Hari tu IQ ada cerita kan pasal Qa'id kena kayap kan? Kalau terlepas baca tentang kayap Qa'id, boleh baca di sini:
Qa'id sembuh dari kayap sepenuhnya selepas DUA MINGGU. Betul la apa yang doktor katakan, proses baik dari kayap ni paling kurang 2 minggu TAPI lepas tu ada lagi kayap yang naik BILA Qa'id berpeluh. Yes, kayap dia cepat tumbuh balik bila dia berpeluh. Kawasan pelipat senang nak naik balik. Apa yang IQ buat? Losyen Calamine memang penyelamatnya! *sambil tunjuk losyen Calamine* hehehe.
Lepas semua kayap dia hilang, IQ tengok badan dia...alahai, penuh dengan parut. Kesiannya badan anak ibu ni. Tahu la lelaki ni nampak jantan dengan parut tapi bukanlah dengan parut kayap. haha! So, IQ ambik inisiatif sikit untuk hilangkan parut Qa'id. Kesian plak dia, badan tak adalah putih mana, penuh dengan parut plak. Kesian benor ibu tengok.
TRY USHAR MINYAK HILANG PARUT
IQ try ushar minyak atau cream yang boleh hilangkan parut. Pernah la guna minyak hilangkan parut tapi sebelum ni tak guna secara konsisten. Kawan office IQ pun ada cakap kalau nak hilangkan parut cari minyak Vitamin E. Untuk hilangkan parut. So, IQ pun pergi ke Guardian area Solaris Mont Kiara ni, try ushar minyak Vitamin E.
![]() |
Minyak Vitamin E 15,000 IU dengan Minyak Rosehip |
IQ tertarik dengan satu brand ni. Cosmoderm. Minyak Vitamin E 15,000 IU dengan Minyak Rosehip. Macam menarik. Kenapa menarik? Sebabnyaaa..
- Diperbuat daripada 100% minyak Vitamin E yang tulen, dirumus khas bersama Minyak Rosehip dan Vitamin A yang membolehkan 3 kali ganda untuk merawat
* Parut (Parut Bedah, Jerawat, Jeragat dan Demam Campak)
* Kesan Kulit Regang Selepas Bersalin (Strech Mark)
* Kulit Kasar dan Kering
* Penuaan, Lebihan Pigmentasi dan Selar Matahari
*Garisan Halus / Kedut
Disebabkan ada point tentang demam campak, terus IQ grab. Kayap Qa'id jenis macam chicken pox. So, sesuai untuk hilangkan parut kayap dia.
![]() |
24 Julai 2017 |
Ni gambar sebelum kayapnya habis. Memang bahagian kanan badan Qa'id teruk kena. Biji2 tu macam kena chicken pox. Kuman chicken pox tak habis, jadilah kayap. huhu.
IQ beli Minyak Vitamin E ni pada 31 Julai 2017. Gamble je beli, sebab kesian sangat tengok keadaan parut Qa'id yang banyak tu. Ada jugak di kawasan pelipat bawah lutut dan jugak siku serta Ketiak. Dekat kepala pun ada. Merebak habis.
![]() |
1 Ogos 2017 |
Gambar sehari selepas guna. Takkan nak elok terus kan? makan masa jugak. Kena rajin-rajin sapu. Sapu lepas mandi sebanyak 2-3 titik dan urut kawasan yang kena. Lebih berkesan kalau sapu pada waktu malam. Kenapa elok waktu malam? Kalau waktu malam, kita tidur. Tak ada peluh2 maa. Peluh bila mimpi kena kejar hantu je la. hihi.
HASIL SELEPAS SEBULAN...
![]() |
6 September 2017 |
Seronok bila tengok badan Qa'id dah licin sikit berbanding dulu. Lega sikit hati ni. Tapi kena selalu letak jugak, sebab masih ada lagi kesan parutnya. Rajin sapu, memang memuaskan hatilah hasilnya kan kan?
Boleh dapatkan Minyak Vitamin E Cosmoderm ni dekat Guardian ataupun Watson serta kedai farmasi yang terdekat, Harga minyak Vitamin E ni dalam RM40.00++ di Guardian. Untuk hasil yang terbaik, kenalah berkorban sikit. Demi anak. huhu.
23 Comments
Ana pernah guna utk kulit muka sebab sun burn. Memang bagus. Cuma kena pakai selalu lah kan.
ReplyDeleteaah, kena pakai selalu untuk hasil yang terbaik
DeleteAkak nak belilah jugak sebab badan anak yang kecik banyak kesan parut chicken pox, ada lagi yang tak hilang.
ReplyDeletedah beli nanti, sapu kerap tau kak mas. baru hasil dia best
DeleteSatu ketika dulu muka CCL memang breakout dengan parut jerawat . Even dah guna produk di atas alhamdulillah . Parut makn lama makin hilang . Sekarang pun CCL masih lgi setia guna produk cosmoderm
ReplyDeleteAlhamdulillah, tu la, IQ pun rasa nak try letak dekat muka. apply sebelum tdur
Deletevitamin e oil ni likat kan.. pki sikit dah cukup.. nasib qaid sesuai dgn produk ni.. cian tgok badan dia seblum tu
ReplyDeleteaah kak zie, likat. pakai dua tiga titik pun dah cukup. tu la...mujur ngam dengan dia
DeleteSaya dah kongsikan dgn rakan2 saya. Mungkin ada yg tertarik dgn minyak vitmin e tu.
ReplyDeleteterima kasih adam!
Deleteproduk cosmoderm memang bagus...dulu selalu pakai foundation uv protector tu...huhuhu
ReplyDeletekan? kalau tahu produk cosmoderm ni bagus, dah cari dari dulu. huhu
DeleteHarga 40 berbaloi sebab nampak botol ni tahan lama nak guna...byk juga kayap anak naik...mujur izyan pandai cari solusi...sis nak beli la...sebab nak rawat masalah kulit juga ni
ReplyDeleteaah, tahan lama. sebab pakai pun tak banyak. beli kak juju, jangan tak beli
Deletewahh bagsu ni.. hilangkan parut jerawat jugak..nak try lah..
ReplyDeleteaah, boleeehhh...jom pakat2 beli meh
Deletewaaa..cepatnya sembuh..bagus cosmoderm ni
ReplyDeleteAlhamdulillah, kena rajin (walaupun IQ tak berapa nak rajin) haha!
DeleteAlhamdulillah, tu la, cepat jugak dia recover, klau mak2 ni lambat nau nak pulih
ReplyDeletenampak keberkesanananya..memnag bagus produk cosmoderm ni
ReplyDeleteaah, bagus sangat, puas hati pakai
DeleteSaya pun guna... Memang guna cosmoderm.. Lagipun produk ni ahli farmasi yg syorkab
ReplyDeleteIbu saya di jangkiti kayap di bahagian muka...jd sy terus google dan jumpa coretan ini...tqvm
ReplyDeleteKata ibarat pedang yang tajamnya bisa membunuh lawan..
Kata-kata yang berhikmah menyedarkan kita...
- Bicara Kata, Inteam
(Nyanyi Ke Tu?)