. Dan yer! Aqua Whitening Cream ni sesuai juga untuk kulit yang berminyak. Kulit berminyak akan menyebabkan jerawat mudah lekat. So, beware dengan jerawat tu semua yer.

Dengan gabungan bahan di dalam Aqua Whitening Cream yang mengandungi Niacinamide, ianya turut membantu mengawal kulit berminyak. Dengan sifatnya water-based cream, ianya tidak berminyak dan sesuai untuk kulit yang mudah berminyak seperti IQ. Kulit muka IQ memang mudah untuk berminyak pada T-Zone, namun selepas pakai Aqua Whitening Cream ni, ternyata muka IQ kurang berminyak dan lebih selesa apabila berada di bawah cahaya matahari.

A: Sapukan pada permukaan kulit bagi melembapkan permukaannya
B: Tap-tap kan dan water drop akan segera muncul

Bahan-bahan yang terdapat dalam Aqua Whitening Cream;
  • Niacinamide (Vitamin B3) - Membantu membaiki tona kulit muka supaya kelihatan lebih sekata. Juga membantu mencerah, membersih dan juga menegangkan kulit muka. Selain itu, mengembalikan dan menstabilkan kelembapan di dalam kulit supata kulit lebih kekal berseri.
  • Camellia Japonica Seed Oil - Menghalang liang pori muka daripada tersumbat dan mengurangkan pertumbuhan jerawat. Membantu kulit putih selepas terkena sunburn dan kemerahan.
  • Bahan lain: Water, Cyclopentasiloxane, Cyclohexasiloxane, Glycerin, Pinus densiflora leaf extract, Sodium chloride, Angelica acutiloba root extract, Cnidium officinale root extract, Paeonia albiflora root extract, Rehmannia chinensis root extract, Prunus armeniaca (Apricot) kernel oil, Betaine, Cetyl PEG/PPG-10/1 Dimethicone, DMDM Hydantoin, Perfume, Gardenia florida fruit extract.


Cara Penggunaan Aqua Whitening Cream

Dinasihatkan agar mencuci muka terlebih dahulu sebelum menggunakan Aqua Whitening Cream. Seterusnya, ambil secalit dan sapu pada dahi, pipi, dagu, dan juga hidung. Sapukan rata dan tap-tapkan pada muka agar water drop muncul untuk proses penyerapan yang pantas. Kulit akan segera terasa segar sebaik sahaja Aqua Whitening Cream ni disapu rata dan diserap penuh.

Pendapat IQ tentang Aqua Whitening Cream?

Semestinya IQ suka sangat dengan pelembap yang dikeluarkan oleh Hansaegee Nature ini lebih-lebih lagi apabila teksturnya ringan dan mudah untuk diserap seperti air! IQ seorang yang sangat simple semestinya suka pada produk kosmetik yang mudah dan simple tapi memberikan kesan yang terbaik untuk kulit muka.

Produk ni menjadi pilihan IQ apabila ianya merangkumi pelbagai kegunaan terutamanya merawat kulit muka apabila terkena sinaran matahari dan mencerahkan kulit muka. Siapa tak suka kan kulit putih berseri dan sekata? Suami pandang mesti tak berkelip punya. 


Lihat Video untuk Review Lanjut Tentang Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream ini




Okay, kalau korang nak tahu dengan lebih lanjut tentang Aqua Whitening Cream ni boleh klik link ni


Cara Pakai & Fungsi CC Cream Yang Ada SPF Dari Hansaegee Nature



Saturday, July 11, 2020

Produk Koolit Malaysia Bagus Atasi Kulit Kering Bermasalah

July 11, 2020 9

Produk Koolit Atasi Kulit Kering Bermasalah

Sejarah Masalah Kulit Kering Yang Dialami Oleh Qa'id

Bila bercerita tentang kulit kering yang bermasalah, memang IQ akan fokus pada anak IQ yang sulung iaitu Qa'id. Kenapa IQ perlu fokus pada dia? Sebab Qa'id ni daripada umurnya setahun, dia mengalami masalah kulit iaitu ekzema. Mungkin ada yang tahu kesan produk yang digunapakai setiap hari akan menyebabkan masalah kulit seperti ekzema bertambah teruk. Qa'id juga tak terkecuali.

