Saturday, September 7, 2019

Himalaya Men Wellness dan Joint Wellness Untuk Kesihatan Dalaman

Himalaya Men Wellness dan Joint Wellness Untuk Kesihatan Dalaman

MEN WELLNESS - KESIHATAN DALAMAN LELAKI TERJAGA

Lumrah lelaki akan bekerja lebih kuat bagi menyara keluarganya. Walaupun IQ juga bekerja, tapi tak boleh lawan dengan kerja kuat seorang insan bernama suami. Pergi pagi balik malam semestinya menjadikan badan suami lebih letih daripada biasa. Bila tiba di rumah, raut wajah letihnya dah boleh bayangkan keletihan yang dialaminya sepanjang hari.

Kesibukannya pada tiap hari agak mengganggu emosi suami. Kebetulan pula ada yang menyarankan IQ untuk menyuruh suami IQ mencuba satu produk untuk mengekalkan kesihatannya di samping mengekalkan ketahanan dalaman seorang suami. Tersenyum lebar sekejap IQ dibuatnya. Boleh ke agaknya? Nak ke suami IQ cuba produk ni? Nanti apa pula dikatakannya.

Himalaya Men Wellness dan Joint Wellness Untuk Kesihatan Dalaman
Himalaya Men Wellness Gokshura

Namun bila disuakan produk Himalaya Men Wellness kepada suami IQ, dia terus angguk untuk mencubanya. Lega sekejap hati IQ ni. Harap-harap lepas cuba produk ni tak ada murung atau rasa letih lagi walaupun seharian bekerja.

Selepas mencubanya dalam seminggu, suami IQ lebih bertenaga daripada biasa. Balik kerja pun masih nampak segar. Lepas bersihkan diri dan makan malam masih seronok berborak dan berbual tentang kerja seharian. Tiba waktu tidur pun ehem ehem....senyum aja la mampu. Alhamdulillah. Bangun pagi pun rasa lebih bertenaga berbanding kebiasaan.

Apa kelebihan Himalaya Men Wellness ni sebenarnya? Apa yang menjadikan suami IQ lebih bertenaga berbanding biasa?

Secara tradisinya ianya disyorkan untuk meningkatkan kecergasan Lelaki. Himalaya Men Wellness ni menyokong daya tahan lelaki. Daya tahan apa? Alaaa, faham-faham aja la. Lebih-lebih lagi kalau suami seorang yang merokok. Merokok agak mengganggu tahap kesihatan dalaman lelaki tau. Tapi kalau cuba Himalaya Men Wellness, mungkin masalah dalaman lelaki boleh dikurangkan. InsyaAllah.

Amalkan makan dua kapsul untuk dua kali sehari. Makan lepas makan dan boleh cergaskan badan lebih lagi dengan aktiviti luar seperti jogging atau regangan badan.


Himalaya Men Wellness dan Joint Wellness Untuk Kesihatan Dalaman

JOINT WELLNESS - MASALAH LUTUT KINI LENYAP!

Rasanya IQ pernah bercerita tentang IQ pernah mengalami sakit lutut untuk beberapa ketika. Ini berlaku pada awal tahun lepas. Memang kalau sesiapa yang pernah mengalami sakit lutut ni semestinya boleh memahami betapa sakitnya nak berjalan, bangun mahupun duduk. Sakit kan? Tapi sakit lutut ni bukan hanya berlaku kepada orang tua-tua yer semua, tahun lepas, IQ baru jer berusia 27 tahun ++. Haaa...awal kan umur IQ masa tu tapi dah ada masalah lutut. Rasa macam berusia sangat dah. Sobs.

Dan sekarang, suami IQ pula mengalami masalah yang sama. Mungkin disebabkan dia perlu mengangkat barang yang berat ketika di tempat kerja, lututnya mengalami masalah. Apatah la dia juga pernah mengalami 'slip disc' di bahagian belakang badannya. Semuanya berkait dan berikan kesan pada kekuatan sendi badannya.

Nasib baik pada masa yang sama, IQ dapat produk Himalaya Joint Wellness untuk suami IQ cuba. IQ nak cuba juga tapi keadaan IQ yang sedang mengandung, menghalang IQ untuk mencubanya. Perempuan mengandung tak boleh cuba yer. IQ suruh suami IQ jer cuba. Nanti lepas bersalin, IQ pun nak cuba juga kalau sakit lutut serang balik nanti.

Himalaya Men Wellness dan Joint Wellness Untuk Kesihatan Dalaman
Himalaya Joint Wellness Shallaki
Lepas beberapa hari mencuba Joint Wellness, suami IQ bercerita kisahnya di tempat kerja. Lututnya tidak lagi sakit seperti yang dialaminya sebelum ni. Lagi-lagi diajaknya IQ pergi main badminton, nasib kena jeling jer sebab manalah IQ boleh nak main badminton tu dengan perut ke depan macam ni. Perli IQ la tu.

Kelebihan Joint Wellness ni kalau korang semua nak tahu, ianya;
  • Mengelakkan sendi mengalami kesakitan
  • Meningkatkan fungsi sendi
  • Menindas kesakitan sendi
Kandungan herba yang terdapat di dalam Joint Wellness ni seperti Boswellic Acid yang terdapat dalam herba Shallaki; membantu dalam menghalang keradangan dan kesakitan sendi. Herba Shallaki juga tidak memudaratkan kepada perut dan pada sesiapa yang menghadapi gastrik.

Hanya amalkan dua kapsul dua kali sehari selepas makan, ianya akan bantu mengurangkan masalah sendi yang korang alami. Boleh tersenyum lebar lepas ni kalau pergi jogging satu taman pun kan?

Untuk maklumat lanjut korang boleh layari web Himalaya di bawah ataupun media sosial Himalaya.



Instagram : 

8 comments:

  1. Bestlah joint wellness tu sebab selalu jugak sakit2 urat haa

    ReplyDelete
  2. Best kan bila amek supplements ni. Rasa sihat je

    ReplyDelete
  3. Wahhhh boleh beli dan cuba bagi kat husband.

    ReplyDelete
  4. wahh byk khasiat produk ni.. terbaik la himalaya..
    part sakit lutut tu mak reen pun skit gak,nti try syorkan yg ni lak

    ReplyDelete
  5. Pernah pakai syampu dia je.lepas ni boleh try supplement dia plak.

    Jemput join giveaway di blog marina ye :)

    https://marinabashah.blogspot.com/2019/09/2nd-giveaway-by-marina-bashah.html?m=1

    ReplyDelete
  6. Himalaya memag terbaik produknya

    ReplyDelete

Komen Sepatah Dua Kata