Advertisement

Responsive Advertisement

Minyak Vitamin E Cosmoderm Hilangkan Parut Kayap

Hari tu IQ ada cerita kan pasal Qa'id kena kayap kan? Kalau terlepas baca tentang kayap Qa'id, boleh baca di sini:


Qa'id sembuh dari kayap sepenuhnya selepas DUA MINGGU. Betul la apa yang doktor katakan, proses baik dari kayap ni paling kurang 2 minggu TAPI lepas tu ada lagi kayap yang naik BILA Qa'id berpeluh. Yes, kayap dia cepat tumbuh balik bila dia berpeluh. Kawasan pelipat senang nak naik balik. Apa yang IQ buat? Losyen Calamine memang penyelamatnya! *sambil tunjuk losyen Calamine* hehehe.

Lepas semua kayap dia hilang, IQ tengok badan dia...alahai, penuh dengan parut. Kesiannya badan anak ibu ni. Tahu la lelaki ni nampak jantan dengan parut tapi bukanlah dengan parut kayap. haha! So, IQ ambik inisiatif sikit untuk hilangkan parut Qa'id. Kesian plak dia, badan tak adalah putih mana, penuh dengan parut plak. Kesian benor ibu tengok.

TRY USHAR MINYAK HILANG PARUT
IQ try ushar minyak atau cream yang boleh hilangkan parut. Pernah la guna minyak hilangkan parut tapi sebelum ni tak guna secara konsisten. Kawan office IQ pun ada cakap kalau nak hilangkan parut cari minyak Vitamin E. Untuk hilangkan parut. So, IQ pun pergi ke Guardian area Solaris Mont Kiara ni, try ushar minyak Vitamin E.
Minyak Vitamin E Cosmoderm Hilangkan Parut Kayap
Minyak Vitamin E 15,000 IU dengan Minyak Rosehip
IQ tertarik dengan satu brand ni. Cosmoderm. Minyak Vitamin E 15,000 IU dengan Minyak Rosehip. Macam menarik. Kenapa menarik? Sebabnyaaa..
  • Diperbuat daripada 100% minyak Vitamin E yang tulen, dirumus khas bersama Minyak Rosehip dan Vitamin A yang membolehkan 3 kali ganda untuk merawat
    * Parut (Parut Bedah, Jerawat, Jeragat dan Demam Campak)
    * Kesan Kulit Regang Selepas Bersalin (Strech Mark)
    * Kulit Kasar dan Kering
    * Penuaan, Lebihan Pigmentasi dan Selar Matahari
    *Garisan Halus / Kedut
Disebabkan ada point tentang demam campak, terus IQ grab. Kayap Qa'id jenis macam chicken pox. So, sesuai untuk hilangkan parut kayap dia.

24 Julai 2017
Ni gambar sebelum kayapnya habis. Memang bahagian kanan badan Qa'id teruk kena. Biji2 tu macam kena chicken pox. Kuman chicken pox tak habis, jadilah kayap. huhu.

IQ beli Minyak Vitamin E ni pada 31 Julai 2017. Gamble je beli, sebab kesian sangat tengok keadaan parut Qa'id yang banyak tu. Ada jugak di kawasan pelipat bawah lutut dan jugak siku serta Ketiak. Dekat kepala pun ada. Merebak habis.
1 Ogos 2017
Gambar sehari selepas guna. Takkan nak elok terus kan? makan masa jugak. Kena rajin-rajin sapu. Sapu lepas mandi sebanyak 2-3 titik dan urut kawasan yang kena. Lebih berkesan kalau sapu pada waktu malam. Kenapa elok waktu malam? Kalau waktu malam, kita tidur. Tak ada peluh2 maa. Peluh bila mimpi kena kejar hantu je la. hihi.