Walaupun asalnya bermula daripada faktor pemakanan, jika ianya dah mula merah, penggunaan produk mandian dan krim yang salah akan menambahkan lagi kesan yang teruk pada masalah kulit ekzema tersebut. Jadi, IQ sendiri amat menitik beratkan soal penggunaan produk mandian dan krim untuk Qa'id sejak dia berumur satu tahun lagi.

Pelbagai produk kulit yang IQ dah cuba pada Qa'id. Ada yang okay, ada yang tak okay. Ada yang beri kesan cepat namun sekejap je eloknya. Ada yang beri kesan lambat tapi untuk ekzema muncul balik pun lambat. Bila hilang sepenuhnya walaupun sementara, pemakaian produk mandian akan IQ jaga untuk mengelakkan kulitnya kering dan mudah untuk gatal. Bila dah gatal, memang senang la tangannya nak menggaru sampai la berdarah.

Keadaan itu semua berlarutan sehingga sekarang. Cuma dah berkurang dan kulit kering yang dialami Qa'id hanya pada bahagian betis kakinya sahaja. Ada kalanya dia sedap menggaru sampai tak sedar ada bahagian dah mula melecet dan berdarah. Kulitnya kering dan mudah terasa gatal. Krim yang IQ biasa pakaikan pada Qa'id sekarang pun seakan dah imun dengan keadaan kulitnya dan tak mampu untuk melembapkan dengan baik.

Diperkenalkan Dengan Produk Koolit daripada Koolit Malaysia

Produk Koolit Malaysia Bagus Atasi Kulit Kering Bermasalah

Baru-baru ni IQ diperkenalkan dengan satu produk penjagaan kulit daripada Koolit Malaysia. Dikatakan produk ni mampu melegakan masalah kulit kering yang gatal. So, IQ teringin nak cuba pada anak IQ ni. Sebab IQ dah tak sanggup nak tengok dia menggaru-garu kakinya sampai berdarah lagi. huhu. IQ grab satu set penjagaan kulit daripada Koolit Malaysia ni daripada Apps Shopee. Mudah sangat nak cari produk ni rupanya. Dekat Lazada dan Watson pun ada yer dan juga farmasi yang terpilih.


Produk Koolit ni mengandungi kandungan aktif seperti Estrak Akar Manis yang berfungsi sebagai anti-radang, mempunyai 40x antioksidan dan ianya membantu mencerahkan kulit. Produk Koolit ni sesuai digunakan oleh semua lapisan umur termasuklah bayi. So, bila dah sampai memang IQ tak sabar nak cuba untuk Qa'id.

Set penjagaan Koolit Malaysia ni ada 3 produk utama iaitu:
  • Koolit Gentle Body Wash
  • Koolit Calming Cream
  • Koolit Soothing Lotion

Produk Koolit Malaysia Bagus Atasi Kulit Kering Bermasalah

Setiap produk mempunyai fungsinya yang tersendiri. Dan bagi IQ, IQ dah terbiasa dengan penggunaan produk seperti ni, dan setiapnya mesti ada turutan penggunaanya yang tersendiri. Bermula dengan mandian, krim dan akhir sekali lotion. So, meh IQ tunjuk produknya mengikut turutan penggunaan.

  1. Koolit Gentle Body Wash | RM45.00
Produk Koolit Malaysia Bagus Atasi Kulit Kering Bermasalah
Koolit Gentle Body Wash ni fungsinya membersihkan kulit kita yang paling sensitif tanpa menghilangkan minyak semulajadi yang ada pada kulit kita. Antara kelebihan Koolit Gentle Body Wash ni;
  • Ianya menghidratkan kulit kita semasa kita membersihkan kulit
  • Tak perlu bilas dengan air
  • Wangian selamat yang diperakui IFRA
  • Mengandungi Vitamin E & C
  • Paraben Free
  • Boleh dijadikan Basic Make up remover juga!
So, cara-cara nak pakai Koolit Gentle Body Wash ni, korang just sapukan pada kulit dan ratakan. Akhir sekali boleh lapkan sahaja menggunakan tuala yang lembut.

Untuk IQ, IQ gunakan semasa Qa'id mandi. Boleh digunakan seperti mandian biasa juga cuma tak perlu bilas air sangat. Yang paling penting perlu ratakan sepenuhnya agar kulit kering yang bermasalah mendapat kesan yang optimum.
Produk Koolit Malaysia Bagus Atasi Kulit Kering Bermasalah
Picit sikit Koolit Gentle Body Wash
Produk Koolit Malaysia Bagus Atasi Kulit Kering Bermasalah
Qa'id seronok mandi dengan Koolit Gentle Body Wash

       2.  Koolit Calming Cream | RM48.00

Produk Koolit Malaysia Bagus Atasi Kulit Kering Bermasalah
Koolit Calming Cream ni pulak membaiki dan memberikan kelembapan kulit yang berpanjangan. Krim ni boleh mengawal kulit sensitif dan menghentikan kulit retak dan kesan calar pada kulit. Paling sesuai digunakan untuk jenis kulit kering sehingga jenis kulit yang teramat kering.

Antara yang menarik tentang Koolit Calming Cream ni, ianya;
  • Menyerap Dengan Cepat!
  • Mempunyai 40x antioksidan yang lebih tinggi
  • Mengandungi Vitamin E semulajadi
  • Bebas wangian, bau natural sahaja
  • Diperkaya dengan Minyak Buah Zaitun untuk kelembutan kulit

Cara nak pakai Koolit Calming Cream ni? Just sapukan pada kulit kering yang bermasalah dan gatal-gatal tu. IQ akan pakaikan krim Koolit ni pada Qa'id sejurus selepas mandi. Semasa kulitnya lembap-lembap, IQ sapukan pada kawasan kulit yang Qa'id selalu gatal-gatal iaitu pada bahagian betis kakinya. Sapu bagi rata untuk elakkan dia tak selesa bila dah pakai krim ni. Tapi jangan risau, sebab krim ni cepat serap ke dalam kulit. So, tak ada la rasa tak selesa tu sangat.

Produk Koolit Malaysia Bagus Atasi Kulit Kering Bermasalah
Sapu pada betis, kawasan kulit yang sering gatal-gatal dan kering

      3. Koolit Soothing Lotion | RM35.00

Produk Koolit Malaysia Bagus Atasi Kulit Kering Bermasalah

Last sekali, Koolit Soothing Lotion ni berfungsi untuk menghidratkan kulit kering, normal dan sensitif dengan cepat. Ianya sangat sesuai untuk rehidrasi kulit yang cepat sepanjang hari tanpa berminyak setelah melakukan aktiviti seharian. Ianya sesuai untuk jenis kulit yang normal sehingga kulit kering.

Antara kelebihan Koolit Soothing Lotion ni adalah;
  • 10 saat penyerapan pantas!
  • Mempunyai 40x antioksidan yang lebih tinggi
  • Mengandungi Vitamin E semulajadi
  • Diperkaya dengan Jojoba Seed Oil untuk pembaikan kulit
  • Tidak melekit, selesa dipakai sepanjang hari
Untuk Koolit Soothing Lotion ni, IQ sapu pada betis kaki Qa'id selepas seharian dia bermain. IQ akan panggil dia sementara dia rehat atau lepas makan, dan IQ akan sapu Koolit Soothing Lotion ni untuk kulitnya kekal lembap dan tidak gatal. Ingat kan bila IQ cakap kakinya akan gatal bila kulitnya kering. So, sebelum kulitnya kering, sapu cepat-cepat dengan Koolit Soothing Lotion ni. Memang Qa'id akan selesa untuk terus bermain sepanjang hari kerana ianya tidak melekit.
Produk Koolit Malaysia Bagus Atasi Kulit Kering Bermasalah
Teksturnya lembut dan mudah diserap

Kesan Penggunaan Kesemua Produk Koolit Malaysia?

Hasilnya sangat memuaskan hati IQ. Ibu mana tak happy kan bila tengok keadaan kaki anaknya makin pulih. Kaki Qa'id tidak lagi kering, dan Qa'id pun dah tak garu-garu lagi pada betis kakinya. Tempoh penyembuhan tertakluk kepada kekerapan kita guna produk Koolit ni. Dan untuk IQ, kesannya cepat bila setiap hari IQ apply pada Qa'id ni. Alhamdulillah sesuai untuk kulitnya.