HASIL SELEPAS SEBULAN...
6 September 2017
Ini hasil selepas sebulan. Kalau ikutkan IQ pun selalu termiss letak minyak ni lepas mandikan Qa'id.  Yelah, banyak sangat krim+minyak nak sapu dekat dia ni. Sebab Qa'id pun ada eczema dekat muka. Yang tu langsung tak boleh miss. huhu. Hasil lepas guna Minyak Vitamin E Cosmoderm ni, sangat memuaskan hati IQ. Alhamdulillah, parut kayap Qa'id makin pudar walaupun ibu dia selalu lupa nak sapu. hihi.

Seronok bila tengok badan Qa'id dah licin sikit berbanding dulu. Lega sikit hati ni. Tapi kena selalu letak jugak, sebab masih ada lagi kesan parutnya. Rajin sapu, memang memuaskan hatilah hasilnya kan kan?

Boleh dapatkan Minyak Vitamin E Cosmoderm ni dekat Guardian ataupun Watson serta kedai farmasi yang terdekat, Harga minyak Vitamin E ni dalam RM40.00++ di Guardian. Untuk hasil yang terbaik, kenalah berkorban sikit. Demi anak. huhu.

Ini Bukan Sponsored Post.

Post a Comment

24 Comments

  1. Ana pernah guna utk kulit muka sebab sun burn. Memang bagus. Cuma kena pakai selalu lah kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah, kena pakai selalu untuk hasil yang terbaik

      Delete
  2. Memang kesian kalau budak kena kayap, mesti merengek je... nasib Qaid dah ok... kulit budak cepat recover...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, tu la, cepat jugak dia recover, klau mak2 ni lambat nau nak pulih

      Delete
  3. Akak nak belilah jugak sebab badan anak yang kecik banyak kesan parut chicken pox, ada lagi yang tak hilang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah beli nanti, sapu kerap tau kak mas. baru hasil dia best

      Delete
  4. Satu ketika dulu muka CCL memang breakout dengan parut jerawat . Even dah guna produk di atas alhamdulillah . Parut makn lama makin hilang . Sekarang pun CCL masih lgi setia guna produk cosmoderm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, tu la, IQ pun rasa nak try letak dekat muka. apply sebelum tdur

      Delete
  5. vitamin e oil ni likat kan.. pki sikit dah cukup.. nasib qaid sesuai dgn produk ni.. cian tgok badan dia seblum tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah kak zie, likat. pakai dua tiga titik pun dah cukup. tu la...mujur ngam dengan dia

      Delete
  6. Saya dah kongsikan dgn rakan2 saya. Mungkin ada yg tertarik dgn minyak vitmin e tu.

    ReplyDelete
  7. produk cosmoderm memang bagus...dulu selalu pakai foundation uv protector tu...huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan? kalau tahu produk cosmoderm ni bagus, dah cari dari dulu. huhu

      Delete
  8. Harga 40 berbaloi sebab nampak botol ni tahan lama nak guna...byk juga kayap anak naik...mujur izyan pandai cari solusi...sis nak beli la...sebab nak rawat masalah kulit juga ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah, tahan lama. sebab pakai pun tak banyak. beli kak juju, jangan tak beli

      Delete
  9. wahh bagsu ni.. hilangkan parut jerawat jugak..nak try lah..

    ReplyDelete
  10. waaa..cepatnya sembuh..bagus cosmoderm ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, kena rajin (walaupun IQ tak berapa nak rajin) haha!

      Delete
  11. nampak keberkesanananya..memnag bagus produk cosmoderm ni

    ReplyDelete
  12. Saya pun guna... Memang guna cosmoderm.. Lagipun produk ni ahli farmasi yg syorkab

    ReplyDelete
  13. Ibu saya di jangkiti kayap di bahagian muka...jd sy terus google dan jumpa coretan ini...tqvm

    ReplyDelete

Kata ibarat pedang yang tajamnya bisa membunuh lawan..
Kata-kata yang berhikmah menyedarkan kita...
- Bicara Kata, Inteam

(Nyanyi Ke Tu?)