Produk Koolit Malaysia Bagus Atasi Kulit Kering Bermasalah
Nampak kan bezanya? Sebelum kulitnya jelas sangat nampak kering berbanding selepas pakai nampak lebih lembap.


Produk Koolit Malaysia Bagus Atasi Kulit Kering Bermasalah
Grab di Shopee pun berbaloi untuk 3 produk ni

So, kalau korang pun berminat nak cuba produk ni korang boleh lawati web dan juga online shopping kat bawah. Direct link lagi IQ bagi ni. Just klik jer kalau korang nak beli. Insya-Allah, walau apa pun kita cuba ikhtiar yang terbaik kan?

Facebook : Koolit MY
Instagram : @koolitmy
Shopee : naturaloptions.os
Lazada : mynaturaloptions
Watsons : https://www.watsons.com.my

Friday, July 10, 2020

Shopping Online Murah Di PG Mall

July 10, 2020 6

Shopping Online Murah Dan Berbaloi di PG Mall


Kaching! Kaching! Terasa macam kedengaran duit masuk tabung atau keluar tabung tu? Haaa...Nak berbelanja kan? Mestilah duit keluar tabung. Tapi kalau korang pandai berbelanja, silap-silap dapat duit masuk tabung tu balik. Betul tak? Ehem..mesti lagi seronok nak berbelanja.

Siapa jer tak suka shopping kan? Nak shopping mestilah ada tempat shopping. Selalu korang shopping kat mana? Dekat mall atau dekat online? IQ sekarang lebih suka shopping online SEBAB IQ kan ada anak kecik. Susah la kalau nak bergerak dengan baby lagi kan, lagi-lagi musim Covid ni..so...sekarang IQ lebih prefer shopping online jer sebab semuanya di hujung jari jer. Klik itu ini, esok lusa sampai la barang depan mata.

Lagi satu kelebihan nak shopping online ni, IQ boleh banding harga barang dengan banyak kedai yang IQ suka. Bandingkan harga dan review yang terbaik untuk setiap barang yang hendak dibeli supaya barang yang kita beli dapat memuaskan hati kita bila dah sampai kat tangan. Barulah kita tak kecewa dengan barang yang dibeli tanpa perlu ke kedai.

By the way, korang pernah dengar tempat shopping online yang diberi nama PG Mall? Pernah? Tak pernah? Kalau tak pernah dengar, meh IQ cerita serba sedikit tentang PG Mall ni. Jangan lupa siap-siap tabung yer. Kot-kot tak sabar nak shopping lepas ni. 

PG Mall? Apa Tu?

Shopping Online Murah Di PG Mall
Kalau korang nak tahu, PG Mall ni adalah platform E-Commerce No.1 di Malaysia yang telah ditubuhkan sejak 2017. PG Mall kini berada di tangga Top 3 dalam E-Commerce Site di Iprice Insight Report dan menjadi pesaing hebat di antara E-Commerce Site dari luar negara. PG Mall ni juga adalah satu-satunya platform E-Commerce tempatan di Malaysia yang berkonsepkan Consumerchant. 

Consumerchant? Apa pula tu kan? Consumerchant ni adalah satu konsep bisnes yang diamalkan oleh PG Mall bagi menggalakkan pembeli menjadi usahawan. Dengan ganjaran cashback yang berterusan apabila membeli belah di PG Mall, para pembeli akan menikmati 'Forever Cash Back' sehingga 3.5% apabila membuat referral PG Mall lengkap dengan pembelian di mana-mana media sosial ataupun platform media yang lain.

Shopping Online Murah Di PG Mall
Lebih banyak referral, lebih banyak cashback pembeli akan dapat. Kempen Shop-Share-Earn ini, pasti membuatkan ramai pembeli berkejar-kejar untuk kumpul cashback. Banyak untung kalau ini macam. 

Shopping Online Murah Di PG Mall



PG Mall kelihatan seperti platform shopping online yang lain, namun ia juga menggalakkan pembeli yang shopping di PG Mall untuk menjadi usahawan bagi menggalakkan pembukaan perniagaan di PG Mall ini.

Wow Store PG Mall Barangan Ori Diskaun Sehingga 15%!

Ini IQ macam tak percaya sangat tapi nak tak nak kena percaya jugak. Barangan ori ada diskaun sehingga 15% di Wow Store PG Mall?? Menarik sangat tu! Setiap store yang terlibat akan berikan diskaun sehingga 15% untuk barangan yang terpilih dan juga pada setiap pembelian minima. Lagi banyak pembelian, lagi banyak diskaun yang korang akan dapat! Wow! Memang patut namanya Wow!

Shopping Online Murah Di PG Mall

Setiap bulan store yang terlibat akan bertukar dan tawaran diskaun yang diberikan kekal sehingga 15% jugak. So, kena rajin-rajinlah jenguk PG Mall ni, kot-kot ada hari baik bulan baik muncul, store favourite korang akan ada diskaun kaw-kaw punya. Rugi la kan kalau tak grab? Penghantaran percuma juga ditawarkan pada store yang terpilih. Jimat postage dah kat situ kan? 
Shopping Online Murah Di PG Mall
Sale dekat Wow Store ni jugak bertambah Wow apabila menjelang hujung minggu. Alaahh, hujung minggu santai-santai mengadap handphone apa salahnya cuci mata sambil cuci poket dekat PG Mall kan? Kot-kot tetiba baru teringat vakum habuk dah rosak, boleh la terus order dekat PG Mall ni. Harga yang ditawarkan pada hujung minggu pun berbaloi-baloi. Rugilah sapa tak grab.

HotDay Sale Tawaran Menarik Dengan Harga Hebat!

Shopping Online Murah Di PG Mall

Setiap hari ada Sale di PG Mall yer semua. Haihh..makin kempis la poket suami IQ macam ni. Eh eh eh, lupa ke PG Mall ada cashback? Jadi, lagi untung kalau shopping banyak-banyak dekat PG Mall ni sebab lebih banyak kita berbelanja, lagi banyak cashback yang ditawarkan. 

So, bila muncul je pukul 10 pagi, 4 petang dan 9 malam, silalah mengadap PG Mall sebab harga yang terendah ditawarkan bermula dengan harga 39sen !! Murah sangat la kan? Tisu poket pun dah cecah seringgit sekarang. So, apa yang menarik dengan HotDay Sale ni, korang kena la tunggu tiga waktu penting dalam PG Mall ni. Pastikan terpacak depan handphone atau laptop yer. Jaminan diskaun sehingga 80% setiap hari yer. Ya Allah, dugaan betul kalau masuk PG Mall ni lama-lama.
Shopping Online Murah Di PG Mall

Kempen Love You 3000 

Shopping Online Murah Di PG Mall

PG Mall sekarang sedang mengadakan kempen Love You 3000 di mana dengan setiap pembelian minimum RM30 dan ke atas, korang semua berpeluang untuk memenangi hadiah berupa C-Wallet sebanyak RM3000. Banyak tu RM3000, kalau IQ dah lost nak beli apa kat PG Mall ni. 

Pemenang akan diumumkan setiap dua minggu iaitu pada setiap 15hb dan 30hb dalam setiap bulan dengan mengambil kira pembelian pada sepanjang 2 minggu tersebut melalui cabutan bertuah. Mana tahu kan? Tuah ayam di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Kalau terlebih tuah, share-share la dengan IQ juga yer.

APA YANG KORANG TUNGGU LAGI? DOWNLOAD LA APPS PG MALL SEKARANG!

Macam mana nak download? Korang ambik phone korang, pergi dengan Apps Store ataupun Play Store, download PG Mall. Dan kalau korang first time nak daftar, pastikan korang dapat code referral untuk korang beri pada kenalan dan kaum keluarga korang untuk dapatkan cashback. Pastikan dorang klik link referral korang untuk mulakan shopping dengan PG Mall tau!

Jom shopping dengan selamat di PG Mall, hanya perlu klik dan bayar, barang akan sampai terus ke rumah korang. Lagi banyak shopping, lagi banyak cashback korang dapat nanti!

Klik link untuk terus shopping dengan PG Mall: https://pgmall.my/home

Lawati media sosial PG Mall untuk info terkini.



#PGMall #onlineshopping #shopping #MalaysiaNo1ecommerceplatform #ecommerceplatform #Shopnow #Shoponline #Wowstore #Loveyou3k

Saturday, July 4, 2020

Perginya Ibu Mertua Yang Disayangi

July 04, 2020 7
Salam semua.

Lama IQ tak menulis. Memang banyak yang dah berlaku sejak beberapa minggu yang lepas. Semuanya berlaku dengan sangat pantas. Sekelip mata. Tak diduga kami semua sekeluarga.

Hari Malaysia dibenarkan rentas negeri, IQ, suami dan anak-anak terus berangkat pulang ke kampung. Pada awalnya suami berat hati nak balik, namun disebabkan suami dapat MC beberapa hari, IQ minta untuk balik ke kampungnya. Keluarganya pun juga meminta kami untuk balik disebabkan ada urusan keluarga. Dan kami sampai di kampung sebelah awal petangnya.

Segalanya seperti dirancang, kepulangan kami sepatutnya hanya 2 hari, namun berlanjutan sehingga hampir seminggu disebabkan ibu tiba-tiba strok sebelah badan pagi 11 Jun. Ibu memang sakit kepala pada awalnya, namun keadaannya makin merosot apabila tak mampu respon dengan baik.

Ibu dibawa ke hospital dengan ambulans. Doktor sahkan ada bleeding dalam otaknya disebabkan darah terlampau cair. Disebabkan itu juga ibu kena strok. Tiada apa yang boleh doktor lakukan. Ibu juga pesakit buah pinggang, dan memerlukan dialisis air sepanjang hidupnya sejak beberapa bulan lepas. Disebabkan strok, ibu tak dapat lakukan dialisis air yang menyebabkan keadaan dia makin tidak stabil.

Kami bawa ibu pulang ke rumah setelah hampir 4 hari warded di hospital. Bawa ibu pulang untuk kami semua berbakti pada ibu selagi ada waktu.

Sehinggalah genap dua minggu, hari khamis, 25 Jun 2020 jam 6.00 petang, ibu menghembuskan nafasnya yang terakhir di hadapan adik ipar IQ yang bongsu. Pada waktu itu, IQ dan keluarga berada di Shah Alam disebabkan suami IQ bekerja. Perkhabaran yang dijangka dan kami semua telah bersedia dengan terpaksa. 

Perjalanan pulang ke Perak malam tu terasa lama. Sampai sahaja di rumah, kelihatan ramai yang datang. Rupanya dah diadakan tahlil dan bacaan yasin pada waktu maghribnya. 

Ibu terbaring kaku. Sejuk sangat. Macam ais pipi ibu IQ rasa. Qir mata tumpah buat sekian kalinya. Melihat suami IQ juga tak dapat tahan air matanya lagi. Daripada pulang kerja dia nampak tenang namun, melihat jasad ibu di depan matanya, gugur juga air matanya.

Ibu dimandikan dan dikafankan pada pagi Jumaat 12 Jun. Cepat prosesnya. Ramai yang datang membantu dan berziarah. Alhamdulillah, ramai yang sayangkan ibu. Ramai yang mendoakan ibu.

 Ibu dibawa ke masjid untuk solat jenazah dan terus dibawa ke tanah perkuburan untuk disemadikan. Perginya seorang ibu kepada suami. Rasanya sama seperti IQ rasa dulu di waktu IQ kehilangan ummi IQ 4 tahun lalu.

Namun, kami semua redha dengan pemergian ibu. Ibu dah tak sakit lagi. Ibu tak perlu rasa sakit dia lagi. Ibu dah lepasi bahagiannya iaitu saat2 menghadapi sakratulmaut. Kita semua masih belum tahu nasib kita bagaimana. Mudah atau susah nanti. Semuanya rahsia Allah SWT. 

Semoga Arwah ibu sentiasa dicucuri rahmat oleh Allah SWT, diampunkan segala dosanya, diangkat darjatnya di akhirat kelak. AMIIN YARABBALALAMIN.....

InsyaAllah, IQ akan kongsikan resipi yang IQ belajar daripada Arwah ibu di blog IQ ni supaya ilmu yang diberi berpanjangan dan berikan saham akhirat untuk Arwah ibu di sana. InsyaAllah

Sekian.

Al-Fatihah (dibaca)